Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 2352 articles
Browse latest View live

Menu Salmon Norwegian Di Utara Coffee House Armada Hotel PJ

$
0
0
Menu Salmon Norwegian Di Utara Coffee House Armada Hotel PJ - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu pertama kali dapat review untuk menu khas yg di sediakan adalah berasaskan ikan Salmon. Menu daripada Utara Coffee House di Armada Hotel PJ menyediakan menu sihat daripada Salmon yg cukup popular dalam makanan2 barat. Utara Coffee House ni cukup popular dengan hidangan bertema dan hampir setiap bulan ada sahaja menu baru di perkenalkan. Ini kerana sebelum ini Mahamahu ada buat review berkaitan Armada Hotel iaitu menu khas untuk Tahun Baru Cina boleh baca kat sini [klik sini].


So tiba bulan ini pula untuk promosi dengan tema Ikan Salmon menjadi pilihan chef hebat dari Utara Coffee House ini sendiri. Dari harga serendah RM25++ untuk setiap hidangan ia adalah menu Salmon paling sihat dan paling unik menggabungkan beberapa element dalam satu hidangan. Salmon bersama dengan Tiram, Salmon dengan salad segar dan juga Salmon dengan kentang. Ia satu kombinasi makanan laut yang sihat untuk di nikmati seisi keluarga dan sahabat handai.

Pacific Rim Salmon Soup

Di sini Mahamahu senaraikan di antara menu2 berasaskan Salmon yg di sediakan oleh chef profesional di Utara Coffee House Armada Hotel PJ. 7 semua menu berasaskan Salmon untuk pilihan anda yg mahu makan makanan berkhasiat yang tinggi daripada ikan Salmon.  Mahamahu paling suka sekali Pacific Rim Salmon Soup yg boleh di nikmati dengan roti dan juga boleh di makan begitu sahaja sedap sangat.

Salmon Roulade & Oyster Gratin

Salmon Tikka(Perfumed rice, acar and cucumber)

Foil Baked Norwegian Salmon

Salmon & Potatoes Au Gratin

Salmon Caesar Salad

Salmon Tostadas

Bagi yg nak buat tempahan boleh terus hubungi Utara Coffee House di talian 03-7954 6888 ext 4557. Sesuai untuk makan bersama keluarga dan juga rakan2 sambil bicang2 hal keluarga atau pun urusan pejabat. Promosi ini berlangsung bermula dari 1 March sehinggalah 30 April 2014 ini sahaja. Jadi jgn lambat2 cepat tempah tempat anda atau walk in reserve untuk nikmati menu Salmon khas daripada Utara Coffee House Armada Hotel PJ.







Majlis Pelancaran 'Dunia Sinema' Antara Metrowealth Bersama HyppTv

$
0
0
Majlis Pelancaran 'Dunia Sinema' Antara Metrowealth Bersama HyppTv - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekali lagi sejarah terukir buat industri perfileman tempatan apabila buat pertama kali MIG dengan kerjasama perkhidmatan TV berbayar di Malaysia HyppTV melancarkan "Dunia Sinema". Apa itu Dunia Sinema? Mcm mana ia membantu industri filem tempatan? Akan Mahamahu kupas di bawah ini.

Dunia Sinema adalah satu lagi saluran baru di HyppTv dengan berdefinasi tingg atau HD ia adalah saluran yg menghimpun filem2 Melayu dalam satu saluran. Dengan harga pemulaan RM10 sebulan sahaja penonton HyppTv melalui saluran 814 anda boleh menonton 10 buah filem terbitan MIG. Selaku syarikat penerbitan filem paling banyak di Malaysia MIG telah mengeluarkan lebih daripada 100 buah filem dalam tempoh 13 tahun sahaja. 



Maka dengan adanya Dunia Sinema ini lebih  mudah untuk penonton di Malaysia mendapatkan siaran filem2 terbaru mahupun yg lama dalam satu saluran sahaja di rumah tanpa apa2 gangguan dalam keadaan hujan atau tidak. Secara langsung ia membantu perkembangan filem Melayu tempatan untuk terus menarik minat penonton agar sentiasa memberi sokongan kepada filem Melayu tempatan. 




Majlis pelancaran Dunia Sinema yg telah berlangsung di lobi menara TM pada 26 March 2014 menjadi titik permulaan untuk penonton menyaksikan saluran 814 terus di rumah anda. Turut hadir merasmikan Dunia Sinema adalah org kuat MIG sendiri iaitu Mejar (K) David Teo dan juga Naib Presiden Esekutif New Media TMMr. Jeremy Kung. Majlis perasmian yg simple tapi penuh meriah turut di raikan bersama beberapa artis di bawah naungan MIG sendiri.


Pasti menjadikan peminat dan penonton lebih teruja pada majlis perasmian itu adalah kehadiran selebriti hebat dan popular seperti Shaheizy Sam, Diana Danial, Rebecca Nur Islam, Epy Raja Lawak, Nad Zainal, Niezam Zaidi dan ramai lagi. Masjli perasmian Dunia Sinema turut di sertakan dengan majlis beramah mesra bersama barisan pelakon dan juga sidang media bersama dengan wakil MIG dan HyppTv.



Kepada peminat dan penyokong filem Melayu di Malaysia ini adalah peluang anda untuk terus menyaksikan filem2 hebat daripada MIG seperti Adanan Sempit 3, Budak Pailang, Highland Tower, Longkai dan mcm2 lagi filem hebat dan popular masa kini. Harga cukup murah RM10 sahaja anda boleh tonton 10 buah filem dalam tempoh sebulan dan tiada gangguan cuaca atau juga kesesakan untuk keluar pawagam. Jom langgani sekarang saluran814 hanya di HyppTv. Selamat menonton.....







Generasi Ke 5 Samsung Galaxy S di Rasmikan Di Malaysia

$
0
0
Generasi Ke 5 Samsung Galaxy S di Rasmikan Di Malaysia -  Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ramai tak sabar nak menantikan kemunculan telephone pintar generasi baru daripada pengeluar telephone popular di Malaysia iaitu Samsung. Kini tiba generasi ke 5 dalam keluarga Samsung untuk di nikmati oleh rakyat Malaysia iaitu Samsung Galaxy S5 bersama dengan peranti yang melengkapkanya iaitu Samsung Galaxy Fit & Samsung Galaxy Gear 2.

 

Wow lengkap bukan sahaja eksesory tetapi juga peranti khas untuk memudahkan urusan harian pengguna yang aktif di luar dan juga tidak mahu terganggu dengan saiz yg besar. Kini Samsung Galaxy S5 adalah yg terbaik dan terbagus di keluarkan oleh Samsung dengan menekankan 5 element utama. Dengan ada element ini ia menjadi kekuatan kepada pengguna untuk mendapatkan telephone pintar Samsung Galaxy S5 ini.


Pada majlis pelancaran yg di acarakan oleh pelakon tanah air Jehan Miskin memulakan acara dengan tayangan video tentang kehebatan Samsung Galaxy S5 bersama beberapa elemen baru yg di terapkan di dalamnya. Acara di teruskan dengan ucapan aluan daripada President of Samsung Malaysia Electronics Mr Lee Dong yong.


Di teruskan acara dengan product presentation iaitu memperkenalkan lebih teperinci ciri2 baru yang ada dalam Samsung Galaxy S5. Ianya di sampaikan oleh Senior Manager of Mobile Division Mr Luke AuKuan Yew. Manakala Mr Go Benn Lee meneruskan pembentangan ciri utama yg ada pada Samsung Galaxy Fit yg baru di lancar pada acara yang sama.



Selepas itu acara di teruskan dengan sidang soal jawab antara pihak Samsung Malaysia dan juga media. Paling di nantikan oleh tetamu yg hadir adalah untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman menggunakan telephone Samsung Galaxy S5 bersama dengan Samsung Galaxy Fit dan Samsung Galaxy Gear 2. Media di beri masa untuk menggunakan dan bergambar bersama telephone baru tersebut. 





