Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 2340 articles
Browse latest View live

Santai Makan Bebola Pun Boleh Kenyang Di Meetball & Co. Ayer@8 Putrajaya

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kadang-kadang kita tak sempat nak lunch dan ada sesetengahnya diet tak nak makan berat-berat. Tapi kalau makan protein sekali sekala apa salahnyakan. 


Kali ni ada satu restoran yang terletak di Ayer@8 Putrajaya yang menghidangkan makanan berbola. Meetball & Co. adalah satu tempat makan yang menarik juga untuk warga Putrajaya nak cuba. Masa datang makan kat sini memagn dah target nak makan meetball walaupun mereka ada sediakan hidangan lain.


Kat sini ada langkah demi langkah yang disediakan untuk membuat tempahan di kaunter kerana meraka tidak layan kita dimeja. Langkah pertama kita kena rancang meetball apa yang kita nak pilih. Di sini ada 4 jenis bebola iaitu daging, kambing, ayam dan bebola sayur.




Kemudian langkah kedua pula kena pilih sauce pilihan korang iaitu di antara black paper, mushroom, chili sauce dan satu lagi tak pasti nama apa. Last sekali korang kena pilih pula 2 side dish daripada rice pilaf, coleslow, salad, steamed potato, mashed potato dan french fried




Jadi korang akan dapat 7 ketul bebola yang korang pilih tadi. Lagi best korang boleh campur semua jenis meetball tadi. Tapi bagi yang nak makan berat sikit lagi boleh cuba Roasted Chicken Leg, Baked Salmon, Chicken Wings, Fish & Chip, Chicken Curry Pie, Chicken Pie dan Tuna Puff

Beef Meetball (RM 15.90)

Banyak juga pilihan makanan kat sini tapi sebab namanya Restoran Meetball jadi Maha telah pilih Beef Meetball dengan Black Paper sauce dan 2 side dish lagi adalah Mashed Potato dan nasi lah hehehe. 

Meetball Pasta (RM 14.90)

Selain dari makan bebola macam tu jer boleh juga korang masukan bebola tu dalam roti atau namanya Meetball Sub yang dihidang dalam roti panjang bersama sauce. Juga boleh masuk dalam Meetball Pasta yang ada dua pilihan iaitu Penne atau Marinara Spaghetti. Semua ni menarik dan boleh dicubalah. Harga juga berpatutan dah tidak mahal termasuk minuman. Selamt mencuba semua. 

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 3/5
Harga : 3/5





Ada Berani Makan Samyang Pedas Jom Sertai Experience Korea Di Hartamas Shopping Centre

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa kat sini yang dah lama berangan nak pergi Korea untuk bercuti angkat tangan? Hehehe Maha  adalah orang pertama yang angkat tangan untuk offer kalau dapat pergi free.


Memang bajet agak besar tapi tak mustahil bukan. Tapi kalau tak dapat pergi kita masih dapat merasai suasana dari negara bintang K-POP ini. Kat mana nak rasa, sekarang ni tengah berlangsung bermula dari 27 September 2016 sehingga 1 Oktober 2016 satu yang berkaitan dengan Korea.



Sebenarnya sepanjang 5 hari tu berlangsung Experience Korea di Hartamas Shopping Centre. Maha dapat tahu tentang expo ini terus bergegas kesana untuk rasai suasana Korea. Memang best sebab sepanjang Maha ada kat sana banyak aktiviti yang dilakukan.




Kalau korang nak tahu apa aktiviti yang telah dirancang untuk semua tetamu Maha listkan kat sini :
1) Hari pertama persembahan tarian tradisional Korea
2) Hari kedua demonstrasi membuat Ddakji / layang-layang Korea
3) Hari ketiga Tuho (permainan tradisional Korea)
4) Hari keempat demonstrasi membuat Kimchi


Tapi yang paling Maha nantikan adalah pertandingan makan Samyang pada hari terakhir. Maha ni memang kuat makan dan nak cabar diri makan mee yang ramai rakyat Malaysia mengalirkan air mata bila makan. Pertandingan ini akan berlangsung pada 1 Oktober ini. Korang boleh daftar sekarang kerana ia terhad untuk 50 orang terawal sahaja cepat-cepat pergi sana sekarang.




Selain tu juga korang boleh dapat semua jenis makan Korea yang ada dipamerkan dan dijual di sana. Siap ada demonstrasi membuat Kimchi yang menjadi kegemaraan rakyat Malaysia. Memang tak rugi datang sini sebab korang akan dapat sesuai daripada pemeran ini. Semua itu korang boleh jadikan ilmu sebelum korang bercuti di negara Korea. Selamat datang.






Produk Sosej Dari Denmark Diragui Status Halal

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Satu lagi berita tentang keraguan status halal produk luar negara yang dibawa ke Malaysia. Kali ini berlaku di Sarawak


JAIS (Jabatan Agama Islam Sarawak) dan Bahagian Veterinar, Jabatan Pertanian Sarawak dalam proses untuk mengesahkan status Halal produk sosej jenama Rose Brand yang diimport dari Denmark. Pemeriksaan telah dilakukan tehadap pengimport produk tersebut dan beberapa perkara yang meragukan telah timbul.

Pertama produk ini tertera logo Halal daripada Pusat Kebudayaan Islam Denmark dan dikeluarkan oleh syarikat Rose Poultry Vinderup. Namun pemeriksaan pada pengkalan data Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mendapati nama syarikat tersebut tidak tersenarai dalam senarai Loji Rumah Sembelih yang diiktiraf di luar negara.

Kedua pula pusat Islam yang dinyatakan juga turut tidak tersenarai dalam Portal Rasmi Halal Malaysia di bawah senarai Badan Persijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf JAKIM. Oleh yang demikian siasatan lanjut masih dijalankan dan buat sementara waktu orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati menggunakan produk tersebut.
 
Sebelum ni pun kecoh pasal status Halal satu produk daripada Thailandyang dibawa masuk ke Malaysia. Tiada isu penggunaan daging ular sawa tapi logo Halal yang dah tamat tempoh pengesahan daripada badan berwajib di sana. Jadi kalau kita was-was lebih baik tak ambil untuk kesucian dan keselamatan diri kita sendiri.





 

Mencari Kafe Hidangan Itali Di Kuala Lumpur Boleh Cuba Cafe Lafayette Uptown Damansara

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tiba-tiba lak kali ni teringin nak makan makanan dari Itali mana nak cari. Rupanya kat Uptown Damansara ni ada nasib kawan rekmenkan sebab pergi makan ngan dia. Cafe Lafayette kalau nak cari boleh WAZE atau Google Maps ok. 


Biasalah sapa yang selalu datang ni satu jer masalah utama iaitu parking yang agak terhad dan juga kawasan yang sangat-sangat padat dengan kenderaan. Kalau nak senang korang park sahaja kat parking bertingkat Uptown Damansara tu bayar pun tak apa janji jangan keran tarik sudah hehehe. 



Kafe ni terletak ditingkat 2 kalau korang nak cari kena tengok signboard nanti tak jumpa pulak. Masuk-masuk jer disambut dengan dekorasi dari negara Eropah yang menarik. Buat rasa tak sabar nak cuba semua makanan kat kafe ni. 

Menu-menu special yang dihidangkan


Maha suka makanan kat sini sebab ia ada semua rasa yang best dan buat perut kenyang. Yang Maha sempat cuba hari tu adalah Smoked Chicken Risotto. Yang ni ada nampak hidangan macam nasi tapi agak lembik sikit kerana dimasak dengan cheese dan juga ada cendawan dalam tu. Sedah dan memenuhi nafsu orang kita Malaysia.

