Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 2348 articles
Browse latest View live

Jom Mengundi Untuk Blogger Pilihan Korang Dalam MSMW 2016

$
0
0
Jom Mengundi Untuk Blogger Pilihan Korang Dalam MSMW 2016 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalain. Ini adalah tahun ke 5 MalaysiaSocial Media Week 2016 (MSMW 2016) dianjurkan di Malaysia. Program ini adalah untuk memberi peluang kepada semua pengguna media sosial sekarang mempelajari dan mendapat ilmu lebih berguna dalam mengendalikan sosial media mereka dengan lebih bekesan.
MSMW 2016 ini akan berlangsung bermula dari 7 March hingga 10 March 2016 yang betempat di sekitar Kuala Lumpur. Program ini mengetengahkan aktiviti seperti workshop, summit dan juga majlis anugerah. Kalau sapa nak sertai MSMW 2016 punya workshop atau sidang kemuncak yang dirancang boleh terus ke laman sesawang mereka di www.socialmediaweek.com.my sekarang masih dibuka.


Tapi yang lagi istimewa adalah Maha tercalon untuk MSMW 2016 Award untuk kali ke 3. Maha tak sangka juga masih lagi diterima orang ramai. Maha tercalon untuk kategori Best Foodies Blog MSMW 2016. So seperti biasa pengundian daripada pembaca blog amat2 diharapkan untuk kategori ini. Walaupun Maha tengok mereka2 yang tercalon pun cukup ramai dan hebat jadi peluang tu tak lah tinggi.


Maha cuma mohon jasa baik untuk korang mengundi Maha dalam kategori ini. Cara2 nak mengundi mudah sahaja tak susah pun jom follow langkah2 ini. 

2) Klik tab AWARDS dan klik View
3) Kemudian registerkan diri anda menggunakan id Facebook
4) Lepas tu pilih kategori Best Foodie Blog 
5) Pilih link blog www.mahamahu,com macam kat bawah ni.

6) Apa bila butang undi bertukar merah tandanya anda telah mengundi Maha

Terima kasih kepada kawan2 yang dah mengundi dan kepada yang belum sila lah undi2 blog pilihan anda. Tarikh mengundi bermula dari 2 Feb hingga 21 Feb 2016 masih ada masa lagi. So kalau sapa nak join MSMW 2016 punya aktiviti sangat2 digalakan kerana banyk ilmu dunia sosial media yang kita boleh belajar. Ini kerena panel2 presenter yang dibawa bukan calang2 ok mereka yang memang expert dalam dunia internet ini. So tunggu apa lagi selamat mengundi dan selamat ber summit.









Sapa Nak Jelajah Ke Lubnan Kena Cuba Dulu Makanan Di Restoran Al-Amar Ini

$
0
0
Sapa Nak Jelajah Ke Lubnan Kena Cuba Dulu Makanan Di Restoran Al-Amar Ini - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sapa pernah ker Lubnan? Bercuti ker atau ada urusan kerja. Maha teringin juga nak jalan2 ker negara Barat Laut Asia ini. Walaupun negara sekitarnya masih digelora dengan peperangan dan keganasan tapi mereka tetap mahukan ketenangan dan kedamaian.



Itu yang ditampilkan oleh pemilik Restoran Al-Amar ini.
Restoran ini telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2008 lagi. Membawa konsep dekorasi dari negara Lubnan juga hidangan makanan semua berasaskan dari negara tersebut.
Restoran ini pun telah ada banyak cawangan di KL ni iaitu Pavillion, Fahrenheit 88 dan juga yang Maha pergi ini iaitu Sunway Putra Mall.



Hari tu Maha dijemput untuk menikmati hidangan terbaru yang disediakan oleh chef khas dari negara asal restoran ini juga. Pada hari tu Maha dihidangkan dengan 10 jenis menu special yang tak pernah lagi rasa kat tempat lain. Ok lah tak nak bebel2 panjang2 jom kita tengok menu2 yang dihidangkan dan juga harga yang sesuai untuk korang.

Cold Mezze


Hommos (RM 17.55)
Kacang kuda dilecek dicampur dengan pes biji bijan dan sedikit jus lemon, serta dressing dengan minyak zaitun dan makan dengan Roti Arab

Warak Enab (RM 18.45)
Daun vine disumbat dengan beras dan rempah dan diperap dalam sos minyak lemon

Salads

Fattouch (RM 22.95)
Satu campuran sayur segar tomato, timun, salad, lobak, daun pudina dan roket digaul  dengan sumac khas

Hot Mezze

Falafel (RM 20.25)
Kacang goreng dan pes kacang kuda dengan Sos Tahina dan perasa

Batata Harra (RM 19.35)
Kiub kentang goreng bersama dengan serbuk cili, bawang putih, ketumbar dan lemon

Main Course

Mix Grill (RM 62.90)
Pinggan yang terdiri daripada satu Lahem Mechwe sate, satu Chich Taouk sate dan dua Lidi Kafta

Siyyediyeh (RM 44.90)
Ikan kerapu panggang dihidangkan dengan Nasi Basmati tragrant dimasak dengan bawang goreng dan rempah, dihidangkan dengan sos istimewa kami

Kabbseh Rice (RM 13.05)
Beras basmati wangi dimasak dengan tomato dan rempah

Dessert

Regular Fruit Platter (RM 21.15)
Piring yang terdiri daripada tembikai, nanas dan tembikai susu

Baklawa (RM 12.15)
Kekacang yang di campur dan dipadat dengan Madu cukup manis


Amacam menarik tak menu2 yang disediakan di Restoran Al-Amar ini. Kalau nak rasa2 hidangan Negara Lubnan boleh datang sini selalu. Maha pun dah suka makanan kat sini dan yang Maha perasan makanan mereka banyak menggunakan minyak zaitun dan juga kekacang. Sebab tu mereka ni putih2 orangnya hehehehe. Selamat menjamu selera semua ok.

RESTORAN AL-AMAR
Alamat : Lot 2-27, Sunway Putra Mall, 100 Jalan Putra, 50350 KL
Facebook : www.facebook.com/AlAmarLebaneseCuisine
Waktu operasi :  10.00 pagi - 9.00 malam






Tak Sempurna Makan Mee Sup Dan Soto Tanpa Sambal Kicap Pedas Siekom Ini

$
0
0
Tak Sempurna Makan Mee Sup Dan Soto Tanpa Sambal Kicap Pedas Siekom Ini - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian semua. Kalau makan Mee Sup, Soto atau sesetengah tempat makan Tempe Goreng dan Pisang Goreng pun wajib kena ada sambal kicap betul tak. Kalau tak ada memang tak lengkap lah hidangan tu dan hambarlah seperti mana irama dan lagu kan.


Maha pun makan Mee Sup wajib kena ada pedas2 terutama sambal kicap tu baru lah urhmmmm. Tapi biasalah kalau nak buat tu malas maklumlah kadang2 bahan tak ada dan tak ada masa nak buat. Tapi setelah adanya Sambal Kicap Pedas Siekom ini memudahkan kita untuk nikmati sambal kicap bila2 masa dan di mana saja. 


Sambal Kicap Pedas Siekom ini memang terbaik bukan sahaja pedas yang cukup tapi bahan2 yang digunakan juga asli. Buatan tempatan Bumiputera dijamin Halal untuk kita ambil terus tanpa perlu masak buka sahaja botol dan boleh terus makan.
Maha dapat produk ni pun masa hari tu bulan dua pergi EhEh Bazaar Hijra 2016 di Mid Valley. Kalau tak memang tak tahu pun ada sambal home made ini yang mudah dan cepat.



Lagi mudah sebenarnya bila kita ambil Sambal Kicap Pedas Siekom ini mereka sediakan dalam botol travel yang boleh dibawa kemana-mana saja. Botol kecil travel ini hanya seberat 60gram dengan harga RM3.50 yang boleh dibawa travel jauh2. Satu lagi botol 300gram dengan harga RM8.50 untuk korang makan ramai2 satu keluarga memang bebaloi. 


