Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Kalau sebut nama produk susu kesihatan C2Joy dan Safe & Joy yang telah berada di pasran sejak tahun 2016 mesti ramai orang sudah kenali produk untuk meningkatkan antibodi dan sistem imunisasi tubuh untuk melawan virus. Terutama sekarang ni zaman pandemik Covid-19 memang penahanan antibodi yang perlu kita tingkatkan sekarang ini.
Jadi ramai orang mula mencari produk yang telah mendapat pengiktirafan pensijilan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (HACCP) dan juga menerima pensijilan Good Manufacturing Practice (GMP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pensijilan dan pengiktirafan yang diterima, membuktikan bahawa produk keluaran TDC Holdings dihasilkan mengikut garis panduan, kualiti serta menggunakan kaedah yang ditetapkan.
Tapi tahukan anda disebalik produk yang hebat dan berkualiti ini mesti adanya satu oraganisasi yang utuh dan juga menjaga segala kauliti dan patuh syariah daripada pengeluaran sehingga kepada produk akhirnyanya. Merupakan salah sebuah syarikat Multi-Level Marketing (MLM) terulung di Malaysia TDC Holdings Sdn Bhd telah di beri pengiktirafan patuh Syariah oleh Lariba Consulting (LC) yang merupakan penasihat syariah bagi syarikat ini kerana kepakaran dalam bidang Syariah, Usul Fiqh dan kewangan islam.
Majlis penyampaian dan juga penganugerahan sijil patuh syariah itu telah di adakan secara maya pada tanggal 2 Februari 2021 yang turut sama hadir sama dalam majlis tersebut adalah Encik Mohd Hafizuddin Hiew bin Abdullah Ketua Pegawai Eksekutif TDC Holdings Sdn Bhd dan juga Ustaz Abdul Aziz bin Mohd Nor Ketua Pegawai Executive Lariba Colsulting (LC). Turut sama adalah Nur Farisha Bt Ahmad Musli, Eksekutif Syariah TDC.
Penilaian yang dilakukan oleh LC merangkumi keseluruhan aspek perniagaan TDC Holdings iaitu penilaian untuk produk, operasi syarikat dan juga pelan pemasaran mereka. TDC yang memartabatkan slogan ‘Legasi di Dunia, Istana di Syurga’ sebagai konsep perniagaan mendapat nama di dalam industri asbab kualiti dan keberkesanan produk disamping mempunyai lesen Akta Jualan langsung (AJL) dan ini membuktikan bahawa TDC menitikberatkan kesejahteraan dan kebajikan ahli dan juga masyarakat yang mana TDC secara khususnya memperuntukkan hampir 90% keuntungan mereka kepada sumbangan masyarakat dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Beberapa syarat atau kateria untuk mendapatkan pengiktirafahn patuh Syariah yang diterangkan oleh Ustaz Lariba sendiri :-
1. Untung tidak melibatkan Riba
Untung sahih tidak patuh undang-undang dan syarak sebab terlibat riba adalah sah yang bukan patuh syariah.
2. Mempunyai produk yang sahih
Semestinya mempunyai produk yang sahih dan terang serta jelas. Sekiranya tiada ia memang tidak patuh undang-undang dan syariah sebab ia skim money game/piramid dan terlibat riba.
3. Produk mestilah Halal
Bukan sahaja ada produk yang sahih tapi juga produk tersebut kena mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM.
4. Menjual produk tidak Halal Pendapatan tidak Halal
Jika yang dijual tiadak halal, pendapatan daripada jualan produk tidak halal adalah semestinya juga tidak halal. Samada pendapatan daripada jualan sendiri atau jualan downline/group.
5. Pendapatan dari hasil jualan produk bukan yuran ahli
Adakah pendapatannya sebahagiannya atau majoritinya daripada yuran ahli?
Jika ya, kemungkinan ia tidak patuh shariah sebab pendapatan semestinya daripada jualan sendiri atau jualan downline/group.
6. Mempunyai penasihat syariah bertauliah
Kalau ada Alhamdulillah tapi pastikan latar belakang mereka adalah dari usul fiqh, muamalat atau kewangan Islam untuk memastikan kesinambungan pendapat2 mereka. Dan mereka telah pun audit dan sahkan syarikat patuh syariah. Kalau tak ada penasihat syariah macam mana? Kalau tak ada kita tanggung sendiri jika kita mahu teruskan berniaga dengan mereka.
Jadi semua ini terlah dinilai dan dipastikan bahawa TDC Holdings mematuhinya dan juga ternyata ia memenuhi segalan kreteria yang telah digariskan ini. Maka ia memudahkan proses untuk syarikat ini menerima pengiktirafan Patuh Syariah dan layak menerima sijil ini. Seperti Mana yang Maha ceritakan awal tadi bahawa mereka mempunyai produk sendiri iaitu susu C2Joy dan Safe & Joy.
Ia adalah minuman susu yang sesuai bagi mereka juga yang ingin mengekalkan gaya hidup yang sihat. Kandungan kolostrum yang terdapat dalam produk mereka ini terbukti secara klinikal dapat membantu memperbaiki sistem imunisasi badan, meningkatkan antibodi juga membantu membasmi virus dan bakteria serta mempercepatkan proses penyembuhan sel-sel badan. Sesuai dinikmati oleh pelbagai peringkat usia termasuk ibu mengandung, kandungan kolostrum yang terdapat dalam C2Joy dan Safe & Joy juga merupakan nutrisi tambahan yang diperlukan dalam kehidupan seharian.
Maklumat lanjut mengenai TDC Holdings Sdn Bhd dan produk mereka layari :-
Laman sesawang TDC Holdings Sdn Bhd: www.tdc2joy.com
Laman sesawang C2Joy: https://i-colostrum.com
Laman Facebook rasmi: https://www.facebook.com/TDCHSB
Laman Instagram rasmi: https://www.instagram.com/tdc_hq