Smoked Chicken Risotto

Kemudian untuk yang nak makan protein seperti ayam atau daging korang mesti kena cuba Hawaiian Chicken dan Lamb Shoulder. Dua-dua hidangan ini disadurkan dengan sos lada hitam yang memang terasa kepedasannya. Juga dilengkapkan dengan mash potato dan juga salad. Makan tengahari sanga-sangat sesuai.

Hawaiian Chicken

Lamb Shoulder

Pada yang nak protein yang digoreng rangup diluar dan sedap di dalam boleh cuba Breaded Fish Deli dan Maryland Chicken. Yang ikan tu di goreng garing dan tengahnya diapit dengan telur dan potongan nanas dan disirami dengan sos lemon yang unik bagi Maha.

Breaded Fish Deli

Maryland Chicken

Bagi yang nak makan spaghetti makanan utama Italian korang kena order yang ini iaitu Chicken Carbonara dan Spaghetti Penne Salmon. Kedua-duanya rasa lemak dan cheese yang banyak memang menarik. Maha paling suka mestilah ada Salmon tu hehehe tak pedas pun nampak jer merah macam tu. 

Chicken Carbonara

Spaghetti Penne Salmon


Pencuci mulut daripada Itali


Tak lengkap makanan Itali kalau tak cuba Fried Mozzarella di mana penuh dengan cheese dalamnya yang digoreng rangup di luar. Last penutup mesti kena ambil pencuci mulut dan ini 2 hidangan yang Maha nak kongsi kat korang iaitu Waffle Martini dan Strawberry Stack. Paling best waffle mereka memang sedap dan rangup ok.

Fried Mozzarella

Waffle Martini

Strawberry Stack

Minuman pula specialnya di sini adalah Peanut Caramel Ice Blended dan Nutella Ice Blended. Kalau nak minuman panas korang kena cuba  Tiger Tea dan Chili- chili Bang Bang Tea. Mereka juga ada jual kopi kat sini kalau nak chill-chill dengan kawan sambil sembang-sembang ringan.

Peanut Caramel Ice Blended

Nutella Ice Blended

Tiger Tea

Chili- chili Bang Bang Tea

Cafe Lafayette ni sangat relax walaupun nampak kecil sahaja tapi kalau hari minggu akan penuh jadi Maha rekmen datang awal. Mereka juga menyediakan khidmat untuk buat majlis-majlis private seperti harijadi, keraian dan juga apa-apa yang korang nak buat. Kafe ini tak ada certificate Halal cuma pork free kat sini terpulang pada korang ok. Selamat menjamu selera.

Alamat : Cafe Lafayette
               75M, Jalan SS21/1A
               Damansara Utama,
               47400 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03- 74967044
Business Hour: 11am- 11pm
Email : cafelafayetteofqq@gmail.com
Website : www.cafelafayette.com.my

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 3/5
Harga : 4/5






Laksa, Goreng Pisang Antara Menu Jom Santai @ Pendeta Coffee House INTEKMA Resort Shah Alam

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau minum petang apa yang korang suka mesti Cucur Udang tak pun Goreng Pisang bukan. Tapi kali ni bukan setakat tu sahaja ada lebih dari 8 jenis menu minum petang sampai malam di Jom Santai.

Goreng Pisang (RM6.90 nett)

Cucur Udang (RM6.90 nett)

Kat mana lagi kalau bukan Pendeta Coffee House yang terletak dalam INTEKMA Resort Shah Alam. Sebelum ni Maha ada cite pasal hidangan special kat situ iaitu Set Nasi Bendang Pendeta yang menarik dan sedap. Jadi kali ni lak nak cite pasal minum petang sampai malam yang bermula dari pukul 4.00 petang hingga 10.30 malam

 

 

Specialnya minum petang ni ia datang dengan set minuman free pilihan seperti  Teh Tarik/Ais atau Nescafe Tarik/Ais. Chef kat situ juga mengadakan 'Live Cooking' untuk korang nak dapatkan makanan panas seperti Mee Goreng Mamak dan Char Kuey Teow.

Mee Goreng Mamak (RM9.90 nett)

Char Kuey Teow (RM9.90 nett)

Bukan tu sahaja makan yang disediakan untuk minum petang ni ada juga Laksa, Mee Rebus, Murtabak dan juga Roti Telur. Banyaknya pilihan makanan dan yang bestnya semua Maha dah cuba memang sedap. Sambil-sambil rehat petang dan bincang dengan kawan-kawan pejabat atau pelanggan korang boleh bawa minum dan makan kat sini.

Mee Rebus (RM8.90 nett)

Laksa (RM8.90 nett)

Murtabak (RM9.90 nett)

Roti Telur (RM6.90 nett)

Mudahnya kalau minum petang sini atau buat apa-apa aktiviti special korang kat sini kawasan parking banyak dan juga ada surau untuk kemudahan solat. Itu yang best kalau ada event kat sini terutama yang nak buat majlis kahwin atau private function semua kemudahan tersedia tak susah nak cari jauh-jauh.


Apa tunggu lagi makan tengahari dah ada minum petang dah ada kat sini makan malam pun tersedia kat Pendeta Coffee House @ INTEKMA Resort Shah Alam. Semua lengkap dan harga sangat berpatutan korang boleh compare sendiri dengan tempat lain. Jangan lupa kalau dah makan sini nanti komen kat Maha ok, selamat menjamu selera.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Website : www.intekmaresort.com.my
Tel : 03 5522 5009
        03 5522 5000
Instagram : www.intagram.com/intekmaresort
Facebook : www.facebook.com/IntekmaResort 

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5




Maha Kongsikan 5 Pengalaman Kenapa Berurut dan Berbekam Menggunakan Khidmat Terapi.my Menjadi Pilihan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Penat dan juga lenguh-lenguh apa yang korang selalu buat? Pergi cari tukang urut bukan, tapi tu cara dulu kerana sekarang tukang urut yang datang pada kita.


Dengan adanya service urut secara dalam talian atau 'Juru Terapi Bergerak'ia akan mengatasi semua masalah-masalah yang korang hadapi. Melalui Terapi.my korang boleh dapatkan service urut, bekam dan refeksologi secara mudah dan terus ke rumah korang. Maha sendiri dah menggunakan laman web ini Maha kongsikan pengalaman pada korang mana tahu ada yang nak cuba.

1) Tindakan yang cepat


Yang ini Maha sangat suka bila ada Terapi.myni sebab semua tempahan boleh dibuat terus dalam talian. Hanya duduk depan laptop layari laman sesawang mereka semua ada dalam tu daripada penetapan masa, jenis perkhidmatan dan juga bayaran buat hujung jari jer. 


Kalau tak ada laptop boleh SMS atau Whatapps sahaja mereka dinombor 013-923 9551 sepantas kilat mereka akan hantar pengesahan dan cara pembayaran. Maha hari tu ada masalah bayaran melalui online mereka terus balas guna whatapps ni cepat sangat.

2) Masa yang flexible 


Maha macam orang lain juga pergi kerja pagi, balik dah petang kadang-kadang ada kerja lebih balik malam. Jadi melalui Terapi.my ni Maha boleh tetapkan masa yang flexible untuk mengambil service urut atau bekam. Hari tu Maha ambil service ni waktu malam lepas balik kerja memang badan terasa lenguh-lenguh dapat urut lepas tu terus tertido.


Waktu yang ditetapkan adalah pada waktu pagi, petang dan malam cuma untuk kaum wanita mereka letakkan pada waktu siang sahaja. Setiap sesi perkhidmatan diperuntukan 60-90 minit sahaja.

3) Juru terapi yang profesional


Ni paling Maha suka sebab firstime jumpa juru terapi mereka memang dia sangat membantu dalam mengenal pasti punca dan masalah. Abang Rahmat yang mengurut dan bekam Maha memang sangat profesional dalam kerjanya untuk memastikan kita dapat service yang terbaik. 




