Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok lah selain daripada blog Maha mana lagi tempat yang korang selalu rujuk untuk dapatkan promosi Bufet Ramadan tahun ini. Selain daripada blog atau juga laman sosial media yang ada. Kali ni Maha nak bawa korang satu lagi tempat rujukan terbaik untuk korang pilih Bufet Ramadan.

Bukan setakat banyak pilihan tapi harganya jauh lebih murah daripada promosi yang korang selalu tengok. Mana lagi kalau bukan kat Lazada. Laman web membeli belah secara dalam talian ini rupanya dah ada jual baucer untuk buka puasa. Maha pun terkejut yang Lazada juga ada buat promosi untuk Bufet Ramadan juga.

Murah tahap macam mana semua promosi mereka ada potongan sehingga 40% kot. Korang boleh pilih lebih daripada 60 baucer buka puasa serata Malaysia tau. Bukan tertumpu kat KL sahaja malah negeri seperti Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan banyak lagi lah. Sini Maha senaraikan beberapa tempat yang luar KL korang boleh cuba.
NEW YORK HOTEL JOHOR BAHRU
Kat sini kalau korang nak cuba mereka punya signature dish iaitu Durian Goreng, pernah cuba tak. Memang banyak pilihan makanan kat sini hanya pada harga RM90 sahaja bebaloi sangat.
A'FAMOSA RESORT MELAKA
Ini satu lagi lokasi menarik yang cukup popular kalangan warga kerja. Harga untuk bufet Ramadannya hanya serendah RM68 sahaja seorang. Tempat berbuka menarik korang makan sampai menikmati padang golf yang luas menghijau.
MH HOTEL IPOH
Ini hotel paling murah yang ada kat sini untuk bufet buka puasa hanya RM46 sahaja seorang. Untung sangat lah kalau orang yang ada kat sana, hotel ni sediakan lebih daripada 100 hidangan untuk berbuka puasa.
Kenapa Maha tulis yang luar dari KL sebab selalu kalau orang masuk blog Maha semua promosi buka puasa kat KL jer. Kali ni orang luar pun boleh beli baucer murah di Lazada. Malah bukan sahaja makanan Melayu yang ada tapi ada juga restoran masakan Arab, masakan barat dan banyak lagi pilihan. Paling penting restoran yang disenaraikan kat sini adalah Halal.

Jadi pilihan kat tangan korang ada beberapa hari sahaja lagi untuk berpuasa masih sempat kalau nak buat tempahan sekarang. Caranya korang hanya perlu layari laman web Lazada.com.my dan kemudian pilih baucer yang nak beli lepas tu nanti boleh tebus menggunakan telefon sahaja mudah. Maha dah bagi cara terpulang kepada korang sendiri orang kata apa 'Tepuk Dada Tanya Selera'. Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat untuk berbuka puasa semua.