Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 2341 articles
Browse latest View live

Egg Puff Yang Paling Laris Daripada Dairy Tooth Ice House

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Yerr hari ni kita pergi makan kat Dairy Tooth Ice House iaitu satu cafe dengan gaya Hong Kong sebenar. Cafe ini sekarang telah ada 3 cawangan di Malaysia tau. Kalau nak carai Egg Puff yang paling laris ada kat cafe ini.


Sebenarnya hari tu Maha dijemput untuk majlis memperkenalkan cawangan ketiga cafe ini iaitu di dalam Sunway Pyramid. Kalau korang datang shopping kat sini dah boleh beli Egg Puff ini sambil jalan-jalan shopping. Cafe ni terletak di level first floor atas sekali mall kawasan oren zone




Masa sampai hari tu ramai orang ada kat sana semua nak cuba sebab cafe baru dan kata ada pelbagai pilihan menu yang sedap-sedap. Salah satunya adalah paling sedap iaitu Silky Milk Tea. Dapat rasaa original dan kesedapan teh ais ni lain daripada kedai lain ok. Kalau ada kat situ boleh tengok bagaimana pekerja disitu membuat sendiri teh yang penuh kehebatan ini.

Silky Milk Tea



Kemudian korang kalau lalu sini singgah dan mesti kena beli Egg Puff mereka. Egg Puff ini datang dalam pelbagai variasi rasa iaitu original, chocolate, wasabi dan juga cheese. Ini semua memang membuat korang rasa santai sambil makan dan sambil beli belah kat mall ni.

DT Original Egg Puff

DT Chocolate Egg Puff

Yang Maha sempat cuba hari tu adalah yang original dan juga chocolate. Korang sambil order tu boleh tengok bagaimana mereka menghasilkan puff yang gebus lembut dan menarik. Ini kerana puff mereka bentuk bulat-bulat tak macam biasa selalu kita lihat kan.



Kalau nak cuba Waffles pun ada juga kat sini ada inti Peanut Butter yang Maha cuba ni lah. Juga ada French Toast yang korang boleh pilih dengan aiskrim, peanut butter, butter sugar, chocolate atau spicy meat floss. Satu lagi ni Polo Bun ni yang dalam nya ada butter bila makan cair kat dalam mulut ok hehehe.

Polo Bun

Waffle Peanut Butter

Maha suka datang sini sebab ia konsep lebih terbuka kepada pengguna untuk datang lihat dan rasa semua menu-menu mereka. Masa hari pelancaran tu mereka siap bagi Milk Tea percuma pada semua yang datang situ. Best lah rugi korang tak datang. Tak apa hari-hari mereka buka cafe ni kalau jauh area sini boleh pergi 2 lagi cawangan lain iaitu Berjaya Time Square dan juga Jaya One Petaling Jaya. Selamat mencuba semua.

Pertanyaan layari : 







Pameran Artifak Asli Rasullullah S.A.W Dan Para Sahabat R.A. Di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa sini minat pada sejarah terutama sejarah Islam dan bahan arkeologi? Kalau gitu korang mesti suka datang ker Pameran Artifak Asli Rasullullah S.A.W dan Para Shabat R.A. Alhamdulillah Maha dah berjaya sampai ker sana untuk melihat sendiri barang peribadi milik baginda yang kita kasihi.


Kalau sapa yang ada kesempatan boleh datang berkunjung ker pameran ini. Ia telah berlangsung bermula dari 10 Julai 2017 hingga 9 Ogos 2017 yang terletak di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam. Pameran ni buka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 10.00 malam.



Maha hari tu lepas jer kerja siap-siap terus bergerak ke sana dan sempat solat Maghrib dan Isyak di masjid tu sekali. lepas tu terus masuk kawasan pameran ni. Mula-mula masuk dan terpegun dengan segala barangan yang ada dalam pameran itu.


Pertama sekali Maha terpandang janggut Rasullullah S.A.W. Janggut yang disimpan dan diletak khas dalam bekas kaca ini. Korang boleh datang ambil gambar jangan risau. Tapi korang di larang untuk menyentuh semua artifak yang ada dalam pameran ini bagi menjaga keselamatan barang tersebut.


Dalam ni bukan setakat ada janggut tapi juga ada rambut Rasullullah S.A.W. Buktinya keagunan baginda ini boleh kita lihat pada rambutnya dimana mengikut pegawai yang bertugas disitu mereka memberi tahu bahawa rambut dan janggut Rasullullah S.A.W ini tiada bayang walaupun disuluh dengan cahaya. Sebab tu belakang rambut ni diletak kertas putih dan disuluh lampu.


Lagi uniknya rambut dan juga janggut Rasullullah S.A.W ni kalau dipotong pendek ia akan kembali panjang pada asalnya. Maksud macam lebih kurang rambut tu hidup walaupun telah beratus-ratus tahun lamanya. Rambut dan janggut ini disimpan oleh beberapa pemerintah dunia sekarang ini.




Selain tu juga yang menarik perhatian Maha adalah barang peribadi milik Rasullullah S.A.W seperti capal, cop mohor, busar dan juga kopiah yang dulu pernah digunakan oleh baginda. Semua masih cantik dan ada seni tersendiri. Membuat diri ini rasa kerdil sangat disamping nabi junjungan kita yang jauh lebih agung dan suci ini.

 


Selain tu juga barang-barang para sahabat yang rapat dengan baginda juga ada kat sini seperti pedang, harta rampasan perang dan macam-macam lagi. Semua pameran ini adalah bertujuan untuk meningkatkan rasa cinta kita kepada Rasullullah S.A.W dan sentiasa memuji baginda dengan kalimah-kalimah yang indah dan suci.




Juga kat sini ada pemeran kepada barang-barang Makkah seperti Kiswah iaitu kain yang digunakan untuk menutupi Kaabah. Juga ada kunci Kaabah yang dari zaman dulu sehingga ke zaman sekarang ni. Rasa teringat kembali masa Maha dapat pertama kali menjejakkan kaki ker Makkah dan Madinnah menunaikan Ummrah tahun lepas. Rindu rasa nak kembali semula dan berdoa banyak-banyak pada Allah S.W.T.




Kalau korang rasa nak insafkan diri dan juga mendekatkan diri kepada baginda ini adalah masanya dan ruang yang ada. Walaupun baginda tidak pernah kita lihat tapi hasil daripada peninggalan baginda sudah cukup merasakan kita kagum kepada keagunan baginda yang diutuskan oleh Allah S.W.T. Luang-luangkan masa korang ker sini ok.


Bawa anak-anak kerana ia adalah ruang untuk pembelajaran mengenali Nabi kita Muhammah S.A.W. Harga untuk masuk sini pula seperti berikut :

* Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar, Warga Emas, OKU dan kanak-kanak 6 tahun keatas - RM10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun - Percuma

Belian tiket boleh dilakukan secara online di www.tamadunislam.com dan juga di pintu masuk pameran.

Layari laman ini untuk maklumat lanjut :





Bufet Makan Malam Treasures Of The Sea Di Aloft Kuala Lumpur Sentral

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa tak kenal hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral yang terletak di tengah-tengah KL Sentral. Hotel mempunyai 482 buah bilik dan sangat exclusive untuk gaya hidup di Kuala Lumpur. Paling best hotel ni boleh akses mudah menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, Monorail, Komuter dan ERL ker KLIA.


Tapi yang lagi best sekarang ni Restoran Nook, restoran makan malam di Aloft Kuala Lumpur Sentral telah menyediakan bufet makan malam hujung minggu dengan memperkenalkan promosi bufet 'Treasures of the Sea' untuk orang ramai setiap hujung minggu iaitu hari Jumaat dan Sabtu bermula dari 7 Julai 2017.

Menghidangkan makanan laut dari hasil tangkapan terbaik dari laut, pengunjung boleh menikmati pelbagai makanan laut yang baru disajikan di atas ais, ke hidangan crockpot panas ke sup dan hidangan mi. Dalam promosi ini juga ada makanan laut yang popular seperti Udang, Tiram, Kerang, Kerang Buluh, Silik, Kupang dan Kerapu Gergasi.