Di akhiri dengan acara sabutan bertuah dimana semua tetamu di beri peluang untuk memenangi sendiri telephone Samsung Galaxy S5 dan juga Samsung Galaxy Fit dan Samsung Galaxy Gear 2. Majlis juga turut di meriahkan dengan kehadiran rakan artis selaku jurucakap product Samsung iaitu Liyana Jasmay dan juga Awal Ashaari. Manakala bagi element fit dan aktif yg di terapkan dalam Samsung Galaxy Fit dan Samsung Galaxy Gear 2 di wakili oleh dua org atlit paling berjaya di Malaysia iaitu Dato Lee Chong Wei dan juga Pandalela Renong.



Mesti ramai tak sabar2 nak dapatkan Samsung Galaxy S5 bersama dengan peranti pelengkap dengan ciri2 yg telah di tambah baik seperti kamera belakang 16MP dan kamera depan 2.0MP bersama ciri Selective Focus seperti kamera DSLR. Sambungan terpantas internet juga telah di pertingkatkan dengan ciri Wifi 802.11ac dan (2x2) MIMO. Selain itu juga, ciri utama dalam Samsung Galaxy Fit adalah sensor heart rate iaitu menentukan kadar degupan jantung untuk mereka yg aktif bersukan.



Di datangkan dengan 4 warna iaitu Shimmery White dan Charcoal Black manakala 2 lagi warna adalah untuk edisi akan dtg iaitu Electric Blue dan juga Copper Gold. Ia adalah telephone yang moden dan lebih glam untuk mereka yg mengutamakan gaya dan bentuk yg lebih menarik di bawa kemana-mana sahaja. Ciri keselamatan juga di tambah baik iaitu dimana menggunakan ciri pengimbas jari yg meletakkan  3 jari untuk di scan bagi keselamatan telephone anda. Jadi jgn tunggu lagi dptkan sekarang Samsung Galaxy S5 dan juga Samsung Galaxy Fit dan Samsung Galaxy Gear 2








Makan Malam Ala Garden BBQ@PICC Disediakan Oleh Chef Profesional

$
0
0
Makan Malam Di Garden BBQ@PICC Disediakan Oleh Chef  Profesional - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ini Mahamahu nak tulis satu review makanan istimewa dalam taman yg cukup cantik dan menarik di PICC Putrajaya. Makan malam ala BBQ ini hanya di adakan sekali dalam sebulan oleh Perbadanan PICC Putrajaya. So kalau sapa2 dpat dtg cukup untuk kerana harga yg murah dan juga inviroment yg menarik satu pelaburan yg terbaik untuk makam mlm bersama keluarga atau kawan2.


Ia adalah BBQ yg di sediakan khas oleh barisan chef2 terkemuka dan cukup terkenal dalam bidang culinary and hidangan hotel2 ternama. Kalau korang tgk gambar chef2 ni mesti ada salah seorang yg korang kenal sebab barisan chef ini pernah memenangi pertandingan memasak peringkat antarabangsa. Ada juga antara mereka ni pernah kuar dalam tv untuk program masakan so memang hidangan mereka ni cukup diyakini sedap dan terbaik.




Sebab tu Mahamahu kata kalau makan tak kira lah makan Lunch Buffet atau makan BBQ kat PICC Putrajaya ni memang tak menyesal. Cukup segala rasa dan keenakan yang ada dalam masakan tu Mahamahu sendiri pun kalau makan memang rasa puas dan tak rugi melabur sejumlah wang walaupun tak mahal. Bukan setakat sedap tapi hidangan kat sini byk pilihan untuk tetamu dtg so anda tak bosan untuk makan tapi anda akan kenyang dengan makanan.

 
 


Untuk set BBQ makan malam ni di buka dari pukul 6.00 ptg hingga ke 10.00 mlm. Ia akan di adakan sekali dalam setiap bulan dan menurut kata chef kat situ buat masa ini ia akan di bukan pada hari Jumaat minggu terakhir setiap bulan. So boleh bajetlah bila masa untuk dtg makan mlm kat PICC Putrajaya ini. Kalau tgk pada hidangan BBQ tu mcm2 pilihan ada dan semestinya Kambing Golek menjadi menu paling mecuri perhatian Mahamahu




Selain tu juga makanan seperti daging, ayam dan juga makanan laut yg di saluti dengan rempah ratus dan juga perisa yg sedap di bakar dengan kadar suhu dan juga rasa yg sesuai agar ia tidak terlalu masak. Memang profesional lah chef2 kat sini tgk sahaja cara mereka masak pun dah tahu memang sedap. Nak makan selain dari BBQ pun ada seperti Nasik Goreng, Meehun Goreng, Spaghetti, Kari Kambing dan mcm2 lagi yg menarik. Mahamahu bagi pic kat sini lah korang tgk sendiri bertapa banyaknya menu yg ada kat BBQ PICC ni.  










Dessert kat sini pun mcm2 pilihan ada tapi yg paling best Mahamahu makan adalah Bubur Kacang Hijau bersama Durian. Memang cukup menyengat rasa Durian dan juga rasa bubur yg enak. Makanan dessert lain kat sini memang rasa masakan seorang chef profesional hehehe kalau Mahamahu cite anda tak dtg rugilah mesti kena dtg. Mereka juga ada buat tempahan untuk mana2 kumpulan atau syarikat yg nak buat majlis BBQ secara private event. 

Untuk tempahan boleh hubungi pihak PICC Putrajaya seperti maklumat di bawah.

Laman web : www.picc.com.my
Email : enquiry@picc.com.my
Tel : 03 8887 6000




*PICC juga akan mengadakan sambutan Minggu Setiausaha bersama artis popular dari seberang iaitu Kris Dayanti dan Afgan nantikan...








Tokyo Pastry Gabungan 3 Citarasa Dunia

$
0
0
Tokyo Pastry Gabungan 3 Citarasa Dunia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makanan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bila sebut Tokyo mesti kita teringat akan negara matahari terbit yg penuh dengan kecanggihan dan teknologi yg tinggi. Dalam kemajuan itu terdapatkan citarasa yang tinggi rakyatnya untuk di nikmati dalam hidup. Daripada rada negara Jepun bergabung dengan Asia dan juga Eropah maka hasilkan hidangan mewah di Tokyo Pastry.


Berkongsepkan cafe dengan susun atur yg sungguh klasik menjadikan ruang dalam Tokyo Pastry sungguh elegent dan juga memukau mata memandang. Ruang yg kemas dan juga terdapat barangan antik yg unik dan masih dalam keadaan yg elok menjadikan mood makan itu lebih terselah. Mahamahu masuk saja dah rasa lapa dan tak sabar nak nikmati hidangan pastry yg menarik di sini.




Mahamahu bersama rakan blogger lain kali ini di beri peluang untuk nikmati lebih daripada 10 hidangan bukan sahaja dessert malah appetizer, main course dan juga minuman yg istimewa di sini. Hehehe ni masa nak makan makanan gabungan 3 buah negara yg pasti akan ada unsur2 budaya dan juga tradisi negara2 itu menjadikan pastry di sini cukup unik.



Mula Mahamahu nak tunjuk gambar appetizer atau pembuka selera yg cukup mnyelerakan. Kalau dtg ker Tokyo Pastry ni wajib cuba makanan ni sebab memang cukup sedap dan unik. Ada sup mushroom, Salmon, Salad dan ia cukup seimbang. Pencuci mulut pilihan Mahamahu adalah Hearty Mushroom Soup kerana rasa soup yg pekat dan likat sungguh sedap di makan dengan roti bakar terbaik.