Selain daripada produk Sambal Kicap ini mereka juga mengeluarkan produk2 lain yang boleh korang dapatkan iaitu Sambal Kicap Extra Hot, Sambal Kicap Original Jawa dan Pest Bumbu Soto. Produk ini dihasilkan dan dikilangkan di Muar Johor. Mereka juga mencari pengedar atau agent seluruh Malaysia siapa nak buat pendapatan lebih boleh hubungi mereka.


Cara nak hubungi atau cara nak dapatkan produk ini boleh terus melalui online di Facebook dan Instagram mereka. Maha dah dapatkan ini dua2 lagi yang besar dan botol travel ini senang nak bawa jalan2 nak makan tak perlu buat2 lagi. Selamat mencuba semua ok.

Tempahan dan maklumat hubungi :
Tel : 010-793 3040 / 010-794 6410
Email : ssb.frozen@gmail.com







Kerana Popularitinya Bento Menyerupai Dato Seri Vida Jadi Viral

$
0
0
Kerana Popularitinya Bento Menyerupai Dato Seri Vida Jadi Viral - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kerana populariti dah juga kehebatan usahawan kosmetik Dato Seri Vida telah di abadikan oleh seorang suri rumah dalam seni Bento. Bento apa yang korang tahu tentang seni ini. Maha pun mula2 tak pernah dengar tapi terlihat gambar2 seni bento di laman Facebook seorang kawan. Dia memang suka buat seni Bento ni untuk anak2nya.


Seni Bento adalah satu seni susunan makanan dalam satu bekas petak yang mengandungi nasi, ikan atau daging, dengan jeruk atau sayur-sayuran yang dimasak. Bento adalah dalam bahasa Jepun yang dimulakan oleh seorang suri rumah untuk menggalakkan anaknya membawa bekal sendiri ke sekolah. Sebab susunan makanan dalam bekal makanan sangat cantik dan menawan menarik minat kanak2. 



Sekarang ni Maha ada baca seni Bento ni dah start mula ada di Malaysia. Kalau korang cari group Facebook Kelab Bekal / Bento Malaysia dah ada ramai pengikutnya. Setiap hari mereka hasilkan bekal makanan yang cantik dan unik mengikut kesukaan anak2 mereka. Ada sesetengah Bento tu di hasilkan menyerupai karaktor kartun yang popular, mainan video dan juga komik kartun. 


Selain tu juga seni Bento ni boleh di hasilkan menyerupai wajah orang, bangunan, binatang, bunga dan tumbuh-tumbuhan. Tapi di Jepun seni Bento ini bukan sahaja untuk bekal anak2 malah mereka telah jadikan ia sebagai satu pertandingan peringkat kebangsaan untuk mencari penghasil Bento yang paling kreatif dan cantik.


Jadi ini adalah satu cara lagi untuk membantu ibu2 dan suri rumah menggalakkan anak2 mereka membawa bekal ke sekolah. Maha pun kalau pandai boleh juga cuba nak buat kat rumah hari2 bawa bekal yang cantik. Apa pun seni tidak terbatas kata orang cuma kena kreatif dan bijak dalam menghasilkan sesuatu itu. Selamat mencuba semua.   




*Gambar dari #mykidsBento






KereWang Adalah Kerepek Bawang Tapi Yang Ini Lain Daripada Yang Lain Special

$
0
0
KereWang Adalah Kerepek Bawang Tapi Yang Ini Lain Daripada Yang Lain Special Punya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalain. Mesti ramai yang kata bahawa kerepek bawang semua sama sajakan tengok rupa semua sama. Tapi yang Maha nak cite ini mesti korang akan nampak kelainannya tengok rupa dah tahu. Kalau korang tak percaya kena tengok habis entry ini apa yang specialnya.


KereWang adalah hasil homemade Bumiputera yang dibuat khas untuk memberi pilihan kerepek terbaik bagi korang. Yang pasti ia adalah Super Nipis, Super Rangup dan Super Sedap.
Bukan cakap kosong tapi Maha dah makan memang rangup dan nipis. Maha dapat ni masa pergi Mega Bazaar Hijra 2016 kat Mid Valley sebelum ini. Kat situkan ada banyak jual produk makanan tempatan yang boleh bersaing dipersada industri makanan negara kita. 



Jadi sebab tu Maha berani cakap korang kena cuba produk keluaran Gee's Delights ini. Mereka bukan sahaja buat KereWang ini tapi macam2 lagi kerepak dan biskut yang enak2. Korang leh tengok kat senarai yang Maha bagi ni macam2 ada Biskut Rainbow, Sumpia, Ariana Rose, Cheese Bangkit dan Buskit Badam Potong


Mereka juga menjadikan produk makanan ini sebagai hamper dan doorgift special yang korang boleh bagi kat tetamu. Bestkan tengok bungkusan yang cantik2 dan comel2 ini memang menarik nak kasi orang datang majlis kahwin atau majlis harijadi. Banyak pilihan dan saiz yang boleh korang bincangkan untuk hari istimewa. 



Maha hari tu dapat KereWang ni habis makan sekejap jer bila dah mengadap tv dan update blog mulut duk kunyah2 kerepek ini. Kalau korang nak order memang boleh buat secara online kat facebook dan instagram mereka. Maha dah cuba korang bila lagi selamat mencuba semua ok. 

Tempahan dan maklumat lanjut hubungi :-
Facebook : www.facebook.com/GeesDelights
Instagram : www.instagram.com/geesdelights
Tel : 017-310 2969 / 019-219 2969







Tahniah Pemenang Malaysia Social Media Week Awards'16 Pemangkin Semangat Untuk Blogger

$
0
0
Tahniah Pemenang Malaysia Social Media Week Awards'16 Pemangkin Semangat Untuk Blogger - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian semua. Minggu ini masih lagi berlangsung forum dan workshop Malaysia Social Media Week 2016 bertempat di Lim Kok Wing University. Kali ke 5 penganjurannya kali ini lebih banyak perkongsian dan ilmu dalam dunia media sosial dari penggiat luar negara.


Kalau sapa nak join masih lagi boleh pergi hari ini ada sesi Smarketing, ada Social Campaign dan macam2 lagi berguna terutama mereka yang menjalankan perniagaan online melalui media sosial ini. Maha pun kalau berkesempatan nak pergi juga tapi al maklumlah terikat dengan tugasan hakiki. Korang yang ada masa boleh pergi dan daftar di MSMW2016 dan program ni sampai hari Jumaat ni.



Maha cuma dapat join malam tadi punya program iaitu MSMW Awards'16 yang berlangsung di Glasshouse @ Seputeh. Ini pun kerana Maha tercalon untuk kategori Best Foodie Blog. Terima kasih pada yang mencalonkan blog makan yang tak seberapa ini. Ini adalah tahun ke 3 Maha tercalon dalam MSMW Awards'16 ini.




Tapi tak sangka pula tahun ini rezeki menyebelahi blog makan yang baru berjinak2 ini. Nak kata ramai follower pun tak adalah sehebat blog lain cukup2 makan jer. Tapi betullah kata orang kalau dah rezeki tak kemana. Tahun ini rezeki Maha, tahun depan rezeki korang pulakkan. Ada 9 kategori khas untuk blog dalam majlis anugerah tahun ni. Untuk senarai penuh pemenang kategori blog korang boleh tengok kat sini.

Best Foodie Blog (www.mahamahu.com)

Best Lifestyle Blog (www.ruby.my)

Most Entertaining Blog (www.huseinrider.blogspot.com)

Most Engaging Blog (www.kisahemasputih.com)

Best Content Blog (www.cikguhailmi.com)

Promising Blogger of the Year (www.viramon.com)

Best Blog of the Year (www.pembina.com.my)

Best Travel Blog (www.runawaybella.com)

Best Video Blog (www.youtube.com/user/pojiegraphy) 
*Alamak gambar tak ada sorry

Tahniah Maha ucapkan kepada semua blog yang menang pada malam tu memang meriah sangat. Ramai tetamu yang hadir meraikan pemenang dan juga tak duga Maha boleh berada dalam majlis anugerah seperti ini. Maha nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua orang yang telah mengundi Maha untuk kategori ini. Tanpa korang semua Maha tak merasa kemenangan ini terima kasih sekali lagi.