Makanan laut segar yang diletakkan di atas ais akan memberikan pilihan yang sempurna untuk memulakan makan malam. Dengan pilihan udang harimau yang segar, Mussel, Kerang Half-shell, Squid Segar, Ketam Bunga dan Kerang Buluh, pencinta makanan laut akan dimanjakan dengan pelbagai pilihan. Bufet ini juga mempunyai pilihan untuk mengecilkan beberapa hidangan makanan laut panas yang dipersembahkan secara khusus dan disediakan dengan teliti oleh brigade masakan Nook.





Di antara hidangan panas adalah seperti Baked Seafood Parcel, Braised Giant Grouper Fish Head dengan Sos Ginger Dark Bean, Squid Wok-Fried Heong Style, Poached Tiger Prawn dengan Herbs dan Wolfberries, Oyster Rockefeller, Giant Grouper dengan Spicy Tamarind Gravy, Spicy Steamed Mussel dengan Vermicelli, Wok-fried Flower Carb with Sarawak Pepper, Wok-fried Prawn with Creamy Butter Sauce dan banyak lagi, semuanya dihidang secara bergilir-gilir dengan beberapa pilihan yang disediakan setiap hujung minggu.





Pilihan makan malam bufet hujung minggu juga akan menampilkan beberapa keistimewaan kepada pengunjung makan malam. Khas pada menu termasuk Chicken Avongolomelo, Braised Beef Cubed with Chilli Teriyaki, Palak Paneer, Stuffed Beancurd Puffs with Vegetable Paste dan Irish Lamb Stew. Bufet yang ini juga akan menampilkan hidangan biasa Nook ditambah dengan jus buah-buahan dan minuman ringan.

 




Nook menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa untuk bufet sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Menu di Nook menawarkan pelbagai inovasi kulineri yang lazat ditambah dengan selera biasa. Menu restoran mempamerkan gabungan rasa, tekstur dan kesegaran. Di antara kegemaran tempatan dan cadangan Chef ialah Laksa Sarawak - hidangan mi yang krim dan pedas, yang dibuat khas yang diimport dari Sarawak.






Promosi bufet Nook's 'Treasures of the Sea' adalah pada harga RM138nett seorang dewasa dan RM69nett untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun dan hanya boleh didapati pada hari Jumaat dan Sabtu dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Kalau anda memang pecinta makanan laut dan juga seangkatan dengannya boleh datang bawa keluarga ke Restoran Nook. Selamat mencuba.

Tempahan dan pertanyaa hubungi 
Tel : (60) 3 2723 1188 

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5





Terima Kasih Kerana Sudi Datang Rumah Terbuka Aidilfitri Mahamahu Dan Sambutan Hari Jadi

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah nak akhir Syawal dah ni tapi masih ramai lagi yang buat open housekan. Sapa nak jemput Maha In Sha Allah boleh datang kalau ada jemputan lah hehehe.


Cuma nak update kat sini tentang Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Sambutan Hari Jadi yang Maha buat baru-baru ni. Jutaan terima kasih pada kawan-kawan yang sudi datang dari jauh-jauh. Pastu ada kawan yang bertahun-tahun tak jumpa tiba-tiba tahun ni dapat jumpa akhirnya.



Betullah matlamat buat open house ni bukan sahaja nak makan-makan tapi nak mengeratkan silatulrahim yang jauh didekatkan yang dekat dirapatkan. Seronok walaupun Maha buat tak besar sangat kecil-kecil jer. Almaklumlah tahun ni tak ada sponser ehhh hehehe.




Tapi terkilan sikit sebab tahun ni tak seramai 2 tahun lalu. Rasa tahun-tahun sebelum ni habis semua makanan sampai kena tambah berkali-kali. Tahun ni habis juga cuma cukup-cukup jer. Tak tahu lah tak sedap ker apa. Maha minta maaf kalau masakan tak sedap sebab orang bujang masak hehehe.

 


Update sikit menu buat sapa yang tak dapat datang hari tu Maha ada masak Kuah Kacang dan Nasi Impit, Soto, Bihun Sup, Rendang Ayam dan Jelly Oren. Cuma yang beli Buah Oren, Lemang dan juga Kuih Raya jer hehehe. Kek hari jadi daripada abang kembar Maha sama sambut hari jadi juga terima kasih.



Tapi Maha nak ucapkan terima kasih pada yang sudi datang meriahkan majlis juga sangat terima kasih kepada yang telah bagi hadiah dah tua-tua pun dapat hadiah harijadi lagi hehehe. In Sha Allah moga pemberi hadiah tu terus mendapat keberkatan dan kebahagian dari Allah Maha tak mampu nak membalasnya.


Maaf pada sapa yang tak ada dalam gambar Maha tak sempat nak ambil gambar korang semua. Ni pun gambar yang kawan-kawan share kat Facebook dan Instagram jer hehehe. Terima kasih semua tunggu 2 tahun lagi In Sha Allah Maha akan buat kalau ada rezeki.







Nak Jadi Ejen Jual Famos Cookies Boleh Tambah Pendapatan Sampingan

$
0
0
Salam sejahtere kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Lama tak update blog ni rehat jer semenjak daripada sibuk raya hari tu sampai ker hari ni tak putus-putus jemputan rumah terbuka. Lemau macam lemaunya kuih raya hehehe. Tapi hari ni nak share peluang kepada suri rumah atau mereka yang nak buat business kecil-kecilan.


Famos Cookies yang cukup viral dan popular tu masih mencari kepada sapa-sapa usahawan yang mahu menjadi ejen jualan produk cookies mereka. Tak kisah lah anda suri rumah ker atau juga pemilik restoran atau butik pengantin boleh menjadi ejen mereka. Ini sebab cookies ini boleh dijadikan sebagai cenderamata, hamper juga goodies bag kepada tetamu.


Ye lah sebelum ni orang ingat bila jual cookies ni jer untuk beli nak makan sendiri. Tapi sebenarnya ia dah jadi lebih daripada biskut untuk makan sambil tonton tv. Tapi ia dah boleh jadi sebagai pemberian bermakna di hari bahagia anda.


Contoh pengantin yang nak buat goodies bag untuk tetamu cookies macam ni dah mula menjadi trend. Sebab Famos Cookies ini boleh disediakan dalam bekas botol yang kecil dan comel macam ni. Pastu boleh tampal sticker dan dihias dengan reben atau bunga pasti menarik. Pulak tu nampak exclusive dan mewah pada harga berpatutan.


Kalau nak letak dalam hamper juga sangat sesuai sebab selalu orang bagi makanan ringan yang tak tahu sedap atau tidak bukan. Jadi ambil Famos Cookies ni masuk sekali dalam hamper korang memang sesuai. Ada dalam pelbagai saiz botol yang cantik dan sesuai jadi hamper.


 


Tu belum masuk part rasa biskut ni kalau ikut pada penghayatan dan rasa yang Maha dan makan habis 3 botol memang sedap. Ini kerana ia adalah biskut home made yang menggunakan Beryl's Chocolate dan gula perang sebagai bahan utama mereka yang menjadikan biskut ini rasa sihat dan tidak terlalu manis.

Jangan risau cookies ini di datangkan dengan 4 rasa unik iaitu :-
1) Classic Choco Chips
2) Peanut Choco Chips (Dengan kacang tanah panggang)
3) Coconut Choco Chips (Dengan kelapa panggang)
4) Seeds Choco Chips

Bagi memastikan biskut ni terus menjadi pilihan ramai mereka juga telah melancarkan 2 lagi rasa baru iaitu Double Choco Chips yang menggunakan Dark Chocolate dan juga RV Choco Chips ini sangat istimewa iaitu menggunakan base Red Velvet. Jadi ia pasti akan menjadi kegilaan ramai pecinta coklat dan juga Red Velvet.


Harga sangat berpatutan ini harga untuk beli makan-makan kat rumah sahaja iaitu RM19.00 untuk botol 240gram dan RM25.00 untuk botol 310gram yang ni khas sempena musim perayaan sahaja. Tapi yang botol Maha peggang tu botol panjang berat 240gram. Cantik kan nampak botol pun menarik senang nak bawa mana-mana dan boleh makan bila-bila masa.