Scallop Salad

Salmon Chowder

Hearty Mushroom Soup

Kani Avocado Salad

Seterusnya Main Course, jgn ingat nama Tokyo Pastry hanya ada dessert tapi ia cukup dengan menu utama untuk makan tghari kat sini. Makanan pun bukan calang2 tau ada burger, ada ayam, Salmon Spaghetti dan byk lagi. So kalau anda nak nikmati makan tghari pun boleh dtg kat sini kerana ia di bukan untuk makan tghari juga ok. Untuk menu utama pilihan Mahamahu pula adalah Tokyo Burger memang sedap rasa bun dan daging patty yg sedap.

Prawn and Baby Octopus Spaghetti

Kikkoman Salmon

Mushroom Veggie

Tokyo Burger

Pan Seared Chicken

Lepas tu akhir sekali di lengkapi dengan dessert ataupun pencuci mulut yg sweet dan pelbagai rasa. Ada dissert daripada Jepun, Eropah dan juga rasa Asia di gabungkan dalam hidangan pencuci mulut ini. Tgk rupa pun dah cantik menarik memang menawan hati untuk makan. Bagi Mahamahu dessert pilihan Mahamahu adalah Yamaimo.
Matcha Red Bean Crepe

Matcha - Misu

Bamboo Charcoal Crepe

Yamaimo
Chocolate Mousse Tart

Bagi minuman kami di hidangkan dengan muniman sihat dan juga minuman yg sedap. Nak tahu tgk lah pic2 kat bawah ni mesti memikatkan hehehe.

Ice Blended Oreo & Ice Blended Matcha

Cucumber Latte


So kalau rasa nak dtg ker Tokyo Pastry ada dua cawangan setakat ni HQ Tokyo Pastry kat Kota Damansara dan cawangan baru di Avenue K Jalan Ampang. So pilih mana yg dekat dengan anda untuk pergi makan menu utama dan juga dessert yang sedap2. Kat sini pun ada pastry roti2 yg berbagai perasa dan kelembutan roti yg di buat sendiri oleh mereka. Jom selamat menjamu selera......

Informasi Tokyo Pastry 
Waktu operasi : 10.00pagi - 10.00malam
Hari operasi : Isnin - Ahad
Email : admin@tokyopastry.com







Dapur Mahamahu Kali Ni Masak Cekodok Pisang

$
0
0
Dapur Mahamahu Kali Ni Masak Cekodok - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Hari minggu yg lalu Mahamahu balik kg biasalah setiap hujung bulan akan habis masa blk ker kg melawat mak dah ayah di sana. Bila blik kg mestia ada buah tangan daripada mereka dari kg tu. Kali ni kebetulan pula pisang yg di tanam di kg berbuah dan buah pisang tu masak. Banyak juga ada beberapa tandan pisang. So mak bungkus dua ikat pisang untuk Mahamahu bawa blk ker KL.

 
So bila dah sampai KL pisang yg ada tu dah masak kalau nak simpan lama pun nanti busuk mcm tu jer kan. Kalau nak makan mentah memang boleh tapi tak adalah habis sampai setandankan. Maka fikri punya fikir nak masak yg moden2 tak pandai so buat masakan tradisional yg mudah dan senang. Terus terfikir nak buat Cekodok Pisang, tapi lain sikit kali ni khas dari dapur Mahamahu.

Cekodok Pisang Kayu Manis

Cekodok Pisang Kayu Manis berperisa Pandan

Bahan2 yg di perlukan untuk Cekodok pisang Mahamahu ni mestilah pisang yang dah masak, tepung gandum, garam, kulit kayu manis, gula dan juga pewarna pandan. Tak perlukan gula byak kerana nak kekalkan rasa manis pisang yg asli ni. Cara mudah sgt nak buat semua org pandai buat CekodokPisang, pertama mesti kupas pisang dan potong menjadi kecil agar senang nak lenyek. Bila dah siap kupas tiba masa nak lenyek pisang tu sehingga hancur.



 
Lepas lenyek masukkan tepung gandumg sikit demi sedikit kedalam sambil menggaul pisang lenyek tadi. Masukan juga garam dan sedikit gula dalamnya sambil menggaul sehingga sebati. Lepas tu bahan yg menambah rasa Cekodok Pisang ni ialah Mahamahu masukan serbuk kulit kayu manis. Memandangkan tak ada sebuk kulit kayu manis, Mahamahu gunakan kulit kayu manis yg ada di rumah tu dan parut kulit tu menjadi serbuk halus dan masukan dalam campuran pisang dan tepung tadi. 

 
Lepas tu Mahamahu buat experiment lagi dengan masukan sedikit perisa pandan untuk mendapatkan bau dan warna hijau di dalamnya. Mahamahu bahagikan campuran pisang dan tepung bersama kulit kayu manis tadi kepada dua bahagia. Satu bahagian di masak kosong dan satu lagi di campur perisa dan pewarna pandan tadi. Baru ada byk rasa dan variati, hehehe kita kena kreatif walaupun sedikit. 


Lepas tu masa untuk menggorenglah, goreng sampai masak kalau nak tahu dah masak bila tgk agak kehitaman tu dah boleh angkat tak perlu goreng lama mungkin dalam 6-8 minit sahaja. Lepas tu boleh di hidangkan untuk makan petang atau boleh di simpan dalam bekas dan masuk dalam peti sejuk untuk di masak esok pagi bagi buat sarapan pagi. Mudah dan cepat tak perlu nak banyak2 bahan. So selamat memasak dan selamat mencuba pada semua...... 

Nantikan dapur Mahamahu minggu depan pula ok....






Meriah Perasmian Pusat Beli-belah Baru NuSentral di KL Sentral

$
0
0
Meriah Perasmian Pusat Beli-belah Baru NuSentral di KL Sentral - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Untung kita berada di negara yang sedang membangun dan maju dalam menuju arah negara berpendapatan tinggi. Selaras dengan itu pembangunan juga penting untuk memeriahkan lagi industri beli belah di negara kita kepada dunia. Maka dengan itu wujudlah satu lagi pusat beli belah baru di tengah2 kesibukan pengankutan negara kita iaitu NuSentral di KL Sentral.




Seronoklah buat kaki shopping kerana wujud lagi satu lokasi dalam kalendar beli belah mereka di NuSentral ini. Pada 29 March 2014 jam 3.30ptg maka dengan rasminya pembukaan NuSentral kepada umum untuk di lawati. Di rasmikan oleh Datuk Mohamad Salim Fateh Din, Group Managing Director, MRCB dan Datuk Kamalul Arifin Othman, Managing Director & CEO PHB. Dua hari penuh meriah bagi meraikan majlis pembukaan pusat beli belah setinggi 7 tingkat ini denga reka bentuk penuh moden dan istimewa. Mahamahu buat pertama kali jejak ker NuSentral rasa kagum dah cukup istimewa.


Pada hari pertama perasmian iaitu 29 March lepas begitu ramai sekali artis hadir bagi meraikan pembuakan NuSentral. Antara barisan artis popular tanahair seperti Dina Nazir, Azura Zainal, Julie Woon, standup komedian Baki Zainal, artis cilik Mia Sara, kumpulan dance Rejuvenate Dance Crew dan ramai lagi. Memang meriahlah hari pertama terhibur dan juga penonton berpeluang menagn hadiah dan juga dapat beramah mesra dengan artis kesayangan mereka.

 

Tu untuk hari pertama Mahamahu yg dtg pada hari kedua juga lagi meriah dan seronok mana taknya untuk hari kedua iaut 30 March mereka menjemput Top 6 Masterchef Allstar Malaysia. Turut hadir pada hari tu adalah Juara Masterchef Allstar sendiri iaitu sapa lagi kalau bukan Zamir lah. Jadi lagi gamat acara pada hari tu dengan telatah selamba daripada Michel Ang dan juga Abang Brian. Memang benar mereka ni jenis yg mulut laser lah kata org hehehe.