Selain daripada anugerah kategori blog ada juga kategori korporat yang menobatkan semua syarikat2 besar yang banyak melibatkan diri dalam dunia media sosial ini juga. Antara pemenang kategori korporat seperti Maybank, NU Sentral, Kenny Roger Roaster, Petronas dan banyak lagi. Paling dapat perhatian adalah kemenangan Sazzy Falak dalam kategori Social Media Celebrity of The Year. 


Bagi Maha program seperti MSMW 2016 ini sangat2 bagus jika diteruskan setiap tahun. Bukan sahaja dapat bagi anugerah tapi yang pentingnya dapat perkongsian ilmu dunia media sosial yang meluas tanpa batas ini. Banyak lagi cara dan kaedah yang diguna pakai oleh meraka diluar sana untuk maju melalui media sosial yang kita kadang2 tak perasan.



Pada semua masih belum terlambat untuk menuntut ilmu dalam dunia maya ini kerana sekarang semua dihujung jari jer. Best sebenarnya kalau kita tahu bagaimana jana pendapatan melalui media sosial ini tak susah. Selamat mencuba semua dan selamat berforum.






Minuman Percuma Sempena Dengan Pembukaan Vivo Pizza @ Aeon Mall Shah Alam Jom Serbu

$
0
0
Minuman Percuma Sempena Dengan Pembukaan Vivo Pizza @ Aeon Mall Shah Alam Jom Serbu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Yer hari semalam dengan rasminya bukalah Aeon Mall Shah Alam untunglah orang2 Shah Alam dapat shopping2 kat sana kan. Sama dengan itu juga bukanya cawangan baru Vivo Pizza American Pizza and Panini yang ker 17 di Malaysia.


Yahoo dapat makan pizza lagi kali ini dan korang juga boleh dapat tawaran instimewa dengan pembukaan cawangan baru ini. Nak tahu kena baca sampai habis entry ini ok. Tapi sebelum tu sapa tak tahu apa itu Vivo Pizza mai Maha cite sikit. Vivo Pizza adalah resepi masakan barat dari Amerika yang di bawa ke Malaysia. Mereka telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2001 lagi.


Maha berkesempatan cuba menu2 yang ada di Vivo Pizza ini memang menarik dan sesuai untuk selera orang tempatan. Mereka menggunakan bahan2 yang di bawa khas dari luar untuk memastikan resepi tradisi mereka ini terus kekal untuk memenuhi selera kita. Jangan risau restoran ini telah mendapat pensijilan Halal JAKIM jadi tak perlu was2 untuk makan ok. Jom Maha tunjuk beberapa menu special yang sempat Maha cuba hari tu.

Around The World Pizza (RM 36.90)

Mestilah kalau sebut Vivo Pizza signature dish mereka adalah Pizza. Pizza mereka bersaiz lagi besar daripada pizza biasa dan harga masih sama. Mereka juga menggunakan Mozarilla cheese yang original sebab tu kesedapan masih kekal. Kalau korang nak order yang Maha sempat cuba ini adalah Premium Pizza namanya Around The World. Topping atas tu ada chicken bologna, cendawan, buah zaitun, capsicums dan bawang. 

Tropical BBQ Chicken Chop (RM23.50)

Creamy Mushroom Pasta (RM17.90)

Baked Fish Pasta (RM36.90)

Selain tu juga special dish yang menjadi tumpuan orang ramai bila singgah sini adalah Tropikal BBQ Chicken Chop. Ayam yang sedap disalut dengan sos BBQ yang manis bersama dengan buah nanas memang sesuai sangat mesti cuba ok. Kemudian kalau yang tak makan berat sikit leh cuba Creamy Mushroom Pasta dan Baked Fish Pasta. Dua2 ni bebeza dari segi penyediaan dan rasa pun lain.

Sweet & Cheezy Snack Pizza (RM11.50)

Cream Of Mushroom Soup (RM6.50)

Panini Crispy Chicken with Fries (RM17.50)

Kemudian untuk yang nak makan Panini iaitu ayam dalam roti boleh cuba Panini Crispy Chicken with Fries. Daging ayam rangup dan juga salad segar dalam tu lebih sihat. Kemudian side dish lain yang menjadi tumpuan ramai adalah Sweet & Cheezy Snack Pizza yang manis bersama cheese atasnya. Juga Cream Of Mushroom Soup yang memang banyak cendawan didalamnya.

Choco Brownie Mallows dan Manggo Delight (RM15.90)

Tu baru hidangan menu makanan untuk minuman pula Maha rekmen korang kena cuba Manggo Delight dan juga Choco Brownie Mallows.
Lagi special minuman ini korang boleh claim percuma apabila korang makan di cawangan Vivo Pizza @ Aeon Mall Shah Alam. Terhad untuk tempoh 4 hari ini sahaja tau dari 10 - 13 March 2016. Syaratnya korang kena tunjukkan entry blog Maha ini kepada pelayan kedai tu dan nanti korang akan dapat minuman ini secara percuma.

 


Wow apa tunggu lagi nak dapat tawaran istimewa ini untuk masa terhad sempena dengan pembukaan baru Vivo Pizza ini. Maha pun tak dapat istimewa macam korang. Lepas ni nak makan pizza lebih dan juga hidangan lebih boleh datang ke Vivo Pizza yang dah ada serata Malaysia. So tunggu apa lagi jom kita makan hujung minggu ini. Selamat menjamu selera semua.









Magnum Pink Dan Magnum Black Aiskrim Berlainan Untuk Detik Istimewa

$
0
0
Magnum Pink Dan Magnum Black Aiskrim Berlainan Untuk Detik Istimewa - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mood mencerminkan personaliti seseorang pada setiap hari dan sering kali perasaan yang kita alami boleh dihuraikan melalui warna. Kini aiskrim variasi terbaru dari Magnum, iaitu aiskrim Magnum Pink & Magnum Black juga dapat mengekspresikan perasaan korang.


Kalau korang pilih aiskrim warna apa Pink atau Black?
Magnum Pink mengetengahkan keenakan perisa Buah Delima Merah Jambu yang sungguh mengasyikkan digabung dengan sos Buah Delima. Di bahagian luarnya pula ialah salutan Coklat Belgium berona merah jambu yang terkenal di seluruh dunia. Buah Delima membangkitkan jiwa serta warna merah jambu yang ceria mencerminkan mood yang gembira, teruja dan penuh dengan semangat.  





Magnum Black pula melambangkan kemewahan yang sebenar. Rasa Espresso yang pekat menyelusuri setiap pelusuk aiskrim Vanila yang enak dan lembut serta disaluti dengan lapisan coklat Tanzania yang tebal, menghasilkan rasa yang hebat serta menarik perhatian para peminat kopi gourmet dan coklat.



Baru2 ini bertempat di Aloft Kuala Lumpur, aiskrim baru ini telah dilancarkan dalam sebuah majlis bertema hitam dan merah jambu yang penuh dengan gaya. Maha malam tu juga mengenakan fesyen merah jambu hehehe kerana tu mood yang Maha dapat pada hari tu. Malam penuh kemeriahan dan kegembiraan meraikan aiskrim terbaru ini.



Tetamu VIP yang hadir pada malam itu adalah Encik Rakesh Mohan, Pengerusi Unilever Malaysia, Singapore, Myanmar & Laos. Juga barisan artis2 popular seperti Sharifah Sakinah, Fattah Amin, Diana Denial dan suami Farid Kamil juga model terkenal Amber Chia



Kami juga dihiburkan dengan persembahan tarian video mapping yang dinamik, memaparkan mood Pink dan Black dalam bentuk gerakan, tempo dan pencahayaan khas. Disamping menikmati keenakan kedua-dua perisa baru yang unik, para tetamu juga disajikan dengan pelbagai hiburan, bermula dengan persembahan medley oleh penggesek biola terkenal Dennis Lau. Bagi menutup tirai acara pelancaran pada malam itu, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan mantap dari penyanyi sensasi tanah air Ning Baizura.



