Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bosan juga asyik semua buka puasa makan yang hampir sama. Apa kata kali ni kita cuba pula satu yang memang jauh berbeza dari kebiasaan iaitu berbuka puasa makan Lobster. Maha nak bawa korang ker Restoran Grandmama's yang menyajikan juadah special ini.
Walaupun ia adalah lobster tapi cara masakan untuk menu berbuka diserlahkan dengan citarasa Malaysia. Sempena Ramadhan yang akan datang restoran ni ada 2 set lobster yang boleh makan bukan untuk seorang tapi beramai-ramai. Dimana Set A yang boleh dinikmati untuk 2 hingga 3 orang makan dan manakala Set B pula untuk 4 hingga 5 orang sekali makan.
Dalam set buka puasa ini lobster itu disediakan dalam dua pilihan masakan iaitu Curry Lobster atau Masak Merah Lobster. Memang dua-dua ini sedap belaka Maha dah cuba masakan ini kari mereka sangat pekat dan masak merah mereka ada rasa masam manis tau. Sesuai untuk makanan lobster ni bersama dengan hidangan sampingan lain.
![]() |
Curry Lobster |
![]() |
Masak Merah Lobster |
Bukan makan lobster tu saja tau ada menu sampingan lain yang korang boleh pilih melengkapi set ini. Bagi Set A boleh pilih 3 Sedap Dishes dan bagi Set B tadi boleh pilih 5 Sedap Dishes. Menu dalam Sedap Dishes ini adalah masakan ala-cart bagi mereka yang selalu makan kat sini. Ada 22 jenis pilihan Sedap Dishes kalau Maha nak senaraikan memang tak habis tapi korang tengok antara yang Maha dah pilih kat ini.
![]() |
Asam Pedas Fish Fillet |
![]() |
Deep Fried Spice Chicken |
![]() |
Ayam Masak Merah |
![]() |
Burung Puyuh Homemade Chili Sauce |
![]() |
Deep Fried Chicken Drumstick |
![]() |
Beef Rendang |
![]() |
Foo Yong Fried Eggs |
![]() |
Paku Sambal Belacan |
![]() |
Pak Choy With Oyster Sauce | |
![]() |
Braised Beancurd With Minced Meat |
Korang juga boleh add-ons lagi beberapa menu yang mereka sediakan limit untuk satu menu bagi satu set sahaja. Yang ini ada 4 menu Add-ons dimana kena tambah harga tapi ianya jauh lebih murah dari order secara ala-cart. Sebab tu banyak sangat menu Maha sendiri pun tak tahu nak pilih mana satu semua sedap-sedap.
![]() |
Sea Bass With Sweet & Sour Sauce (RM52.00+) |
![]() |
Homemade Tomato Chili Prawns(RM36.00+) |
Tak habis lagi setakat ni set untuk buka puasa ini juga ada pilihan dessert dan minuman yang special. Ini kena tambah harga lain lah kalau korang nak tapi harganya sangat murah sebab korang dah ambil set lobster tadi. Dessert yang ada ialah Lin Chee Kang dan juga minuman Coconut Ice Blanded dan juga Bandung Sagu. Maha suka sangat kelapa ice blanded mereka memang original dapat rasa segar kelapanya.
![]() |
Coconut Ice Blanded (RM13.90+) dan Bandung Sagu (RM9.90+) |
![]() |
Lin Chee Kang (RM8.90+) |
Kalau korang pilih menu buka puasa lobster ini akan datang sekali dengan hidangan wajib ini iaitu Kuih-muih, Kurma, Nasi Putih, Keropok Ikan dan Cili Belacan. Ini diberi secara percuma kalau korang order set ini lah. Jadi berapa semua menu yang korang ada sebab tu makan bukan untuk seorang tau kena bawa keluarga atau kawan-kawan join sekali baru boleh habis semuanya.
![]() |
Kurma |
![]() |
Keropok Ikan dan Cili Belacan |
![]() |
Kuih-muih Tradisional |
Promosi untuk buka puasa di Restoran Grandmama's ini akan bermula dari 17 Mei hingga 14 Jun 2018 sepanjang bulan Ramadhan ini. Tapi ingat promosi ini hanya ada di dua cawangan restoran ini iaitu di Pavilion KL dan Intermark Mall sahaja ok. So tunggu apa lagi kalau nak cari buka puasa yang berbeza dengan tempat lain boleh cuba sini Maha rekmenkan pada korang. Selamat menjamu selera semua.
Harga :
Set A (2-3 orang) = RM238.00+
Set B (4-5 orang) = RM388.00+
Tempahan dan juga pertanyaan hubungi :-