Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 2341 articles
Browse latest View live

Kepada Semua Pembeli Melayu Berhati-hati Dengan Skim Rumah Impian 1 Malaysia

$
0
0
Kepada Semua Pembeli Melayu Berhati-hati Dengan Skim Rumah Impian 1 Malaysia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Maha cuma nak share kepada semua mereka yang terlalu taksub untuk mendapatkan rumah pada harga yang murah dan mampu milik. Macam Maha juga lah kerana al maklumlah sekarang ini memang harga rumah terlalu tak logik dan membebankan.

Menjadikan banyak pihak tidak bertanggingjawab mengambil kesempatan kepada tekanan ini. Tapi meraka bukan melakukan kesalah kerana ia masih logik dan masih tiada perundangan yang mampu mengekang semua ini. Tak tahu kat mana salahnya tapi sekurang2 harap post ini dapat membantu anda membuat pilihan dan berfikir berkali-kali sebelum menyertai skim ini.

Klik untuk besarkan gambar

Sebelum ini kita pernah dengan isu pasal Rumah Banglo Alphapha? Kalau korang tak tahu leh search kat Google kerana telah banyak pihak menyatakan pelbagai pendapat termasuk pihak berwajib. Tapi projek skim ini juga hampir-hampir sama dengan projek tersebut. Apa yang sama jom kita tengok apa yang sempat Maha jumpa hasil sedikit research. 

1) Syarikat ini ini adalah milik penuh 100% Bumiputera. Mereka bangga menyatakan bahawa mereka adalah milik bumiputera dan mereka menggunakan status itu untuk memperdaya pembeli dari golongan bumi juga.
2) Ketiadaan lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia (KPKT). Untuk makluman semua, sebarang pemajuan perumahan di Semenanjung Malaysia perlulah mendapatkan lesen daripada KPKT yang tertakluk kepada Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan ) 1966 dan peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989. (Rujuk lampiran surat)
3) Kedua2 syarikat ini mensyaratkan kepada pembeli yang mahu menikmati tawaran harga perumahan yang mampu milik perlu mendaftar dengan mereka. Yuran pendaftaran serta merta pada jumlah RM500 untuk satu nama.
4) Mereka juga tidak jelas dalam menyatakan kejayaan dan projek2 yang telah mereka laksanakan sebelum ini. Kalau baca kat laman web mereka pun korang akan was-was kerana mereka tidak pernah membangunkan perumahan walaupun di kawasan yang konon2 dinyatakan.
5) Paling jelas adalah mereka menawarkan kepada pembeli rumah akan dibina dalam tempoh 24 bulan atau 36 bulan. Tapi mereka tak kata pula bila akan bermula proses pembinaan dan apa akan jadi sekiranya lebih tempoh terbut mereka masih tidak berjaya membina rumah.

Tu antara beberapa yang Maha dapat daripada research dan juga hasil pertanya kepada beberapa pihak berwajib. Maha bukan cakap kosong kalau korang nampak mereka mengadakan promosi kat mana2 pasaraya boleh terus tanya mereka tentang perkara ini. Kalau ada jawapan pun ia meragukan dan tidak jelas. Macam yang Maha kena sebelum ini di sebuah pasaraya besar.


Mereka membuka booth kecil sahaja di satu sudut dan mempunyai beberapa staff yang memakai baju merah dengan ada logo DIS.CARD. Maha terpedaya juga dengan penerangan mereka maklumlah mengaku tak banyk ilmu tentang perumah ini. Apa yang pihak ini janjikan kepada pembeli adalah rumah mampu milik untuk semua kakitangan kerajaan atau swasta. Rumah teras dan Semi D pada harda RM150K dan RM250K. Rumah akan di bina dalam tempoh 24 bulan atau 36 bulan mengikut lokasi yang akan di bangunkan. Boleh buat pinjaman bank atau kalau gagal boleh pula buat pinjaman koperasi tak tahu koperasi mana pulak.

Maha yang kurang ilmu pembelian rumah ini percaya lah semua yang mereka nyatakan. Selepas semua proses selesai termasuk pembayaran dalam hati ni terdetik untuk bertanya pada kawan yang memang arif dalam dunia hartanah dan perumahan ini. Memang betul kata mereka bahawa skim ini adalah lebih kurang dan ada unsur-unsur yang boleh diragui. Maka Maha pun tak puas hati dan search kat Google tengok apa yang di maksudkan dengan skim SCAM. Bila baca beberapa forum baru Maha dapat bayangan bahawa Maha telah menjadi mangsa. Maka denga rasa kesal, terus buat aduan kepada pihak bertanggungjawab. Maha tak tipu terus mengadu kepada KPKT dan CIDB. Memang mengejutkan bila dapat jawapan daripada pihak KPKT.

Ini adalah surat yang di keluarkan sendiri oleh pihak KPKT kepada Maha hasil daripada soalan yang di tanyakan melalu Email dan juga laman Facebook mereka. Korang boleh baca sendiri bahawa syarikat yang menawarkan skim ini tidak pernah berdaftar dengan KPKT. Maka segala promosi dan juga jualan perumahan adalah tidak di iktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Klik untuk besarkan gambar

Pastu Maha tanyalah apa yang boleh saya lakukan untuk mendapatkan semua duit yang telah saya bayar tersebut. Kata mereka perlu buat aduan pada pihak polis dan juga boleh buat aduan kepada Tribuna Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Tapi biasalah akan mengambil masa yang lama dan banyak proses. Maha cuma nak share dengan kawan2 dan pembaca yang sebangsa ini agar tidak tertipu seperti Maha ni. Sebab masa nak bayar tu ada search kat google tapi tak jumpa tentang sebarang aduan perumah ini. 

So lepas ni sapa2 yang ada baca post ini harap berfikir berkali-kali untuk menyertai kerana sayang duit anda tapi apa yang di kehendaki tak tercapai. Walaupun mereka kata setiap pendaftaran adakan dapat DIS.CARD iaitu card Touch & Go. Pastu korang boleh guna card tu untuk dapat promosi bercuti di hotel mewah dan juga di restoran mewah. Tapi adakah kita bayar untuk promosi itu. Sedangkan kita hanya untuk dapatkan rumah mampu milik seperti mana yang di janjikan oleh syarikat tersebut. Kemudian pembeli akan dapat 4 item sahaja untuk bawa balak iaitu salinan borang pendaftaran bewarna kuning, resti pembayaran, majalah projek dan juga t-shirt DIS.CARD. Adakah itu berbaloi dengan jumlah yang kita bayar.


Klik untuk besarkan gambar

So kalau korang ada jumpa mereka ada beberapa soalan korang boleh tanya pada staff yang membuat promosi perumahan ini. 

1) Di mana lokasi terbaru dan pembinaan perumahan yang berjaya di bangunkan oleh pihak syarikat. Tunjukan lokasi dan gambar serta plan pembangunan tersebut.
2) Minta mereka surat atau apa sahaja sijil pendaftaran syarikat sebagai pemaju perumahan yang benar dan juga pendaftaran dengan jabatan di iktiraf kerajaan Malaysia.
3)  Minta mereka tunjukan permit iklan dan jualan yang sah dan masih berkuatkuasa.
4)  Kebenaran merancang dan pelan susunatur telah di luluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di mana lokasi yang mereka cadangkan kepada anda.
5) Surat tanah bersatus perumahan dan pecah sempadan telah di luluskan di Pejabat Tanah 
6) Surat pejanjian jual beli (SPJB) yang seragam mengikut Peraturan-peraturan Pemaju Perumahan  (Kawalan dan Pelesenan) 1989.
7) Sekiranya syarikat ini gagal membina rumah dalam tempoh yang di tetapkan adakah mereka boleh menuntut semula duit pendaftaran yang telah di bayar.

Yang Maha paling sedih adalah kerana syarikat ini adalah syarikat milik penuh Bumiputera dan dia punya Pengerusi juga seorang artis berstatus Dato' yang juga di kenali ramai. Apakah niat meraka ini jujur untuk membantu bumiputera lain dalam mendapatkan rumah mampu milik atau hanya hendak memanipulasi kekurangan yang ada. Sedih lah bila tegok semua ini terjadi. Kepada mana2 yang telah termakan janji manis meraka apa yang korang boleh lakukan buat aduan pada pihak yang berwajib agar mereka2 macam ni boleh di ambil tindakan sepatutnya.

 Klik untuk besarkan gambar

Tiada undang2 yang menyatakan bahawa syarikat swasta tidak boleh membina rumah tapi apa jaminan sekiranya mereka ini gagal dalam pembinaan dan juga rumah yang di janjikan tidak seperti mana yang kita lihat. Pada saya kita nak mengadu, masa tu dah di bebani hutang pinjaman perumahan dengan bank. Time tu dah terlambat dan tak dapat buat apa2. Sedar awal lagi bagus. Nasib masa daftar tu tak perlu buat pinjaman lagi hanya perlu pembayaran pendaftaran sahaja tapi banyak juga duit keluar tu kena cash ok credit card tak boleh sebab takut kita sekat transaksi tu.













Kembara Mencari Makan Dan Sejarah Di Penang Tapak Warisan Dunia UNESCO

$
0
0
Kembara Mencari Makan Dan Sejarah Di Penang Tapak Warisan Dunia UNESCO - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Masih tak habis lagi jalan2 Maha di Penang ni. Terima kasih Maha kepada AirAsia dan juga Tourism Penang kerana membawa Maha ker Penang ni. Kali ni nak sambung untuk hari kedua Maha di sana dengan aktiviti lebih mencabar dan juga lebih menarik. Ini kerana Maha dan rakan2 blogger lain akan menjalani kembara seluruh Georgetown


Kami semua di berikan kepada beberapa kumpulan dengan di sertai blogger dari Penang. Kami perlu menyelesaikan 5 tugasan untuk di laksanakan di Kota Warisan Dunia UNESCO ini. Kenapa bandar ini mendapat pengiktirafan dunia ini. Nanti korang boleh tengok betapa hampir 50% bagunan di sini masih mengekalkan rekabantuk yang asal dan berpuluh2 tahun cuma di baik pulih dan terus di gunakan.



