Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2341

Buka Puasa Di Bunga Lawang Cafe Bangi Rasa Seperti Di Rumah

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bulan puasa ni lah rasa rindu nak makan air tangan mak kita betul tak. Sebab tu ada yang sanggup balik kampung pada hari pertama puasa. Macam Maha pun balik juga sebab nak berbuka dengan family kerana nak nikmati hidangan yang mak masak sangat sedap.


Kalau kat KL atau Selangor ni nak cari masakan seperti ini memang sangat susah. Kalau ada pun mungkin harga jauh lebih mahal. Tapi kali ni Maha dah jumpa satu restoran yang boleh bagi korang seperti rasa masakan di rumah sendiri. Mana lagi kalau bukan Bunga Lawang Cafe yang terletak di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.


Maha hari tu dapatlah berbuka puasa kat sini sebab ramai orang kata makanan sini sedap dan betul-betul dapat rasa masakan Melayu mereka. Tak silap Maha restoran ini milik bekas pengacara TV yang popular juga sekitar tahun 90an dan juga suaminya seorang pelakon. Kalau Maha tunjuk gambar mesti korang kenalkan.



Kalau datang sini susun atur dalam restoran ini kelihatan begitu berseni. Sangat selesa dan juga rasa suasana nak makan tu ada memang terselah. Kat sini mereka tak sediakan bufet seperti mana tempat lain tapi buka puasa di sini ada beberapa set yang lengkap. 


Set yang Maha makan hari tu adalah SET B2 yang boleh dinikmati untuk 4 hingga 5 orang. Harga pun bagi Maha berpatutan iaitu RM155 sahaja. Dalam set ini mengandungi masakan yang menarik seperti Kari Kepala Ikan Janahak, Sambal Udang, Sotong Masak Hitam, Ayam Lemon, Tetel Goreng Jintan, Taugeh Goreng, Telur Masih, Ulam-ulaman dan Sambal Belacan. Juga termasuk 4 pinggan Nasi Kukus, Sirap Selasih, Bubur Kacang dan juga Kurma.

Kari Kepala Ikan Janahak

Ayam Lemon

Tetel Goreng Jintan

Sotong Masak Hitam

Sambal Udang

Taugeh Goreng

Telur Masih, Ulam-ulaman dan Sambal Belacan

Korang juga boleh tukar untuk ambil Asam Pedas Jenahak Sawi Asin dan hidangan yang lain semua masih sama sahaja cuma harga untuk SET B1 ini murah sikit iaitu RM125. Cuma hari yang Maha datang tu mereka hidangkan air Pandan Selasih, Bubur Keledek dan Lempeng Pisang tu yang lain sikit dalam gambar.

Pandan Selasih

Bubur Keledek

Lempeng Pisang

Tapi bagi Maha rasa semua tetap sedap dan memang puas hati terutama kari kepala ikan mereka. Memang cukup semua rasa kari serta lemak kerana kari orang Melayu ni kaya dengan santan. Sampai habis Maha makan sedut semua bahagian kepala ikan tu tak tinggal sikit pun. 



Kalau korang datang berdua atau bertiga boleh ambil SET A harga lain sikit lah. Tapi memang Maha jamin kat korang makanan sini sangat puas hati. Restoran ini sepanjang bulan puasa akan beroperasi dari pukul 6.00 petang hingga 12.00 malam kalau korang nak makan Moreh. Jadi restoran ini sangat sesuai untuk jadi salah satu lokasi buka puasa korang. Selamat berbuka semua ok.

Tempahan dan promosi lain boleh layari :
Tel : 03-89229921
        019-3369966




Viewing all articles
Browse latest Browse all 2341

Trending Articles