Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2341

Cara Sihat Untuk Masak Resipi Kuah Lodeh Dan Sedap Makan Dengan Nasi Impit

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Beberapa hari sahaja lagi tinggal untuk kita nak sambut Hari Raya. Rasa macam teruja lak tapi kena habiskan puasa dulu tau jangan nak fikir Raya jer hehehe. Cuma kali ni Maha nak sahare satu resipi yang boleh korang cuba untuk masak Hari Raya nanti.


Selalunya kalau kita Masak Kuah Lodeh ini menggunakan santan tapi kali ini Maha gantikan dengan bahan yang lebih sihat dan tidak mengurangkan sedikit pun rasa pada makanan ini. Maha menggunakan Fernleaf Susu Rendah Lemak yang diyakini ramai. Produk tenusu daripada New Zealand memang semua orang dah tahu akan kualiti dan juga jaminan kesihatannya.


Sebab itu Maha menggunakan produk susu ini dan juga Maha ada tambahkan lagi Anlena Yogurt bagi memberikan variati rasa pada resipi ini. Korang jangan kecam Maha tau kerana masih tak mengubah apa-apa rupa serta rasa kepada masakan ini tapi apa salah kita gunakan produk yang lebih sihat. Almaklumlah kita tahu bahawa orang Malaysia ni kurang minum susu tambah-tambah pada usia makin meningkat kerana mind set kita susu untuk kanak-kanak sahaja betul tak.

Jom kat sini Maha senaraikan bahan-bahan yang digunakan untuk resipi ini:-


300gram Kubis
1batang Lobak Merah
3batang Kacang panjang
5batang Baby Corn
6ketul Tauhu Goreng
1keping Tempe Goreng
50gram Sohun
50gram Fucuk
2batang Serai
1kotak Fernleaf Susu Rendah Lemak
30gram Anchor Unsalted Butter
1bekas Anlene Plain Yogurt
Garam secukup rasa
1biji Cili merah


Bahan dikisar:-
1/2biji Bawang Besar
3biji Bawang Putih
1inchi Kunyit Hidup
100gram Udang Kering



Banyak juga bahan untuk buat Masak Lodeh ini tapi kalau korang rasa nak gantikan dengan sayur yang korang suka boleh juga seperti Terung atau Lada Benggala. Kat bawah ini pula Maha sertakan video bagaimana nak masak resipi ini. Mudah jer kurang daripada 20 minit untuk masak semua resipi ini. Jom kita tonton video ini sampai habis ok.


Macam mana tengok rupa sama seperti masakan asal dan sama jer serta rasa pun sama tak ada beza tapi kita gunakan bahan lebih sihat. Kalau kita gunakan susu ini masakan kita juga tahan lebih lama dan masih boleh dinikmati bila-bila masa. 


Kalau korang rasa nak cuba resipi ini untuk makan buka puasa atau masak Hari Raya nanti boleh lah komen kat sini nanti ok, mana tahu orang lain rasa lain hehehe. Korang semua juga berpeluang untuk menangi hadiah istimewa sempena dengan First Feasts Fonterra Brand Malaysia. Hadiah-hadiah menarik seperti Fujifilm Instax mini 8, Tefal Cookware dan produk Fonterra.


Cara penyertaan mudah saja :
1) Like Facebook page Fonterra Brands Malaysia
2) Like resipi Kuah Lodeh Sihat Mahamahu ini di page Fonterra Brands Malaysia
3) Komen nama yang paling kreatif sekali di resepi ini dan tag 3 rakan anda
4) Share resipi ini untuk tingkatkan peluang korang untuk menang

Selamat mencuba semua dan selamat berbuka puasa.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 2341

Trending Articles