Tugasan pertama kami adalah mencari tempat sarapan terbaik di Penang. Maka kami terus bergerak ke The Best Roti Canai and Roti Bakar in Penang iaitu di Jalan Transfer. Menurut kata orang Penang sendiri sini setiap hari memang penuh orang sebelum melulakan kerja akan bersarapan di sini. Kalai korang tengok suasa sepanjang jalan ini macam biasa ada lorong tapi di tepi lorong inilah adanya dua buah kedai makan yang di bina di sini. Satu gerai Roti Bakar dan satu gerai Roti Canai. 




Memang sempoi tempat sarapan pagi kami kat sini. Kami terus order Roti Canai dengna kari ayam dan juga Roti Bakar dengan Telur separu masak. Memang teruja sangat untuk sarapan di sini. Maklumlah kat KL susah nak dapat tapi kat sini ada saja. Orang memang ramai dan tempat sentiasa penuh. Kalau order kat sini memang cepat jer sampai. Sarapan pagi kami memang cukup mengenyangkan untuk tugasan pertama ini. 


Lepas kenyang dan sempat bergambar beberapa keping untuk upload kat Instagram sebagai bukti kami terus gerak ke lokasi seterusnya untuk task kedua kami. Task kedua kami adalah mencari di manakah identiti yang melambangkan Pulau Pinang. Maka kat situ lah kami pergi beberapa tempat yang menarik dan menjadi sejarah di Penang. Kami sampai ke Padang Kota Lama atau lebih di kenali Kota Cornwallis. Kat situ memang di kelilingi dengan tinggalan sejarah bukan sahaja meriam2 lama tapi juga bangunan yang masih mengekalkan sejarahnya tersendiri.





Korang boleh tengokkan bukan setakat bangunan reka bentuk lama ini menjadi pusat sejarah tapi jgua menjadi bangunan komersial seperti bank, dan juga pusat pentadbiran kerajaan negeri dan macam2 lagi lah. Masih cantik dan kelihatan baru setelah di baik pulih dan di kekalkan. Ini antara sejarah yang ada di sini dan ia membuat bandar Georgetown sebagai warisan sejarah dunia. 



Kat Padang Kota Lama tu jugalah kami menikmati lagi makanan yang cukup popular di Penang. Kalau korang tak nikmati Mee Sotong kat sini dan juga Coconut Shake memang rugi lah korang. Kat kawasan ini ada satu foodcourt yang menyediakan hidangan istimewa ini dan minuman penghilang dahaga. Memang puaslah dapat makan dan minum di sini sambil menikmati pemadangan cantik.



Selepas tu baru kami gerak untuk task ketiga di mana task kali ini kami kena cari makanan dan juga heritage trail yang menjadi daya tarikan di Penang. Yang ini banyak tempat kami pergi iaitu antaranya adalah Menara KOMTAR yang memang bila orang sebut sahaja orang tahu itu hanya di Penang. Mercu tanda yang memang tidak dapat di pisahkan dengan negeri ini. Kami pun ambil kesempatan untuk menggayakan gambar bersama dengan bangunan KOMTAR ini. 


Lepas tu kami ke kawasan yang cukup menjadi tumpuan pelancong bila datang ke Penang mana lagi kalau bukan Little India. Di mana kawasan ini memang menjadi lokasi tempat makan dan juga kunjungan untuk bergambar kenangan. Kalau kat sini korang rasa bagaikan seperti di Bollywood kerana orang2 kat sini begitu ramai dan makanan yang menarik2 semua ada di sini.




Lepas selesai task tersebut dengan bergambar dan juga update kat Instagram kami ke lokasi seterusnya. Kami kali ini pergi ke Penang Street Art antara yang wajib korang singgah bila sampai ke Penang ini. Kat sinilah korang akan dapat lihat beberapa hasil karya yang ada pada wall sepanjang lorong ini. Walaupun ia kecil tapi meriah tau kawasan ini kerana ramai sangat pelancong yang bejalan sekitar kawasan ini. 



Bukan sahaja dapat lihat lukisan pada dinding ini kita juga dapat tengok pelbagai aktiviti yang di lakukan oleh orang tempatan untuk menarik pelacong di sini. Antaranya mereka ada buat aktiviti jualan cenderamata dan juga hasil kraftangan orang tempatan. Ada juga yang buat persembahan menyanyi dan bermain alat muzik memang cukup ceria dan meriah sangat sepanjang kawasan ini. Tak kurang juga kat sini ada jualan makanan dan minuman popular seperti Ais Kepal dan juga Cendol



Maha sempat juga menikmati Ais Kepal yang dulu2 orang kita nikmati ABC tiada dalam mangkuk tapi main kepal dan kepap ais tu untuk rasa manis perasa yang ada. Seronok sangat dapat mengenali seluruh bandar Georgetown yang memang banyak tinggalan sejarah ini. Rasa tak puas sepanjang berada kat sini. Banyak lagi sebenarnya kami tak pergi sebab masalah kekangan pengangkutan dan juga masa. Jadi kami tamatkan aktiviti hari tu setelah semua task selesai. Tapi banyak lagi Maha nak cite cuma kalau nak rasainya kena datang sendiri ker sini ok. Apa pun selamat bercuti dan menikmati keindahan Penang ok.






Makan, Bermain Dan Beristirahat Di On The 6th Dalam Quill City Mall

$
0
0
Makan, Bermain Dan Beristirahat Di On The 6th Dalam Quill City Mall - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kat mana dalam KL ni korang boleh cari lokasi pusat beli belah yang ada pusat setempat untuk korang bukan sahaja membeli-belah, malah korang boleh makan, bermain, berhibur dan juga beristirahat bersama keluarga tanpa perlu pergi banyak tempat. Maha pun tak tahu mula tapi bila dah pergi baru tahu kat sini ada segalanya untuk anda bersama keluarga.


Itulah dia On The 6th kat pusat beli belah tengah2 Kuala Lumpur iaitu Quill City Mall Jalan Sultan Ismail. Kalau korang perasan bersebelahan dengan bangunan Universiti Kuala Lumpur, berhadapan dengan bangunan SME Bank dan juga Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Paling mudah untuk akses ker mall ni korang boleh datang naik Monorail dan turun di station Medan Tuanku yang betul2 berhubung dengan mall ni.


Rupanya dalam pusat beli belah ini ada tempat yang Maha maksudkan pada awal tadi iaitu On The 6th yang teletak di tingkat empat dalam mall tersebut. Kalau korang naik ke tempat ini tingkat 6 korang akan menghadap ke latar langit tengah bandar yang terang dan cukup menarik. Di kawan setempat ini ada 4 bahagian utama yang membuatkan ia lokasi yang lain daripada lain.

Devine untuk Dining makan bersama keluarga


Devine adalah satu bahagian paling utama di sini kerana ia adalah sebuah restoran pengembaraan masakan dengan menyajikan makanan barat dan asia kontemporari. Kat sini lah korang boleh makan bersama keluarga dan berborak sambil nikmati hidangan yang paling hebat. Maha sendiri dah mencuba semua hidangan di sini dan ia adalah memuaskan hati dengan suasana yang menarik dan tenang. Korang boleh tengok beberapa menu yang Maha nikmati bila berada di sini daripada pembuka selera, soup, main course, hingga ke pencuci mulut menarik.

Taco Cheesy Nachos

Georgious's Kofta

Rogan Josh

Athens Pomodoro Seafood Soup

Truffle Wild Mushroom Soup

Grill Salmon Fillet

Honey Jalapeno Back Ribs

On The 6th Lamb Shank

Fried Keow Teow

Caramelized Cinnamon Apple

Lava Warm Choco

Paling seronok kat sini korang boleh makan sambil menikmati persembahan sekiranya ada band yang tengah beraksi di pentas utama. Ini kerana kat tengah2 restoran ini ada pentas untuk persembahan. Kalau korang nak buat majlis persembahan pentas sambil makan2 memang sesuai sangat kat sini. Kawasan luas dan susun atur yang mampu memuatkan lebih kurang 60 orang dalam satu2 masa.

Skyline untuk makan sambil pemandangan luar yang luas




Lounge luaran dengan pemandangan menakjubkan latar langit bandar yang berfungsi yang tidak boleh dilepaskan. Kat sini korang kalau datang waktu malam akan di temani dengan pencahayaan LED pada bumbung yang cukup luas ini. Ia memberikan satu pemandangan yang memang menarik dan memberi kita inspirasi bila berada di sini. Buat korang yang nak makan kat luar dengan merasai angin malam KL memang sini adalah tempatnya.

Versus untuk bermain bersama-sama


Di sini adalah tempat yang menyediakan beberapa peralatan mainan yang juga dapat menghilangkan kebosanan korang sementara menantikan rakan2 lain datang. Setakat ini ada permainan Dat sahaja tapi akan datang di tambah dan memberikan keseronokan kepada korang semua. Boleh lepas ni korang buat pertandingan sebab tu namanya Versus hehehe.

K-Net pusat karaoke bersama keluarga


Ni satu lagi bahagian yang special di sini tapi pusat karok masih dalam proses penyiapan akhir dan di jangka bukan dalam bulan Oktober tahun ini. Tapi Maha dah tengok beberapa bilik memang ia adalah antara pusat karaoke tercanggih dan juga teknologi terbaru di guna pakai di Malaysia. Ada banyak bilik karaoke mengikut pilihan korang. Paling best adalah VVIP Room kat sini ada 60inch TV untuk korang berkaraoke. Memang best lah sambil tu juga boleh tempah makanan yang sedap2. Maha tak sabar nak tunggu pusat karaoke ini yang memang akan pasti menjadi pilihan ramai orang.