Pada yang nak jadi ejen tu harga korang lain lah dan ada tawaran istimewa. Nak tahu lebih lanjut korang boleh pergi ker Facebook atau Intagram mereka. jadi tunggu apa lagi peluang nak jana pendapatan tambahan sempena dengan kos sara hidup yang semakin meningkat ni. Jom kita cuba. Selamat mencuba semua.

Pertanyaan dan maklumat lanjut layari :
Email : thefamoskitchen@gmail.com
Whatsapp : 012-7746433 / 016-6416433 (Pn Zeta)











Majlis Rumah Terbuka Dan Pelancaran Buku GAYA UNTUK BERGAYA Dari CuteCarry

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari-hari akhir Syawal makin meriah pula orang buat rumah terbuka. Pada 23 Julai 2017 baru-baru ni Maha dapat jemputan untuk majlis Rumah Terbuka dan Pelancaran Buku Gaya Untuk Bergaya. Agak menarik program hari tu sebab dapat makan dan juga dapat buku hehehe.

Hafiz Mustapha Pengasas CuteCarry Sdn Bhd dan Penulis Buku Gaya Untuk Bergaya

Majlis ini adalah anjuran CuteCarry Sdn Bhd sebuah firma pakar perunding imej yang diasaskan oleh Hafiz Mustapha yang juga merupakan penulis buku Gaya Untuk Bergaya. CuteCarry telah ditubuhkan 9 tahun dahulu dengan misi menyediakan latihan bermutu praktikal dan perubahan dalam bidang-bidang pembangunan diri, keusahawanan, imej, tingkah laku komunikasi dan etiket sosial.


Pada hari tu ramai juga tetamu yang diundang untuk bersama memeriahkan majlis rumah terbuka dan pelancaran buku pertama beliau. Hari tu buat pertama kali Maha dapat berkenalan dengan Tuan Hafiz Mustapha ini atau lebih manja disapa Cute Carry. Peramah orangnya dan mudah mesra kalau sapa-sapa yang kenal beliau.





Hari tu juga tengok banyak makanan yang disediakan meriah dengan makanan. Majlis simple yang diadakan di pekarangan pejabat urusan CuteCarry Sdn Bhd yang terletak di Sri Kembangan. Turut hadir pada majlis tu media, keluarga dan kenalan terdekat beliau yang selama ni menjadi tulang belakang kepada kejayaan beliau dalam bidang yang diminati ini.





Begitu juga dengan minat beliau untuk menulis buku Gaya Untuk Bergaya. Katanya ini buku pertama di Malaysia yang menggabungkan 4 elemen imej iaitu penampilan, kelakuan/protokol dan etika, komunikasi dan pembangunan diri. Serba sedikit Maha cerita pasal buku ini yang sempat Maha baca.



Dalam buku ini ada 9 bab yang menerangkan lebih teperinci tentang semua perkara utama yang dititik beratkan dalam menjaga penampilan dan keyakinan diri. Bab yang Maha palign suka adalah berkaitan dengan bentuk badan. Pemilihan pakaian yang salah menyebabkan kira akan nampak lebih teruk. Jadi kena kenali bentuk badan dan pilihan baju dengan tips yang diberikan mudah untuk kita ikuti.


Kalau korang nak tahu lebih detail lagi boleh lah dapatkan buku ini sekarang dah ada start jual kat pasaran dengan harga RM50.00 sahaja senaskah. Sapa yang perlu baca buku ini iaitu mereka yang nak berjaya dengan bergaya. Juga mereka yang merasakan diri zero dalam bergaya dan tiada keyakinan diri dengan penampilan.



Golongan suri rumah, pelajar, usahawan, penjawat awam, penuntut universiti dan semua yang mahu lebih bergaya. Bagi Maha buku ini mudah untuk difahami kerana dalamnya bukan menggunakan bahasa yang kita mudah faham dan juga ada gambar yang memberi penerangan lebih jelas kepada kita. Korang nak tahu kena dapatkan Maha cite panjang pun tak gunakan. Selamat membaca semua.

Mana nak dapatkan buku ni boleh layari laman web seperti di bawah :- 
Laman Web : http://buku.cutecarry.com
                         http://www.cutecarry.com 





Sekarang Ni Kek Coklat Daim Dan Toblerone Ini Dah Boleh Dapat Dengan Mudah Dan Murah

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau Maha tanya sapa suka kek coklat mesti ramai yang angkat sampai dua belah tangan sebab Maha sendiri pun sangat suka kek coklat. Tambah pula kalau kek coklat tu ada rasa yang unik dan menjadi kegilaan ramai.


Walaupun jauh beribu batu tetap orang akan cari untuk dapatkan kek coklat tu kan. Apa yang Maha maksudkan kek coklat ini iaitu Toblerone Chocolate Cake dan Daim Chocolate Cake. Selalu kita tengok coklat ni dalam bentuk kiub kecik-kecik yang popular jual kat Langkawi kan. Tapi kali ni ia dalam bentuk kek yang besaiz besar dan rasa jauh lebih sedap dah boleh dapat kat KL.


Sorry lah Maha ni mungkin dah lambat sebab ramai orang dah tahu pasal kek coklat ini tapi Maha baru dapat tahu sebab ada kawan office mate jual. Sebelum ni ada dengar kata jual kat IKEA tapi dah tak ada. Kata kawan Maha dia dapatkan stock daripada London melalui kawan di kat sana jadi senang.

Rasa Limpahan Kenikmatan Coklat


Rupanya betul lah kalau sapa suka pada kek coklat yang penuh ini adalah pilihan yang terbaik. Yang Kek Daim tu ia menggabungkan kacang badam dengan krim keemasan dan karamel, disejukkan dengan coklat susu licin. Yang ni korang boleh simpan dalam peti sejuk beku ia boleh tahan sampai setahun tarikh luputnya tau.




Satu lagi tu pula dihiasi dengan potongan-potongan Toblerone menggabungkan kacang badam dengan krim coklat dan coklat susu licin. Selalu kita beli bentuk tiga segi jer kan Toblerone ni tapi kali ni di tabur atas kek coklat memang bila gigit dapat rasa coklat yang penuh dalam mulut. 




Walaupun ia dari luar negara tapi jangan risau ia Halal dan Gluten-Free. Sebelum ni kan orang viral tentang Milo Cube dari luar negara ramai jer yang makan betul tak. Dia kata stock baru akan tiba 2 Ogos ni sapa yang nak boleh order sekarang kerana selalunya kalau stock sampai akan habis sebab orang dah tempah awal. Maha pun dah order lagi kerana memang suka pada kek coklat macam ni.

Tempah sekarang harga sangat murah 

 


Nak order mai Maha kasi no tel 019-3396779 nama dia Shalaz hensem orangnya nak call boleh whatsapp pun boleh nak Facebook dia ada kat bawah ni. Harga sangat berpatutan ok hanya RM45.00 satu kotak 400gram. Kalau area KL delivery tu ada tapi kena tambah cas kalau nak ambil sendiri pun boleh datang area Cheras. Jangan kata Maha tak kongsi tau memang kek ni layan harga murah sangat tempah banyak-banyak ok.







Masa Untuk Bercuti dengan Malaysia Airlines

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pernahkan korang menggunakan perkhidmatan MAS? Malaysia Airlines (MH / MAS) adalah syarikat penerbangan negara Malaysia, yang ditubuhkan pada tahun 1937 oleh British di bawah nama Malayan Airways. 


Pada masa kini, Malaysia Airlines ialah Skytrax yang disahkan Five Star Airline disediakan untuk wilayah Asia, “Laluan Kangaroo” antara Eropah dan Australasia serta penerbangan transpasifik dari Kuala Lumpur ke Los Angeles melalui Tokyo.

Tahu tak korang Malaysia Airlines mempunyai 2 anak syarikat penerbangan untuk berkhidmat kepada segmen pasaran yang berbeza. Pertama adalah MASwings anak syarikat milik penuh yang memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak serta kawasan BIMP-EAGA.