Hari kedua ini penonton di meriahkan dengan pesembahan masakan daripada barisan Top 6 Masterchef Allstar Malaysia. Di bahagikan kepada 2 kumpulan Merah dan Biru melihatkan kehebatan mereka memasak untuk di jurikan oleh penonton nanti. Kalau sapa ada pas hari tu untung sgt sebab dpt makan masakan mereka. 



Paling best kena jadi juri kepada masakan kedua2 kumpulan ini, lagi lah gamat suasana pada hari tu. NuSentral bakal menjadi center untuk kaki shopping di Malaysia bukan setakat mencari barang tetapi untuk mendapatkan makan2 yg hebat2 di sana. Banyak lagi restoran dan juga cafe akan di buka di NuSentral untuk anda nikmati setelah penah membeli belah. Sebab itu mereka adakan pertandinga memasak pada hari pelancaran pembukaan tersebut.



Cuba anda teka kumpulan mana menang pertandingan masak tu? Pastilah kumpulan yg ada juara iaitu kupulan Biru. Mahamahu dan rakan2 blogger lain di beri peluang untuk merasa dan juga menjadi juri kepada mereka tu yg paling best. Lepas habis memasak penonton di beri peluang bergambar dengan keenam-enam peserta Masterchef Allstar Malaysia ini. Apa pun NuSentral yg telah di buka ini menjadi satulah tanda kejayaan negara kita dalam memastikan ekonomi negara tersu berkembang dan memberi peluang kepada semua rakyat membeli-belah dalam suasana mewah.




Mana nak cari NuSentral ini mudah saja kalau kawn2 masuk dalam KL Sental menggunakan LRT, ERL atau KTM nanti bila kat tengan2 tu ada escalator yg menghala ke dalam NuSentral. Cukup mudah nak cari tak perlu naik kereta Mahamahu cadangkan naik public jer cukup senang. So lepas ni tahulah mana nak shopping tempat baru, sebab kat dalam tu dah ada beberapa kedai telah buka. Jom kita pergi shopping........

Maklumat lanjut berkaitan NuSentral boleh layari laman informasi mereka seperti di bawah:-

Laman web : http://www.nusentral.com.my
Facebook : www.fb.com/NUSentral







Buffet Pakaian Terbesar Di Malaysia Kini Kembali Lagi

$
0
0
Buffet Pakaian Terbesar Di Malaysia Kini Kembali Lagi - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Selalu Mahamahu tulis buffet mesti pasal makankan, tempat makan yg penuh dengan pilihan makanan dengan hanya satu harga. Tapi kali ni Mahamahu tulis bukan pasal buffet makanan tapi buffet pakaian. Inilah dia Buffet Pakaian Terbesar di Malaysia untuk peminat fesyen remaja sekarang.


Event ini bakal berlangsung selama tiga hari iaitu pada 25 April hingga 27 April 2014 iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad. Bertempat di Syopz Mall, Taylor University Lakeside Campus boleh tgk peta yg di sediakan. Hari minggu yg penuh dengan membeli belah itulah dia Buffet Pakaian Terbesar Di Malaysia menyediakan lebih daripada 50 ribu pakaian untuk anda rebutkan. Buffet pakaian ini adalah satu cara beli belah yg cukup menguntungkan dan lain daripada lain, mcm mana lain mai Mahamahu terangkan pada anda.


Setiap mereka yg mahu menyertai buffet pakaian ini perlu membeli tiket dengan harga RM60 untuk seorang. Nak beli boleh buat pembeli secara online di laman facebook ini [klik sini] atau boleh beli di laman website mereka iaitu www.malaysiaclothesbuffet.com. Setelah anda mendapatkan tiket untuk masuk anda berpeluang untuk membawa pulang sebanyak mungkin pakaian yg ada dalam event tersebut. Tapi syaratnya adalah anda hanya di berikan satu Beg Ziplock untuk anda muatkan pakaian didalamnya. Jika anda mampu memuatkan sebanyak mungkin pakaian dengan beg yg boleh di zip maka anda boleh bawa pulang semua pakaian itu.


Wow memang best pasti syok gila event ini, tapi ingat anda hanya di beri 15 minit sahaja untuk memilih pakaian dan memuatkan kedalam beg ziplock tu. Kalau pakaian anda tidak muat dan beg anda tidak boleh di zip maka anda tidak boleh bawa balik pakaian yg lebih tersebut. Jadi kepintaran dan juga keretifan anda untuk mendapatkan baju menjadi taruhan pada hari tersebut. Jadi jgn lepaskan peluang untuk dapatkan tiket masuk anda hari ini juga. 

 
Tapi bagi anda yg tidak dapt bawa pulang banyak baju jgn risau anda masih peluang untuk dpat tawaran jualan yg di panggil "Blowout Sale". Ia adalah jualan pakaian serendah RM10 untuk waktu terhad iaitu dari jam 4.00ptg hingga 6.00ptg sahaja sepanjang 3 hari ada tersebut. Wow lagi satu tawaran jualan murah untuk anda yg memang gila shopping. Apa lagi jom dapatkan tiket2 anda untuk masuk ke acara tersebut sepeti maklumat di bawah. Jom shopping.......


Email : isabelleeyj@gmail.com

*Acara tertakluk kepada terma dan syarat yg di tetapkan.







Mai Mai 'Mama Mia Pizza' Di Chatz Brasserie Parkroyal KL

$
0
0
Mai Mai 'Mama Mia Pizza' Di Chatz Brasserie Parkroyal KL - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ni Mahamahu nak ajak anda untuk makan Pizza tapi bukan lah kat Itali ia adalah di Chatz BrasserieParkroyal KL. Chatz Brasserie adalah salah satu cafe yang terdap dalam Hotel Parkroyal di Jalan Sultan Ismail betul2 depan dengan Sungei Wang Plaza. 



Kali ini special adalah promosi untuk Mama Mia Pizza yang di sediakan oleh chef profesional yang ada di Chatz Brasserie. Mama Mia Pizza hanya di hidangkan pada hari Khamis setiap minggu dari pukul 6.00ptg hingga 10.00mlm. Lagi best harganya hanya pada RM49 nett dan bersama dengan Salad Bar dan Soup. Mcm mana Mama Mia Pizza ini di buat dan and juga boleh mencurah idea untuk menghiasi topping pizza kegemaran anda spcialkan.


Anda tgk sahaja form yang di sediakan di Chatz Brasserie ini di mana anda boleh pilih sendiri source dan juga topping pizza kegemaran anda. Terbahagi kepada 6 bahagian utama topping pizza anda boleh pilih sebanyak mungkin jenis yg anda kehendaki. Bermula dengan topping From the Sea iaitu jenis protin yg anda mahu letak di atas pizza anda. Ada udang, salmon, ketam, tuna dan bermacam2 lagi.



Bagi yg tak makan makanan laut boleh pilih bahagian From the Land pula iaitu bahagian yg menyediakan protin di darat seperti daging lembu, ayam, Turkey, satay ayam, telur dan mcm2 lagi. Boleh campurkan antara laut dan darat kalau anda mahu kerana pizza ini adalah pizza anda. Selepas itu pula untuk tambah vitamin dari sayur-sayuran bahagian From the Farm adalah sayur segar untuk anda letak di atas pizza. Ada cendawan, tomato, bawang, nenas dan mcm2 lagi pilihan.





Part paling hebat dalam hidangan pizza adalah bahagian cheese nya. Kat sini bahagian From the Dairy adalah tempat untuk anda pilih cheese topping pilihan anda seperti Mozzarella, Cheddar, Blue Cheese dan mcm2 lagi. Kemudian and boleh letak From the Garden sebagai pelengkap iaitu seperti Basil, Oregano, Dill dan Chili Flakes kalau anda nak pizza lebih hot and spice. Last bahagian paling penting juga iaitu Sauce dimana bahagian menentu kesedapan pizza anda, ada pilihan seperti tomato coulis, cream, peanut dan byk lagi.