So lepas ini korang boleh pilih mana satu warna aiskrim kegemaran yang melambangkan mood korang. Jangan lepaskan semua kesedapan ini dan keseronokan menikmati aiskrim yang penuh dengan gaya ini. Maha pun selalu juga makan tapi lebih suka yang Pink hehehehe.. Korang lak? 







Mana Nak Cari Biskut Homemade Yang Rangup Dan Sedap

$
0
0
Mana Nak Cari Biskut Homemade Yang Rangup Dan Sedap - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sapa pandai buat biskut yang rangup dan sedap? Buat biskut Almond, biskut Walnut Choc Chips mana nak dapat yer. Maha suka makan biskut ni tambah2 bila time tgk tv dan petang sambil santai.


Nasib baik lah ada usahawan Bumiputera yang pandai menghasilkan biskut sedap macam yang Maha nak ni. Jadi tak susah nak dapat boleh beli secara online atau semasa program bazaar. Macam yang Maha sempat pergi sebelum ini di Mega Bazaar Hijra 2016 yang bertempat di Mid Valley. Kat situ baru Maha tahu adanya jualan biskut yang enak2 macam ni.


Kalau nak dapatkan Biskut Almond korang boleh dapatkan di T Sofiah Homemade. Produk Halal keluaran tempatan ini memang boleh di percayai kesedapannya. Maha dapat cuba biskut ini memang menarik dan rangup sangat. Dengan tagline "FRESH FROM OVEN" memang produk2 mereka adalah terjaga kualiti dan kesedapannya. 


Korang boleh hubungi mereka di facebook atau instagram kerana mereka selalu jual secara online. Kalau ada pun mereka akan join bazaar2 yang berhampiran korang. Tempahan dan pertanyaan hubungi :-

Facebook : www.facebook.com/tunkusofiah.tunkudaud.9
Instagram : www.instagram.com/tsofiahhomemade
Whatapps : 013 - 3061 532


Satu lagi biskut yang sedap dan Maha cari adalah Biskut Walnut Choc Chips. Yang ni pun Maha dapat masa pergi bazaar hari tu. Nampak macam sama tapi tak serupa rasa pun dah lain. Yang ini keluaran Kemi's Kitchen juga syarikat Bumiputera. Biskut ini di jamin Halal dan 100% Homemade ok.
Nak order boleh whatapps atau call no 012 - 907 6768.


Rupanya banyak juga biskut yang sedap2 kat pasaran cuma kita kena pandai mencari sahaja. Nak order untuk tempahan hari raya pun boleh juga. Tu juga kalau sapa2 nak order untuk buat goodies atau buah tangan bagi majlis perkahwinan atau majlis korporat. Sesuai sebab bungkusan comel dan kecil. Jadi sapa2 nak order boleh order sekarang. Selamat mencuba.







Kempen #YourNutella Mengabadikan Nama Korang Pada Jar Nutella Peribadi

$
0
0
Kempen #YourNutella Mengabadikan Nama Korang Pada Jar Nutella Peribadi - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Nutella adalah satu makanan berasaskan Hazenult koko yang manis dan bekrim. Kalau sebut saja Nutella ramai dah terbayang dan dapat rasa bagaimana kesedapan ini memberansangkan hidangan pagi korang. Maha pun suka makan Nutella ni tambah2 lagi dengan sarapan pagi roti dan minuman teh panas.


Korang pun peminat Nutella jugakan jadi apa lagi abadikanlah nama korang pada jar khas Nutella. Kempen terbaru daripada Nutella untuk menghargai peminat dan pecinta produk ini. Kini nama korang dicatatkan pada jar Nutella special yang korang boleh miliki. Kempen #YourNutella ini telah bermula di Malaysia setelah ia menjelajah serata dunia.



Pada 9 hingg 13 Mac 2016 yang lepas telah berlangsungnya pelancaran kempen ini yang bertempat di One Utama. Pada hari tu semua peminat boleh hadir untuk memiliki jar khas yang tertera nama meraka. Hanya perlu membeli produk Nutella dengan harga RM15.90 korang leh dapat jar tertera nama korang. Terdapat juga pelbagai aktiviti seperti permainan dan juga hiburan kanak2.



Tapi jangan risau pada korang yang terlepas untuk dapatkan jar tertera nama korang pada hari tersebut masih ada peluang lagi. Nutella akan membuka peluang korang mendapatkan jar dengan nama di laman sesawang YourNutella.com. Di situ akan tersenarai semua pasaraya besar yang terlibat sama dalam kempen ini dan korang boleh pergi sana untuk mendapatkannya.


Kalau korang tak jumpa juga nama korang kat kedai2 dan pasaraya yang terlibat nanti korang boleh daftar di laman web yang telah Maha maksudkan tadi. Maha sendiri telah dapatkan jar khas ada tulis nama Mahamahu. Korang jelous tak hehehe penuh nama Maha kat jar tu. Selain tu juga Nutellah ingin anda berkongsi kisah dan sejarah anda dengan produk Nutella ini.


Apa yang koran boleh lakukan adalah dengan upload gambar jar yang tertera nama korang di media sosial. Kemudian tag @NutellaSEA dan hastag #YourNutella. Apa lagi jom korang dapatkan segera jar khas sempena nama korang. Nanti boleh share kisah korang bersama Nutella macam yang Maha buat ni siap ada video resepi khas lagi Maha kongsikan dengan korang. Resepi Pancake Bersama Nutella Mahamahu korang boleh cuba mudah jer.


Nanti dah cuba jangan lupa kongsi dengan Maha dan Nutella. So dapatkan sekarang selagi masi ada kempen ini. Lepas ni hari2 boleh sarapan dengan Nutella. Apa lagi resepi yang boleh kita buat dengan Nutellah. Korang kongsikan dengan Maha ok. Selamat mencuba.








Dapur Selerak Mailo Menjual Kek Pandan Cheese, Pandan Chocolate Cheese, Mylo Cheese dan Tiramisu

$
0
0
Dapur Selerak Mailo Menjual Kek Pandan Cheese, Pandan Chocolate Cheese, Mylo Cheese dan Tiramisu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Untung kalau ada kepakaran dalam menghasilkan kek2 yang unik dan sedap. Ye lah kalau dah boleh buat kek yang di sukai ramai orang dah boleh buat business menjual kek.

Mini Chocolate Cake (RM10.00)

Kek Pandan Cheese, Pandan ChocoCheese (RM15.00)
dan Pandan ChocoCheese Special (RM20.00)

Mylo Cheese (RM7.00)

Tak perlu pun kedai besar2 atau sewa pusat jualan mahal hanya boleh buat melalui rumah sahaja. Kemudian guna media sosial untuk promosi marketing secara percuma. Silap boleh jadi viral kerana orang terlalu suka dan sedap. Maha sendiri jelous orang yang ada kemahiran macam ni sebab diam2 dah boleh buat business.




Macam sorang kawan Maha ni lah yang rupanya dah buat business menjual kek secara online. Sapa sangka anak muda yang ada bakat membuat pastry dan kek ini bersemangat tinggi untuk berjaya dalam businessnya.
Nama pun secantik orangnya Myra Hisham pemilik business Dapur Selerak Mailo yang mula perniagaan Bumiputera secara kecilan dalam dunia media sosial.



Antara hasil kek yang di jual oleh beliau adalah seperti Kek Pandan Cheese, Pandan ChocoCheese Special dan Pandan ChocoCheese. 3 jenis kek ini bersaiz 500gram dan boleh dapat dengan harga RM15.00 untuk Pandan Cheese dan Pandan ChocoCheese manakala RM20.00 untuk Pandan ChocoCheese Special. Special tu kalau korang tengok atas keknya ada macam2 jenis colat seperti KitKat, chocolate ball dan banyak lagi.



Tu baru yang Pandan kek dalamnya yang ni pula Tiramisu yang memang cukup popular di kalangan pecinta kopi. Kemudia ada lagi yang dijual seperti ni Mylo Cheese dan Mini Chocolate Cake. Untuk yang ini pula harga berpatutan kerana saiz yang kecil sikit di mana untuk Tiramisu harga RM7.00 manakala Mylo Cheese RM8.00 dan Mini Chocolate Cake RM10.00 sahaja.