Tu adalah antara daya tarikan terbaru bila berada di Quill City Mall Jalan Sultan Ismail ini. Korang boleh naik tingkat 6 dan boleh mencuba sendiri semua ini. Dari makan, bermain dan juga berhibur sambil beristirahat kat kawasan baru ini. Walaupun mereka bukan pemegang sijil Halal Jakim tetapi mereka menyediakan makanan yang bebas dari pork dan juga selamat untuk di makan. Moga korang boleh menikmatinya sambil bergembira bersama kawan2 dan keluarga. Selamt menjamu selera.

ON THE 6th
Facebook : www.facebook.com/onthe6th.my
Website : kexpress.com.my/wp
Address :
6th Floor,
Quill City Mall, No 1018,
Jalan Sultan Ismail,
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603 2602 3966







Nasi Dagang Kini Boleh Dinikmati Dalam Pesawat AirAsia dan AirAsia X Seluruh Dunia

$
0
0
Nasi Dagang Kini Boleh Dinikmati Dalam Pesawat AirAsia dan AirAsia X Seluruh Dunia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu  dan juga rakan2 sekalian. Ramai orang dah naik pesawat AirAsia atau AirAsia X untuk pegerakan dalam mahupun luar negara dengan lebih murah dan cepat. Sebab tu AirAsia di nobatkan sebagai "Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia". Bukan sahaja kerana harga murah tapi kini AirAsia lebih dikenali dengan makanan yang enak2 dan terbaik untuk pelanggannya.


Sebelum ni kita cukup kenal dengan Nasi Lemak Pak Nassir dan juga beberapa hidangan yang mudah dan boleh di buat tempahan secara online dahulu atau beli atas kapal terbang. Kini AirAsia telah melancarkan lagi beberapa menu Asia yang cukup popular untuk di bawa terbang buat semua pelanggan mereka. Makanan berasaskan 'Santan' yang memang sukup terkenal di kalangan negara2 Asean.



Kini makanan Malaysia yang popular di kawasan Pantai Timur tanah air iaitu Nasi Dagang juga telah ada dalam pesawat AirAsia. Pelancaran produk ini telah di adakan pada 18 Ogos 2015 bertempat di The WOLO Bukit Bintang. Bersama dengan Tony Fernandes Ketua Pegwai Eksekutif Kumpulan AirAsia acara perasmian cukup meriah dan penuh dengan makanan yang enak2 semua.


Nasi Dagang dengan Kari Ayam adalah menu utama pilihan AirAsia untuk di perkenalkan ke seluruh negara yang mereka jejaki dan juga semua pengguna penebangan AirAsia dan AirAsia X. Selain itu juga menu yang baru seperti Dodol, Nasi Kepal Ayam Teriyaki, Sandwich Pizza Ayam Salai dan Balutan Satay Ayam serta Pasta Sayuran dengan Ayam Panggang

Nasi Dagang dengan Kari Ayam

Balutan Satay Ayam

Sandwich Pizza Ayam Salai

Kesemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X kini telah tersedia hidangan ini yang boleh di tempah secara online mahupun pembelian di dalam pesawat. Sekiranya membuat tempahan secara pra-tempahan iaitu online akan dapat potongan sehingga 20%. Kalau mana2 penumpang yang telah buat tempahan awal dan nak tambah makan masih boleh hanya buat secara online juga dan tambah makanan.

Pasta Sayuran dengan Ayam Panggang

Roti Canai dan Kari Ayam

Roast Chicken With Cream Sauce

Juga ada tambahan pencuci mulut yang manis dengan pilihan 'Maximise Your Meal' yang termasuk Biskut Karamel, Kit Kat, Chocolate Brownie, Chocolate Chip Cookie Bar, Mum's Butter Cake dan Pineapple Tart. Semua ini boleh pilih dengan minuman air panas mahupun yang sejuk. Jangan risau kerana semua makanan dalam AirAsia mendapat peniktirafan Halal Jakim Malaysia. Jadi tak perlu risau tu semua keselamatan dan kualiti makan adalah di jamin. 







Bagi mereka yang terbang bersama dengan anak2 atau keluarga juga boleh buat tempahan untuk menu baru khas bagi kanak2. iaitu dua Burger Ayam Mini bersama air Ribena. Siap ada mainan yang juga boleh di tempah secara online untuk di berikan kepada kanak2 tak nak mereka meragam dalam flight hehehehe. Burger ayam ni Maha suka memang daging sedap dan juga rotinya terbaik.

Burger Ayam Mini

Maha yang telah cuba semua hidangan ini semasa pelancaran hari tu memang sedap dan sesuai untuk di makan dalam penerbangan. Tambah2 pula kalau kita ke luar negara bila lama kat tempat orang akan rasa rindu pada makanan tempatan kini boleh nikmati dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X. Best lah sekarang makana bukan sahaja yang biasa tapi yang special macam ni pun ada sebab tu mereka di kenali bukan kerana harga murah tapi juga makanan yang enak2. Sebab tu Maha selalu pilih penerbangan AirAsia terbaik......











BOH Cham Dan BOH 3 in 1 Dengan Ekstrak Daun Stevia Menepati Citarasa 1 Malaysia

$
0
0
BOH Cham Dan BOH 3 in 1 Dengan Ekstrak Daun Stevia Menepati Citarasa 1 Malaysia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan sekalian. Sapa sini peminat minuman teh, macam Maha juga lah orang yang suka minum teh waktu pagi atau malam. Tak kisah Teh Susu ker atau Teh 'O'. Tapi kali ini BOH syarikat tanaman teh terbesar di Malaysia memperkenalkan dua produk baru mereka. Lebih sihat dan lebih 'Cham' itulah dia BOH Cham dan juga BOH 3 Dalam 1 Kurang Gula.



Sebelum inikan korang mesti pernah baca post Maha tentang kelebihan daun stevia yang boleh di jadi satu element peganti kepada gula yang sedia ada sekarang. Banyak kesihatan dan kelebihan kalau baca kat post Maha yang lalu mesti korang rasa teruja dan tertarik bila kali ini BOH mengeluarkan teh dengan ekstrak daun stevia.



Selain daripada mengurangkan penggunaan gula yang tinggi kalori malah ia memberikan kesihatan kepada peminat teh untuk terus menikmati teh dengan cara tersendiri. Penggunaan ekstrak daun Stevia adalah selari dengan matlamat syarikat BOH untuk memberikan pilihan minuman yang lebih sihat kepada penggunanya. Ekstrak daun Stevia adalah pemanis asli tanpa kalori dan ianya sesuai diminum oleh setiap lapisan masyarakat. Ia mengandungi 25% kurang kandungan gula dalam setiap peknya.


Jika korang nak nikmati gabungan rasa dua minuman citarasa kegemaran Malaysia, iaitu Teh Tarik dan Kopi Putih kini korang boleh! Diformulasikan dengan ekstrak daun Stevia, gabungan istimewa Teh Tarik dan Kopi Putih oleh BOH dalam secawan Cham yang hebat dengan kurang kandungan kalori. Didatangkan dalam bentuk paket, kini rakyat Malaysia boleh menikmati BOH Cham di mana sahaja, walaupun mempunyai gaya hidup aktif.


Sempena menyambut kemerdekaan tahun ini, BOH Plantations telah menganjurkan BOH CHAM Party pada 20 Ogos 2015 untuk menyemarakkan lagi Hari Merdeka yang ke-58 dan memperkenalkan bungkusan baru BOH’s Cham. Acara turut di rasmikan oleh Encik Chen Chaw Chang, Ketua Pemasaran dan Eksport, BOH Plantations Sdn. Bhd. dan Encik Lim Boon Siang, Ketua Jualan, BOH Plantations Sdn. Bhd.



Dalam CHAM party ini, macam2 aktiviti yang di adakan antaranya adalah menyusun perkataan menjadi satu ayat yang menarik, membuat campuran rojak buah yang sedap dan juga bergambar mesra dengan photobooth yang di sediakan. Selain tu mestilah kalau party banyak makanan dah Maha adalah orang yang tak sabar nak makan sedap2 hehehe.








Bagi korang yang tak sabar nak mencuba kelainan BOH Cham kini telah berada di pasaran pada harga RM 14.30 bagi 12 paket  manakala BOH 3 dalam 1 kurang gula boleh didapati dengan harga RM 9.90 bagi 18 paket. So apa tunggu lagi dapatkan cepat kat pasaraya berhampiran korang dan nikmati BOH untuk sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam korang tanpa rasa bimbang. Maha dah cuba korang bila lagi. Selamat menjamu selera semua ok...








Nando's Pavillion Klasik Tapi Menarik Hidangan Espetada

$
0
0
Nando's Pavillion Klasik Tapi Menarik Hidangan Espetada - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau Maha jalan2 beli belah atau windows shopping mesti akan singgah kat Nando's cawangan Pavillion. Walaupun cawangan sini nampak seperti klasik tapi masih kekal makanan yang sama rasa dan citarasanya.




Kalau nak cari restoran Nando's cawangan Pavillion ni betul2 berapa kat kawasan bawah sekali sebaris dengan Food Court Pavillion dan bahagian hujung sekali. Selalu juga kat Pavillion ni buat fashion show atau apa2 event kat main stage Maha mesti singgah makan kat Nando's bawah tu senang dan mudah nak pergi.