Kedua pula adalah Firefly, syarikat penerbangan serantau bajet rendah yang memberi tumpuan kepada tiket penerbangan tambang murah juga milik penuh Malaysia Airlines dan dengan pengurusan berasingan oleh FlyFirefly Sdn.Bhd.


Malaysia Airlines mempunyai slogan yang menekankan lebih kepada syarikat penerbangan itu sebagai sebahagian daripada pengalaman perjalanan dan bukan komoditi semata-mata: "Perjalanan Dilakukan Bersama Orang yang Anda Bercuti Bersama". 

Ia memiliki keanggotaan-status penuh Oneworld yang merupakan salah satu 3 kerjasama yang terbaik di dunia. Satu lagi syarikat penerbangan terkemuka antara yang lain bergabung dalam Oneworld adalah American Airlines, Air Berlin, British Airways dan Cathay Pacific.



Malaysia Airlines telah memenangi jumlah anugerah yang banyak. Sejak dari 2001-2004, 2007, 2009 dan 2012 ia telah dianugerahkan dengan Krew Kabin Terbaik Dunia oleh Skytrax. Pada tahun 2010 sahaja, Malaysia Airlines telah dianugerahkan sebagai Kelas Ekonomi Terbaik di Dunia dan Perkhidmatan Petugas Cemerlang bagi Asia oleh Skytrax, Syarikat Penerbangan Utama Dunia Asia, Syarikat Penerbangan Utama Asia dan Syarikat Penerbangan Kelas Perniagaan Asia yang pertama. Pada tahun 2012, ia telah memenangi “Best Airline Signature Dish” serta status Syarikat Penerbangan 5-Bintang (juga pada 2005-2007 dan 2009).


Malaysia Airlines menawarkan 3 kelas perjalanan: Kelas Pertama, Kelas Perniagaan dan Kelas Ekonomi. Bagi Kelas Ekonomi, penumpang akan menduduki kerusi 18 inci berjenama A380 yang baru. Hiburan dalam penerbangan syarikat penerbangan ini disokong oleh ”Audio Video on Demand” (AVOD) yang mengagumkan, video di kerusi dengan pilihan hiburan yang luas terdiri daripada Filem Blockbusters hingga kepada lagu-lagu popular. So korang boleh pilih kelas mana yang korang nak duduk mengikut bajet dan kemampuan korang. Jangan risau perkhidmatan mereka memang yang terbaik.


Malaysia Airlines juga menawarkan pelbagai cara untuk mendaftar masuk selain menggunakan kaunter daftar masuk di lapangan terbang. Tersedia 48 jam sehingga 90 minit sebelum berlepas, penumpang boleh memilih untuk melakukan perkhidmatan daftar masuk sendiri melalui daftar masuk web desktop atau mudah alih (tanpa kertas dengan pas masuk mudah alih kod bar 2D) dan MHmobile di mana pas masuk penumpang dihantar melalui pautan SMS dan emel, hanya boleh didapati untuk tempahan satu penumpang.

Peruntukan pemeriksaan bagasi untuk Kelas Ekonomi adalah 30 kg, Kelas Perniagaan 40 kg dan Kelas Pertama 50 kg (kecuali Amerika Utara & Selatan). Setiap penumpang dibenarkan membawa bagasi kabin sehingga 7 kg / 1 buah untuk Kelas Ekonomi, dan 2 buah (setiap 7 kg) untuk Kelas Perniagaan / Pertama. Cabin Baggage ni maksudnya beg yang boleh di bawa masuk sekali dengan kita dalam flight. Ada sesetengah orang gelarkan Hand Carry Luggage.


Bagi pengetahuan korang, lepas korang beli tiket. Terus la download apps dekat playstore ye. Actually senang untuk korang in future. Download apps then add la korang punya travel date. Apps ni bagus sebab  boleh remind bila boleh buat check in. Web chek in boleh dibuat 48 jam sebelum penerbangan dan free seat boleh pilih lepas chek in yang ni untuk sapa cepat dia dapat la. Tapi kalau korang tak nak berebut korang boleh la buat belian seat awal-awal.

So tunggu apa lagi jom dapatkan MAS online promotion untuk kadar harga yang menarik. Nikmati perjalanan korang tanpa membazir masa dan wang.








Kafe Dalam Showroom Konsep Baru JOY Design Studio Cawangan Johor Baharu

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang pernah ker pergi showroom yang nyaman dan mewah dan dalamnya ada exclusive kafe kepada penggemar kopi. Yer lah kalau window shopping suami isteri senang sikit isteri sibuk pilih perabot suami layan kopi kejap betul tak.



Itu yang diterapkan dalam konsep terbaru JOY Design Studio untuk cawangan ketiga mereka di Johor Baharu. Maha baru-baru ini dapat jemputan khas untuk ke Johor sempena dengan perasmian pembukaan showroom ini. Masa hari perasmian tu pemilik syarikat ini Sheikh Mohamad Asrul S.M Nasimuddin Kamal juga turut sama sempoi jer orangnya.
Sheikh Mohamad Asrul S.M Nasimuddin Kamal


JOY Design Studio ini adalah milik anak Malaysia yang membawakan kelainan daripada design perabot mereka. Kalau mereka yang nak kan suasana dalam rumah atau pejabat nampak unik dengan konsep kontemporari scandinavia sini lah yang korang perlu datang. Korang akan dapat layanan VIP kat sini kerana mereka mengutamakan kehendak pelanggan dan juga kakitangan yang membantu dalam mencari idea dekorasi terbaik buat korang.





Maha pertama kali masuk kedai pameran perabot yang besar dan ada 3 tingkat kat sini. Korang boleh datang cari pelbagai perabot rumah daripada ruang tamu hingga ke bilik tidur. Kalau nak hias rumah bukan sahaja perabot yang kita perlukan betul tak nak kena ada juga barang-barang dekorasi yang menjadikan satu ruang tu lebih lengkap. Kat sini pun ada pelbagai perhiasan rumah seperti tulisan kaligrafi Islam yang cantik penuh seni. Ada juga hiasan jenis pasu dari seramik yang direka khas exclusive.





Untunglah orang Johor Baharu dan juga Singapura boleh beli perabot kat sini sebab dah dekat. Selain kat JB mereka juga telah ada dua showroom iaitu datu di Selangor yang merupakan ibu pejabat utama mereka iaitu di Setia Alam Shah Alam dan satu lagi area KL iaitu di Bangsar. So orang KL boleh lah juga nikmati perabot mewah ni.





Tapi kat KL belum ada kafe macam kat Johor ni. Kafe ni adalah pertama mereka perkenalkan di studio JB ni. Kafe ini diberi nama CUPPAJOY yang bakal dilengkapi dengan mesin kopi terkini dan pasukan barista hebat. Tak besar sangat kafe ini tapi ia belum lagi beroperasi sepenuhnya akan dibuka dalam masa terdekat.




Tak lama lagi tahun 2018 mereka merancang untuk buka cawangan yang ke 4 di Pulau Pinang pulak. Orang Penang tunggu kemunculan JOY Design Studio. Rasa nak bawa balik datu sofa jer nak ganti yang dah lama kat rumah ni. Walupun jauh mereka ada sediakan service penghantaran walaupun sampai ker Sabah Sarawak. Selamat beli-belah semua ok.

Pertanyaan dan juga koleksi perabot yang ada boleh layari :
Alamat : No 76, Jalan Pertama 1,
               Pusat Perdagangan Danga Utama, 
               81300 Johor Baharu





Kenapa Bayar Lebih Sewa Kereta Dengan Harga Murah Di Adikfira

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa plan nak jalan sewa kereta besar yang boleh muat 10-12 orang sekali? Mana tahu nak balik kampung bawa sedara-mara atau rombongan dengan kawan-kawan ker. Kini korang boleh sewa kereta mewah dan condition yang tiptop dengan harga yang sangat berpatutan.


Why Maha cakp macam tu sebab baru-baru ini Maha dan kawan blogger #RombonganCikLilyPutihKeJB telah sewa satu kenderaan daripada Adikfira iaitu Hyundai Starex Royale. Mereka ada juga ada pilihan lain iaitu kereta Suzuki APV untuk disewa pada harga yang sesuai dengan bajet kita.