Semua ini korang boleh dapat dengan order secara online dilaman facebook atau terus whatapps saudari Myrah ni. Dia ni sangat aktif dalam media sosial dan memang cepat respon untuk cutomer2nya. Sebab tu ramai yang testimoni kek hasil beliau sangat berpuas hati. Service bagus cepat dan pastinya sedap. Jadi jangan tak cuba mesti kena cuba order sekarang ok. Selamat menikmati kek coklat ini ok.

Tempahan dan maklumat hubungi 
Whatapps : 011 -2322 0224






Gabungan 15 Biji Kontena Akhirnya Terbinalah The Garage KL Yang Kita Tidak Sangka

$
0
0
Gabungan 15 Biji Kontena Akhirnya Terbinalah The Garage KL Yang Kita Tidak Sangka - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian semua. Dulu selalu bila lalu tepi2 jalan akan jumpa longgokan kontena yang tidak berguna dan juga jadi sarang tempat penagih. Namun semua panorama ini telah berubah kerana kontena bukan sahaja jadi pejabat kecil di kawasan pembinaan tapi kini menjadi satu tumpuan orang ramai kerana kreativiti yang dihasilkan. 



Tu kali ni Maha nak review salah satu tempat makan menarik di Malaysia ni. Apa menariknya tempat ini?
Itu yang cuba ditampilkan oleh The Garage KL yang terletak di Lot 841, Jalan Hulu Kelang, Hillview. Yang kini dah menjadi tumpuan orang ramai untuk makan dan cari2 barang terpakai.
Maha setiap bulan balik ke kampung memang lalui kawasan tu tapi tak sangka ia dah jadi satu tumpuan ramai. Betul2 ditepi lebuh raya MRR2 yang padat dengan kenderaan. Kali ini boleh singah kat sini kalau telekat dalam kesesakan.



Maha hari tu kebetulan balik kg dan ada masa terus rasa nak singgah makan malam kat The Garage KL ni nak tengok keunikan dan makan yang ada dalam kawasan ini. Tak sangka besar rupanya kawasan ni bukan sahaja ada kedai makan tapi ada kedai eksesori, kedai bundel, kedai gunting rambut dan macam2 lagi.

Carbonara Beef Bacon (RM 20.00)

Grilled Salmon Fillet (RM 27.00)

Tapi sebab lapar Maha singgah makan malam dengan menikmati beberapa makanan hipster yang unik kat sini. Hari tu Maha sempat cuba beberapa menu sahaja antaranya adalah Grilled Salmon Fillet dan Carbonara Beef Bacon sebab makan berdua. Boleh tahan lah kalau nak makan yang simple2 macam Nasi Lemak pun ada kat sini. Lepas tu nak cuba juga minuman hipster yang melimpah2 ruah kalau tengok sekarang tengah viral.

Dequeen-A Poppy (RM 15.00)

Jar Jar Beans (RM 15.00)

Minuman yang menarik Maha cuba adalah Jar Jar Beans dan juga Dequeena Poppy. Korang tengok sendiri lah lelehan air yang manis dan warna-warni ini. Sapa2 yang tak minat kopi macam Maha ni tak berapa sangat tapi nak cubakan nak tahu macam mana rasa minuman hipster ni ok lah. Satu pembaharuan yang jarang kita dapat di tempat lain.



Bagi Maha nak expect tinggi pada The Garage KL ni mungkin belum lagi, tapi boleh untuk datang bawa teman istimewa makan sekali sekala nak ubah angin. Datang tengok daripada segi kreativiti mereka yang menggunakan barang buangan seperti kontena, juga perabot yang menggunakan tong dram menjadikan ia menarik. Apa pun ia satu usaha yang terbaik bagi menghasilkan tempat makan yang unik dan santai seperti ini.

Waktu operasi : Isnin - Jumaat pukul 4.00 petang - 12.00 tengah malam
                            Sabtu -  Ahad pukul 9.00 pagi - 1.00 pagi






Nine Chefs Membawa Semua Makanan Malaysia Bawah Satu Bumbung

$
0
0
Nine Chefs Membawa Semua Makanan Malaysia Bawah Satu Bumbung - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bukan Maha cakap tapi ini yang diluahkan oleh pelancong luar bila datang ke negara kita. Malaysia sebuah negara yang kaya dengan makanan yang enak2 dan menarik untuk dinikmati. Banyak tempat-tempat makan yang menarik di Malaysia masih belum kita terokai dan jelajahi.

 

Tapi semua hidangan yang ada di Malaysia perlu kita terokai dari utara sampai selatan, timur dibawa hingga ke barat. Mungkin akan memakan masa yang agak lama dan kos yang tinggi. Mana kita nak dapatkan hampir semua hidangan seluruh Malaysia ini dalam satu restoran. Itu yang dibawakan oleh restoran Nine Chefs yang diusahakan oleh anak muda tempatan.




Kenapa nama restoran Nine Chefs? Maha sempat bertandang ke restoran ini untuk mendapakan jawapan yang nyata. Nine Chefs adalah sempena dengan 9 jenis hidangan yang dibawa dari serata Malaysia dengan resepi original mengikut cara masakan yang asal dan bahan2 yang semulajadi. Walaupun makanan kat sini mungkin tidak rasa sama seperti bagaimana mak korang masak tapi ia akan rasa seperti hidangan Malaysia yang pernah korang nikmati sebelum ini. 

Fried Salted Egg Sotong (RM 15.90)

Deep Fried Chicken Wings served with House Dip (RM 15.90)

Jom Maha ceritakan beberapa hidangan yang sempat Maha cuba semasa datang makan kat restoran ni mesti korang teruja. Seperti biasa makanan Malaysia pun ada pembuka selera juga hehehe, kat sini korang mesti kena cuba Fried Salted Egg Sotong dan juga Deep Fried Chicken Wings served with House Dip. Sotong goreng bersama dengan telur masin ini memang sedap dan dapat reas telur masinya yang original.  Kemudian kepak ayam goreng rangup dan cukup rempah ratus yang diperapnya.

Rojak Buah (RM 12.90)

Tu baru starter mai kita cuba pula salad special Malaysia iaitu Rojak Buah. Buah-buahan segar bersama sos rojak dan juga ikan bilis goreng atasnya menyegarkan rasa. Lepas tu pula kita pergi kepada hidangan utama kat sini yang mendapat sambutan ramai juga. Mestilah hidangan nasi semua ni yang Maha cuba adalah hidangan kombo.

Nasi Kerabu served with Daging Salai (RM 19.90)

Masak Lemak Daging Salai Combo (RM 18.90)

Ikan Pari Bakar Combo (RM 18.90)

Pertama sekali Nasi Kerabu served with Daging Salai, kemudian Masak Lemak Daging Salai Combo, dan seterusnya Ikan Pari Bakar Combo. Semua hidangan ni datang dengan nasi, telur masin, keropok, arca sayur dan sambal. Lengkap satu set hidangan untuk korang makan mesti kenyang punya.

Nasi Lemak Combo (RM 23.90)

Kerabu Fried Rice served with Chicken Wing and Percik Sauce (RM 16.90)

Kalau untuk sarapan pagi pula boleh cuba Nasi Lemak Combo atau Kerabu Fried Rice served with Chicken Wing and Percik Sauce. Kalau tengok nasi lemak tu memang tak habis sebab semua ada dalam tu termasuklah ayam goreng berempah, sambal sotong, rendang daging, kacang, ikan bilis, telur, keropok dan sambal nasi lemak. Puas gila makan tapi yang sedap orang puji adalah sambal sotong. Maha suka semua hehehe.

Fried Laksa (RM15.90)

NineChefs Pisang Cheese Combo (RM 16.90)

Kalau yang tak makan nasi boleh cuba Fried Laksa dimana laksa yang digoreng seperti mee goreng mamak. Tapi mereka gunakan mee laksa tu memang unik dan rasa pun kenyal2. Last but not list mesti kena ada space untuk pencuci mulut yang special di sini iaitu NineChefs Pisang Cheese Combo. Paling ramai orang order kat sini kerana dalam pisang goreng ni ada cheese, oreo dan chocolate memang sedap manis dan berlemak rasanya.