Kat Nando's banyak menu menarik tapi paling best kalau dapat cuba Espetada. Espetada ini adalah hidangan dibuat dari daging ayam yang disapu dengan rempah ratus yang telah tersedia dan dimasak di atas bara api atau serpihan kayu. Hidangan ini dihidangkan seperti satay tapi di selangi dengan daging dan sayur dan tergantung dari cangkuk di atas ke bawah bila di hidangakan kepada anda.



Sedap kalau di makan panas2 kerana ia memberikan rasa rempah dan juga daging ayam yang di panggang bersama dengan sayur-sayuran. Boleh di pilih dengan pelbagai rasa iaitu Extra Hot, Hot, Mild dan Lemon & Herb. Kalau korang pilih set ini ia ada datang dengan 2 side dish atau satu side dish mana2 yang korang mampu untuk makan. Satu set tu boleh lah untuk makan sorang memang kenyang sangat.


Jadi lepas ni kalau datang kat Nando's korang tahulah mana nak pilih dan menu mana menarik. Nando's ada banyak cawangan seluruh Malaysia jadi tak ada sebab korang tak dpat pergi untuk makan sedap2. Korang boleh baca beberapa cawangan yang Maha telah pergi untuk nikmati Nando's terbaik lah. 









Rezeki Di Kongsi Bersama Tidak Akan Berkurang

$
0
0
Rezeki Di Kongsi Bersama Tidak Akan Berkurang - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Betul apa yang di janjikan oleh Maha Esa buat kita umatnya semakin banyak rezeki di kongsi maka semakin banyak yang akan datang tidak sedikit pun berkurang sebenarnya. Macam tu lah yang Maha amalkan untuk bersama kongsi dengan sapa sahaja yang layak walaupun sedikit tapi yang datang kemudian itu pasti untuk kita.

Walaupun dalam kocek ni kadang2 kita ada beberapa ringgit sahaja untuk kita belanja tapi bila kita lihat ada orang yang lebih memerlukan itu lagi penting sebenarnya. Bantu seikhlas yang boleh kerana yang akan datang nanti lebih daripa apa yang kita bantu. Walaupun ia tak datang dalam bentuk wang ringgit tapi apa sahaja yang datang dan menggembirakan kita serta menyenangkan hati kita itu adalah rezeki sebenarnya. 


Kita sebagi umatNya kena besyukur tu adalah kerja kita. Jangan risau untuk membantu. Bukan Maha nak kata Maha ni baik sangat atau terlalu membantu tapi Maha yakin akan ketentuan itu. Itu yang membuatkan Maha rasa bila kita bantu orang lain In Shaa Allah Tuhan akan bantu kita nanti. Sebab tu mungkin sekarang rezeki Maha mana tahu next time rezeki korang jadi jangan marah atau kecewa.

Maha buat entry ini kerana Alhamdulillah rezeki sejak 2 3 bulan ini seperti tidak putus2 datang. Tak tahu yang mana tapi Maha bersyukur sangat kerana rezeki ni paling Maha tak duga. Dalam bulan ni Maha dapat percutian yang di taja. Lepas tu dapat hadiah GoPro yang lama di nantikan dan kemudian dapat pula hadiah berganda dengan percutian di Pulau Redang yang memang impian sekian lama sangat2 nak. Tu yang Maha maksudkan kerana rezeki tak datang hanya dalam wang ringgit tapi dalam pecutian, makan percuma dan semua ini juga adalah rezeki kita. Bersyukur tu lah tanggungjawab kita sebagai umatnya.








Hard Rock Hotel Penang Pengingapan Ala Bintang Sekali Sekala Apa Salahnya

$
0
0
Hard Rock Hotel Penang Pengingapan Ala Bintang Sekali Sekala Apa Salahnya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebelum ni korang mesti ada baca kat blog Maha tentang percutian di Penang yang di taja tu kan. Hehehe kali ini tak puas hati lagi Maha pergi sekali lagi ke Penang untuk bercuti bersama kawan2. Tapi kali ni Maha menginap di salah sebuah hotel 5 Bintang yang cukup gah di Pulau Mutiara ini.


Sapa lagi kalau tak kenal Hard Rock Hotel Penang memang menjadi idaman ramai orang untuk datang tido hotel bertaraf 5 bintang seperti seorang artis. Itulah pengalaman yang Maha rasa bila pertama kali jejak ke hotel ini. Terletak di pantai Batu Feringghi lebih kurang 30 minit perjalanan menaiki kereta dari bandar Georgetown. Teruja sangat Maha kerana memang nak sangat tinggal beberapa malam di sini akhirnya tecapai.



Kali ni kami beramai-ramai datang penang memang nak betul2 menikmati percutian yang mewah ini. Paling best kami telah tempah bilik Lagoon Delux yang paling mewah dan menarik pemandangannya. Kenapa Maha cakap macam tu bilik cukup besar dan luas dan paling best depan2 bilik kami ada swimming pool. Wow memang best gila lah bilik ni keluar sahaja pintu kat balkoni boleh terus terjun kolam renang.



Deretan bilik paling bawah ini memang cukup2 memberi pemandangan yang menariklah walaupun tak dapat direct untuk melihat pantai dan laut tapi dapat mengahadap kolam renang dan boleh terus terjun dalam tu lagi teruja. Bila waktu malam lagi lah syok boleh berendam tapi kat sini waktu untuk mandi hanya sampai pukul 9 malam jer. Tak apa lah dapat juga mandi pool bila bangun pagi.



Bilik Lagoon Delux ini datang dengan katil king yang cukup luas memang kalau suami isteri yang ada anak sorang boleh sangat ambil bilik ni katil besar gila. Katil yang lembut dan juga bilik yang luas memang sesuai sangat untuk datang ber honeymoon. Maha memang terpesona sangat dengan pemandangan bilik yang kami pilih ini rasa macam tak nak keluar bilik jer nak berendam hehehe. 


Dalam bilik ni dihiasi lukisan gambar kumpulan rock dan juga kalau masuk dalam bilik air ada lukisan Elvis Presley. Bilik air tak besar sangat kerana dalam tu tak ada tab mandi cuma ada shower sahaja. Tapi bilik air tu pintu kaca boleh buka terus nampak luar hehehehe. Tak kisah sebab bilik betul2 tepi kolam terjun saja lah. Dalam bilik semua lengkap ada Wi-Fi, stesen dok iPod dan minimum LCD 32-inci / TV skrin LED boleh tonton filem HD Blockbuster percuma banyak juga filem2 terbaru luar negara. Jadi memang tak terasa nak keluar heheh makan pun kalau boleh hantar ke bilik huhuhuh. 





Kita pergi pulak dekat bahagian receptionist Hard Rock Hotel Penang ni memang korang masuk dapat lihat hiasan barang2 pemuzik dan penyanyi rock yang lama2. Semua ada guitar, pakaian dan juga beberapa alat muzik yang menarik di pamirkan. Kemudian ada kemudahan kedai cenderamata, yang menjual pelbagai barangan cenderamata hotel ni. Kat luar lak ada cafe, ada gym semua selesa dan memang padan dengan taraf 5 bintangnya. Apa pun banyak lagi Maha nak cite tentang pengembaraan kedua di Penang ni. Apa pun nantikan sambungan next episod selamat bercuti semua.











Makan Malam Di Slow Rock Cafe Berdekatan Hard Rock Hotel Penang

$
0
0
Makan Malam Di Slow Rock Cafe Berdekatan Hard Rock Hotel Penang - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tiba masa nak review beberapa kedai makan yang menarik di sekitar Penang ni. Sebelum ni Maha ada cite pasal Hard Rock Hotel Penang kan jadi bila dah sampai semua keadaan penat dan malam tu tak cadang untuk cari makan jauh2.


Untuk tidak banyak buang masa dan juga banyak berjalan jauh kami bercadang nak makan dekat2 dengan Hard Rock Hotel ini. Betul2 seberang jalan hotel ni memang banyak kedai ada kat situ. Macam kedai urut, kedai runcit termasuk juga kedai makan. Malam2 ni makanan special kat sini mestilah mencari seafoodkan. Jadi kami bercadang makan sahaja di Slow Rock Cafe yang berhadapan dengan hotel kami.



Kat sini kawasan agak menarik betul2 tepi jalan tapi kena hati2 kalau jalan kat sini kerana orang kat sini bawa kete laju2 tau tak kira kawasan sempit ker atau tidak. Kami pilih meja tengah kerana jumlah yang agak ramai tapi cafe ini luas. Ada kawasan berbumbung atau boleh juga duduk luar dengan suasana terbuka di payungkan bintang2 malam sahaja. 



Slow Rock Cafe ini di buka setiap hari siang pun buka juga tapi kami pergi untuk makan malam sahaja kat sini. Banyak hidangan tempatan yang menarik kat sini. Maklumlah perut Melayu ni tak berapa nak masuk malam2 nak makan western hehehe. Mula2 takut juga nak cuba restoran ni takut tak berapa sedap makanannya tapi bila dah cuba not bad.




Kami datang nak makan ramai jadi kami ambil set hidangan makan malam yang tersedia dalam tu. Ada Daging Masak Merah, Sotong Goreng Tepung, Tomyam dan juga Ikan Tiga Rasa bersama dengan Kailan Goreng Ikan Masin. Paling best boleh order ikan bakar yang memang menarik dengan rasa sedap ikannya. 

Ikan Bakar

TomYam

Daging Masak Merah

Sotong Goreng Tepung

Kalau korang nak order set ala-cart juga ada kat sini macam2 masakan panas yang goreng2. Bila kami makan memang menarik dan boleh hilang lapar malam tak perlu pergi jauh. So memang boleh rekmen kat kawan2 kalau nak makan sini. Tapi korang kena cuba satu minuman yang unik kat sini iaitu Teh Dangdut. Kalau selalu dengar kopi tapi kali ni teh menarik. Rasa macam asir teh tarik tapi ni tak tarik cuma di sediakan dengan susu cair dan susu pekat. 