 


Jadi anda boleh letak kesemua bahan2 ini mengikut kesukaan anda sendiri tak ada batasan. Saiz pizza yg di sediakan adalah kuantiti yg sesuai untuk seorang makan memang best and sedap. Mahamahu dan juga rakan2 blogger lain yg di beri peluang untuk pilih pizza sendiri memang mcm2 lah kami campur. Boleh tgk sendiri kalau nak rasa western atau rasa tradisional pun ada. Rasa tradisional ni rasa satay bersama kuah kacang satay sedap tau. 





Jadi kalau anda nak dtg boleh dtg setiap minggu hanya hari Khamis dari jam 6.00ptg di Chatz BrasserieParkroyal KL. Lagi best sebenarnya anda juga yg makan pizza kat sini boleh dapat satu pizza percuma untuk di bawah pulang, bestkan. Kalau anda nak buat tempahan boleh terus menghubungi mereka seperti informasi di bawah. Selamat menjamu selera daripada Mahamahu......

Email : chatz.prkul@parkroyalhotels.com
Tel : 03 2147 0088







Produk Pepero Dari Korea JAKIM Sahkan Tiada Sijil Halal

$
0
0
Produk Pepero Dari Korea Jakim Sahkan Tiada Sijil Halal - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dalam 2 minggu ini Mahamahu selalu terbaca post entry dari rakan2 blogger tentang status halal satu product makanan dari Korea. So kerana nak tahu Mahamahu bacalah salah satu post daripada blogger terkenal ini saudara Hasrul Hassan. Memang mereka ini bukan buat statment suka2 yer mereka betul2 dptkan pengesahan daripada pihak yg berwajib.
Baru2 ini pula pihak JAKIM telah mengeluarkan statment dalam laman sesawang mereka menyatakan bahawa product makanan Pepero dari negara Korea BUKAN pemegang sijil Halal JAKIM Malaysia dan mana2 Badan Persijilan Halal Luar Negara. Kalau nak lebih lanjut boleh baca dari laman JAKIM sendiri seperti yg Mahamahu lampirkan di bawah ni.


Bukan nak jatuhkan atau nak merosakan indstri product dari negara tu tetapi kita sebagai org Islam wajib tahu mana Halal dan mana yg tidak Halal untuk di makan. Mahamahu bukan ustaz tapi kalau bab2 mcm ni kita berkongsi tak salahkan. Jadi info ini akan lebih jelaslah. Lepas ni nak beli kena lah tgk Halal sesuatu product tu bukan kerana kesedapan semata-mata.

Tapi Mahamahu ada baca lagi daripada blogHasrul Hassan tu menyatakan bahawa pengeluar product Pepero ini tengah berusaha untuk mendapatkan persijilan Halal dari negara Korea. Mengikut mereka bahawa product Pepero ini tidak menggunakan barang haram tetapi product daripada tumbuh-tumbuhan. Apa pun yg pasti biar betul2 dapat sijil Halal dan ada cop Halal baru boleh kita berkata apa2kan. Tidak timbul was-was dalam diri kerana kalau ada was-was lebih baik tidak makan.


Apa pun thanks kepada blogger yg sudi kongsi tentang isu ini dan terima kasih kerana mereka telah ambil inisiatif untuk berhubung dengan pihak berwajib. Tapi Mahamahu ada juga pernah tanya tentang status Halal sebuah restoran daripada JAKIM ni, tapi sampai sekarang masih tak ada jawapan. Mungkin proses nak jawab soalan tu lama sgt kot entahlah. Hanya mereka yg tahu apa kerja mereka. Apa pun selamat menjamu selera ok.






Giveaway Best Malaysian Food Photo Dari Hasrul Hassan

$
0
0
Giveaway Best Malaysian Food Photo Dari Hasrul Hassan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu nak buat GA tak mampu promote org nya GA lah ye hehehehe. Kali ni seorang lagi blogger otai buat satu contest untuk mencari gambar makan yg terbaik. "Giveaway Best Malaysia Food" tu lah nama contest tu, mudah dan berkaitan dengan Mahamahu juga iaitu contest gambar makanan terbaik di Malaysia.


Menurut Hasrul Hassan tuan punya blog ini contest ini adalah untuk mempromosi page Best Malaysian Food di Facebook. Dalam page tu nanti akan ada banyak gambar makanan yg sedap2 di Malaysia bersama dengan lokasi dan juga sedikit review daripada mereka yg pernah menikmati makanan tersebut. Bagus juga idea beliau kan lepas ni lebih banyak lagi tempat rujukan makanan terbaik di Malaysia.

Mahamahu tertarik nak sertai contest ni sebab Mahamahu ada byk gambar makanan untuk di kongsi dengan rakan. Tapi ada syarat untuk gambar yg hendak di hantar untuk sertai contest ni. Kalau nak tahu boleh baca kat bawah ni antara syarat2 gambar yg layak untuk masuk bertanding.
  1. Pertama sekali semua peserta mesti LIKE page Best Malaysian Food.
  2. Sediakan gambar makanan/juadah/menu berkualiti terbaik (saiz minima 680px X 500px) milik sendiri TANPA WATERMARK.
  3. Sertakan bersama nama makanan/juadah/menu, lokasi makanan tersebut boleh ditemui.
  4. Sediakan satu review pendek tidak lebih daripada 50 patah perkataan untuk beri deskripsi berkaitan makanan tersebut.
  5. Dah sediakan butiran di atas, hantar dan kongsikan di ruangan page Malaysian Best Food ATAU kongsikan di wall facebook anda bersama dengan tag @bestmalaysianfood , jangan lupa tulis info yang telah saya sebutkan tadi - nama makanan, lokasi, serta review pendek.
  6. Tarikh tutup adalah 24 April 2014 (20 hari)
Contoh gambar makanan bersama review simple dari anda

Mudah bukan nak sertai GA ni tak byk pun yg penting gambar kena original milik sendiri dan bukan di copy paste dari mana2 blog org lain ok. Hadiah yg di tawar pun tak kurang hebatnya. Bukan calang2 tu diskaun percutian ok. Nak tahu hadiah2nya boleh tgk kat bawah ni mesti lepas baca memang nak join GA ni kan.
  1. 1 x 1 Baucer Diskaun 60 Peratus Penginapan di Suria Service Apartment Hotel, Bukit Merah, Perak  + Hands-On Coaching SEO Blogspot One to One bersama saya
  2. 1 x 1 Baucer Diskaun 50 Peratus Penginapan di Langkawi Lagoon Resort, Langkawi, Kedah
  3. 1 x 1 Baucer Diskaun 50 Peratus Penginapan di Taiping Golf Resort, Taiping, Perak
Apa mcm rasa nak sertai tak apa lagi jom layari blog Hasrul Hassan untuk sertai contest ini dan juga dapatkan lagi maklumat yg lebih detail di sana. Sama2 kita meriahkan dunia makanan di Malaysia ini keran kita memang di kenali sebagai negara paling banyak makanan. Jom selamat menjamu selera.....







Dapur Mahamahu Masak MahaBurger

$
0
0
Dapur Mahamahu Masak MahaBurger- Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tgk org makan burger teringin nak buat burger pula tu yg kali ni dapur Mahamahu nak buat burger. Tapi bukan burger biasa ni big punya burger yang Mahamahu panggil sebagai MahaBurger. Ini kerana patty burger ini paling besar Mahamahu hasilkan sendiri baru puas hati.