Coconut Blend (RM 10.90)

Puas dah makan kat sini jadi korang pun boleh datang cuba kat sini dan tak rugi kerana banyak pilihan makanan. Minuman pun menarik juga kat sini korang kena cuba Coconut Blend. Mereka gunakan isi kelapa muda dikisar bersama air kelapa yang tu sedapnya. Jadi jagan lepas peluang untuk datang ker restoran Nine Chefs yang satu2nya di IOI City Mall Putrajaya. Selamat mencuba.

NINE CHEFS
GE11, Ground Floor
IOI City Mall, Lebuh IRC
IOI Resort City
62502 Putrajaya

Waktu operasi
Isnin - Khamis: 10am - 10pm
Jumaat - Sabtu: 10am - 11pm
Ahad: 10am - 10pm

Facebook : www.facebook.com/ninechefs
Laman web :  ninechefs.com.my
Tempahan : 03 8959 8026







Resepi Puding Roti Nutella Mahamahu Edisi Istimewa Dari Dapur Mahamahu

$
0
0
Resepi Puding Roti Nutella Mahamahu Edisi Istimewa Dari Dapur Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Post lepas Maha ada cite pasal produk Nutella yang menjadi kegilaan ramai orang di Malaysia. Pada masa tu Maha dapat satu jar Nutellaperibadi yang special ada tulis nama Maha lagi. Jadi sebab ada Nutella yang banyak tu Maha dapat idea untuk buat satu resepi yang mudah yang ramai orang Malaysia suka.


Resepi kali ini diberi nama Puding Roti Nutella Mahamahu sebab kat jar tu ada tulis nama Maha hehehehe. Ramai orang suka puding roti dan tak ramai yang pandai buat macam Maha juga. Jadi kali ni nak share koran resepi mudah dan cepat untuk buat puding roti ini. Orang bujang pun boleh buat tapi kena ada oven lah nak bakar hehehe. Jom kita tengok bahan2 yang Maha gunakan.


Bahan2 untuk membuat resepi Puding Roti Nutella Mahamahu :-

6 keping Roti Biasa
1 jar Nutella
1 kotak kecil Kismis Hitam
2 cawan Susu Segar Lemak Berkrim
1/2 cawan Gula Kastor 
1 sudu besar Mentega Cair
2 biji Telur
1 sudu kecil Essen Vanilla

Tonton video cara2 untuk menyediakan Puding Roti Nutella Mahamahu kat sini :-


Mudah bukan nak sediakan puding roti ini semua orang boleh buat. Sedap lak tu sebab ada rasa Nutella kat dalam puding ni. Kalau korang ada roti2 yang dah nak expired bolehlah cuba nak bagi habis stock tu hehehe. Macam yang Maha buat ni lah wakakaka. Selamat mencuba semua nanti dan cuba sharekan ok.






Nasi Lemak Disenarai Antara Sarapan Pagi Yang Paling Sihat Di Dunia

$
0
0
Nasi Lemak Disenarai Antara Sarapan Pagi Yang Paling Sihat Di Dunia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Nasi Lemak merupakan makanan kegemaran Maha dari dulu sampai sekarang. Antara restoran Nasi Lemak yang menjadi pilihan Maha adalah Warong Nasi Lemak Panas USJ dan juga Nasi Lemak Rendang Ayam Peanut Butter. Jadi bila orang kata Nasi Lemak sebagai makanan yang tidak sihat adalah kurang tepat.


Ini kerana Nasi Lemak disenaraikan antara 10 sarapan pagi yang sihat dalam Majalah Time. Bukan Maha yang cakap ok tapi majalah itu sendiri mengeluarkan kenyataan tersebut. Maha ada baca dalam The Star Online hari ini yang menyatakan bahawa Nasi Lemak sihat untuk diambil sebagai sarapan pagi dari majalan antarabangsa itu.

Menurut penulisnya menyatakan bahawa dalam nasi yang mengandungi santan, ikan bilis, timun, kacang goreng, telur rebus dan sambal adalah hidangan sarapan pagi yang sangat seimbang. Ramai kata nasinya mengandungi banyak lemak tapi boleh kurangkan kuantiti nasinya. Selain itu, menu ini diseimbangkan dengan manganese, protein dan karbohidrat. Cili yang terdapat di dalam sambal nasi lemak itu pula mampu membantu untuk menaikkan metabolisma badan. 


Selain daripada sarapan daripada Malaysia, negara lain yang juga tersenarai adalah sarapan pagi dari negara Turki, Jepun, Vietnam, Mesir, Rusia dan India. Jadi kita harus bangga dengan apa yang kita ada cukup terkenal bukan sahaja dalam negara tapi sampai keluar negara.  

So kita jangan jadikan alasan untuk tidak menjaga kesihatan kerana makanan Malaysia yang disukai ramai ini masih raleven untuk dinikmati. Tapi dinyatakan bahawa Nasi Lemak adalah sarapan pagi yang sihat dan bukan untuk dimakan pada waktu malam atau tengah malam. Itu cara kitalah bagaimana nak mengambil makanan tersebut bukan dengan makan sahaja tanpa tahu apa yang kita makan. So lepas ni kita mulakan hari dengan sarapan Nasi Lemak ok.







Garrett Popcorn Boleh Dinikmati Di Mana-mana Sahaja Bersama Kawan2 Dan Keluarga Tercinta

$
0
0
Garrett Popcorn Boleh Dinikmati Di Mana-mana Sahaja Bersama Kawan2 Dan Keluarga Tercinta- Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau selalu Popcorn kita kata mesti nak makan kat dalam pawagamkan. Tak rasa pun nak bawa balik makan bersama anak2 dan kawan kat rumah atau kat tempat lagi best. Macam mana yang Maha buat ni mesti korang nak cuba juga.


Maha mula minat pada Garrett Popcorn sejak pertama kali cuba masa beli kat KLIA2 hari tu lepas balik bercuti. Semenjak tu bila datang area KLCC mesti singgah kedai Garrett Popcorn untuk dapatkan 1 Gallon Tin terutama perisa kegemaran iaitu Almond CaramelCrisp. Ini kerana ada ketulan kacang Almond dalam setiap Popcorn yang disatukan dalamnya. Mana tahu korang nak beli kan jadi Maha bagi harga pasaran sekarang di Malaysia.


Tapi kali ni Maha dapat cuba pula perisa terbaru daripada Garrett Popcorn ini iaitu Matcha CaramelCrisp. Sempena dengan promosi yang ada di semua kedai2 sepanjang tempoh 16 Mac 2016 hingga 15 April 2016 ini. Jadi Maha dapat satu tin besar ini dan pergi bawa bersama dengan kawan dan keluar makan piknik sempena dengan cuti sekolah baru ini.




Best sebenarnya dapat pergi piknik dengan kawan2 dan keluarga ni, terutama cuti sekolah bawa kanak2 yang suka main pasir. Kami semua hari tu pergi ker Pantai Bagan Lalang Sepang semata2 nak berpiknik dan menghabiskan masa cuti sekolah bersama keluarga dan kawan2. Kawan Maha bawa family mereka yang ada kanak2 lagi lah seronok meriah tengok mereka main pasir pantai.



Hari tu kami sedia makan yang banyak seperti sandwich, buah-buahan, makanan ringan , minuman dan yang paling penting kami bawa Garrett Popcorn perisa Matcha CaramelCrisp. Orang dewasa suka makan sebab dapat rasa Teh Hijau yang asli memang original katanya daripada wilayah Shizuoko Jepun, kawasan cukup popular dengan pengeluaran teh terbaik dunia.




Kanak2 pun suka sebab ia adalah makan Popcorn yang mudah untuk dikunyah atau untuk dimakan sambil2 bermain dan berseronok. Petang yang tenang dan terang kami untuk aktiviti piknik hari tu memang best seronok dan menggembirakan. Semua berebut2 nak makan Popcorn ini sampai habis satu tin tu. Kami pulang petang tu dengan kegembiraan lepas siap mandi pantai basah2 hehehe.