Teh Dangdut

Apa pun lepas ni kalau malas sangat nak jalan kat kedai jauh2 untuk makan malam kalau duduk area Hard Rock Hotel ni boleh datang Slow Rock Cafe ini. Lagi nanti Maha akan cerita pula tempat makan lain yang menarik kami akan pergi jalan sekitar Penang ini. Banyak lagi tunggu post yang seterusnya daripada Maha ok. Selamat bercuti dan selamat menjamu selera. 









Restoran Line Clear Nasi Kandar Terbaik Di Penang Masih Di Buka

$
0
0
Restoran Line Clear Nasi Kandar Terbaik Di Penang Masih Di Buka - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bila sebut jer nama Restoran Line Clear mesti ramai dah tahu kemasyurannya di serata Malaysia. Sebut jer nak makan Nasi Kandar mesti orang akan rekmen restoran ini di Penang. Populariti restoran ini mengalahkan artis tempatan kerana terpalit dengan pelbagai isu.



Seperti mana yang kita dengan dalam berita bahawa restoran ini telah di serbu oleh Majlis Perbandaran dan semua peralatan telah di rampas. Ada pula yang kata restoran ini telah di tutup kerana isu perebutan waris dan macam2 lagi lah. Apa pun berita yang di dengar dan di keluarkan tapi tidak sedikit pun mengurangkan kehadiran peminat Nasi Kandar ke restoran ini.



Begitu juga rombongan Maha dan kawan2 yang telah berada di Penang hujung minggu lepas. Sebelum ni Maha ada cite pasal duduk di hotel 5 bintang dan juga makan di kedai tepi jalan. Tapi kali ni nak cite pasal restoran yang menjadi restoran kedua Maha sepanjang berada di Penang. Mula2 ingat restoran ni tutup tapi bila kami sampai begitu ramainya orang penuh.


Nasih baik kami sampai tu tengahari dan makanan masih banyak lagi. Jadi kami pun cari tempat duduk yang kosong dan terpaksa berebut. Paling senang sini kami order set sahaja tak perlu bebaris hanya duduk dan nanti pekerja mereka akan datang ambil order. Nak order apa sahaja semua ada memang Nasi Kandar sini lauk pauk paling banyak.




Kami makan apa lagi kalau bukan Kari Kepala Ikan wajib order kat sini ok. Kemudian kami pilih lah menu tambahan lain seperti Sotong Kari, Ayam Goreng, Sayur Goreng dan juga Papadom. Nak lagi senang kami order air satu jag terus lagi senang sebab ramai nak ambil satu2 order nanti tak sampai pulak hehehe. Tapi korang jangan risau pekerja sini memang nampak macam selamba jer ambil order tapi memang cepat dan tepat.




Tapi korang kena minta nak order kalau tak memang tak adalah menu apa yang orang nak. Kesibukan kat sini boleh di gambarkan dengan orang ramai bebaris dalam nak tonton wayang cite Fast Furios 7 hehehehe. Memang ramai dari pelbagai kaum ada makan kat sini kadang2 korang leh nampak pelancong asing pun duduk makan sini.



Tapi tak di nafikan makan kat sini memang masih sedap dan terbaik. Kalau makan macam kami order tu boleh kenyang sampai malam. Kalau tak di cuci tangan dengan sabun pasti akan masih kekal bau kari tu sampai malam. Tu nak melambangkan kesedapan makanan dan daya tarikan kat sini. Apa pun restoran ini telah ada cawangan di Kampung Baru KL. So sapa datang Penang mesti kena cuba Nasi Kandar kat Restoran Line Clear ini ok. Tunggu lagi lokasi makanan yang akan Maha citekan kat blog sepanjang berada di Penang ni masih banyak lagi nak cite ok. Selamat menjamu selera semua.









Bukit Bendera Penang Pertama Kali Menjejakan Kaki Di Puncaknya

$
0
0
Bukit Bendera Penang Pertama Kali Menjejakan Kaki Di Puncaknya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tak habis lagi cite Maha tentang percutian di Penang yang memang menarik dan banyak aktiviti. Sebelum ni dahmakan kat Restoran Line Cleartiba pula aktiviti kami untuk memanjat bukit. Tapi bukan lah panjat dengan kaki cuma menggunakan keretapi funikular alah keretapi pendek tu tapi comel.



Sebelum ini keretapai ini sangat klasik dah juga tidak canggih tapi sekarang ni dah canggih ada aircond lagi dalam keretapi tu. Tu yang buat kami semua ni teruja sangat nak naik ke puncak Bukit Bendera tu sebab pertama kali dalam hidup nak jejak kat situ. First macam biasa kena beli tiket kat kaunter bawah. Harga juga boleh tahan lah walaupun hanya untuk naik ke atas sahaja.


Dah beli tiket untuk semua orang memang kena baris agak panjang tapi jangan bimbang kerana dalam keretapi tu boleh naik ramai. Walaupun baris panjang ada orang boleh duduk dan orang kena berdiri. Tapi tak lama pun hanya ambil masa 15 minit sahaja dari bawah nak sampai ke atas. Dulu keretapi ini ada berhenti banyak stesen sebelum sampai puncak tu tapi sekarang ia express terus dari bawah sampai ke atas.



Naik memang rasa agak gerun kerana keretapi ini macam berjalan tegak ke puncak dan juga agak laju. Tapi teruja itu membuang segala ketakutan dalam hati ni yang pertama kali naik. Sepanjang perjalanan boleh tengok hutan simpan yang masih terpelihara sekeliling bukit ini. 



Sekejap jer rasa sampai atas puncak dan bila sampai atas tak adalah sejuk sangat macam kat Genting Highland atau Cameron Highland. Kawasan di terangi dengan cahaya matahari yang terang memambuat pemandangan luas boleh lihat seluruh bandar Pulau Pinang. Dari satu sudut pula kat atas tu boleh nampak jambatan pertama dan jambatan kedua secara keseluruhan.



Menariklah kat atas ini memang cantik sangat pemandanganya dan dapat rasa angin2 yang sekali sekala meniup sejuk gak. Atas ni hanya boleh jalan kaki dan juga menaiki boogie. Harga untuk naik boogie ini hanya RM30 untuk satu boogie. Perjalanan di atas bukit ini tak lama pun sekejap jer dalam 15 minit pergi balik. Sepanjang perjalanan dapat tengok macam pokok hutan yang masih terpelihara dan juga beberapa tinggalan sejarah termasuk rumah yang lama di puncak ini.



Habis jalan naik boogie kami pergi pula kat tempat yang ada orang pasang kunci cinta hati katanya. Tak tahulah apa tujuan tapi seolah2 nak tiru identiti luar dah tak jadi negara kita Malaysia. Tu lah yang sayangnya bila telalu terikut-ikut budaya luar. Tak apalah abaikan tempat tu tapi yang pasti Maha memang seronok ada kat Bukit Bendera ni walaupun hanya sejam sahaja. 



Tak leh duduk lama2 sebab agak bosan juga atas tu bukan ada taman tema ker hehehehe. Apa pun ia adalah satu lokasi yang mesti korang kena pergi bila datang ke Penang. Maha dah naik baru rasa puas sangat. Masa nak turun dari bukit tu naik keretapi ni lagi takut sebab seperti naik roller coaster sebab laju dan juga turun agak menjunam. Tapi tak risau sebab dah memang kat dalam train. So pada yang nak pergi Maha syorkan sangat tempat ni best tau. Selamat bercuti semua. 








Samsung Galaxy Note 5 Kini Di Malaysia Sapa Nak Separuh Harga Sahaja!

$
0
0
Samsung Galaxy Note 5 Kini Di Malaysia Sapa Nak Separuh Harga Sahaja! - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Wow Samsung telah melangkah bertapak2 lagi dalam dunia teknologi telepone pintar apabila dengan rasminya telah di melancarkan generasi baru Samsung Galaxy Note 5. Maha adalah pengguna tegar Samsung ok kalau korang tak tahu, jangan pengaruh jiwa ini dengan telepone lain memang dah suka sangat kat Samsung ni. 



Kalau korang tak percaya telepone pertama Maha adalah Samsung Galaxy S3 dan kemudian Samsung Galaxy Note 2 dan kini telah menjadi peneman sampai hari ini tulah dia Samsung Galaxy Note 4. In Shaa Allah adakah Samsung Galaxy Note 5 baru ini bakal menjadi pilihan hati ini Maha. Tapi korang pernah tengok tak generasi dari mula keluarnya Samsung Galaxy Note pada tahun 2011 hingga kepada yang terbaru ini.



Jom Maha share sikit pada korang tentang sejarah Samsung Galaxy Note ini, almaklumlah orang memang peminat tegar wakakaka. Yang pertama keluar Samsung Galaxy Note adalah pada tahun 2011 dan pasa masa itu adalah telepone pintar skrin paling besar di dunia. Dengan saiz screen 5.3" dan kamera paling hebat iaitu 8MP sahaja. Siapa ada phone tu paling hebatlah pada masa tu hehehe.


Kemudian pada tahun 2012 keluar pula SamsungGalaxy Note II yang menjadi hero pula dengan screen besar sikit iaitu 5.5". Selain itu perbezaan Note dan Note II adalah teknologi Bluetooth. Kemudian keluar pula Samsung Galaxy Note 3 pada tahun 2013. Saiz besar sikit jer dari yang kedua iaitu 5.7" dan juga camera tercanggih 13MP. Hebat tak masa tu hehehe memang terbaik lah Samsung.


Kemudian keluar pula Samsung Galaxy Note 4 yang telah menggoda hati Maha ini. Tahun lepas baru beli tapi tahun ni dah keluar pulak Samsung Galaxy Note 5. Tak puas lagi menggunakan Note 4 ni, tapi puas hati lah guna Note 4 ni dengan teknologi charger yang lebih laju dan juga camera lebih hebat iaitu 16MP. Tu sikit lah pasal sejarah Samsung Galaxy Note yang dari mula sampai ke generasi ke 5 kini.