Pengalaman pun dah lama dalam bidang ini lebih dari 10 tahun. Banyak cerita yang dikongsikan sewaktu abang ni mengurut jadi kita rasa seronok bila mengurut atau berbekam ni tak bosan.

4) Pelbagai pilihan service


Kadang-kadang kita tak tahu sebenarnya kita nak ambil khidmat apa bila sampai tempat urutkan. Dalam Terapi.my ni kita ada pilihan untuk ambil service urut, bekam atau refleksologi.


Menarik lagi mereka sediakan pakej dwi service dengan kadar harga yang lebih competitif. Akan datang nanti ada pula khidmat perbidanan untuk ibu lepas bersalin atau dalam pantang.

5) Tawaran diskaun 


Perkara utama bila orang nak cari service macam ni mesti akan tengok harga dahulukan. Maha pun sama mula-mula servay harga pastu baru buat booking. Menggunakan Terapi.my ini kita boleh pilih pakej yang ditawarkan pada harga promosi. Ditambah pula lagi dengan promo kod korang leh dapat potongan 10%dengan menggunakan kod'terapi9'bila korang buat pembayaran nanti ok.


So apa yang Maha cite ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri menggunakan service dari Terapi.my. Maha ambil Pakej A iaitu Bekam + Refleksologi dapat harga RM99 sahaja selepas diskaun 10%. Memang terbaik dapat urutan kaki dan bekam rasa lega sangat. Paling best dapat buat kat rumah sendiri tak perlu keluar malam-malam.



*Nasihat dari juru terapi tu tidak boleh makan 3 jam sebelum berbekam. Pastikan juga badan cukup rehat dan tidak penat.

Mereka menekankan konsep juru terapi lelaki untuk pelanggan lelaki dan juru terapi wanita untuk pelanggan wanita sahaja. Jadi jangan bimbang tetang patuh syariah yang telah ditetapkan dalam Islam.

Cara-cara membuat tempahan 


Apa lagi korang nak tahu. Oh cara nak buat tempahan mudah sahaja ikut step kat bawah ni.
  1. Tempah rawatan melalui website Terapi.myatau aplikasi mobile (masukkan code'terapi9')
  2. Buat pembayaran secara online
  3. Nantikan Juruterapi terus ke rumah anda
  4. Nikmati rawatan yang terbaik di rumah anda 
Page masukan promo code sewaktu membuat tempahan secara online.


Buat masa sekarang ini khidmat Terapi.my hanya merangkumi kawasan-kawasan ini.


Tapi masa akan datang mereka akan menambahkan kawasan lagi untuk memberi kemudahan ini kepada seluruh rakyat Malaysia. Selamat mencuba semua.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut :-
Tel : 013 - 923 9551
Email : support@terapi.my





Skuad 69 PDRM Dan Nessa Membantu Mereka Yang Ada Masalah Pendengaran Di Malaysia

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hasil kajian 30% warga emas di Malaysia mengalami masalah pendengaran yang kebanyakan berpunca daripada suasana kerja dan juga faktor penuaan. 


Terutama kakitangan awam yang berkhidmat dalam sektor kawalan keselamatan. Paling tinggi terdedah kepad bahaya ini adalah pegawai lalu lintas dan juga tentera yang kerap terdedah kepada bunyi kuat dipersekitaran tempat kerja.


Disebabkan dengan faktor itulah Skuad 69 PDRM bersama dengan Nessa menganjurkan perhimpunan amal untuk membantu bekas kakitangan awam yang mengalami masalah ini. Program yang telah berlangsung pada 1 Oktober 2016 di Taman Koperasi Polis Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Abdul Rahaman bin Haji Abdul Karim, Exco Kesihatan, Sukan & Anti-Dadah Negeri Melaka.



Pada hati itu lebih daripada 3000 orang awam yang hadir untuk membuat ujian pendengaran bagi menguji tahap keseriusan masalah mereka. Bermula dengan pemeriksaan dalam telinga sekiranya ada masalah lain kemudian ditentukan tahap masalah tersebut melalui ujian pendengaran. 




Kemudian sekiranya mereka betul-betul layak akan dibekalkan dengan peralatan bantuan pendengaran Nessa ini secara percuma. Ini adalah khidmat masyarakat  bagi Skuad 69 PDRM untuk mengenang jasa pejuang-pejuang negara dan mereka yang banyak berkhidmat untuk negara. Jom kita tahu sedikit apa itu Nessa dan kenapa ia sangat membantu mereka yang kurang pendengaran ini.

Nessa penjagaan pendengaran inovatif di Asia


Apa itu Nessa dari tadi duk cerita pasal produk ini bukan.
Nessa adalah satu alat bantu pendengaran daripada Denmark. Ia direka bersama dengan teknologi Apple untuk kegunaan TV dan iPhone.
Maksudnya bukan sahaja dapat membantu pendengaran mereka yang ada masalah juga ada fungsi kawalan.



Fungsi kawalan ini adalah untuk mengimbangkan bunyi yang datang daripada alat seperti TV, telepon dan juga perbualan harian biasa. Apa yang Maha dengar penjelasan daripada pakar mereka alat ini dapat diselaraskan tahap pendengaran seseorang mengikut keadaan sekeliling pada waktu itu seperti dalam satu konsert atau juga dalam sebuah kedai makan.


Kalau kat luar alat ini diselaraskan mengikut tahap penggunaan harian seseorang. Bagi mereka yang nak dapatkan alatan ini tidak perlu buat rawatan di hospital kerana pihak Nessa menyediakan khidmat bantuan dari rumah ke rumah. Hubungi sahaja talian mereka atau layari laman web mereka dan khidmat terus akan datang kerumah anda walau di mana anda berada.



Produk ini sangat flexible daripada segi saiz dan juga penggunaan ditelinga. Hanya sebesar saiz duit syiling 10sen sahaja ia mampu membantu terutama golongan warga emas. Dibekalkan dengan peralatan pendengaran, bateri dan juga alat bantuan kotak putih yang dapat memberi bantuan kepada sebarang masalah produk ini hanya dari rumah sahaja.


So lepas ini sapa-sapa yang ada keluarga bermasalah pendengaran buatlah pemeriksaan kerana sekiranya dikesan pada peringkat awal ia sangat-sangat membantu. Masalah warga emas ini bila mereka ada masalah pendengaran ia menggangu emosi mereka sebab tu ramai warga emas ini terdedah kepada masalah kemurungan dan juga nyanyuk.


Rawat awal supaya dapat membantu masalah ini menjadi lebih ringan dan juga membaiki hubungan kekeluargaan anda. Kalau anda bekas kakitangan awam ia adalah percuma manakala bagi orang awam boleh dapat pada harga yang berpatutan. Bantu insan yang anda sayang sekarang.

Bantuan dan pertanyaan boleh hubungi :-
Tel :-  603 2788 4605
          603 5522 8600
Email :- malaysia@nessa.asia
Laman web :-Nessa.my





Minuman Selain Oat Lebih Sihat dan Sedap Iaitu Vitas Organic Soymilk

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang suka minum soya bukan kerana kita tahu akan khasiat dan juga kebaikannya. Tapi sebenarnya soya mempunyai kelebihan lain iaitu mampu menurunkan kolestrol dalam badan.


Ramai orang sangka yang gemuk atau boroi itu banyak kolestrolkan, tapi kajian telah membuktikan sebaliknya. Orang kurus pun boleh banyak kolestrol yang boleh menyebabkan serangan jantung. Maha percaya tu semua sebab Maha sendiri dah pergi buat pemeriksaan doktor dan dapati tahap kolestrol Maha normal.


