Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2341

Menyediakan Makanan Yang Berkhasiat dengan Ikan Trout Fjord Dari Norway

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bersempena dengan bulan Ramadan, menjamu makanan yang sihat dan kaya dengan nutrien amat penting untuk menjaga tahap tenaga, memberi tumpuan mental yang jelas dan membantu badan berfungsi secara lancar sepanjang hari.

Kaffir Cili Ikan Trout Fjord Norway dengan Bubur Quinoa

Sebelum ni Maha ada ceritakan tentang perbezaanIkan Trout Fjord Norway dengan Ikan Salmon.Ia boleh menjadi sebahagian diet yang penting pada masa ini kerana Ikan Trout mempunyai protein yang tinggi dan penuh dengan antioksidan dan lemak Omega 3. Ia adalah bahan penting yang sepatutnya dipertimbangkan apabila memasak untuk berbuka puasa dan sahur.

Menurut Alexandra Prahabaran, pakat pemakanan yang bertauliah, Ikan Trout Fjord Norway sangat sesuai untuk hidangan makanan yang sihat, seimbang dan berkhasiat semasa Ramadan. Ikan Trout yang kaya dengan protein akan membantu mencegah kelaparan dan keletihan sehingga waktu berbuka puasa. Lemak Omega 3 yang sihat di dalam Ikan Trout juga boleh meningkatkan fokus mental.

Alexandra Prahabaran Pakar Pemakanan

Beliau juga turut berkongsi resipi dan cara memasak ikan ini dengan manampilkan hidangan lazat yang boleh disediakan dalam masa yang singkat. Di antara resipi yang dikongsikan adalah seperti Kaffir Cili Ikan Trout Fjord Norway dengan Bubur Quinoa, Ikan Trout Fjord Norway Salai dengan Salad Kentang Asia dan Ikan Trout Fjord Norway Bakar dalam Daun Pisang. Kalau korang nak dapatkan ikan ini boleh dibeli di pasar, pasaraya dan kedai makanan laut di seluruh Malaysia.

Ikan Trout Fjord Norway Salai dengan Salad Kentang Asia

Ikan ini lebih kurang sama rupanya dengan Salmon tetapi Trout dikategorikan sebagai ikan jenis ‘Mewah’ kerana dagingnya berwarna merah jingga didalamnya dengan sedikit warna putih. Ikan ini mempunyai rasa yang sangat kaya, dan mempunyai rasa tersendiri selepas makan. Ia mempunyai kulit yang berkilat dan keperakan seperti Salmon dan boleh membesar sehingga 2.5 kilogram, iaitu hanya sedikit lebih kecil daripada Salmon.

Ikan Trout Fjord Norway Bakar dalam Daun Pisang

Norway mempunyai suasana kehidupan yang sempurna untuk Ikan Trout Fjord, yang dikelilingi oleh perairan ais yang sejuk yang berpanjangan ke dalam garisan pantainya. Ia diternak di dalam lautan Fjord Norway yang sejuk dengan air laut bergabung dengan air tawar segar dari glasier dan salji, dalam satu proses memenuhi piawaian tertinggi yang dikaitkan dengan alam sekitar dan kemampanan.

Norway adalah perintis yang terkenal di dunia dalam penternakan moden untuk trout dan salmon. Pengalaman turun temurun dalam mendapatkan kekayaan hasil lautan memberi orang Norway pengalaman unik untuk menguruskan sumber-sumber ini dengan cara yang betul supaya mendapat ikan yang berkualiti tinggi.


Norway adalah pengeksport makanan laut kedua terbesar di dunia dan pengeluar salmon Atlantik dan Ikan Trout Fjord yang terkenal di dunia. Perolehan hasil laut adalah sebahagian budaya dan sejarah Norway yang amat penting. Sebenarnya, memancing merupakan premis penting bagi orang Norway supaya dapat menetap dan tinggal di pantai utara yang sejuk dan berangin.











Viewing all articles
Browse latest Browse all 2341

Trending Articles