Bagi Samsung Galaxy Note 5 ini pastilah lebih canggih dan lebih hebat. Untuk meraikan 5 tahun kegemilangan Samsung Galaxy Note ini maka pada majlis pelancaran di Malaysia telah ada ikon yang mewakili setiap generasi Samsung Note ini. Kalau korang nak tahu ada ramai artis terlibat dimana Yuna untuk Note & Note2, Aaron Aziz untuk Note 3, Lynn Lim & Tiara Jacquelina untuk Note 4 dan Jinnyboy & Reuben juga Note 4. Pada majlis pelancaran di Sunway Piramid semua artis hebat ini turut sama hadir memeriahkan majlis bersama peminat Samsung di Malaysia.


Samsung Galaxy Note 5 diilhamkan oleh warisan reka bentuk Galaxy S6, ia secara ergonomik sesuai dalam satu tangan dengan belakang melengkung. Skrin rata adalah terbaik untuk menulis dan bentuk melengkung menjadikan ia lebih mudah untuk digunakan dengan satu tangan. Keunikan terbaru adalah pada S Pen baru yang berasa lebih kukuh dan seimbang dalam tangan pengguna, menawarkan keupayaan bertulis lebih baik dan lebih praktikal. Satu mekanisme klik unik mengeluarkan S Pen ini dari sarungnya. 



Kalau korang nak dapatkan tawaran yang Maha nyatakan pada awal tadi iaitu separuh harga untuk pembelian Samsung Galaxy Note 5 kena datang di majlis pelancaran yang di adakan di 3 lokasi utama iaitu Sunway Pyramid (KL), Gurney Plaza (Penang) dan Sutera Mall (Johor) hanya dalam tarikh 4 hingga 6 Sept sahaja. Tapi untuk 100 orang pertama yang datang dengan pembelian pertama akan dapat promosi separuh harga untuk pembelian kedua Samsung Galaxy Note 5 ini. 



Lagi hebat tawaran semperna dengan pelancaran Samsung Galaxy Note 5 ini untuk korang adalah, promosi dengan setiap pembelian telepone ini akan dapat aksesori percuma iaitu Pek bateri dan Pengecas Wayarles yang bernilai RM538. Cepat datang hanya pada waktu pelancaran ini sahaja iaitu dari 4 hingga 6 Sept sahaja di Penang dan Johor manakala untuk peminat di Sunway Piramid boleh dapat promosi ini dari 4 hingga 9 Sept wow. Cepat2 memang hebat promosi istimewa ini Maha pun tak lepaskan peluang juga.

Maklumat lanjut boleh dapatkan di laman web www.samsung.com/my/galaxy/note5








Lelaki Yang Tampan Adalah Yang Berbulu Dada Kemas Dengan Philips Body Groomer

$
0
0
Lelaki Yang Tampan Adalah Yang Berbulu Dada Kemas Dengan Philips Body Groomer - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ramai orang sebarkan status ini bila mereka rasa mereka cukup bergaya dan tampan 'Lelaki Yang Tampan Adalah Yang Bebulu Dada'. Tapi kalau ada bulu dada atau mana2 bahagian yang berbulu tidak terurus dan serabai susah juga untuk orang nak nilai kitakan.

Gambar sekadar hiasan

Tapi tidak lagi kini dengan adanya teknologi baru yang lebih mudah dan cepat untuk lelaki bergrooming di rumah sendiri. Kalau sebelum ini kebanyakan lelaki menggrooming diri sendiri di kedai gunting atau di salon khas untuk kaum lelaki. Tapi kalau trim dan kemaskan bulu di bahagian sulit bagaimana? Adakah perlu orang lain yang buatkan untuk kita.



Jadi dengan kesedaran kaum lelaki untuk tampil kemas dan bergaya walaupun berbulu dada mahupun bulu ketiak, Philips telah mengeluarkan satu lagi alatan untuk menjada kekemasan bulu bagi kaum lelaki. Philips Body Groomer adalah satu alah elektronik yang di cipta untuk lelaki maskulin yang sentiasa menjaga ketrampilan diri dan lebih yakin. 



Alat ini menggunakan teknologi berkuasa sebiji bateri AA seperti alat pencukur tetapi ia tidak membahayakan kawasan yang di potong tersebut. Philips Body Groomer dibina untuk melindungi kulit dengan menjaganya ketika memotong rambut sependek 0.5mm tanpa langsung mendedahkan kulit dengan pisau. Alat ini direka dengan perapi dua arah yang membolehkan anda untuk trim bulu kedua-dua bahagian kebelakang dan ke depan dengan lancar. Sikat 3mm membuatkan trim anda lebih selesa untuk bulu yang lebih panjan. 



Alat ini sangat2 ringan dan bergaya untuk di gunakan lelaki maskulin di mana bentuk yang ergonomik memudahkan kerja untuk memendekkan bulu di 3 bahagian utama iaitu dada, ketiak dan alat sulit lelaki. Jangan risau tidak akan mencederakan bahagian sulit anda kerana ia lebih selamat. Kalau macam lelaki yang berbulu dada ni selalu mahu kemaskan bulu mereka seperti model di bawah ini pasti nampak kemas dan bergaya. 


Peralatan ini juga mudah untuk di selenggarakan seperti membersih bulu2 yang ada dengan berus kecil yang di sediakan sangat2 mudah. Bagi membila alat ini juga mudah iaitu hanya dengan mengalirkan air kerana ia kalis air 100%. Jadi tak perlu nak susah2 berus kuat. Ia juga di sediakan dengan tali pancuran untuk mudah di gantung agar mudah untuk di capai dalam bilik air. 




Philips Body Groomer boleh didapati di kedai Jenama Philips di Publika Shopping Gallery, kedai-kedai elektrik dan laman utama di www.blipmy.com. Philips Body Groomer boleh didapati pada harga yang disyorkan sebanyak RM109. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.philips.com.my segala maklumat tentang produk ini juga ada. Jadi tunggu apa lagi lelaki yang mahu bergaya dan tampil kemas gunakanlah profuk dari Philips. Selamat menjaga kekemasan diri korang lelaki yang tampan. 







Gerai Ikan Bawal Goreng Jalan Lembah Permai Tanjung Bungah Penang

$
0
0
Gerai Ikan Bawal Goreng Jalan Lembah Permai Tanjung Bungah Penang - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Masih lagi kali ni mood makan kat Penang semasa Maha dan kawan2 berada di sana bercuti. Banyak dah tempat makan yang Maha dah cite korang leh baca sebelum dan kali ni satu lagi tempat makan yang mesti korang kena singgah bila ada kat Penang. Gerai Ikan Bawal Goreng yang begitu rare kat Penang ni tapi sedap Maha dah makan.



Gerai Ikan Bawal Goreng ni nama tak ada sebab gerai ni tepi jalan. Kalau korang nak cari search kat waze Jalan Lembah Permai Tanjung Bungah. Bila korang sampai kat jalan tu gerai ini betul2 berada di depan dengan Maybank. Gerai ini biasa jer kalau tengok tapi bila buka memang ramai sangat orang. Gerai ini buka hanya waktu malam dari pukul 6 petang sampai habis. Selalaunya pukul 10 dah habis hehehehe.


Masa Maha pergi tu memang kalau tengok gerai biasa jer dengan kerusi dan meja besi dan di hias dengan lampu liplap. Tapi bila ada orang datang memang penuh kat situ semua meja. Pelbagai kaum datang makan tau ada Melayu, Cina dan India. Kadang-kadang ada pelancong asing juga datang makan kat sini ok. 



Menu kat sini menarik hanya ada Ikan Bawal Goreng dan juga Ayam Goreng. Tak ada menu2 lain korang jangan minta yang bukan2 ok. Set untuk Ikan Bawal Goreng ini datang dengan Nasi Putih, Kuah Kari dengan Kacang Bendi, Ulam dan juga Sambal. Memang menarik sangat dapat makan panas2 puas. Sama juga untuk hidangan Ayam Goreng buat mereka yang tak makan ikan.





Harga pun menarik tau satu set untuk Ikan Bawal Goreng dan Ayam GorengRM8 sahaja. Tu untuk makanan lah dan untuk air pun ada juga kat situ. Korang boleh order apa2 sahaja air kat situ tapi air buah tak adalah ye hehehe. Seronoklah makan kat sini sebab relax dan santai di kawasan parking tepi jalan hehehe walaupun kadang2 sesak kat situ dengan kenderaan nak parking.



Jadi kalau korang datang Penang boleh cuba Gerai Ikan Bawal Goreng ini. Nak cari lah yer sebab tak ada sign board. So lepas ni Maha akan cite banyak lagi tempat makan menarik kat Penang ni. So tunggu ok tak habis lagi tau. Selamat bercuti dan selamat menjamu selera. 








5 Sebab Kenapa Korang Kena Guna Applikasi OpenSnap Untuk Cari Tempat Makan

$
0
0
5 Sebab Kenapa Korang Kena Guna Applikasi OpenSnap Untuk Cari Tempat Makan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bukan sahaja Maha yang kena guna apps ini tapi korang juga sebagai peminat makanan dan juga food hunter yang suka cari tempat makan menarik dan terbaru patut gunakan applikasi OpenSnap ini. Sebab Maha dah mencuba dan merasai bagaimana apps ini mampu membantu untuk mengesan wahh, mencari lokasi tempat makan yang dekat dan juga di rekmen oleh kawan2.