Setiap orang ada kolestrol tapi sejauh mana kolestrol yang sihat dan kurang sihat ada dalam badan kita. Kita perlukan kolestrol untuk tenaga dan juga pembentukan tubuh yang sihat. Tapi kalau berlebihan ia dah jadi tidak sihat pula untuk badan.


So apa yang boleh korang amalkan untuk mengurangkan kolestrol dalam tubuh ini agar ia berada pada sukatan yang sihat sentiasa. Bagi Maha mengamalkan minuman Vitas Organic Soymilk. Apa pulak ni mesti korang anggap nak promote produk kesihatan bukan.


Maha tak cite kalau Maha sendiri tak mengamalkannya betul tak. Vitas Organic Soymilk ini adalah diperbuat daripada biji soya yang telah dikupas kulitnya. Sebab tu orang kata kalau orang yang ada gout ini tak sesuai minum soya yang diproses tidak buang kulit. Tapi sebaliknya dengan produk ini mereka yang sakit gout pun boleh minum dan akan bantu kurangkan sakit tu.


Minuman soya ini mengandungi bahan-bahan serat yang tinggi sebab ia dari biji soya berkualiti jadi tak akan ada rasa pelik dalam minuman ini malah lebih sedap daripada minuman kesihatan lain. Ia juga kurang gula sebab bila Maha minum tak rasa seperti minum soya biasa yang terlalu manis tetapi ia just nice untuk semua. 

Perbandingan minuman ini dengan Oat biasa


Orang kata kalau minum oat juga boleh kurangkan kolestrolkan. Tapi kat sini Maha senaraikan perbandingan antara produk Oat yang berada dipasaran dengan produk Vitas Organic Soymilk ini.


Ini bukan Maha cari kat Google ok tapi ini yang Maha rasa sendiri sebab sebelun ini memang ada amalkan minuman at untuk kesihatan tapi bila direkmenkan untuk cuba Vitas Organic Soymilk ni memang ia merubah tabiat minuman Maha. Korang boleh lihat perbandingan rupa antara Vitas Organic Soymilk dengan produk oat biasa yang ada di pasaran sangat berbeza.


Terus tak ambil oat sebab memang rasanya out, kalau nak sedap pula kena isi buahan atau tambah susu yang manis. Tapi dengan produk soya ini tak perlu tambah apa-apa bancuh dah boleh terus minum memang sedap dan selesa untuk perut.

Testomoni yang telah menunjukan hasil 


Maha nak tunjuk ini adalah kawan Maha sendiri yang telah mengamalkan minuman ini selama sebulan. Korang boleh tengok ujian kolestrolnya sebelum dan selepas sebulan mengamalkan minuman ini. Bukan cerita dongeng atau sekadar retorik nak jual barang tapi ini kenyataan.

Ujian sebelum mengambil minuman ini

Keputusan selepas minum Vitas Organic Soymilk selama sebulan

Terkejut juga bila hadapi sendiri kenyataan ini tapi ia memang membantu. Selepas dah turun kadar kolestrol itu kita kena terus amalkan minuman ini kerana tidak ia boleh kembali kepada asal sekiranya kita berhenti minum. Sebab dalam makanan kita seharian memang semua ada kolestrol dan tak boleh nak tahan-tahan betul tak.

Cara pengambilan yang betul


Selalu untuk minuman sihat ini tak ada pantang larang ketika membancuhnya. Cara penggunaan yang betul adalah dengan menggunakan air suam atau air pada suhu 60◦. Tapi mana kita tahu suhu air tu yang tepatkan jadi kita hanya masukan sedikit air panas dan campur dengan ais suam sedikit biar ia sementara dalam suhu bilik.


Jangan guna air panas betul tau nanti akan buatkan minuman ini jadi lain pula rasanya. Kemudian masukan satu sudu penuh seperti mana yang Maha tunjukan tu. Kacau sehingga sebati dalam air dan boleh terus minum.


Amalkan minum sekali sehari pada waktu pagi atau pun petang. Sekiranya kita nak dapatkan kesan yang lebih efektif boleh minum 2 kali sehari tiada masalah. Ia akan memberi kesan ketara selepas sebulan kita mengamalkannya. 


Minuman ini sangat sesuai untuk semua orang terutama mereka yang Vegetarian. Ini kerana ia seratus peratus kacang soya dibuang kulit dan sedap. 


Tapi awas!
1.    Ibu yang sedap mengandung dan menyusukan anak tidak dibenarkan minum.
2.    Juga kanak-kanak dibawah umur 6 tahun tidak dibenarkan minum.

Paling penting produk Vitas Organic Soymilk ini mendapat sijil Halal JAKIM dan juga pengesahan lain seperti MeSTI, ISO 22000 dan juga HACCP Certified. Jadi tak perlu was-was untuk semua bangsa dan agama mengamalkannya.

Di mana boleh dibeli produk ini


Beli saja di 11street atau juga Lazada kerana tahu ramai akak-akak dan makcik-makcik yang suka shopping kat situkan. Jadi apa salah boleh beli sekali produk ini dan terus hantar kat rumah tak perlu penat-penat bershopping kat luar.

Membeli di 11Street.my

Membeli di Lazada.com.my

Satu lagi korang boleh beli ini melalui laman web mereka iaitu www.joypremix.com. Kalau beli kat sini korang diberi kupon diskaun lagi walaupun harga sekarang dah diskaun. Dengan code ini korang boleh dapat potongan harga RM10 lagi dengen setiap pembelian 1 tin sahaja.

Membeli di joypremix.com

Gunakan code VITASMAHA10 ini semasa buat pembelian di laman web mereka. Kod promosi ini hanya sah untuk tempoh 7 Sept 2016 (12pm) sehingga 31 Oktober 2016 (11am). So tunggu apa lagi untuk sihat kita tak perlu berkira untuk berbelanja. Bila dah sakit nanti lagi rugi sebab kita tidak membeli betul tak.


Cegah sebelum sakit jadi ambil tindakan beli sekarang untuk seisi keluarga. Kalau tak percaya boleh beli satu tin dulu check kolestrol di klinik sebelum dan lepas ambil produk Vitas Organic Soymilk ini mesti korang terkejut dengan perubahannya. Maha dan cuba sebab tu berani rekmenkan. Selamat mencuba dan selamat menjaga kesihatan.

Maklumat lanjut tentang produk dan promosi boleh layari:-






Memasak Ala Profesional Dan Nikmati Hidangan Minum Petang Istimewa Di Dorsett Putrajaya

$
0
0
Salam sejahtera kepada emua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Khas buat warga Putrajaya dan umumnya rakyat Malaysia yang suka memasak sambil santai minum petang. Di Dorsett Putrajaya menyediakan tawaran istimewa ini buat julung kalinya.


Maha sendiri telah dijemput untuk mencuba pakej istimewa ini. Apa yang Maha dapat dalam pakej ini adalah:-
Hands-on bengkel memasak + hidangan Mexicana Tea Time + goodybag dan hadiah utama untuk hidangan yang menang pada hari tersebut.

Chef Shahril memberi tunjuk ajar cara memasak

Sebenarnya set ini adalah memberi peluang kepada anda untuk belajar memasak satu hidangan istimewa dari Mexican yang diberi nama Mexico Baked Apple Empanadas dari chef profesional Chef Shahril. Semua bahan memasak disediakan korang hanya datang bawa diri sahaja. Tengok lah skill Maha memasak hebat tak, korang boleh makan hasil masakan tu atau bawa pulang memang best. 





Disamping itu bukan setakat kelas memasak tapi lepas habis kelas korang akan dihidangkan dengan minum petang hidangan Mexican. Dalam hidangan itu pula ada banyak item-item minum petang yang unik. Korang boleh tengok sendiri dalam hidangan ini ada Nachos bersama 3 jenis sos, kemudian ada Chorrus bersama sos coklat, ada lagi iaitu Apple Empanadas yang masak mula-mula tadi juga ada kek dan prata salad. 