Kami sewa kereta tu untuk pergi majlis perasmianJoy Design Studio di Johor Baharu. Jadi perjalanan 4 jam tak terasa kerana keadaan kereta yang sangat luas dan selesa. Kami hari tu ada 11 orang sangat sesuai dan masih ada tempat duduk kosong lagi. Siap semua orang tertidur dalam kereta tu sebab selesa sangat.



Untungnya kalau guna kereta berkuasa 168 hp pada 3,800 rpm sangat menjimatkan minyak bagi perjalanan jauh kerana ia menggunakan minyak diesel. Kereta ni kalau isi minyak tank penuh hanya RM120 yang boleh bawa sejauh 700km. Pulak tu dalam tu ada tempat duduk yang jauh lebih senang di uruskan dimana boleh lipat dan buka untuk ruang lalu. 


Tak bosan naik kereta ni bagi perjalanan jauh sebab ada sekali DVD dan pendrive player dengan skrin 7 inchi dan juga sound system yang jelas. Paling best bila naik kereta adalah kena ada system aircond yang menyeluruh sampai orang belakang sekali pun ada salur aircond sendiri tau tak perlu berebut. Semua ini dijaga baik dan berada dalam keadaan yang sempurna jadi tak rugi sewa kat sini.


Mesti korang tanya harga macam mana betul tak. Korang leh tengok pakej yang disediakan di bawah ni :-
  • RM20.00 per jam (minima 5jam)
  • RM225.00 separuh hari (12 jam)
  • RM450.00 per hari (24jam)
  • RM2800.00 seminggu (7hari)
  • RM200.00 Service vvip ‘Drop&Pickup only+Driver' 


Sesuai untuk orang yang ada area Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Jadi lepas ni kalau Maha nak bawa satu family jalan nak sewa sini jer senang selesa dan mewah nampaknya. Nak bawa 2 kereta membazir nanti nak kena isi dua minyak dan bayar dua tol betul tak. Ini lebih mudah dan lebih jimat. Selamat bercuti semua.

Tempahan dan pertanyaan boleh hubungi : 
Tel : 017-3136065 (FIRA)
        011-11424959 (ZIKRI)





Wonderfood Muzium Makanan Unik Yang Wajib Dikunjungi Di Penang

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Menjejaki muzium makan pertama di Malaysia yang mempamerkan warisan makanan Malaysia. Termasuk kepelbagaian masakan dan makanan tempatan yang menjadi kebanggaan kita.


Kali ni Maha nak bawa korang ker Pulau Pinang untuk masuk ke muzium makanan yang mempamerkan replika maknan yang ada kita tak sangka ada di Malaysia. Wonderfood Museum yang terletak di Lebuh Pantai Georgetown cukup popular dan antara 7 muzium wajib dikunjungi bila korang jalan-jalan ker Penang. 



Muzium ini juga mepamerkan seni membuat replika makanan yang realistik daripada makanan zaman dahulu kala kepada makanan moden yang kita nikmati sekarang. Nak masuk musium ni harga RM 15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak warga Malaysia. Kalau pelancong RM25 dewasa dan RM15 kanak-kanak. Muzium ini buka dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari. 



Firstime Maha nak jejak kaki kat muzium ini ingat ia satu bangunan yang gah tapi ia adalah diantara deretan kedai tinggalan lama yang bersejarah. Muzium ni ada 3 tingkat dan di bahagikan kepada beberapa bahagian. Masa mula nak masuk tu jer dah teruja kerana ada replika cendol gergasi yang menjadi kebanggaan warga Penang.




Masuk sini jangan lupa bawa kemera kalau yang ada monopod lagi bagus korang boleh ambil gambar sendiri. Kita boleh kenal makanan tradisional Malaysia yang cukup popular dari pelbagai bangsar seperti makanan Melayu, makanan Cina, makanan India, makanan musim perayaan dan macam-macam lagi.





Ada makanan yang dipamerkan bukan setakat atas meja malah kat dinding muzium juga digunakan untuk menjadikan ia begitu interaktif. Ada sesetengah tempat tu kena ambil dengan sudut yang betul baru dapat angle yang cantik untuk bergambar. Suka bahagian trick makanan dimana kita boleh bergambar dengan makan yang sedang jatuh. 



Pastikan korang ambil gambar setiap sudut dalam muzium ini. Part paling menarik adalah makanan bersiaz gergasi yang memang besar 5 kali ganda saiz asal. Ini paling mengujakan boleh tengok ABC, Sate, Asam Laksa, Rojak Buah, Roti Canai dan macam-macam lagi. Ada sesetengah part tu mereka tinggalkan beberapa masej yang menjadi pengajaran kepada kita jadi baca dan hayati. 



Akhir pengembaraan korang jangan lupa untuk ambil gambar dengan patung gelandangan yang dalam keadaan tengah mendapatkan makanan di tepi jalan. Bersyukurlah kita kerana masih banyak makanan dan banyak orang diluar san tiada makanan dan dalam kelaparan. Jadi jangan bazirkan makanan pastikan makan sampai habis. Selamat bercuti semua.











Membawa Kelainan Dengan Resipi Sriracha Cheesy Smoked Chicken

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Yer hari ni satu lagi resipi ringkas dan pastinya sedap untuk dikongsi kepada semua. Resipi nama pelik tapi sebenarnya macam buat burger jer hehehe. Sriracha Cheesy Smoked Chicken buat menu harian anda lain daripada lain.


Kenapa ada nama Sriracha ia adalah daripada nama sos dari produk Lingham's yang digunakan dalam resipi ini. Sos ini rasa lain sikit sebab ia menggunakan pasta lada, cuka distilasi, bawang putih, gula dan garam. Maha suka pasa sos ini sebab ia dapat beri rasa pedas dalam masa sama rasa masam. 


Sebab tu Maha gunakan dalam resipi ini agar dapat memberi pelbagai rasa walaupun kita tak letak perahan limau. Yang pasti produk ini Halal dan boleh dapat kat pasaraya berhampiran kita tak perlu susah nak cari. Jom tengok bahan-bahan yang Maha guna dalam resipi ini tak banyak pun.


Bahan-bahan Resipi Sriracha Cheesy Smoked Chicken

300gram Daging Ayam
1 biji Bawang Besar
2 batang Daun Ketumbar
2 biji Bread Rool 
3 keping Mozzarella Cheese
Lingham's Sos Cili Sriracha



Cara nak membuat resipi ini Maha suka sediakan dalam bentuk video korang boleh tonton sampai habis mudah jer.


Tak susahkan nak buat kalau korang rasa nak banyak cheese tu boleh tabur lagi kat atas bread roll sebelum bakar dalam oven. Nanti lagi banyak dan meleleh cheese sebab ramai orang suka. Cuma Lingham's Sos Cili Sriracha tu jangan isi banyak sangat nanti terlalu pedas pulak. Cuma sebelum guna sos ini kena goncang dahulu baru dapat rasa yang sekata.


Jadi lepas ni boleh lah cuba resipi ni. Korang boleh gantikan dengan daging yang dipanggang kalau tak suka ayam. Tapi kena pasti guna sos Lingham's untuk dapat rasa yang betul-betul kaw ok. Selamat mencuba semua.






Lokasi Baru Asam Laksa Terbaik Penang Ditemui Laksalicious

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bercakap tentang Asam Laksa dan Pulau Pinang memang tak boleh dipisahkan. Kalau ke Penang ada satu kedai laksa yang terbaik korang kena cuba. Maha hari tu dah pergi makan Asam Laksa nya memang tak rugi. 


Nama kedai tu Laksalicious tempat ini mempunyai suasana yang selesa dan kedai masih baru. Ia terletak di celah-celah deretan kedai-kedai klasik yang mempunyai tinggalah sejarah sendiri. Kalau nak cari pergi ker Jalan Hutton di tengah-tengah bandar Penang.