Tapi sebelum tu kena tahu bahan2 yg di perlukan untuk hasilkan burger ni. Kali ni bahan2 byk dan perlu kepada shopping. Mahamahu habiskan tak byk lah sebab nak isi banyak bahan dalam burger ni biar lah gempakkan. Kita punya burger ikut suka lah nak isi apa dalam tu hehehehe. Antara bahan2 yg Mahamahu sediakan sepeti kat bawah ni tak payah salin ambil jer wakakakka.


Daging cincang | Gourmessa | Cheese | Serbuk Lada hitam | Serbuk Basil | Serbuk Rosmerry | Daun Sup | Salad | Timun | Tomato | Bawang Besar | Minyak Zaiton | Sos cili | Mayonis | Garam | Roti Arab



 
 
Kuantiti tu terpulang pada anda berapa banyak nak isi and nak taruk dalam tu. Jgn masin sagt atau jangan bagi keras sangat. So Mahamahu nak sediakan patty iaitu daging burger nak buat besar punya. Pertama daging cincang di campur dengan serbuk Lada Hitam, serbuk Basil, serbuk Rosmerry, daun sup dan juga bawang besar dipotong halus. Gaul semua sehingga sekata dan lepas tu masukkan sikit minyak zaitun untuk kasi lebih lembut sikit dan berminyak.




Maka siap patty and kita bentukkan jadi bulat yg besar, tapi pastikan jgn terlalu tebal kerana nanti ia tak masak dalam pulak. Lepas tu panaskan sedikit minyak zaitun jgn terlalu banyak dan goreng lah patty tu di atas kuali. Sementara tunggu patty masak kita potong bahan2 lain seperti sayur untuk di lapiskan di dalam MahaBurger tu nanti. Potong ikut sukalah mcm mana nak potong janji cantik dan kemas.



Lepas masak patty kedua-dua belah pastikan jgn terlalu garing nanti tak sedaplak. Lepas tu sebelum di angkat lapiskan dengan cheese kat atas patty biar sedikit cair. Lepas tu boleh angkat jgn terlalu cair lak nanti. Lepas tu kita bakar kering roti arab dan juga goreng sedikit Gourmessa. Gourmessa ini adalah daging yg di potong nipis dan agak sedikit masin. Ini sebagai peganti kepada bakon hari tu cari tak jumpa hehehehe.

 

Bila semua dah siap masak dan digoreng tiba masa untuk kita susun atur ingredients burger ini untuk jadi sedap dan cantik seperti sebiji burger yang besar dan enak. Jadi Mahamahu susu untuk lapisan pertama timun, lepas tu tomato, lepas tu mayonis, kemudian baru letak patty, lepas tu daun salad dan juga atas sekali Gourmessa dan atas sekali letak sos cili. Dah siap susun semua tu baru kita letak bun atas sekali baru lah lengkap jadi burger yang besar yg Mahamahu panggil MahaBurger.



Apa lagi masa untuk makan lah hehehehe. Lepas ni kalau kawn nak cuba atau nak buat patty sendiri di galakan kerana kita boleh buat sebesar mana yg kita nak dan sesedap mana yg kita mahu. Mahamahu suka makan burger tau jadi setiap minggu akan buat burger sendiri hehehehe... Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.......






Minggu Halal Sedunia MIHAS 2014

FLORIA Putrajaya 2014 Kini Kembali Lebih Segar dan Lebih Bunga

$
0
0
FLORIA Putrajaya 2014 Kini Kembali Lebih Segar dan Lebih Bunga - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tahun ini pada tanggal 14 Jun 2014 hingga 22 Jun 2014 bakal berlangsung festival bunga terbesar di Malaysia. Bagi penganjuran ke 7, Floria Putrajaya 2014 tahun ini lebih segar dan lebih bunga. Ini kerana tahun ini temanya adalah "Mesmerizing Colours" iaitu menggabungkan berbagai spesies bunga daripada iklim lembap subtropika dan tropika di taman-taman yang direka khas. 


Perbadanan Putrajaya (PPj) masih menjadi tuan rumah dengan menyediakan ruang pameran lebih besar dan luas untuk memuatkan lebih penglibatan luar dan dalam negara. Lebih daripada 80 taman luar yg di reka khas oleh agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat, sektor swasta, persatuan-persatuan,  penanam, universiti dan sekolah menengah dan rendah di seluruh Malaysia dan antarabangsa. 


Mahamahu pernah pergi FLORIA Putrajaya dan memang cukup memukau mata memandang dengan bunga2 yg cantik2 dan rekaan yg begitu menarik, memberI ketenangan dan idea kepada pelawat seperti Mahamahu ni. Menurut penganjur FLORIA Putrajaya 2014 tahun ini lebih hebat lagi dengan penekanan kepada rekaan2 Taman Perkahwinan, Taman Bandar, Pereka Taman, Taman Fantasi, Taman Futuristik, Taman Begonia, Royal Garden, Tea Party Garden, Inovasi dan Taman Pavilion Dalaman. Wow lebih hebat FLORIA Putrajaya 2014 ni rugi sangat kalau sapa2 tak dtg Mahamahu pasti dtg nak ambil gambar kat sana nanti. 



Bukan sahaja pamerantaman disediakan dalam FLORIA Putrajaya 2014 ini, mereka juga akan mengadakan aktiviti jualan seperti  Bazaar Taman, Pasar Hortikultur yang menjual segala-galanya keperluan tukang kebun, Jualan pokok bunga untuk pokok-pokok, perabot taman, peralatan taman, produk bioteknologi dan perkhidmatan landskap serta seni dan kraf kepada semua pelawat yg hadir. 

 
 
Pengisian aktiviti FLORIA Putrajaya 2014 tidak terhad kepada bunga-bungaan sahaja malah ada lebih daripada 200 aktiviti lain yg bakal diadakan sepanjang 9 hari FLORIA 2014 berlangsung di Putrajaya nanti. Antara aktiviti tersebut yang paling menarik adalah seperti demonstrasi gubahan bunga, bengkel berkebun, hiburan, pertandingan fotografi, pertandingan cat air serta seni dan kraf yg boleh di sertai oleh pelawat pada hari tersebut. Kalau pertandingan fotografi tu memang sesuai dengan Mahamahu mesti nak masuknyalah hehehehe. 

 
FLORIA Putrajaya 2014 ini pasti menjadi satu festival bunga paling meriah setiap tahun yg di tunggu-tunggu oleh semua peminat bunga kerana ia bukan sahaja mempamerkan keindahan bunga dan juga kreativiti daripada bunga, malah ia menjadikan malam yg cukup bermakna sepanjang anda berada di FLORIA Putrajaya 2014 ini. 


Pada tahun ini FLORIA Putrajaya 2014 berpindah lokasi ke Presint 4, Putrajaya. Bakal berlangsung selama 9 hari bermula daripada 14 Jun 2014 sehingga 22 Jun 2014 bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 10.30 malam sepanjang hari Isnin hingga Khamis. Manakala pada hari minggu iaitu Jumaat hingga Ahad acara akan berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tgh malam. Jadi anda ada banyak masa untuk menikmati keindahan flora dan fauna yg ada di pameran FLORIA Putrajaya 2014


Bagi anda mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman informasi FLORIA Putrajaya 2014 seperti di bawah. 

Laman sesawang :     www.floriaputrajaya.com.my
Laman Facebook :    https://www.facebook.com/FloriaPutrajaya
Laman Twitter     :    https://twitter.com/Official_Floria

Penganjur
Perbadanan Putrajaya
Kompleks Perbadanan Putrajaya,
24, Persiaran Perdana,
Presint 3, Putrajaya, 62675 Malaysia
Tel : 603 8887 7137
www.putrajaya.gov.my







Dapur Mahamahu Pertama Kali Masak Pulut Mangga

$
0
0
Dapur Mahamahu Pertama Kali Masak Pulut Mangga - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ini adalah pengakuan jujur dan ikhlas daripada Mahamahu kepada semua pembaca, ini adalah kali pertama Mahamahu masak pulut sendiri. Sebelum ni makan pulut semua yg dah siap masak tapi bila pertama kali nak masak pulut ni Mahamahu terpaksa call mak kat kampung untuk tanya cara sebenar nak masak pulut.