Semua ini akan datang dengan satu cawan kopi atau teh pilihan korang sendiri. Lepas tu pula dari semua peserta yang memasak pada hari tu akan dipilih satu hidangan paling best oleh chef untuk menang hadiah misteri dair pihak hotel. Pada yang tak menang jangan risau korang juga pulang bawa goodybag istimewa.



Yang lagi best promo pakej ini hanya pada harga RM30nett seorang memang berbaloi. Pakej ini akan belangsung pada 19 Oktober2016 ini dari jam 3.30petang di Cafe Citra Rasa Dorsett Putrajaya. Tunggu apa lagi ia adalah terhad untuk 20 orang terawal sahaja jadi boleh booking sekarang.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Email : emiriane.alias@dorsetthotels.com
            fnb.putrajaya@dorsetthotels.com
Tel : 603 8892 8388 
Facebook : www.facebook.com/dorsettputrajaya




Kenny Rogers Roasters Semua Tentang Sambalicious Yang Menggoda

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Rakyat Malaysia tak sah kalau makan nasi dengan sambal. Macam-macam jenis sambal popular di Malaysia antaranya Sambal Ikan Bilis.


Kini di Kenny Rogers Roasters memperkenalkan set hidangan baru iaitu Sambalicious Soup Meal dan Sambalicious Favourite Meal. Kalau sebut pasal sambal mesti mempunyai sambal dalam semua hidanganya. Juga yang terbaru dalam set ini adalah Spicy Golden Rice dan juga Potato Salad.

Sambalicious Soup Meal (RM22.50)

Sambalicious Favourite Meal (RM19.90)

Wajib lah bagi Maha untuk mencubanya dulu sebelum cite ngan korang semua pengalaman menikmati hidangan sambal ni. Walaupun nama sambal ni spicy tapi ia tidak lah pedas seperti mana sambal yang jual dikedai-kedai Melayu. Memang terasa sambal yang enak rasa manis dan pedas kadang-kadang rasa udang kering tak tahulah tu resepi rahsia mereka hehehe.

Spicy Golden Rice

Potato Salad

Muffin

Yang baru macam Spicy Golden Rice tu tak pedas masih boleh dinikmati oleh semua orang. Kemudian Potato Salad ni pula dalamnya ada Potato, bawang & capsicum dengan sedikit sawi. Korang juga boleh pilih side dish lain sepeti Mashed Potato, Macaroni Cheese dan banyak lagi.


Tengok yang Maha makan ni semua ada tapi bestnya korang boleh dapatkan separuh ayam dengan hanya tambah RM5 sahaja. Promosi ini ada pada semua cawangan Kenny Rogers Roasters macam yang Maha makan ni semua saiz besarnya huhuhu.



Apa tunggu lagi promosi set Sambalicious ni hanya pada masa terhad sahaja. Harga pun berpatutan untuk Sambalicious Soup Meal RM22.50 dan Sambalicious Favourite Meal RM19.90. Terbaik Maha ada bagi rank untuk pilihan menu kali ini. Rasa nak bawa family lah makan sini pulak hehehe. Selamat menjamu selera semua. 

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5





Buffet Masakan Melayu Tradisional RM29 Sahaja Di Kuala Lumpur International Hotel

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kat hotel mana korang boleh dapat harga RM29.00 (harga asal RM59) sahaja untuk buffet makanan masakan melayu tradisional yang memang ramai orang kata sedap. Itu yang Maha nak share ngan korang kali ini di mana tempatnya.


Mana lagi kalau bukan Kuala Lumpur International Hotel yang terletak di Lorong Haji Hussein 2 berhampiran dengan Chow Kit dan juga Jalan Tunku Abdul Rahman. Rupa-rupanya ditengah-tengah KL ni masih ada lagi hidangan makan tengahari dan malam yang sangat-sangat murah.


Harga dah murah rasa mesti kena sedapkan. Maha dah cuba sendiri makanan kat sini memang terbukti memang betul kata orang ramai. Makanan buffet sini menyediakan menu asli masakan tradisional Malaysia dari 14 buah negeri di Malaysia dan yang penting hotel ini adalah merupakan hotel pertama di Malaysia menerima sijil Halal dari JAKIM so semua makanan terjamin.




Kalau datang sini korang akan puas makan buffet dengan hidangan special seperti Rendang Tok yang merupakan special dish kat sini. Kemudian pula ada Masak Lemak Cili Api Udang Pegaga dan juga Kari Daging yang memang rasa lemaknya dan rempah ratusnya. 



Pulak tu ada lagi Kerabu Taughe, ada Sup Daging, Ulam-ulaman dan Sambal Belacan, Sotong Masak Hitam, Telur Itik Masak Lemak Kuning, Kari Kepala Ikan, Paceri Nenas, Ikan Singgang, Rendang Ayam, Mee Bandung, Rojak Buah dan macam-macam lagi. Ada banyak hidangan tapi yang ni Maha tunjuk sikit yang menjadi kegilaan ramai tetamu yang datang sini.


Buffet ini hanya dari pukul 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang sahaja pada hari biasa tidak termasuk hari minggu dan juga cuti umum. Kawasan ni parking pun banyak dan juga keselesaan makan dalam hotel dengan aircond.


Pihak hotel juga menyediakan promosi khas sempena dengan MAHA 2016 ini dimana tetamu yang tinggal dari tarikh 4-12 Disember 2016 akan dapat pakej seperti:-

Harga bilik RM474.00 bersih (4 hari 3 malam)
- Pakej Karaoke
- Buffet makan malam 
- Sarapan pagi
- Wifi percuma
- Parking percuma



Banyak lagi lah kemudahan yang ada kat hotel ni untuk tetamu special hujung tahun ni. Tunggu apa lagi korang boleh booking sekarang untuk dapat promosi. Kalau nak buffet sahaja pada harga yang di tetapkan tu boleh booking sekarang juga. Maha cuma cerita apa yang terbaik untuk korang cuba ok. 

Tempahan dan maklumat lanjut hubungi :-
Facebook : www.facebook.com/klihotel
Tel : 603 2697 8833
        016 921 8833 (reservation)
Email: reservation@klitel.com.my






Kambing Perap Barbacoa Beserta Sos Lada Hitam Yang Sangat Padu

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sekarang ni kat pasaran sangat banyak produk sejuk beku yang memberi kita banyak pilihan. Tapi mana satu yang betul-betul sedap dan memenuhi nafsu makan kambing panggang ni. Kali ni Maha dapat cuba satu lagi produk makanan kambing perap yang menarik.


Kambing Perap Barbacoa satu produk keluaran penuh syarikat Bumiputera yang mesti buat korang rasa nak cuba. Tapi sebelum tu apa makna 'Barbacoa'?
Ia adalah satu cara memasak daging yang berasal di Caribbean salah satu kepulauan Mexico. Ia menggunakan rempah ratus yang terbaik dan terpilih untuk rasa yang tidak akan dilupakan.



Kalau korang nak tahu produk kambing Frozen Bonda ini mereka menggunakan “Lamb Shoulder” terbaik yang diimport dari New Zealand dan mempunyai tulang kecil, daging lebih banyak serta tiada bau hamis daging kambing langsung. Maha sendiri dah masak dan dah rasa kambing ni memang sedap.

Mudah cepat dan senang nak memasak


Cara nak sediakan kambung ni pun tak susah sangat hanya perlu keluarkan dari peti sejuk beku dan biar dalam suhu bilik untuk pasti kambing cukup sedia dimasak. Kalau korang tak ada oven korang boleh guna kuali leper macam mana Maha masak ni. 