Antara menu Laksa yang ada kat sini korang boleh pilih daripada Penang Nyonya Asam Laksa, Penang Nyonya Lemak Laksa dan juga campuran kedua-dua kuah ni pun korang boleh cuba menarik. Dalamnya juga dihiaskan dengan sayur segar seperti pudina, salad, timun, bawang dan juga nanas. 

Penang Nyonya Lemak Laksa

Penang Nyonya Asam Laksa

Harga sangat berpatutan ini mengikut saiz mangkuk siap ada keropok udang lagi dan tu memberi rasa rangup dalam kesedapan laksa tersebut. Kat sini mee laksanya pun korang boleh pilih ada dua pilihan iaitu mee beras atau mee putih. Kedua-dua mee ini memberi rasa yang lain kepada korang kalau cuba. Maha suka mee beras sebab ia lebih pejal dan tebal.

Mixed Laksa

Prawn Cracker

Selain daripada laksa korang boleh pilih juga makanan pencuci mulut yang lain seperti yang Maha makan ni Crispy Cempedak Roll. Pelik kan selalu kita makan popiah inti sayur jer kali ini intinya adalah Cempedak. Rangup dan juga manis di dalamnya tak caya kena cuba ok.

Crispy Cempedak Roll

Pulak tu makan sambil dibilas dengan air Cendol pulak tu terbaik lah. Kepada pecinta kopi korang kena cuba Vietnamese Drip Coffee ini yang sangat original dan pekat. Susah nak dapat kopi ni kat sini.

Cendol

Vietnamese Drip Coffee

So tunggu apa lagi kalau korang datang bercuti atau atas urusan kerja kat Penang kedai Laksalicious ini korang boleh cuba untuk cari kelainan. Tak adalah bosan selalalu makan Nasi Kandar jer betul tak. Selamat mencuba semua ok.


Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5





Masih Ada Yang Tegar Beli Pinggan Mangkuk Viral Lagi

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tergerak hati nak tulis pasal pinggan mangkuk viral ini sebab masih ramai lagi yang tak tahu tentang pinggan ini. Masih ramai lagi yang gila untuk beli pinggan yang harga boleh jadi serendah RM2 - RM5 tu.


Memang betul pinggan tu cantik dan juga pinggan tu sangat unik. Sebenarnya Maha nak bagi tahu tak salah nak beli pinggan tu sebab tu duit masing-masing. Tapi just nak memperingatkan sahaja takut-takut ada yang terlupa.

Telah keluar dalam akhbar MStar online seorang pensyarah kanan Jabatan Kimia Universiti Malaya, Dr Nor Asrina Sairi memberi tahu bahawa bahan kimia yang digunakan untuk hiasan dan corak di atas pinggan itu diragui kebaikannya. Sekiranga digunakan kerap kali untuk menghidang makanan ia akan memberi kesan buruk jangka masa yang panjang pada pengguna.


Nasihat beliau kalau nak beli tak salah tapi ia dijadikan pinggan hiasan sahaja di rumah atau kalau nak juga guna jangan isi dengan makanan yang panas dan makanan berasid tinggi. Kesan buruk yang datang kepada pengguna bukan jangka masa yang cepat tapi ia memberi kesan untuk masa yang lama dibimbangi ia akan mempengaruhi kehidupan kita dan kanak-kanak.

Bagi Maha sendiri pun nak beli penggan ini tak salah beli lah berapa banyak pun cuma cuba elak gunakan pinggan ini. Sekadar untuk hiasan kat rumah atau nak buat cenderamata boleh lah. Walaupun ia menghakis dengan perlahan tapi kita tak tahu jangka masa panjang. Ini kerena pengeluar pinggan tu sendiri tidak dapat buktikan bahawa bahan yang digunakan untuk menghasilkan corak atas pinggau itu selamat atau tidak.


Jadi kita sebagai pengguna jadilah pengguna bijak dan bukan kerana ikut perasaan sebab ia dah viral. Ramai lagi kawan Maha hari-hari sebut pergi beli pinggan mangkuk viral tu yang ada jual kat area Pasar Seni. Tambah-tambah sekarang ni ada MRT lagi mudah untuk orang pejabat nak akses ke sana. Ini bukan larangan ok tapi peringatan sahaja jangan salah faham pulak. Selamat membeli semua.


*Gambar daripada carian Google





Kelainan Hidangan Makanan Laut Didalam Periuk Kukus Di Kungfu Steam Seafood Puchong

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Apa yang korang fikir bila sebuat pasal seafood ni mesti ingat ia steamboat betul tak. Tapi mungkin ini akan mengubah pandangan korang tentang makanan laut dan steamboat.


Satu restoran steam yang ini menyajikan hidangan steam bukan steamboat yang biasa kita makan. Kungfu Steam Seafood yang terletak di Bandar Puteri Puchong menyajikan makanan laut segar dikukus atas meja. Dengar cerita pemilik restoran ini membawa konsep ini dari negara tembok besar China.




Masa mula Maha sampai kat luar restoran ni korang dah disajikan dengan akuarium makanan laut segar. Ada udang galah, ada ketam, ada ikan, ada kupang, lala dan macam-macam lagi yang korang boleh pilih untuk dimasak didalam restoran nanti.



Ruang dalam restoran sangat luas dan selesa memberikan rasa suasana makanan restoran mewah. Ada 3 tingkat semua sekali Maha duduk yang bawah sebab senang nak pilih lauk. Meja pun ada yang untuk 4 orang makan atau juga meja 10 orang makan untuk satu keluarga sangat sesuai. Terdapat tandas dan juga ruang terbuka yang selesa.



Hari tu memang penuh lah perut dengan makana laut sebab dari mula sampai habis semua jenis Maha dapat rasa. Konsep sini mudah sahaja ada satu periuk kukus kat tengah meja dimana lapisan bawah sekali mereka akan isikan dengan beras dan juga pilihan makanan laut seperti Ketam atau sebagainya. Nanti korang akan tengok hasilnya beras tu apa akan jadi akhirnya.



Kemudian kat atas tu baru mereka kukuskan dengan pelbagai makanan laut dimulakan dengan Kepah. Kepah ni harga RM4.80 per 100gram tapi minima kena order 300gram tau. Kukus tak lama pun dalam 3 ker 5 minit sahaja pastu siap dan boleh terus makan bila tudung periuk tu dibuka. Jadi kita rasa kesegaran dan kemanisan makanan laut ni orginal ok.



Kemudian dah habis bahan tadi next step lak kukus Tiger Prawn. Saiz udang ni besar dan isi yang penuh buat korang rasa tak sabar nak makan. Harga RM12.80 per 100gram tapi udanga tak perlu makan lama juga cuma 3 minit sahaja dah cukup sehingga warna kemerah-merahan tu.



Seterusnya pula kukus Red Snapper atau Ikan Merah. Harga untuk ikan RM9.80 per 100gram jadi kalau rasa nak puasa beli yang besar terus baru banyak leh makan. Yang ni bagi Maha saiznya sedang jer. Sekejap jer nak habiskan ikan ni dah habis sambung lak kukus Garlic Scallop with Glass Noodle. Memang saiz sangat besar dan harga Scallop ini RM19.80 per 100gram.


 



Selain daripada makanan laut ada juga protein yang korang boleh pilih macam yang Maha ambil ni iaitu Enoki Chicken Roll iaitu daging ayam gulung dengan cendawan Enoki. Harga pula yang satu set RM16.80 sahaja. Makan makanan laut kena seimbang dengan sayur-sayuran baru sihat. Terdapada pelbagai pilihan tapi yang Maha ambil ni Mix Vegetables dan juga Mix Mushroom harga RM19.80 untuk saiz besar.





Lepas last dah habis semua makanan laut tadi dikukus masa untuk kita tengok apa jadi pada beras dan ketam kat bawah periuk tadi. Taraaa tu dia jadi bubur nasi yang sangat menggiurkan kerana bubur ni dapat rasa semua jus makanan laut yang kita kukus tadi. Memang dapat rasa pekat dan juga masam, masin dan manis makanan laut. Kemudian campur pula dengan daun bawang, daun ketumbar, halia, bawang goreng dan macam-macam lagi.