Mesti ramai tanya mana asalnya Garrett Popcorn? Maha cite sikit asal usul Popcorn ini pada korang yang mana Maha tahulah ok.
Sebenarnya Popcorn ini berasal daripada resepi turun temurun keluarga Garrett dari Chicago, USA. Mereka mengusahakan Popcorn ini sejak dari tahun 1949 lagi. Jadi kini Popcorn ini boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia.


Jadi tunggu apa lagi jom dapatkan Garrett Popcorn ini di semua kedai untuk rasa baru yang lebih segar dan enak. Jom kita LIKE facebook Kedai Garrett Popcorn dan juga boleh dapat info di sana kerana banyak update terbaru mereka. Kalau korang dah cuba perisa baru ini jom kongsi dengan Maha dan peminat lain di laman media sosial korang dengan meletakkan #GarrettTogether dan #GarrettPopcornMY. Selamat mencuba semua...

Senarai lokasi kedai Garrett Popcorn di Malaysia:-

KLIA2
Lot L2 - 112, Level2
gateway @ klia2 KL International Airport,
Jalan KLIA2/1
64000 KLIA, Sepang

Isnin - Ahad
7:00pagi - 11:00malam

SURIA KLCC
Lot C15I, Concourse Floor, Suria KLCC
Kuala Lumpur City Centre
Kuala Lumpur

Isnin - Ahad
10:00pagi – 10:00malam

ONE UTAMA

Lot G139B, Ground Floor, 1Utama Shopping Centre
Lebuh Bandar Utama ,
Petaling Jaya , Selangor

Isnin - Ahad
10:00pagi – 10:00malam

MID VALLEY
Mid Valley Level 31 Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur

Isnin - Ahad
10:00pagi – 10:00malam









Chef Wan Berkongsi Dengan Blogger Tentang Makanan Yang Sihat di BMS Organics

$
0
0
Chef Wan Berkongsi Dengan Blogger Tentang Makanan Yang Sihat di BMS Organics - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekali sekala dapat bersembang dengan otai dalam dunia masakan Malaysia memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Sapa tak kenal Chef Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan seorang yang cukup luas ilmu masakannya.


Maha bersama beberapa orang rakan2 blogger lain dijemput untuk "Healthy Eating Bloggers Conference" di BMS Organics AEON Bandar Sunway bersama dengan Chef Wan. Dalam acara yang simple dan lebih relax ini Chef Wan tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dalam dunia masakan beliau yang berjaya sehingga ke peringkat antrabangsa. Sebagai seorang yang sudah menjangkau usia petengahan 50an masih tetap aktif dan rancak berkerja.



Seronok sebenarnya kami dapat berborak dan juga berkongsi banyak ilmu terutamanya dalam menyediakan masakan yang lebih sihat. Pada hari tu Chef Wan juga berkogsi beberapa tips dalam menyediakan makanan organik yang lebih sihat. Nasihat paling besar yang beliau pesan pada semua blogger dan juga rakan2 sekalian kita jangan kedekut untuk mengeluarkan duit dalam mendapatkan makanan yang sihat dan organik.



Kalau kita dah sakit nanti kita pasti akan keluarkan banyak duit untuk rawatan itu. Jadi lebih baik kita keluarkan duit lebih untuk makanan yang sihat semasa kita masih bertenaga dan sihat. Maha juga pada hari tu tak lepas daripada seloro dan nasihat Chef Wan untuk kurang berat badan dan mula amalkan makanan sihat dan organik dari sekarang.



Katanya lagi di BMS Organics ini menyediakan banyak bahan2 dan juga sumber makanan yang organik dan sihat. Mereka sendiri menjaga kualiti untuk setiap produk dan bahan makanan yang dijual di semua cawangan kedai2 mereka. Selain itu juga BMS Organics juga mempunyai restoran makanan sihat dan organik sendiri. Kalau korang perasan Restoran Be Lohas adalah penyedia makanan sihat daripada bahan organik di semua cawangan mereka.



Pada hari tu juga Chef Wan mengajar kami menggunakan bahan organik dan sihat untuk menghasilkan masakan tempatan. Paling best adalah masakan Nasi Lemak with Soy Chicken Rendang, di mana beliau mengantikan santan dengan susu soya dan juga nasi biasa digantikan dengan beras perang. Jadi ia akan mengurangkan penggunaan yang tidak sihat dan boleh dapat rasa yang sama sedap jer dengan nasi lemak biasa.

Nasi Lemak with Soy Chicken Rendang

Asam Laksa

Curry Laksa

Kemudian kami juga dijamukan dengan semua masakan yang disediakan oleh Chef Wan. Maha pilih nasi lemak lah dan rakan blogger lain pilih Asam Laksa dan ada juga Curry Laksa. Semua hidangan ini menggunakan bahan sihat dan organik. Tengok sendiri lah rupa nampak sedap dan rasa pasti sihat. Boleh cuba kat rumah nanti ok. Terima kasih kepada Chef Wan kerana sudi berkongsi idea dan juga ilmu masakan sihat kepada kami. 







Cheese Crackers Dan Prawn Crackers Dari Zattylicious Buat Korang Tergamam Kesedapanya

$
0
0
Cheese Crackers Dan Prawn Crackers Dari Zattylicious Buat Korang Tergamam Kesedapanya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebelum ni Maha dah banyak makan pelbagai jenis kerepek daripada kerepek ubi sampai kerepek gunting semua biasa jer. Bukan nak kutuk kerepek yang orang lain buat tapi kali ni kerepek yang Maha dapat rasa ini lain sangat2. 


Apa yang buatkan kerepek ini lain adalah gabungan unsur2 tradisional dan modern dalam penghasilan kerepek ini. Kalau sebut kerepek tak class jadi diberilah nama Cheese Crackers dan juga Prawn Crackers ko ado hehehehe. Jangan marah branding tu penting dalam menarik minat dan keunikan orang untuk mencuba. Tapi crackers ini Maha dan cuba ok dan dapat habis berbalang-balang kerana kesedapannya.


Dua crackers ini dihasilkan oleh seorang usahawan Bumiputera muda yang bersemangat untuk berniaga. Zattylicious nama company yang mengeluarkan dua crackers ini. Tapi Maha rasa dua crackers ini ada potensi untuk terus bersaing dalam dunia industri makanan tempatan. Sebeb crackers ini sangat2 sedap untuk dimakan sambil tonton tv atau juga untuk hari raya nanti.

Cheese Crackers (RM 7.00)



Maha paling suka adalah Cheese Crackers ini cukup rangup, nipis dan juga penuh cheese atasnya. Korang boleh tengok warna oreng2 itu adalah salutan cheese yang banyak dan berlemak bila dikunyah. Paling best rangup dan ringan saja untuk masuk ke mulut. Harga untuk crackers ini hanya RM7.00 untuk balang kecil dan RM13.00 untuk balang besar.

Prawn Crackers (RM 7.00)



Manakal satu lagi tu Prawn Crackers ini lagi sangat2 lain daripada kerepek yang biasa korang makan. Kalau selalu  makan  kuih guntingkan yang ni tak sama kerana kerapuhan dan juga rasa udang kering dalam tu memang menarik. Susah nak explane macam mana rasanya tapi korang kena cuba baru tahu keunikannya. Harga pun sama jer macam tadi untuk balang kecil RM7.00 dan balang besar RM13.00.


Kalau balang besar ni sesuai untuk korang buar kuih raya tahun ni. Ini kerana mesti rumah korang special tak sama kerepek dengan rumah orang lain baru best nak raya. Apa pun kalau korang nak order boleh whatapps kepada mereka.  Mereka masih baru lagi tak ada Facebook atau Instagram tak apa next level ok. Selamat mencuba semua.

Tempahan dan maklumat lanjut
Whatapps dan call : 013 - 390 7087





Pandai Ke Ramona Zam Zam Memasak Di Sunway Putra Hotel Food Festival 2016

$
0
0
Pandai Ke Ramona Zam Zam Memasak Di Sunway Putra Hotel Food Festival 2016 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Pada 17 March 2016 bertempat di Sunway Putra Hotel telah berlangsung acara Food Festival bagi meraikan semua media dan tetamu hotel berkenaan. 