Hanya masak selama 15minit sahaja dengan api yang perlahan. Kalau korang ada magic pans lagi bagus kerana ia dapat masak dengan lebih sekata dan cepat. Kemudian korang perlu panaskan sahaja sos lada hitam yang disediakan untuk dijadikan sos. 

Beli dalam talian sekarang


Produk ini korang boleh beli secara online atau melalui whatsapp sahaja. Maha dapat hari tu daripada kawan yang rekmenkan memang tak rugi cuba mengancam rasanya. Keluaran produk ini ada 2 harga dan saiz yang berbeza iaitu :-

- RM35.00 bagi saiz 550gm
- RM23.00 bagi saiz 250gm 



Jadi tunggu apa lagi cepat kita cuba ok Maha rekmenkan pada korang untuk dapatkan Kambing Perap Barbacoa. Rasa nak buat makan-makan family gathering atau juga boleh buat lauk untuk potluck sangat sesuai. Selamt mencuba semua.

Tempahan produk dan juga maklumat lanjut:-
Facebook: www.facebook.com/FrozenBondaHQ
Tel/Whatsapp :  012-3130551
                          017-314 9519
Email : frozenbonda@gmail.com






Musim Buah Kita Buat Resepi Kek Cempedak Harum Manis Dari Dapur Mahamahu

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha terlambat sikit jer kalau ikutkan bulan lepas musim buah Cempedak penuh orang jual tepi jalan. Maha memang gila buah Cempedak terutama yang wangi harum dan manis memang makan begitu jer.


Kalau selalu korang akan buat apa dengan buah Cempedak mesti korang akan buat Cempedak Goreng macam resepi yang Maha pernah sharekan. Tapi kali ni nak buat sesuatu yang agak jarang orang buat walaupun dah ramai share resepi ni. Kali ni Maha cuba buat Kek Cempedak Harum Manis kenapa nama tu sebab bau bauh cempedak memang menggoda nafsu Maha.


Korang boleh buat sebab resepi ni mudah dan senang sangat tapi kena pastikan musim buah Cempedaklah baru dapat hasil yang terbaik. Jom kita tengok senari bahan-bahan yang Maha guna mesti korang pun akan cuba.


Bahan-bahan membuat Kek Cempedak Harum Manis.
250 gram Isi Cempedak (potong kecil)
250 gram Butter (dicairkan)
200 gram Gula Halus
250 gram Tepung Naik Sendiri
1/4 cawan Susu Segar
1 titik Pewarna Kuning
4 biji Telur

Cara-cara menyediakan Kek Cempedak Harum Manis


Ni video yang Maha sediakan untuk memudahkan korang nak buat kalau laju sangat tu korang slow motionkan sikit video ni. Cuma video ini kejap jer tak lama pun nak buat semua masuk dalam blander jer hehehe. Kalau rasa nak lagi menarik korang boleh masukkan isi cempedak yang dipotong kecil-kecil semasa nak bakar kek ini. Selamat mencuba semua ok.






Zainul Nasi Kandar Petaling Jaya Kata Orang Paling Champion Kat KL

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari kerja mesti time rehat cari tempat makan best bila kawan nak belanja. Kali ni mereka ajak Maha pergi makan kat kedai Nasi Kandar original dari Penang yang terbaik di Petaling Jaya.


Dari office tak jauh lah tapi faham-faham jer lah jalan dan parking kat area PJ ni memang agak menyiksakan. Tapi sebab nak cuba juga makan Nasi Kandar gagah juga pergi kali ni. Maha cuma tahu kalau nak nasi kandar kena pergi kedai mamak jer, tapi rupanya ada restoran Melayu yang memang asal Pulau Pinang.


Zainul Nasi Kandar firstime Maha tengok nampak kecil tapi kecil-kecil cili padi tau datang lewat sikit pukul 1.00 tengah hari bebaris lah korang tunggu makanan. Nasib hari tu datang awal pukul 12 jadi orang tak ramai dan tempat duduk masih banyak kosong.


Kawan Maha cakap kalau datang pukul 1-2 petang memang tak ada tempat duduk silap-silap balik hampa perut kosong. Tak tahu kenapa ramai orang tu yang buat hati Maha ni jadi betul-betul nak cuba makan kat sini sedap sangat ker.


Sistem kat sini kena baris untuk ambil makanan dimana setiap orang diberikan nasi sepinggan dan lauk pauk korang boleh pilih sendiri dan pekerja kedai yang akan isikan. Bila tengok lauk pauk kat kedai makan ni memang tak dapat digambarkan betapa betul ia kedai Nasi Kandar seperti di Penang.


Ada lauk paling popular iaitu Kari Kepala Ikan yang memang besar. Kemudian paling ramai orang ambil adalah Ayam Goreng yang memang garing dan panas dimasak dalam kedai tu. Saiz ayam juga ada dua jenis iaitu yang besar dan yang kecil jadi ikut nafsu korang nak makan macam mana jangan membazir sudah.




Kemudian ada lagi banyak lauk lain sepertiSotong Goreng Tepung, Telur Ikan, Ikan Gorengperlbagai jenis,Bergedildan macam-macam lagi. Dilazatkan lagi dengan kuah kari yang ada macam-macam jenis yang pekat, yang manis, yang kaw-kaw rasanya korang boleh pilih sendiri.


Tapi bila tengok satu hidangan ini nampak macam biasa sebenarnya bila rasa baru tahu sedapnya macam mana. Nasi Kandar gabungan antara nasi dengan kuah kari yang pelbagai dan juga lauk pauk serta sayuran. Kat sini mereka sertakan sayur togeh goreng kalau tak nak pun boleh ambil sayur lain.


Makan Nasi Kandar mesti kena dengan keropok Papadom yang saiz besar ni. Baru ada kerangupan dalam kepedasan kari mereka. Teliur bukan bila tengok dan Maha puji restoran ni sebab memang makanan mereka terbaik. Harga pun baik Maha makan ni nasi kosong, Ayam Goreng besar dan juga sayur RM8.00 sahaja. Kalau tambah lauk lain harga jadi lain lah yer.


Lepas ni boleh datang lagi kerana dekat dengan office. Kalau korang yang nak cuba boleh datang ker Medan Selera MBPJ, Komplek C, Lorong Sultan, Seksyen 52, Petaling Jaya. Kedai ni kata mereka bukak hari-hari dari jam 9pagi hingga 6petang. Kedai rekmen dari Maha selamat mencuba semua.

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5





Restoran Pla Pla Seafood Sediakan Makanan Laut Masakan Thai

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Jom kali ni kita makan masakan Thai yang menyediakan hidangan makanan laut pulak. Restoran Pla Pla Seafood terletak di Equine Seri Kembangan. Restoran ni kalau sapa selalu pergi AEON Seri Kembangan ia dekat jer kalau nak lagi senang boleh waze.


Maha datang sini sebab tiba hari tu nak makan masakan Thai jadi cari punya cari jumpa lah restoran ni. Sebab tengok ramai orang selalu datang sini jadi teruslah datang sini. Kat sini macam restoran lain duduk dan ada pekerja akan datang ambil order dengan menu-menu yang disediakan.



Tengok menu banyak tapi time Maha datang tu mungkin awal sangat kot banyak makanan yang tak ada. Ikan pun ada ikan Siakap jer ikan lain tak ada lagi jadi teruslah order Ikan Siakap Masam Manis. Lepas tu macm biasa akan order Tom Yam Campur sebab ni restoran Thai kena cuba wajib ni.

Ikan Siakap Masam Manis

Tom Yam Campur

Sayur lak Maha order Kailan Ikan Masin tu jer yang suka hehehe. Kemudian tambah lagi Kerabu Sotong dan juga Daging Masak Kunyit memang menyegat. Nak lengkap lagi makan malam ni Maha order Telur Bistik simple tapi puas makan.