Mesti korang gelakkan tapi inilah yg sebenarnya Mahamahu tak pandai masak pulut. Konfuse sebab tgk kat internet ada cara masak kukus dan ada juga cara masak tanak biasa seperti masak nasi. Last2 tanya sama sifu iaitu ibu tercinta kat kg baru tahu kedua2 cara ni boleh tapi kalau nak buat makan dengan mangga masak mcm biasa masak nasi. Tapi nasihat ibu, air jgn banyak sebab masak pulut ni tak sama mcm masak nasi nanti lebih air akan terlalu lembek jadi bubur pulut lak karang hehehehehe...


So hari ni nak belajar masak Pulut Mangga sebab selalu beli kat kedai jer tiba2 nak masak sendiri. Pulut Mangga adalah antara pencuci mulut kegemaran Mahamahu yer.  Bahan2 yg perlu ada mestilah beras pulut, mangga masak lagi bagus mangga siam dan juga santan. Pertama sekali mesti masak pulut cara mcm masak nasi isi pulut dengan suku air sahaja jgn banyak. Masukkan sedikit garam dalam pulut tu.


Lepas dah masak pulut masak pula santan yg nak di tuang di atas pulut dan mangga nanti. Santan di masak jgn terlalu lama di atas api bersama dengan gula dan juga sedikit garam. Masak cuma dalam 15minit sahaja paling bagus gunalah santan original tapi kat KL ni susah nak cari Mahamahu guna santa Kara saja sedap juga hehehehe.

 

Dah masak kedua2 bahan utama tu maka masa untuk kupas mangga dan juga potong untuk di hidang di atas pulut nanti. Mangga ini lah menjadi kelengkapan kepada menu ini dan menjadikan ia bertambah2 sedap dan terbaik lah. Mahamahu memang suka makan mangga kalau pergi pasar mlm mesti beli mangga hehehehe. Berikan kesejukan pada suhu bilik terhadap pulut dan santan tadi agar sesuai untuk di hidang di atas pinggan. Tara siaplah pulut mangga untuk di nikmati makan petang atau sebagai pencuci mulut. Selamat mencuba.......









Interview Jawatan-Jawatan Kosong di CaIREx 2014

$
0
0
Interview Jawatan-jawatan Kosong di CaIREx 2014 - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. CalREx kalau sekali dengar mcm jenama minyak lak hehehe tapi ini adalah sebenar satu karnival kerjaya anjuran bersama Pusat Kerjaya dan Kauseling UiTM dengan pihak industri. Ia bertujuan untuk mendedahkan pelajar dan orang ramai dengan maklumat terkini tentang dunia kerjaya serta memberi peluang kepada bakal graduan untuk menghadiri temuduga terbuka.  


CaIREx 2014 adalah "Career and Industrial Relation Expo" yg akan di adakan pada 22 hingga 24 April 2014 bertempat di Dewa Seri Budiman UiTM Shah Alam. Akan di adakan pameran kerjaya oleh syarikat2 yg kukuh di Malaysia dan juga turut di adakan temuduga terbuka terus kepada pelajar dan juga pihak industri. Ini lebih mendedahkan mereka tentang persiapan dan juga ilmu inteview itu sendiri. Anda adalah di jemput untuk hadir beramai-ramai dan jgn lepas peluang keemasan ini.



Untuk maklumat lanjut hubungi :-

Pusat Kerjaya dan Kaunseling
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Aras 5, Bangunan Budisiswa,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam
Tel : 03 - 5544 3495 / 33496
Faks : 03 - 5544 3493
http://www.jobshop,.uitm.edu.my
http://www.facebook.com/pkkuitm







Mutiara Kata | Angan-Angan

EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 - Cabaran 30 Hari Bersama Ephyra

$
0
0
EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 - Cabaran 30 Hari Bersama Ephyra - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebelum ni Mahamahu telah shut cabaran untuk 30 hari menggunakan product Ephyra. Ini semua kerana SBB2014 yg telah belangsung pada bulan 3 yg lepas. Mahamahu ni pun nak cuba kalau sapa perasan entry post pertama Mahamahu pasal product Ephyra ini memang bagus, boleh baca kat sini [Klik sini]. 


So sekarang dah lebih 30 hari cabaran EphyraMahamahu lalui, tapi sebenarnya Mahamahu tak minum pun Ephyra ini. Bukan kerana tak percaya pada product ini sebenarnya kawan Mahamahu ini nama dia Carl, dan dia lebih memerlukan kerana dia ada masalah muka yg teruk. Selepas Mahamahu baca tentang kelebihan product Ephyra ini dan juga rawatan yg boleh di berikan, maka dengan besar hati Mahamahu rekmenkan untuk percubaan selama 30 hari product Ephyra ini kepada kawn Mahamahu.


Mahamahu nasihatkan dia sapaya amalakan minum Ephyra sekali sehari selepas sarapan pagi. Memang tak sangka sungguh mengejutkan bila dah sampai tarikh habis penggunaan product ini Mahamahu tgk sendiri perubahan yg berlaku pada wajah Carl itu. Memang cukup ketara tgk pada wajah yg sebelum ini memang ada jerawat yg banyk, tapi selepas menggunakan Ephyra ini muka kawn Mahamahu dah kurang jerawat. Memang nampak tiada jerwat baru yg tumbuh cuma kesan2 jerawat sahaja yg tinggal.


Sungguh mengkagumkan bila tgk hasil setelah sebulan menggunakan product Ephyra ini. Mahamahu rasa gembira sangat sebab dpt membantu kawn Mahamahu yg ada masalah kulit muka yg berjerawat ini. Lepas ni kata kawn tu dia akan gunakan product Ephyra ini terus untuk melihat hasil yg lebih ketara terhadap wajahnya. Tapi bukan tu saja kawan Mahamahu ckp, Ephyra ini rupanya memberi kesihatan dalam kepada dia. Menurut kawan Mahamahu selepas mengamalkan Ephyra ini dia kata badan lebih sihat dan segar selepas membuat workout di gym.


Patut lah Mahamahu tgk badan makin mantap lepas gunakan product Ephyra, betullah yg Mahamahu baca dalam media menyatakan Ephyra adalah minuman kesihatan luar dan dalam. Memang baguslah lepas ni kalau ada kawn2 ada masalah kesihatan bukan sahaja perempuan malah lelaki Mahamahu akan rekmenkan product Ephyra ini. Sebab ia adalah minuman kesihatan yg baik untuk semua golongan dan juga semua jenis masalah.


Terima kasih Mahamahu ucapkan kepad Ephyra kerana cabaran 30 hari ini sangat2 membantu kawn Mahamahu dalam mencari penyelesaian masalah muka yg di hadapi lebih 10 tahun dulu. Ephyra ini kalau kita tak cuba kita tak tahu, bila dah cuba baru tahu. Terima kasih sekali lagi kepada Ephyra kerana berkongsi product kesihatan kepada Mahamahu dan juga seluruh rakyat Malaysia amnya. Untuk Maklumat lanjut dan di mana anda nak dpatkan prodcut ini boleh layari laman informasi mereka seperti di bawah. Selamat mencuba ok.....

