Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2341

Rencah Nusantara Bufet Berbuka Puasa Sempena Ramadan Di The Everly Hotel Putrajaya

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ini Maha nak bawa kepada korang satu lagi tempat untuk berbuka puasa yang tidak pernah mengecewakan setiap tahun. Mana lagi kalau bukan The Everly Hotel Putrajaya dengan tema tahun ini adalah Rencah Nusantara - 4 Chef, 4 Rencah, Pelbagai Rasa.


Kenapa 4 chef dan 4 rencah apa yang Maha faham mereka memperkenalkan 4 orang chef dengan keistimewaan masakan tersendiri dari empat pelusuk tanah air. 4 chef tersebut adalah seperti Chef Ismail yang asal dari Pantai Timur semenanjung yang membawa masakan istimewa seperti Masak Tempoyak Ikan Patin.


Manakala Chef Mario yang berasal dari utara tanah air yang memperkenalkan masakan istimewa mereka seperti Mee Goreng Mamak dan Kueh Teow Goreng. Seorang lagi Chef Syukri yang berasal dari selatan tanah air membawakan keistimewaan masakan seperti Mee Kuah dan Chef dari tengah semenanjung pula membawa masakan Negeri Sembilan dan Selangor seperti Asam Pedas Tetel.



Itu baru menu yang istimewa tapi masih ada juga beberapa buah gerai, dimana terdapat chef akan masak secara live disitu. Gerai ini dibina dalam hotel itu yang akan membuatkan korang lebih rambang mata nak cuba semua. Seperti ada gerai Mee Goreng Mamak dan Kueh Teow Goreng, gerai Kambing Panggang, gerai Roti Canai dan Apam Balik, gerai Kebab, gerai Sup Utara, gerai buah-buahan dan juga banyak lagi.






Dalam banyak-banyak semua menu ni yang paling Maha suka adalah Sup Gear Box dan juga Mee Sup mereka memang terbaik. Kuah yang terasa rempahnya bersama daging lembut serta pelbagai bahan boleh ditambah sebanyak mana nak ikut suka kita nak terlalu pedas atau pun kurang pedas.


Buffet buka puasa kali ini harga jauh lebih berbaloi dimana sekiranya anda buat tempahan sebelum 30 April2018 ini harganya hanya RM88.00 nett. Manakala kalau tempahan selepas tarikh tu harga akan jadi RM98.00 nett. Bestnya pula kalau korang tempah untuk satu pejabat atau makan berkumpulan setiap 10 tempahan orang akan dapat 1 tambahan tiket percuma.








Bagi keluarga yang datang dengan kanak-kanak diantara umur 6 hingga 12 tahun serta warga emas yang berumur 60 tahun ke atas akan dapat diskaun 50% daripada harga asal. Jadi untung sangat kat situ memang jimat dengan pilihan makanan yang banyak bagi Maha ini sangat berbaloi. Bufet Ramadhan kat sini juga dijamin 100% Halal daripada JAKIM.





Bulan Ramadhan ini juga The Everly Putrajaya menawarkan pakej penginapan 1 malam dengan harga hanya serendah RM369.00 nett termasuk sekali dengan sahur dan buffet buka puasa bagi 2 orang. Wow sangat best untung mereka yang datang atas urusan kerja boleh menginap sini dan dapat tidur selesa serta dapat makan sedap-sedap lagi.





Nanti Maha akan ceritakan pengalaman Maha berbuka puasa di sini buat anda yang tidak pernah cuba dan rasa nak datang. Ini cuma pengenalan sahaja tau ada lagi yang banyak dan menarik sepanjang bulan Ramadhan nanti. Selamat menjamu selera dan selamat menyambut bulan puasa semua. 

Harga :  
RM88.00 nett untuk dewasa (tempahan sebelum 30 April)
RM98.00 nett tempahan hari biasa
RM49.00 nett untuk kanak-kanak dan warga emas

Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 011-6318 6029
        03-8892 2929







Viewing all articles
Browse latest Browse all 2341

Trending Articles