Tapi sebelum guna kenalah download dulu apps ini dari Play Store untuk pengguna Android dan juga pengguna App Store untuk pengguna iPhone. Semua adalah percuma sahaja tak perlu kuar apa2 kos pun Maha sendiri dah download. Bila firstime masuk tu kena login dulu jadi ahli gunakan Facebook akaun atau juga email mana2 yang korang selesa. Lepas download dalam masa 10 minit, Maha dah faham untuk menggunakan apps OpenSnap ni. Mudah sangat-sangat. Meh sini Maha kongsikan 5 kelebihan applikasi ini buat korang yang nak mencari tempat makan menggunakan smartphone korang. 


1)Cari dengan cepat dan mudah restoran yang kawan korang pernah pergi

Selalunya kalau kita nak cari tempat makan menarik ni mesti kita akan tanya kawan yang terdekat tentang pendapat mereka bukan. Samalah konsep dengan OpenSnap ni di mana korang boleh cari berdasarkan nama restoran atau juga lokasi restoran tersebut dengan mudah dan cepat. Lepas tu korang boleh tengok ulasan yang telah di keluarkan oleh mana2 mereka yang pernah pergi ke restoran tersebut.


Lagi mudah kalau korang tak tahu nama restoran atau lokasi korang boleh cari menggunakan nama menu yang kawan korang pernah cuba. Contoh macam Maha nak cari Tomyam Seafood yang sedap jadi Maha type sahaja nama menu dan search nanti akan keluar semua restoran yang di rekmenkan makanan Tomyam yang menarik. Dari situ korang boleh pilih dan lihat lokasi yang berhampiran atau juga boleh baca rekmendation dari mereka yang pernah mencuba. Senang kan.

2)Bookmark restoran kegemaran yang anda jumpa

Kadang2 tu kita cari retoran lain tapi kuar banyak restoran yang menarikkan. Korang tengok gambar dan juga rekmendation dari mereka yang pernah cuba macam menarik Cuma tak dapat nak pergi semua tempat dalam satu masa. Jadi kini korang boleh Bookmark kan restoran2 atau mana2 dish yang korang rasa menarik dan nak cuba di masa akan datang.


Bila dah Bookmark ni nanti mudah lah korang nak cari semula restoran tu hanya masuk apps ini semula dan click Boorkmark tu dan akan tersenari semula semua restoran atau makanan yang korang pernah baca dan nak cuba. Jadi tak perlu nak taip semula lokasi mana senang bukan nak cari tempat makan dengan apps OpenSnap ni.

3) Personalised lokasi restoran yang selalu anda kunjungi

Dalam apps ini juga korang bukan sahaja boleh cari lokasi untuk makan tapi korang boleh cutormisekan semula lokasi restoran yang selalu korang kunjungi dalam apps ini. So lepas ini kalau ada kawan2 yang nak Tanya korang tempat makan yang menarik pernah korang pergi hanya click sahaja lokasi yang telah korang customize kan tu dengan mudah dan cepat.


Lokasi yang di sediakan itu telah tersenarai semua restoran yang ada berhampiran untuk korang pilih nanti. Contoh macam Maha pilih lokasi ‘Bangsar’, korang hanya perlu click lokasi dan ada senarai banyak restoran yang menarik di sekitarnya. Dalam lokasi tu juga ada beberapa kawasan berhampiran yang telah di kumpulkan untuk memudahkan korang cari.

4)Fungsi Paparan peta

Tapi kalau tahu nama restoran dan tahu lokasi restoran tapi tak tahu nak tuju hala mana susah jugakan. Jadi dalam apps OpenSnap ni mereka telah sediakan fungsi paparan peta lokasi tempat makan yang korang cari tu. Contohnya bila korang ada dekat area tengah2 KL nak cari tempat makan tak tahu mana nak tuju. Buka OpenSnap ni dan click ‘Nearby’ dan akan papar senarai restoran berhampiran dan click pula ‘Tap to view map’.  Akan keluar senarai restoran berhampiran anda dalam bentuk Google Maps.


Jadi lepas tu senang korang nak tuju hala kemana untuk cari restoran ni kan. Tak perlu lah nak buka waze pulak lepas tu. Semua telah di tag dengan teratur dan mudah. Apps ini akan paparkan alamat dan juga jarak restoran tu dengan lokasi di mana korang berada. Jadi boleh plan masa dan ketepatan korang untuk ke restoran tu tak perlu tunggu lama.

5)Lihat foto makanan terbaru yang di update di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia

Ini adalah antara kelabihan yang ada dalam apps OpenSnap ni iaitu korang boleh melihat gambar makanan yang sedap di upload oleh orang ramai di seluruh Malaysia. Korang juga boleh upload gambar makanan yang korang cuba sendiri di mana2 sahaja restoran yang korang rasa nak kongsi dengan pengikut lain. Mana tahu nanti mereka boleh bagi pendapat tentang tempat makana tersebutkan. Dalam apps ini juga korang boleh tengok beberapa produk OpenSnapyang telah di senaraikan oleh penggemar sebelum ini. 


Paling best gambar makana boleh di upload terus dengan mengguankan phone korang dan terus boleh di review oleh orang lain dan boleh di Bookmark oleh mereka yang nak mencuba nanti. So korang juga boleh jadi Food Teaser untuk satu2 tempat yang baru dan menarik. Tak rugikan kita kongsi apa yang best pada orang lain.

Restoran Halal

Sebanarnya banyak lagi yang Maha nak cite dalam apps ini pada korang. Tapi korang boleh cuba sendiri kat rumah mudah jer. Banyak lagi korang boleh explore dalam ni korang boleh cuba restoran yang di cadangkan oleh Editor. Korang boleh cari makanan bukan sahaja kat Malaysia tapi beberapa negara luar yang ada dalam senarai OpenSnap ni. Bagi orang muslim lak boleh cari restoran yang ada Halal dengan click pada bahagian ‘Halal’ dan senari restoran Halal semua keluar.  Tak susah nak mancari tempat makan Halal kat Malaysia ni.


Jadi korang nak tunggu apa lagi? Downloadlah applikasi OpenSnap sekarang juga di smartphone korang dengan hanya menaip ‘OpenSnap’. Kalau guna laptop, boleh terus ke www.opensnap.com/en/klangvalley.  Daftar hari ni dan terus boleh guna untuk mencari tempat makan best seluruh Malaysia ok. Selamat menexplore dan selamat menikmati hidangan hebat melalui apps OpenSnap ok.







Buat Mereka Yang Telah Menjadi Mangsa Skim Rumah Impian 1 Malaysia

$
0
0
Buat Mereka Yang Menjadi Mangsa Skim Rumah Impian 1 Malaysia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan rakan2 sekalian. Sebelum ni Maha ada update tentang satu skim yang mengelirukan pembeli melalui promosi mereka untuk mendapatkan rumah murah dan mudah. Kalau sapa2 dah baca mesti tahu tentang syarikat ini dan juga pakej yang mereka tawarkan untuk mendapat keuntungan mentah2 sahaja kepada pengguna terutama Melayu.


Ramai juga yang bagi respon tentang isu ini ada yang telah jadi mangsa tak kurang juga yang memang dah tahu tentang tipu helah mereka. Apa pun kalau anda ada telihat dan juga terjebak dengan mereka2 ini ada beberapa perkara yang korang boleh lakukan. Ini dapat membantu siasatan pihak berwajib iaitu KPKT dalam memastikan syarikat ini tidak melanggar undang2 yang di tetapkan.

Perkara yang korang boleh lakukan sekiranya terjebak :-

1) Kalau terlihat kakitangan yang berpakaian merah dan ada tulisan DIS CARD serta ada replikas rumah korang boleh ambil gambar situasi dan catatkan perkara penting seperti Masa, Tarikh dan Lokasi mereka buat jualan.
2) Lepas tu terus buat aduan secara online kepada KPKT dengan layari laman ini http://ehomeonline.kpkt.gov.my/aduan-online/entry/aduanperumahan.cfm
3) Kalau korang telah terpedaya dengan terbayar sejumlah wang sepertimana yang mereka janjikan juga kena buat aduan kepada KPKT ini kerana ia akan memudahkan siasatan dan mengumpulkan bukti tentang aktiviti yang mereka lakukan.
4) Kepada mereka yang telah buat pembayaran juga korang boleh tuntut wang tersebut di syarikat ini dengan datang terus ke pejabat mereka.
5) Sekiranya gagal untuk buat tuntutan atau mereka tidak mahu membayar wang yang anda bayar tersebut boleh buat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) atau pihak polis.

Tindak2 yang Maha senaraikan ini adalah apa tindakan korang boleh buat mengikut undang2. Kadang2 orang kita suka bertindak mengikut nafsu tak bagus membahayakan diri. Kita salur pada mana2 saluran yang terbaik agar terus dapat di bendung tentang skim sperti ini sepenuhnya. 


Sebenarnya Maha telah buat aduan kepada KPKT secara online dan pegawai di KPKT telah menghubungi Maha melalui telepon dan menyatakan beberapa perkara. Hasil dari perbincangan antara KPKT dengan pengurusan pihak syarikat ini dan mereka telah mengesahkan bahawa syarikat ini hanya menjual kad diskaun sahaja. Sebab tu bila korang daftar akan dapat resit dan borang pendaftaran DIS CARD. Ini kerana ia adalah pembelian kad diskaun sahaja.

Mereka juga menyatakan bahawa mereka bukan menjual rumah tapi menjual kad diskaun. Rumah itu hanyalah sedikit strategi yang mereka gunakan untuk mengelirukan pembeli di luar sana. Mereka juga telah menyatakan akan memberhentikan semua promosi dan juga jualan di mana2 pasaraya. Mereka juga telah menyatakan bahawa semua pengguna yang telah membuat pembayaran boleh membuat tuntutan duit tersebut di syarikat mereka dengan membawa semua resit yang telah di berikan semasa pendaftaran.

