Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalua sebut pasal fesyen dan juga baju raya orang perempuan lah paling teruja untuk membuat pembelian. Malah ada yang dah siap beli pakaian seawal bulan Januari tahun ni lagi. Punyalah excited nak menyambut raya takut katanya tak dapat beli yang sedondon atau juga tak ikut trend.
Kini Primavalet hub fesyen terbesar di Malaysia baru-baru ini telah melancarkan koleksi Raya tahun 2018. Maha adalah antara tetamu yang mendapat jemputan bagi menghadiri malam PRIMAVALET Fashion Hub 2018 Raya Collection yang bertempat di Hotel Majestic Kuala Lumpur. Pertama kali Maha datang majlis fashion show macam ni memang rasa teruja nak tengok koleksi terbaru mereka.
Pada malam itu acara dimulakan dengan majlis Press Conference yang diacarakan oleh Dee dan barisan panel seperti pengasas Primavalet sendiri iaitu Dr Arshad bersama beberapa duta mereka. Di antara artis yang juga duta mereka adalah Nabila Razali, Alif Satar, Amar Baharin, Amyra Rosli, Asad Mowtah, Zukie, Siti Nordiana, Janna Nick dan Atikah Suhaimie.

Pada majlis tersebut Dr juga turut memperkenalkan beberapa vendor utama yang juga turut sama menjadi penyedia koleksi terbaru Raya 2018 kali ini. Di antaranya adalah Ezuwan Ismail, Arjuna, Meylana, YoumeAndHunny, Nur Aishah, Shasya Habib, Syus Couture, Zoud, Kukubesi dan Buranku.co. Termasuk koleksi sendiri Primavalet iaitu PV Man, PV Women dan PV Kids.
Dr Arshad (tengah) bersama barisan duta dan pereka PRIMAVALET |
"Untuk Syawal kali ini, Primavalet akan melancarkan lebih daripada 70 koleksi dan rekaan daripada kanak-kanak sehinggalah dewasa untuk digayakan di hari lebaran nanti. Kesemua koleksi ini adalah berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan. Kami juga menyediakan pakej sedondon untuk keluarga yang sukakan konsep sedondon di pagi Syawal,” Dr. Arshad mengulas pada sesi pc tersebut.

Selepas sahaja habis pc tersebut Maha terus ker Ballroom utama hotel untuk acara runway model bagi menyaksikan acara kemuncak memperaga semua koleksi terbaru yang ada di outlet Primavalet tahun ini. Majlis yang penuh meriah dan juga gemilang pada malam itu dihadiri lebih kurang 1000 orang tetamu luar dari jangkaa.
Malam tersebut diacarakan oleh dua pengacara hebat iaitu Faizal Ismail dan Elfira Loy. Menghimpunkan lebih daripada 126 model memperagakan busana istimewa untuk Hari Raya, koleksi kali ini dijangka memberikan impak yang lebih maksima berbanding tahun sebelumnya. Tidak terikat dengan konsep tertentu, Koleksi Primavalet Raya 2018 menampilkan elemen mewah, eksklusif, kontemporari namun ringkas dan sesuai serta mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.
Maha paling teruja bila dapat menyaksikan koleksi pakaian Raya khas untuk kaum lelaki sebab selalu kalau orang lelaki terikat dengan Baju Melayu dan sampin sahaja. Tapi di Primavalet terdapat juga pakaian seperti jubah, kurta dan juga baju kemeja.
Kalau koleksi untuk orang perempuan memang tak payah cakaplah memang banyak sangat daripada baju kurung, baju kebaya, telekung, songket dan juga baju berasaskan fabrik saree. Diolah dengan cara tersendiri dan membawa identiti yang berbeza dengan tempat lain itu kekuatan Primavalet.
Pada akhir acara kemunculan barisan duta atau dikenali sebagai "Star Of Primavalet" bersama dengan pakaian daripada koleksi mereka beraksi dengan gaya tersendiri. Selepas tu ada acara memotong kek simbolik dengan perasmi Raya Collection 2018 yang boleh didapati di semua cawangan seperti di Ostia Bangi, Pasri Tumboh Kota Baharu dan Wangsa Maju 118.
Bagi Maha ini adalah antara koleksi menarik yang menawan hati untuk korang beli bagi persiapan raya akan datang tak lama lagi. Semua koleksi baru ini boleh didapati secara berperingkat bermula 1 Mei ini sehingga Ramadan. Selain itu, korang juga boleh dapatkan secara atas talian di www.primavalet.com dan juga melalui ejen serta personal shopper rasmi Primavalet.
*Gambar koleksi Mahamahu dan juga Pa Pa Din