Informasi 
Oceanlife Marketing Sdn Bhd
73A-3, 3rd Floor, Block J, Plantinum Walk,
No 2 Jalan Langkawi, Danau Kota Setapak
53300 Kuala Lumpur
+60341417889 , +60193999238
oceanlife2u@gmail.com

https://www.facebook.com/oceanlife2u
http://www.oceanlife2u.com






Kuriya - Nikmati Hidangan Dapur Bangsawan Negara Jepun

$
0
0
Kuriya - Nikmati Hidangan Dapur Bangsawan Negara Jepun - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ni Mahamahu nak bawa anda ke satu lagi dunia makanan yg cukup unik dan tradisional dari negara matahari terbit. Sebut Kuriya mesti ramai dah tahu ia adalah hidangan esotik dari negara Jepun. Kuriya yang membawa maksud Dapur Bangsawan adalah satu2nya restoran yg mengetengahkan makanan khas untuk golongan bangsawan di Jepun.


Tapi kini di Kuriya semua golongan dan masyarakat boleh nikmati makanan bertaraf hidangan bangsawan ini. Menitik beratkan hidangan tradisional yang cukup popular di negara Jepun, Kuriya kini telah mula menapak di Malaysia pada penghujung 2013 dengan cawangan pertama di Bangsar Shopping Center. Dekorasi dalaman yang terbahagi kepada 3 konsep utama iaitu "The Al-fresco", The Garden dan juga The Dinning Hall tetamu boleh memilih untuk menikmati hidangan mereka dengan suasana yg cukup berbeza.


Mahamahu buat pertama kali dtg ker Kuriya ini dan makan makanan tradisional Jepun yang memang special dimana ikan dan juga bahan2 mentah di bawa segar dari negara tersebut. Mahamahu tak tahu nak makan apa kalau pergi restoran Jepun ini tapi jgn risau kerana menu2 di sini di serta dengan penerangan untuk memudahkan anda mengetahui bahan2 yg di guna pakai dalam hidangan tersebut. Tak jadi masalah kerana mereka mengutamakan pelanggan yang dtg.

Seiro Edamame Mushi

Mahamahu di perkenalkan oleh pengurus besar restoran ini Mr Frankie untuk beberapa hidangan signature yang cukup popular di negara Jepun. Selalu kita kalau makanan Jepun mesti ingat Sushikan tapi kat sini mcm2 ada daripada pembuka selera sehinggalah pencuci mulut memang makanan tradisional Jepun. Pertama sekali Mahamahu di perkenalkan dengan makanan ringan iaitu Seiro Edamame Mushi, ia adalah sejenis makanan kacang soya hijau yang di kukus dan enak di makan begitu sahaja.

Jikasei Tofu

Selepas itu, Mahamahu makan Jikasei Tofu iaitu tofu yang di buat sendiri oleh chef profesional dengan di makan bersama rumpai laut dan juga wasabi. Makanan pembuka selera ini memang cukup simple dan unik bagi Mahamahu yg pertama kali makan. Selain itu juga, kami di perkenalkan dengan makanan Yaki Ebi iaitu seakan-akan Dim Sum yg di penuhi dengan daging udang dan Potato Mochi iaitu kentang yang di penyek dan di gumpal menjadi bebola besar yang goreng rangup di luar dan enak di dalam.

Yaki Ebi

Potato Mochi

Tu baru sikit yg Mahamahu makan memang cukup unik dan pelik tapi sedap dan ada rasa tersendiri. Kalau dtg kat Kuriya tak makan makanan Jepun sebenar rugilah kan, so untuk makan utama pula kami di perkenalkan dengan Soft Shell Crab Salad iaitu salad segar bersama dengan ketam goreng tepung yang rangup dan enak. Itu Mahamahu suka sebab makan salad dan ketam memang terbaik. Selepas itu, kami di hidangkan dengan menu utama iaitu Sashimi Mori Utage dan Salmon Ikura Carpaccio. Ini adalah makanan mentah yang di sediakan dengan potongan yg cantik bersama dengan perahan lemon dan juga potongan sayur segar. 

Soft Shell Crab Salad

Sashimi Mori Utage dan Salmon Ikura Carpaccio

Dalam Sashimi Mori Utage ini ada berbagai daging segar seperti Salmon, Landak Laut, Udang dan mcm2 lagi. Ni makanan satu set yang di sediakan oleh chef profesional iaitu Chef Nakagawa Takahiro yg di terbangkan dari Jepun. Hidangan Jepun ini sebenarnya menekankan kesegaran makanan dan juga teknik pemotongan itu yg menjadikan makanan ini cukup unik dan sedap. Mahamahu pertama kali makan memang terasa kelainan pada dua hidangan ini.

Ika Teriyaki or Sioyaki

Pada yg kurang makanan mentah ini boleh juga buat pilihan makanan yang di grill seperti Ika Teriyaki or Sioyaki iaitu sotong segar yang di panggan bersama dengan sauce Teriyaki. Kalau nak yg dtg dengan set pun ada mcm2 lagi makanan laut yg segar2 boleh di sediakan dalam grill ini. Selain itu juga makanan seperti Dragon Roll iaitu mcm shusi ini memang sedap dengan ada isi udang dan avocado bersama sauce pedas menyelerakan sgt. 

Dragon Roll

Pada yg nak cuba makanan berasaskan mee pun ada kat sana, biasalah makanan Jepun tak lari daripada makanan mee. So Mahamahu di berikan Seiro iaitu mee Soba sejuk yang di makan bersama dengan sauce dalam keadaan sejuk. Memang pelik tapi boleh tahan juga mee ini untuk mereka yg nak cuba boleh. Memang puas hati kalau dtg makan kat KuriyaBangsar Shopping Center ini, memang rasa makanan Jepun asli dan juga suasana negara matahari terbit tesebut.

Seiro

Kalau nak cari restoran ini senang jer dalam Bangsar Shopping Center tingkat 3 naik lif terus tingkat 3 dan akan jumpa KuriyaJapanese Restaurant. Mahamahu syorkan anda dtg untuk makan kat sini kerana ia memberikan anda makanan Jepun yg betul2 rasa masakan Jepun yg sedap dan unik. Tak perlu nak pergi sampai ker Jepun kat Malaysia pun dah ada di bawa khas lagi chef daripada negara Jepun. So selamat menjamu selera pada semua ok.....

Waktu operasi : 11.30pagi -  11.30malam





Dapur Mahamahu Makanan Sihat Salad Mangga

$
0
0
Dapur Mahamahu Makanan Sihat Salad Mangga - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ni Mahamahu nak belajar cara nak buat salad makanan sihat untuk diri sendiri. Sekali sekala buat salad apa salahkan selalu makan makanan goreng jer hehehehe. Kali ni Mahamahu nak buat Salad Mangga kerana salad ini Mahamahu campur antara sayur dan juga buah-buahan.


Bahan2 yg di perlukan adalah seperti buah mangga masak, daun salad, timun, nugget, minyak zaitun, lada hitam dan juga mayonis. Mudah jer nak sediakan Salad Mangga ni tak perlu masak dengan dapur tapi cuma potong2 dan campur. Tapi goreng nugget jer lah perlu untuk dpatkan rasa rangup dalam salad tu. 




Cara sediakan bahan2nya mudah jer hanya potong mangga dan timun bentuk julian atau org kita selalu potong panjang2 lah cara senang. Potong buah mangga, timun dan juga daun salad kecil2 supaya sedap untuk di makan. Selepas tu nugget yg di goreng tadi di potong dadu agar saiz tak besar dan kecil senang untuk makan.



Lepas semua tadi siap di potong campurkan semua bahan2 yg di potong tadi dalam satu mangkuk besar. Campurkan juga dengan minyak zaitun, serbuk lada hitam dan juga mayonis. Gaulkan biar sebati dan dah siap untuk di hidangkan. Boleh dimakan begitu sahaja atau makan dengan nasi juga boleh ada rasa manis buah, ada rasa rangup nugget dan juga daun salad segar. Paling sedap kalau di gunakan semua bahan2 segar baru rasa salad yg sihat. Selamat mencuba ok.....








Viewing all 2352 articles
Browse latest View live