Macam tu lah bagai mana makanan kat sini diserve pada korang tak ada sup ok. Tapi semua makanan kukus tadi sangat sihat dan nak lagi sedap makan dengan sos-sos yang ada kat sini banyak pilihan lebih daripada 20 jenis sos. Maha paling suka adalah Thai Sos dan Sweet Sos, ada yang pedas sangat dan sederhana pedas ikut suka korang lah nak pilih.




Last sekali mesti kena ada minuman kan kat sini ada minuman segar seperti ni Air Kelapa Muda. Kemudian ada juga Lemongrass Laici, Honey Lemon dan macam-macam yang boleh kembalikan kesegaran lepas makan makanan panas. Kalau korang nak rasa kelainan ini boleh lah datang ker Kungfu Steam Seafood yang ada dua cawangan setakat ni satu lagi kat Sunway. Restoran ni belum ada sijil Halal tapi mereka No Pork dan No Lard ok. So korang rasa nak cuba tak, jom terjah selamat mencuba semua.

Promosi dan pertanyaan layari :
Facebook : Kungfu Steam Seafood Puchong
Waktu operasi :  10:30pagi - 2:30petang (makan tenghari)
                           11:30pagi -11:00 malam (Steam Seafood)
Alamat : No. G-13A, Jalan Puteri 7/13A
              The Cube, Bandar Puteri
              47100 Puchong, Selangor
Tel :  016- 213 2828

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5










Restoran Deen Nasi Kandar Jelutong Juga Terkenal Di Pulau Pinang

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kalau Penang memang orang akan cari Nasi Kandar lah dan yang popular mestilah Nasi Kandar Beratur, Nasi Kandar Line Clear dan ada beberapa lagi. Tapi tu dah biasa boring betul tak.


Apa kata korang cuba Restoran Deen Nasi Kandar Jelutong yang orang kata sekarang ni dah cukup popular kat Penang dan mula mendapat perhatian pengunjung. Maha hari tu mula-mula nak pergi tempat nasi kandar yang biasa tu tapi ramai sangat orang dan juga parking pernuh. Jadi Google lah satu dan jumpa restoran Deen ni terus cuba.



Sebab orang kata kat sini pun tak kurang hebatnya masakan mereka dengan lauk yang banyak dan besar dan rasa yang pekat. Korang kena sampai awal ok kalau dalam pukul 3 petang tu memang tak ada dah lauk dan korang akan makan nasi putih jer hehehe. 



Kat sini macam kedai Nasi Kandar lain juga korang kena beratur untuk ambil nasi dan pilih lauk atau korang boleh suruh mereka hantar makanan dalam bentuk makan berhidangan dengan pelbagai pilihan lauk yang korang nak. 



Biasalah kat Nasi Kandar lauk yang ada dan popular mestilah Kari Kepala Ikan, Ayam Goreng, Udang Goreng, Sotong Goreng, Telur Rebus dan juga sayur-sayuran seperti kacang bendi dan juga terung. Pasti korang akan pilih Kari Daging atau Ayam dan juga ada paru dan juga hati di masak kicap.


Memang kalau makan Nasi Kandar ni tak lekat bau kat tangan walaupun dah dibasuh dengan sabun tak sah. Itu menandakan ia memang dimasak dengan penuh rempah dan juga cara yang sangat lama. Itu yang membuatkan ia menjadi kegilaan ramai orang bila datang ker Penang ni. 



Satu pinggan yang Maha makan ni dalam RM8 ke RM9 sahaja ok lah tu kan. Tak masuk minuman dan kalau makan nasi kandar mesti kena minum dengan Cendol atau Air Kelapa baru kena. Restoran Deen Nasi Kandar ni buka setiap hari tapi ada waktu mereka akan tutup untuk kemas barang dan buka semula pada waktu malam. 


Jadi mungkin ni boleh jadi salah satu pilihan korang untuk cari Nasi Kandar terbaik kat Penang ni selain daripada yang selalu orang sebutkan. Maha pun suka sini sebab tempat agak selesa dan juga parking macam biasa susah juga nak cari. So datang Penang kena makan Nasi Kandar walau kat mana yang korang rasa sedap ok. Selamat mencuba. 


 



Jom Sertai Peraduan Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Bersama Pokka

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang kaki contestkan ni Maha bawakan kepada korang satu peraduan untuk semua rakyat Malaysia. Hadiah bukan calang ok peraduan yang bolehkan korang menang barang elektrik untuk keperluan rumah.


Semperna dengan bulan kemerdekaan ini produk minuman pilihan rakyat Malaysia iaitu Pokka menganjurkan 'Peraduan Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Bersama Pokka'. Korang mesti tengok hadiah dulukan sebelu masuk peraduan betul tak sama lah ngan Maha.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan sangat banyak berjumlah RM10,500 seperti : -

Hadiah Utama
Peti Sejuk Bernilai RM5,000 x 1 pemenang

Hadiah Kedua
Peti Sejuk bernilai RM3,000 x 1 pemenang 

Hadiah Ketiga
Ketuhar Stim bernilai RM1,500 x 1 pemenang

Hadiah Saguhati
Baucar Giant bernilai RM100 x 10 pemenang


Gila tak best 13 orang pemenang boleh dapat hadiah yang istimewa ini. Peti sejuk rasa nak juga lah sebab kat rumah Maha peti dah lama waaaaa. Cara nak menang kena ikut step-step yang mudah ini sahaja ok.

1. Beli mana-mana produk Minuman Pokka bernilai RM12.00 minimum (resit tunggal) di GIANT sahaja.

2. Hantar penyertaan melalui 2 cara :

    a) Melalui Pos (boleh dapatkan borang penyertaan di GIANT)
    Isi borang penyertaan dan sertakan resit pembelian dalam satu sampul.

    b) Melalui Whatsapp ambil gambar resit dengan jelas.
    Whatsapp butir-butir di bawah dan lampirkan gambar resit ke 013-6017211 :
    Nama :
    No. Kad Pengenalan:
    No. Resit:
    Lengkap slogan “Asli lagi menyegarkan, itulah ____________ !”

Slogan kreatif (tidak lebih daripada 50 patah perkataan) Simpan resit sebagai bukti pembelian untuk tujuan penebusan hadiah (sekiranyan terpilih sebagai pemenang)


Ingat peraduan Pokka ini berlangsung dari 1 Ogos hingga 30 September 2017 ini sahaja. Sempat lagi masih banyak lagi peluang korang untuk menang jom kita cuba sekarang juga. Maha pun nak minum sambil boleh menang bestnya dengan Pokka.


Produk baru minuman Pokka Ice Lychee Tea yang telah berada di pasaran dengan rasa yang lebih variasi dan juga memberi pilihan minuman asli kepada rakyat Malaysia. Jadi boleh dapatkan minuman ini sekarang juga di semua pasaraya berhampiran anda.

Terma dan syarat boleh dapatkan di Facebook Pokka.







Semarak Sukan Sea Ke 29 Dengan Champion Meal Di Restoran Kenny Rogers Roasters

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bahang masih terasa lagi dengan semangat Sukan Sea ke 29 yang masih berlangsung di negara kita. Begitu semangat atlet untuk terus pungutkan pingat begitu juga kita rakyat Malaysia semangat untuk memberi sokongan kepada semua atlet negara.


Kadang-kadang kesibukan kita seharian tak sempat nak pergi ke stadium atau juga nak pergi ker lokasi perlawanan berlangsung untuk bagi sokongan. Kali ini dengan makanan juga kita tetap boleh semarakan semangat kejayaan kepada atlet kita. Order sekarang di mana-mana cawangan Kenny Rogers Roasters dengan hidangan terbaru ini.


Sempena dengan semangat Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 ini KRR Malaysia memperkenalkan Champion Meal yang lain daripada lain. Set ayam panggang kali ini datang dengan 2 rasa baru iaitu Honey BBQ dan juga Spicy BBQ. Set meal ini hanya berharga RM16.90 bersama dengan minuman 100plus.


Maha sempat rasa kedua-dua ini dan pasti yang paling sedap pilihan Maha adalah Spicy BBQ dan ia sangat pedas. Tak sesuai untuk kanak-kanak kot kalau ambil yang ni tapi yang Honey BBQ mungkin sesuai ia lebih manis dan lite-lite jer. 


