Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2341

Beli Dan Menang Emas 24K Di Korean Food Fair ISetan KLCC

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kembali lagi Korean Food Fair kat mana lagi kalau bukan ISetan KLCC. Kali ini ia membawakan makanan K-Street yang cukup popular dari GwangJang Market. Kalau mereka yang biasa pergi ke Seoul mesti kenal akan pasar ini yang merupakan salah satu pasar Korea yang terkenal dan tertua di sana.

Food fair kali ini korang boleh nampak lebih banyak makanan yang dimasak panas dan terus di depan anda. Korang boleh dapat makanan seperti DakgangJung iaitu Korean Chicken Popcorn, ada juga Yang Nyeon Chicken iaitu Korean Fried Chicken, Dak Kochi iaitu Chicken Skewers juga ada Kkoma Gimbap





Semua disediakan panas dan boleh makan segar-segar. Ada juga dibawakan terus dari Korea iaitu Korean Traditional Snack. Kat sana snack ini cukup popular korang juga diberikan peluang untuk cuba merasa sebelum membeli. Harga juga berpatutan tidak bergitu mahal kira timbang tau. Korang kurang tahu pasal makanan kat sini boleh bertanya dengan pekerja mereka sangat ramah dan membantu.





Selain itu juga ada banyak lagi banyak produk lain yang selalu korang boleh jumpa bila ada Korean Food Fair macam ni. Produk wajib ada biasa Pepero, Binggrae yang selalu kita tahu adalah Susu Pisang, Susu Melon dan juga Susu Strawberry tapi sekarang dah ada pula satu lagi Susu Lychee & Peach. Ni menarik Maha nak cuba beli dan rasa macam mana lah yer. Kemudian ada macam biasa Kimchi yang bentuk mentah atau juga yang dalam perisa Samyang. 




Paling penting kalau korang beli kat sini korang juga berpeluang untuk membawa pulang 24K Gold Plated Turtle Ship atau baucer tunai RM200 dari ISetan. Caranya mudah sangat hanya perlu belanja RM100 dalam satu resit di sini dan korang layak untuk sertai cabutan bertuah dan boleh menang hadiah yang Maha nyatakan tadi. Juga ada pelbagai permainan dan aktiviti yang ada di sini kena tengok pada jadual yang ditentukan.


So korang jangan lupa set tarikh dan juga lokasi :-
Tarikh : 25 Oktober 2019 - 6 November 2019
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam
Lokasi : CF Food Market - ISetan KLCC

Masih sempat lagi ni masih panjang masa boleh lah bawa family hujung minggu ni ker sana dapat beli banyak produk. Ada promo juga kat situ beli 1 percuma 1 untuk barang-barang terpilih, dah jimat kat situ betul tak. Selamat membeli-belah semua.








Viewing all articles
Browse latest Browse all 2341

Trending Articles