Hari tu Maha dan rakan2 blogger serta media diberi peluang untuk mencuba hidangan yang disediakan di semua restoran dan cafe yang ada dalam hotel tersebut. Belum habis lagi tentang makan banyak yang Maha nak ceritakan tapi kita tengok apa lagi aktiviti yang berlangsung untuk satu hari yang penuh meriah tu.



Pada hari tu juga ada cabaram SPH Food Festival Cook Off Challenge diantara tiga artis muda berbakat iaitu Ramona Zam Zam, Anding Indrawani dan Shakila Khoriri. Ketiga-tiga selebriti tempatan ini bersaing dalam cabaran Mystery Box memasak tiga hidangan popular dari menu Sunway Putra Hotel.




Paling best bila dapat tengok 3 orang selebriti ini dapat beraksi memasak secara langsung dengan gelagat yang tersendiri. Paling best tengok aksi Ramona yang dah lah cantik bergaya memang pasti makanan beliau masak sedap. Ramona hari tu kena memasak Mee Goreng Mamak, manakala Shakila kena masak Spaghetti Aglio Olio Seafood dan Anding kena masak Pasta Cheese With Chicken
 
Mee Goreng Mamak

Spaghetti Aglio Olio Seafood

Pasta Cheese With Chicken


Tapi sapa sangka kehebatan di dapur tidak menjanjikan kemenangan kerana kreativiti dan ketelitian menjadi ukuran. Akhirnya Ramona diumumkan juara pada hari tu yang diadili oleh barisan chef popular di hotel tersebut. Cantikkan tengok Ramona tu memang padan dia menang bau masakan pun sedap walau Maha tak dapat rasa hehehe.






Selain daripada masakan barisan celebriti tadi Maha ada cite tentang food sampling yang disediakan oleh restoran dan cafe di hotel tu.
Ada tiga restoran dan cafe utama di Sunway Putra Hotel iaitu Coffee House makanan buffet tempatan, Gen Restaurant yang menyediakan masakan Jepun dan juga Atrium Lounge yang menyediakan hidangan cake dan pastry yang enak2. 




  


Pada akhir acara petang tu kami semua dihidangkan dengan makanan buffet makan malam yang utama di situ. Bukan selalu dapat makan dengan hidangan hotel ni habis semua Maha cuba. Kalau datang makan kat Coffee House ni korang kena cuba Nasi Lemak Buah Bidara, Nasi Briyani, Nasi Ayam Penyet, Nasi Ulam dan Nasi Ambeng. Selain tu juga ada Hainanese Chicken Rice, Chicken Chop, Tandoori Chicken,Beef Burger dan Spaghetti Aglio Olio yang selebriti tadi masak.






Apa pun memang banyak makanan yang ada dekat Sunway Putra Hotel ini teturama untuk tetamu yang menginap di sini. Tapi korang juga boleh booking untuk makan bersama rakan2 pejabat atau juga bersama keluarga. Mereka sentiasa mengalukan kedatangan anda untuk mencuba semua hidangan di restoran dan cafe yang ada. Banyak lagi makanan nak tunjuk tapi apa pun korang memang akan puas hati datang sini. Jemput datang semua ok.

SUNWAY PUTRA HOTEL

Coffee House
Harga : RM 78.00 nett (Dinner)
             RM 68.00 nett (Lunch)

Gen Restaurant 
Harga : RM 20.00 - RM 40.00

Atrium Lounge 
Harga : RM 55.00 nett (set minum petang)

*Percuma parking dan Wifi

Tempahan dan maklumat lanjut hubungi :
Tel : 03 - 4040 9888
Email : dinesph@sunwayhotels.com
Instagram : @sunwayputrahotel





Moon's Kitchen Pengalaman Makan Sehingga Ke Bulan Sedapnya

$
0
0
Moon's Kitchen Pengalaman Makan Sehingga Ke Bulan Sedapnya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bagimana rasanya kalau makanan tu betul2 sedap dan menarik untuk korang. Orang katalah bak makan sampai ke bulan, begitulah perumpamaan kesedapan bila makanan tu betul2 kita dapat hargai. Ingat yer bukan makan di bulan tau tapi perumpamaan jer.



Kali ni Maha nak bawa korang makan di sebuah restoran yang menyediakan hidangan barat yang terbaik untuk korang.
Moon's Kitchen yang cukup dikenali dengan steak lada hitam yang menggunakan daging lembu Australia premium. Selain itu juga kat sini cukup popular dengan hidangan Lobster daripada US yang cukup besar dan manis.



Restoran ini banyak menggunakan bahan diimport berkualiti tinggi daripada sumber-sumber yang mampan. Semua bahan-bahan di sini adalah disahkan Halal dari negara-negara masing-masing, dan mereka tidak menambah apa-apa bahan tambahan atau bahan pengawet untuk menyedapkan makanan mereka. Maha tak tipu dan tak puji restoran ini kalau Maha tak rasa sendiri.

Chicken Chop (RM 16.90)

Sebab tu Maha rekmenkan restoran ini kepada semua pembaca bukan kerena sedap sahaja tapi harga berpatutan untuk rakyat Malaysia. Jom Maha kenalkan dengan beberapa menu yang sempat Maha cuba. Paling best adalah Chicken Chop kat sini yang dihasilkan daripada Boneless chicken yang digoreng garing bersama side dish seperti salad, coleslow dan fries bersama sos pilihan iaitu Sweet & Sour, Black Paper, Mushroom dan Brown Sauce.

Italian Rosemary Chicken (RM 26.90)

Chipotle BBQ Beef Ribs (RM 59.90)

Kemudian Maha juga rekmen korang cuba Italian Rosemary Chicken dimana daging ayam yang di perap dengan rempah ratus daripada Itali dan dipanggang. Special kerana daging yang banyak dan sedap. Yang lagi satu ni adalah beef ribs yang dipanggang dengan chipotle chili BBQ sauce. Menu ni dipanggil Chipotle BBQ Beef Ribs

Aglio Olio E Pomodoro with Salmon and Mussels (RM 27.90)

Spaghetti Bolognese (RM 16.90)

Kalau yang nak makan pasta sesuai cuba kat sini Aglio Olio E Pomodoro with Salmon and Mussels. Yang ni ada seafood dalamnya special dimasak dengan rasa sebenar Aglio Olio. Kemudian boleh cuba juga Spaghetti Bolognese dimana pasta bersama daging dan Italian tomato sebagai kuahnya. Menarik kedua2 hidangan ini sangat2 kebaratan rasanya.

Baked Onion Soup (RM 11.90)

Mushroom Soup (RM 6.90)

Biasalah kalau makanan barat kena ada sup of the day. Kat sini ada pilihan banyak sup yang menarik seperti Baked Onion Soup dan juga Mushroom Soup. Kedua2 sup ni sesuai makan dengan roti bawang putih yang rangup. Jadi lengkap korangnya makan tenghari bersama keluarga atau rakan2 kat sini. 



Maha suka akan restoran ini kerana dekorasi yang tidak keterlaluan dan juga kemas dalam dan juga luar. Cuma bagi Maha restoran ini agak jauh kedalam dan juga susah untuk diakses dari jalan utama. Cuma nanti bila siap LRT fasa 2 kat sini baru mudah nak datang. Kawasan  Putra Heights ni banyak pembangunan baru jadi akan maju nanti. Moga restoran ini terus maju jaya ok. Korang mesi kena datang cuba kat sini kerana Maha telah cuba ok.

MOON'S KITCHEN PUTRA HEIGHTS
12A-G, Jalan Putra Mahkota 7/6B,
Putra Heights, 47650 Subang Jaya.
Instagram : www.instagram.com/moons_kitchen

Waktu Operasi
Isnin - Jumaat :  4.00PM - 10.00PM
Sabtu & Ahad : 12.00PM - 10.00PM





Viewing all 2348 articles
Browse latest View live