Tambah hebat lagi meal ini dengan hanya tambahan RM5 korang boleh dapat dua site menu pilihan iaitu pilihan 1 Garlic Toasties + Country-style Chicken Chop dan pilihan 2 Kenny Home-made Muffin + Single Happiness. Rasa cukup tak semua ni.


Tak cukup lagi KRR Malaysia menyediakan pula 3 variasi sos pilihan yang baru bagi menambah kenakan kepada makanan ayam panggang korang. Tiga jenis sos baru yang datang dalam botol ini iaitu Honey BBQ, Spicy Gilerrr... dan Smoked BBQ. Kalau korang rasa tak cukup dengan sos yang diberi boleh tambah dengan sos ini bagi meriah sikit.


Tapi tak semua cawangan yang ada buat sementara ini hanya restoran ini sahaja yang menyediakan sos-sos ini :- 

1) Restoran KRR Mid Valley
2) Restoran KRR AEON Rawang
3) Restoran KRR Nu Sentral
4) Restoran KRR AEON Bukit Tinggi
5) Restoran KRR AEON Shah Alam
6) Restoran KRR IOI Mall
7) Restoran KRR Sunway Putra Mall
8) Restoran KRR Berjaya Time Square 
9) Restoran KRR IOI City Mall
10) Restoran KRR Cheras Leisure Mall 

Tunggu apa lagi mai ramai-ramai bawa keluarga dan sanak sedara makan kat Restoran Kenny Rogers Roasters selagi tawaran masih ada untuk masa terhad sahaja. Tunjuk tanda sokongan anda kepada atlet negara dengan meal ini pasti kita juga rasa semangat seperti atlet. Selamat menjamu selera semua.






Konsep Relak Dan Romantik D Aura Cafe Sambil Menyajikan Bufet Makan Malam

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu juga rakan-rakan sekalian. Selalu kalau waktu malam korang suka cari makan macam mana Ala Carte atau bufet. Kalau bufet lak yang jenis lauk macam mana tradisional ker atau western. Kelirukan tambah-tambah hari hujung minggu alang-alang dah keluar jalan-jalan dengan keluarga nak juga makan kat luar betul tak.


Tak apa kali ni Maha nak perkenalkan kepada korang satu restoran yang sangat-sangat baru lagi tapi menyediakan makanan yang sangat-sangat menarik dan sedap. D Aura Cafe yang terletak di Putra Walk Taman Pinggiran Putra Seri Kembangan. Kalau yang jalan-jalan area Putrajaya atau Cyberjaya boleh cuba restoran ni dekat.


Pada mulanya restoran ini adalah pengusaha spa yang popular dan kini memasuki bidangn F&B kerana mereka minat memasak dan juga menyediakan hidangan kepada pelanggan-pelanggan spa mereka. Restoran ni pun sebelah jer dengan spa mereka jadi tak susah lepas buat spa boleh pergi makan teruskan.



Konsep restoran ni pun pemiliknya kata nak terapkan rasa romantik ketenangan kerana Maha firstime masuk dalam restoran ni rasa seronok jer nak seperti berada di restoran luar negara. Dekorasi sudut-sudut seperti English Style dengan adanya mainan Ukulele kat dinding sebagai hiasa juga basikal menjadikan ia sangat romantik.



Warna dalam restoran pun rasa tenang dengan memainkan warna turquoise dan hitam juga putih. Tu belum lagi Maha cite pasal makanan. Kat sini mereka ada makanan ala carte untuk setiap hari tapi promosi mereka sekarang adalah menu bufet untuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.




Yang Maha pergi hari tu mencuba hidangan bufet dengan konsep makanan fusion ada local dan western. Walaupun tak banyak pilihan macam bufet di hotel tapi penyediaan dan kesedapannya adalah pada tahap hotel tu yang dijamin oleh pemilik restoran ni.



Korang boleh tengok antara menu bufet yang ada ada Kambing Black Pepper, kemudian local ada Rendang Daging, Ayam Masak Merah dan banyak lagi. Bahagian pencuci mulut pula ada Bubur Kacang Hijau dan Mushroom Soup serta kuih-muih melayu. Tak ketinggalan salad dan buah-buahan segar untuk mengekalkan konsep fusion tu.





Makan boleh sampai kenyang untuk bufet ni tau tiada masa terhad. Harga untuk bufet ini hanya RM38.00 seorang dan kanak-kanak separuh harga. Tapi kalau korang ada plan nak buat private event atau function kat sini memang sangat sesuai. Nak buat party harijadi, anniversary,  reunion, annual dinner, family gathering dan macam-macam lagi pun boleh dan mereka sediakan live band special untuk event korang tu atas request.


Tapi special bagi maha kat sini kalau korang nak buat Candle Light Dinner. Suasana yang romantik dan muzik yang perlahan membuai perasaan bersama tersayang. Mereka boleh sediakan semua keperluan dari dekorasi hingga kepada makanan korang hanya perlu datang bawa diri sahaja.


Restoran ni milik penuh muslim dan ia baru sahaja dibuka pada 5 Ogos yang lalu. Restoran ini beroperasi setiap hari dari pukul 11.00pagi hingga 11.00malam. Jadi nak datang cuba bufet hari minggu ok kalau nak ala carte pun ada boleh cuba. Recommendation Maha pada semua yang cari tempat makanan baru. Selamat mencuba semua.

Promosi dan pertanyaan hubungi :
Whatsapp : 019-2700 210

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5



Cepat, Mudah Dan Lazat Pes dan Sos Segera Dari Ayamas Kitchen

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Zaman sekarang ni semua kena cepat nak masak nak cepat segera dan pasti sedap. Itu yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia betul tak. Maha sendiri pun kadang-kadang memang cari pes segera jer nak masak.


Tapi kali ni korang boleh rasa masakan berlauk dengan pes baru yang dikeluarkan oleh Ayamas Kitchen. Terdapat 3 pes istimewa memastikan masakan korang lebih cepat dan sedap iaitu Sos Rendang, Pes Kurma dan Pes Masak Merah




Hari tu Maha dijemput untuk bersama menikmati dan melihat bagaimana pes dan sos ini memudahkan kerja memasak di dapur. Hanya kurang daripada 30minit untuk menjadikan makan malam atau makan tenghari keluarga lebih berselera. 




Lauk yang boleh digunakan dengan pes dan sos ini boleh sahaja daging ayam, daging lembu atau juga makanan laut. Cara yang mereka tunjuk sangat mudah hanya perlu panas kuali masukan pes atau sos tadi dan masukan sedikit air kalau nak lemak tambah santan atau stock ayam sahaja. Lepas tu masak sehingga mendidih dan masukan ayam atau daging tadi. 




Nak lagi meriah boleh tambah dalam lauk tu tomato, kentang atau juga bawang besar supaya lebih nampak meriah dan sedap. Satu pek 100gram ni boleh digunakan untuk daging ayam sebanyak 500gram. Kalau nak lagi pekat masukan dua bungkus pes atau sos ini lagi sedap.


Mana nak dapatkan semua pes ini boleh dapatkan sekarang di kedai-kedai Ayamas seluruh Malaysia pada harga RM2.80 sahaja  bagi pek 100gram. Bagi Maha ni sangat sesuai digunakan bukan sahaja masak kat rumah tapi kalau nak travel luar negara. Ia pasti dijamin Halal dan juga senang nak sedia boleh kat sana tak perlu susah-susah dan ambil masa lama nak masak.


Rindu masakan Malaysia ini lah masanya bawa pes dan sos Ayamas ini bersama anda keluar negara atau pos kepada mereka mudah jer. Maha puasa hati juga rasa memang sedap lepas ni mereka rancang nak keluarkan banyak lagi pes lain untuk memenuhi keperluan makanan rakyat Malaysia yang perlbagai. Selamat mencuba semua.

Maklumat lanjut kedai Ayamas layari :
Laman web : www.kedaiayamas.my








Viewing all 2341 articles
Browse latest View live