Jadi korang kena ambil berat tentang isu ini kerana kebanyakan mangsa adalah orang Melayu sebab kebanyakan golongan ini sangat2 memerlukan rumah sekarang. Tambah lagi kalau ada promosi rumah murah seperti mana yang di janjikan. Jadi jangan jadi mangsa kalau anda dah jadi mangsa ambil tindakan sewajarnya ok. Semoga kita bebas dan terselamat dari semua perkara yang meragukan ini.













Mutiara Kata | Doa Untuk Kesihatan

Mee Udang Yang Popular di Penang Mee Udang Sri Tambang Lah

$
0
0
Mee Udang Yang Popular di Penang Mee Udang Sri Tambang Lah - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Lama tak cite pasal makan kan hehehe tapi sebenarnya hari tu tak habis lagi perjalanan makan Maha di Penang. Ada lagi ni sambungan untuk satu lagi tempat makan yang menarik di Penang.


Kalau sebut Mee Udang korang mesti banyak lokasi yang terbayang di minda menjadi pilihan. Bagi Maha sendiri pun tak pernah rasa Mee Udang Penang ni jadi kawan2 telah rekmenkan satu tempat makan special Mee Udang. Mana lagi kalau bukan Restoran Sri Tambang dekat Permatang Pasir Bukit Mertajam.


Kalau korang dari belah pulau kena seberang jambatan atau naik feri untuk ke area sini. Perjalanan tak jauh pun kalau dari jambatan Pulau Pinang. Tempatnya pun tak susah nak cari memang ia agak tersorok tapi ada signboard yang besar dan pintu gerbang tanda untuk anda datang ker sini.


Masa Maha sampai sini pun memang ngam2 jer tengahari jadi memang memilih menu special Mee Udanglah untuk makan tengahari Maha kali ini. Kat sini korang boleh pilih sendiri udang yang nak di masak dalam mee tu. Boleh pilih saiz dan juga akan di timbang untuk harga. Selain ada udang ada juga ketam untuk korang pilih. 


Kali ni Maha pilih Mee Udang dan minum bersama dengan Air Kelapa Muda. Memang sesuai sangat kedua2 hidangan ini untuk makan tenghari Maha di Penang. Kalau nak cuba makanan lain pun ada kat sini nasi goreng, mee goreng dan macam2 lagi. Puas hati makan sini kerana udang besar dan segar patutlah program Jalan-Jalan Cari Makan datang sini nak rekmen terbaik. Restoran ini besar dan luas boleh muat ramai orang dan ia di buka setiap hari untuk korang makan dari pukul 10pagi hingga 12tghmalam.


Korang nak datang Maha syorkan dan boleh cuba sendiri Mee Udang di Restoran Sri Tambang. Mesti ok datang makan Mee Udang Penang baru tahu lain dengan Mee Udang tempat lain. So habis perjalanan makan Mahamahu sepanjang bercuti di Penang. Lepas ni lak nak ke satu lagi lokasi seberang Laut Cina Selatan untuk cari makan. Kat mana tunggu next post makan Maha untuk korang ok. Selamat menjamu selera semua...








80% Wanita Suka Membeli-Belah Secara Talian Di Malaysia Dan Bagaimana HappyFresh Dapat Membantu

$
0
0
80% Wanita Suka Membeli-Belah Secara Talian Di Malaysia Dan Bagaimana HappyFresh Dapat Membantu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tak boleh nafikan perkembangan pembelian secara talian memang begitu pantas dan begitu memberangsangkan di Malaysia. Mana taknya kalau tengok usahawan yang berjaya bermula daripada penjualan secara online di laman social media. Ini kerana permintaan yang begitu menggalakan daripada pengguna yang mahukan pembelian secara lebih relax dan mudah, serta lebih menjimat masa.


Oleh sebab itulah maka kini di Malaysia telah datangnya satu lagi revolusi pembelian barang dapur secara online di HappyFresh. Korang mesti tak pernah dengankan pasal laman pembelian online ini. HappyFresh talah berada di persada online tahun 2014 lagi dan kini telah berada di Malaysia dengan lebih daripada 30 buah pasaraya yang terlibat dan juga 60ribu barang yang boleh di dapati di sini.

HappyFresh ini lain sikit daripada sistem jualan secara online yang sebelum ini kita kenali, dimana mereka menyediakan pembelian secara talian untuk barangan runcit keperluan di dapur buat suri rumah ataupun mereka yang bujang ingin lebih mudah dan cepat mendapatkan barang keperluan harian ini. Terkejut tak kalau sebelum ini kita tengok sistem penjualan barangan runcit menggunakan lori dari taman ke taman atau kampung ker kampung. Tapi dengan HappyFresh kini belian barang dapur secara online dan cash on delivery.


Lepas ni lagi best lah ibu2 dan makcik2 kat dapur untuk shopping barangan dapur tak perlu bersesak-sesak nak parking dengan bayaran parking mahal. Kini hanya dengan beberapa klik barang dapur yang di kehendaki terus sampai rumah dan bayaran boleh di buat bila barang di hantar. Maha pun ada juga shopping barangan secara online sebelum ini tapi kali ini ia agak berlainan sikit.

Bagaimana HappyFresh memproses belian anda :-

1) Anda layari laman web www.happyfresh.com atau apps dalam mobile anda dan buat pendaftaran untuk pertama kali. 
2)Setelah itu anda buat pilihan barang2 yang hendak di beli dengan melihat harga dan juga gambar barang yang di tawarkan.
3) Buat pengesahan bayaran dan juga penghantaran dalam sistem tersebut. 
4) Pakar2 dari HappyFresh akan memilih barangan terbaik buat anda melalui kepakaran meraka dan juga keperluan anda.
5) Barangan anda akan di hantarakan oleh penghantara cepat yang memastikan barangan anda sampai seperti mana yang di kehendaki.
6) Bayaran boleh di buat pada penghantar secara tunai atau kad kredit.

Korang boleh tonton video kat bawah ni bagaimana HappyFresh ini dapat membantu korang dalam membeli belah secara talian. Mesra pengguna dan mudah sangat2. Masa korang pun tak terbuang begitu sahaja segala boleh di rancanga untuk penghantaran dan barangan yang hendak di beli.


Mudah bukan cepat dan senang pulak untuk nak beli barang dapur. Ada juga barang untuk haiwan kesayangan anda mahupun barangan untuk kanak-kanak juga. Jadi lepas ni tak perlu buang masa dan buang tenaga untuk shopping jauh2 segala boleh di buat secara dalam talian menggunakan laptop anda atau pun phone anda. Muat turun sekarang secara percuma di Apps Store dan juga Google Play untuk pengalaman membeli dengan mobile. Selamat membeli belah semua..











Baru Tahu Scha Alyahya dan Awal Ashaari Sehati Sejiwa Suka Makan KFC

$
0
0
Baru Tahu Scha Alyahya dan Awal Ashaari Sehati Sejiwa Suka Makan KFC - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tak sangkakan sebenarnya pasangan suami isteri Scha Alyahya dan Awal Ashaari suka makan KFC. Semperna dengan sambutan hari Kebangsaan dan tema #SehatiSejiwa tahun ini KFC dengan bangga meraikan peminat setia dan juga penggemar makanan KFC bersama dua selebriti ini.



Malam yang berlangsung dengan meriah dan penuh rasa KFC tu begitu ceria dengan di hadiri lebih daripada 100 orang peminat dan juga media di malam KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal. Malam itu juga turut di raikan peserta peraduan yang di adakan oleh KFC sepanjang bulan Kebangsaan ini. Sikit Maha cite pasal peraduan #SehatiSejiwa KFC ini di mana peserta perlu mengambil gambar bersama makanan KFC yang di order secara delivery di talian 1300-222-888 dan juga secara online www.kfcdelivery.com.my


Peserta kemudiannya dikehendaki untuk memuat naik gambar tersebut di akaun Instagram atau Facebook mereka atau laman Facebook KFC Malaysia dengan hashtag #KFCdelivery dan #SehatiSejiwa. Pemenang kemudiannya dipilih berdasarkan kreativiti dan keaslian dalam mempamerkan produk di dalam gambar berserta slogan yang menarik. Lebih beratus penyertaan di terima oleh pihak KFC dan pada hari itu seramai 30 orang yang bertuah telah di jemput hadir memeriahkan lagi majlis.



Pada malam tu lah 10 orang pemenang saguhati dan juga pemenang utama di umumkan oleh pihak KFC dan di raikan. Pemenang hadiah pertama membawa pulang wang tunai RM1,500 manakala pemenang kedua membawa pulang wang tunai RM1,300 dan ketiga RM1,000. Manakala saguhati masing2 menang wang tunai RM200 setiap seorang.



Malam tu juga pasangan Shcawal memang cukup sporting meraikan peminat KFC dan juga peminat mereka sendiri yang turut hadir. Selepas majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang di adakan pula game bersama peminat dan juga Schawal. Meriah gila malam tu dengan gelagat dan gelak tawa peminat dan juga media yang hadir. Juga di adakan sesi bergambar bersama Schawal dan peminat mereka.


Selain daripada aktiviti permainan semua tetamu juga di hidangkan dengan makanan yang enak2 terdiri daripada ayam KFC. Juga makanan lain yang enak2 pada malam tu membuat Maha dan juga tetamu lain seronok sangat dapat berhibur. Apa pun terima kasih KFC meraikan Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia dengan cara tersendiri untuk menyemarakkan semangat cinta negera. Moga lepas ini banyak lagi aktiviti dan peraduan daripada KFC untuk semua peminat makanan yang telah berada di Malaysia lebih 30 tahun. Selamat menjamu selera semua selamat makan KFC.










Viewing all 2341 articles
Browse latest View live