Meraikan Pembukaan Restoran Brolly Besar-besaran Makanan Laut Sepuasnya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Pertama terima kasih kerana menjemput Maha untuk majlis pembukaan sebuah restoran makanan laut yang baru di tengah2 Kuala Lumpur. Mana lagi kalau buat dekat kawasan lubuk emas iaitu berhampiran dengan KLCC. Restoran Brolly adalah restoran makanan laut di bawah Menara FELDA yang menjadi tumpuan ramai orang.

Sikit tentang restoran ini ia adalah restoran makanan laut yang segar dan exotic di bawakan kepada penggemarnya di seluruh Malaysia. Restoran dengan konsep seperti makan di dalam bangkel kereta. Ini kerana bila korang jejak kaki ke dalam restoran ni tengok dekorasi penuh dengan peralatan membaiki kereta juga terdapa sebuah kereta di gantung terbalik dalam restoran ini. Sungguh unik dan menarik konsep ini yang pertama di Malaysia.



Cite pula pasal makanan mestinya semua makanan laut yang segar masih hidup yang di pamerkan dalam beberapa buah akuarium dalam restoran ini. Menu makanan laut yang di sediakan boleh di pilih untuk di masak juadah kegemaran kita. Akan di masak segar dan panas oleh chef profesional di sini. Puas yer makan dan tengok harga makanan laut juga berpatutan.



Serba sedikit pengenalan kepada restoran ini, pada hari pelancaran yang di adakan pada 15 November 2015 yang lalu turut hadir media2 dan juga peminat makanan laut. Pada hari perasmian tu kepada orang yang nak makan kena beli kupon pada harga RM200 dan boleh makan sepuas-puasnya selama 90 minit. Maha juga dapat peluang makan makanan laut sepuasnya memang teruja lah.




Semua tetamu di hidangkan dengan makanan laut yang telah di masak segar dengan bahan makanan lain dalam hidangan tu. Korang boleh tengok semua makanan laut tu di tuang ada meja dan ia adalah makanan laut terpanjang atas meja kot. Tapi tengok semua tetamu yang datang dan bayar jumlah tu memang puasa hati sebab makanan laut di tambah setiap masa.




Korang dapat makan macam2 puas lah. Pembukaan pertama di Malaysia adalah untuk memberi kemudahan kepada peminat makanan laut yang ada di tengah2 KL. Tapi kalau ikutkan menu ada macam2 lagi juadah yang menarik di sediakan di sini. Ada makanan barat dan juga makanan Cina. Kalau nak tahu kena datang sendiri Restoran Brolly mesti rambang mata korang. Maha nak ucap terima kasih sekali lagi kerana menjemput Maha untuk majlis tu dan dapat makan puas sangat. Selamat menjamu selera semua.
RESTORAN BROLLY
Alamat : Menara FELDA, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur
Facebook : www.facebook.com/brollymalaysia
Laman web : www.my-brolly.com