Kailan Ikan Masin

Kerabu Sotong

Daging Masak Kunyit

Kawan Maha pula tambah lagi Sup Ekor sebab dia tak makan Tom Yam kerana tak makan pedas katanya. Minuman pula macam biasa lah kat restoran Thai mesti order air buah baru kena dengan makanan yang pedas dan panas.

Telur Bistik

Sup Ekor

Kalau yang nak makan santai-santai korang boleh order Keropok Leko kat sini sedap juga keropoknya hanya RM2.00 jer satu pinggan tu. Puas lah makan malam kat restoran ni harga pun boleh tahan tak lah mahal Maha makan semua ni hanya RM100 sahaja termasuk air untuk 3 orang. Korang rasa ok ker atau tak harga tu.

Keropok Leko

Menurut laman Facebook restoran ni mereka enerima tempahan untuk majlis harijadi, anniversary dan apa-apa lagi majlis dengan budget yang minimun. Mereka akan sedaikan pakej katering dan juga dekorasi yang pasti membuat majlis kenangan terindah korang. So mungkin ni salah satu restoran yang korang boleh masukan dalam list boleh pergi ok. Selamat mencuba.

Alamat : Lot 17G, Jalan Equine 1A, Persiaran Dr. George Lim Ah Soo, Seri Kembangan

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5






100 Menu Popular Orang Malaysia Yang Ramai Tak Tahu Tapi Mereka Suka

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Boleh tak korang senaraikan antara 100 menu popular pilihan rakyat Malaysia tak kisahlah menu yang dimasak sendiri atau dijual dimana-mana. Mesti banyak menu yang bermain difikiran korang bukan sejak dari zaman kecil sampailah dewasa.


Tak payah susah-susah nak senaraikan semua menu sebab Maha nak bagi tahu korang kat mana boleh dapat semua menu-menu tersebut. Hanya dalam 1 buku sahaja segala yang menjadi memori makanan korang ada dalam buku ini. Buku 100 Menu Popular Orang Malaysia adalah cara paling mudah nak tahu semua menu ni.


Ok lah Maha cite sikit pasal buku ini ia telah diterbitkan oleh Karangkraf dan nama penulis buku ini akak Orket Abdullah. Terima kasih kak Nani atas buku yang cukup menarik ni kak Nani pula adalah editor luar dan foodstylist yang lama dah Maha kenal dalam Facebook.

Kak Nani dankak Orket semasa promosi buku di konti SuriaFM

Hari tu semasa makan buffet di Kuala Lumpur International Hotelberkesempatan bertemu kak Nani dan kak Orket buat pertama kali ni. Orangnya pendiam jer tapi banyak ilmu masakan dalam dirinya kerena akak ini ada busniess katering di Johor Baharu.


Tu serba sikit pasal penulis buku ni dan sekarang Maha nak share sikit pasal buku pulak. Dalam ni ada 7 segment utama yang membezakan antara menu nasi, menu lauk pauk dan sayuran, ala carte, meny kuih muih, menu manisan dan minuman, menu roti pilihan juga paling menjadi kegemaran ramaiiaitu menu snek dan kudapan.


Semua menu-menu ini dikumpulkan daripada koleksi sendiri dan ada juga menu yang dapat dari warung, gerai, penjaja tepi jalan, bazar Ramadhan, pasar malam dan Food Truck yang menjadi pilihan orang Malaysia. Buku ni simple jer kalau korang nak cari menu-menu dalam ni semua disusun dengan terarut dan juga gambar-gambar yang menyelerakan.

Nagasari Cendol

Dalam menu ni bukan sahaja ada gambar tapi juga ada resepi ringkas tapi lengkap untuk korang cuba. Sesuai sangat bagi orang baru nak belajar memasak juga orang bujang macam Maha ni kerana bahan-bahan memasak dan cara memasak yang mudah diikuti.

Masak Lemak Sepat Masin Nanas

Korang boleh tengok sendiri beberapa menu yang Maha sempat cuba dalam buku ni. Menu pilihan Maha adalah Masak Lemak Sepat Masin Nanas dan juga Nagasari Cendol. Nanti Maha sharekan resepi dan cara yang Maha buat ikut buku ni. So korang dah boleh dapatkan buku ni dipasaran di semua kedai-kedai buku. Bila pula buku penulisan Mahamahu nak keluar pulak yer doakan lah hehehe.






Ketahui Pemenang Pertandingan Memasak Jom Airfry Dan Menang Anjuran IJN Bersama Philips Malaysia

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Baru-baru ni telah berlangsungnya pertandingan memasak peringkat akhir anjura Institust Jantung Negara dan juga Philip Malaysia


Pertandingan ini bertujuan untuk menyokong seruan Hari Jantung Sedunia oleh Persekutuan Jantung Sedunia, yang bermatlamat meningkatkan kesedaran mengenai penyakit kardiovaskular (CVD). Ye lah penyakit jantung adalah pembunujh no1 di Malaysia jadi makan kena sihat.

EncikMuhammadAliJaleel, Ketua PegawaiEksekutif, KumpulanSyarikat PhilipsMalaysia

Sebelum ke peringkat akhirnya semua peserta akhir menghadiri sesi masterclass di mana mereka berpeluang belajar daripada Chef Selebriti Zamzani Wahab dan Puan Mary Easaw. Maha patut kena belajar ni sebab makan kena jaga maklumlah semakin saiz hehehe.


Pada peringkat akhir semua peserta diuji dengan kotak misteri macam dalam program Masterchef pulak. Dalam masa sejam mereka perlu mencipta hidangan sihat untuk makanan utama dan juga pencuci mulut menggunakan Philips Airfryer


Pengadil pada hari tu adalah Dato’ Seri Dr Mohd Azhari Yakub, Puan Mary Easaw, Chef Selebriti dan penulis buku resipi Marina Mustafa dan Encik Muhammad Ali Jaleel. Tahniah kepada pemenang utama pasangan emak dan anak Chan Hee Mooi dan Angeline Ng dari pasukan Yummy Mommy membawa pulang Philips voucher RM10,000 dan juga voucher kesihatan bernilai RM3,000.

Kumpulan Yummy Mommy menjadi juara


Tahniah juga pada kawan Maha Ayu Rafikah dan anaknya Adriana Badzlyn dari kumpulan Sweetie dapat tempat ketiga. Kira ok lah korang memang otai yer. Tahniah sekali lagi pada semua pemenang dan juga pnganjur untuk program yang sihat ini. 





Resepi Dari Buku Nagasari Cendol Di Dapur Mahamahu

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok lah maha bocor satu rahsia macam mana Maha belajar memasak. Mula-mula kenal dapur memasak mesti dari rumah dan hasil tunjuk ajar sifu utama iaitu mak Maha. Terima kasih mak Puan Rahmawati Abdul Ghani kerana didikan terbaik buat anak mu ini.


Tu masa Maha mula start belajar memasak dan memantapkan lagi ilmu masakan Maha banyak belajar daripada blog dan buku. So tiada alasan untuk wanita-wanita bujang luar sana atau suri rumah yang tak pandai memasak boleh sahaja nak belajar cuma minat atau tidak.


Tak semestinya kita masak tu kena kreatif tapi kena ada kesungguhan. So resepi kali ni Maha nak share ngan korang resepi mudah dan pasti sedap, Maha belajar dari buku 100 Menu Popular Orang Malaysia yang maha cite sebelum ni. Resepi nya adalah Nagasari Cendol dan ini popular di negeri Johor, jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan.


Bahan-bahan membuat Nagasari Cendol

40gram Cendol
1 cawan Tepung Jagung
2 sudu teh Tepung Hon Kwee
1 cawan Gula Pasir
1 sudu teh Garam
500ml Santan
1200ml Air
2 helai Daun Pandan
Daun Pisang untuk membalut

Cara-cara menyediakan resepi ni boleh tonton kat sini senang jer.


Macam mana rasa nak cuba tak resepi kuih tradisional ni. Maha mula-mula tak tahu cara nak buat kuih ni kerana tak kenal apa tu Tepung Hon Kwee. Bila Google baru tahu macam mana rupanya jadi pergilah cari kat pasaraya ada jual harga RM2.60 kot tak silap. Dari situ Maha dah belajar banyak perkara ok. Jadi jangan takut nak belajar kerana kita belajar dari kesilapan. Selamat mencuba semua.





Rasamas Restoran Pertama Di Malaysia Yang Menyediakan Roaster Rasa Asia dan Barat

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Malaysia ni memang kaya dengan pelbagai hidangan makanan terutama yang berasaskan ayam. Kalau pergi pasar malam saja banyak gila gerai-gerai yang jual ayam golek.



Kat Rasamas ni mereka bukan sekadar ayam panggang biasa mereka ada dua rasa yang cukup berbeza iaitu Percik Roasters dan juga Pepper Roasters. Bagi Maha yang lidah Melayu ni memang akan pilih percik lah sebab ayam yang disadur dengan rampah ratus special membangkit rasa tradisional Melayu.

 Pepper Roasters

Percik Roasters

Kalau nak beli ayam seekor kat luar dalam RM14 kan tapi kat sini ayam seekor siap perap dan masak lagi hanya RM19.90 sahaja. Gila tak murah Maha kalau macam tak sempat nak masak memang singgah beli jer ayam seekor kat sini senang.

Menu yang simple tapi lengkap


Kalau datang kat Rasamas ni korang jangan risaulah untuk pilih set atau ala cart yang ada semua memenuhi keperluan anda. Contohlah kalau macam Maha yang datang seorang atau berdua jadi boleh ambil Ala Cart set seperti ini.



Ada dua menu ayam juga disertakan dengan Tauhu Jepun juga bersama sup dan sos cili mereka. Pastu korang boleh order air sekali tak ada masalah. Harga untuk set ini hanya RM 13.90 cukup lah kenyangkan.



Bagi yang datang family pula boleh pilih untuk set family seperti ini ada satu ekor ayam, 4 nasi, 4 air, 4 sup dan 4 sos cili juga ada 3 side dish korang boleh pilih. Jadi tak perlu nak order banyak-banyak tak membazir memang cukup sesuai. Harganya pula hanya RM 40.90 sajo.

Hidangan selain ayam yang memikat


Masa Maha datang makan kat Restoran Rasamas ni tengok punya tengok menu ada pula pilihan lain yang macam menarik.
Ada kat sini Asam Laksa dan juga Mee Kari yang saiz agak besar kalau bagi seorang wanita nak makan bagi habis, kalau macam Maha ni memang boleh habislah hehehe.

Asam Laksa

Mee Kari

Yang Asam Laksa ni siap ada seekor ikan sardin dalamnya memang kata orang ikan sardin tu buat penyedap hidangan ni. So pada yang tak makan ayam nak diet boleh lah pilih dua menu ni. Harganya pula dalam lingkungan RM9.40 semangkuk.

Brownie with Ice Cream

Tak lengkap hidangan makan kita kalau tak ada pencuci mulutkan. Jangan risau yang ada di Rasamas ni pun dah cukup menawan hati iaitu Brownie with Ice Cream. Rasa pekat coklat yang mengalir atas kek diselangi dengan kesejukan aiskrim vanilla wow menyengat. Apa tunggu lagi pakat serbulah cawangan Rasamas yang dekat ngan korang.

Lokasi strategik mudah dikunjungi


Ada 9 cawangan Rasamas seluruh Malaysia ni. Bukan setakat kat KL jer kat negeri lain pun ada seperti kat Pahang, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Selangor. Sini Maha senaraikan cawangan dengan lokasi mudah untuk korang pergi nanti ok.

1)    Warta Bangi Utama, Bandar Baru Bangi Selangor
2)    Giant Batu Cave, Gombak Selangor
3)    Aeon Bukit Tinggi, Klang Selangor
4)    Sunway Carnival, Seberang Prai Pulau Pinang
5)    Tesco Mergong, Alor Setar Kedah
6)    East Coast Mall, Kuantan Pahang
7)    Megamall Kuantan, Pahang
8)    Gaint Kuala Terengganu, Terengganu
9)    KPJ Tawakal Hospital, Kuala lumpur



Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5





Buffet Lunch Makanan Jepun Yang Sedap Ada Di Gen Japanese Restaurant

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang penggemar makanan Jepun tidak? Maha ni nak kata minat sangat tu tak adalah tapi kalau dapat makan sekali sekala menarik juga. Kali ni pergi makan hidangan buffet tengahari di Gen Japanese Restaurant Sunway Putra Hotel.


Maha selalu juga datang kat Sunway Putra Mall yang sebelah hotel sebab tu dapat tahu tentang buffet lunch makanan Jepun. Rasa Maha ni yang pertama kot orang buat konsep buffet makanan Jepun sebab selalu hotel atau restoran mesti makanan Malaysiakan. Tapi ini peluang nak makan puas-puas pada satu harga sahaja.


Tempat makan yang disediakan juga sangat sesuai dan menarik macma tempat yang Maha dapat ni seperti bilik makan kat rumah di Jepun. Ada meja rendah dan juga peralatan Jepun terbaik tapi bilik ni terhad kena booking dulu ok.


Bagi set lunch ini akan berubah setiap minggu jadi korang akan dapat rasa menu yang berbeza setiap minggu.
Masa Maha datang tu ada hidangan Sushi Roll, Sashimi dan Sushi Maki wajib kena cuba. Makanan Jepun yang orang paling cari bila datang restoran Jepun betul tak. 


Kemudian untuk main dish konsep buffet ada juga Niniku Chahan, Yaki Pasta, Chicken Sukiyaki Gratin, Butter Fish Temppanyaki dan Winter Melon with Mince Chicken. Maha paling suka bila makan nasi Jepun ni sebab lembut dan agak sticky buat kita cepat kenyang hehehe.






Bahagian goreng-goreng pula ada seperti Prawn Roll, Fried Wanton dan Breaded Crab Claw. Yang ni ramai kana-kanak suka sebab set untuk buffet ini bukan orang dewasa jer tapi kanak-kanak pun boleh ok.
California Maki
Classic Japanese Mackerel - Saba Shioyaki Grilled
Japanese Salmon

Juicy Tori Teriyaki

Crunchy and Crispy Ebi Tempura

Kalau makan hidangan Jepun tak perkena dengan Green Tea mereka memang tak sah. Set buffet ni memang dengan minuman tu. Ok tu untuk makanan mesti korang tanya pulak dengan harga. Special price untuk dewasa hanya RM78 nett dan untuk kanak-kanak pula harga RM39 nett dari hari Isnin hingga Jumaat pukul 12.00 tengh hari hingga 2.30 petang.



Sebelum ni pun mereka ada set a la cart yang menyediakan juga masakan Jepun. Paling best untuk set a la cart ni ia cantik dan menarik kerana disusun dalam bentuk BENTO dengan semua hidangan lengkap. Kalau nak order yang ni pun boleh juga dengan harga RM39 nett sahaja. Tunggu apa lagi mai kita cuba hidangan Jepun pula selamat mencuba semua.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 03 4040 9888
Email : dinesph@sunwayhotels.com
Facebook : www.facebook.com/sunwayputrahotelkl


Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5



Viewing all 2340 articles
Browse latest View live