Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2341

7 Perkara Utama Yang Anda Boleh Dapatkan Di Butik Haqqi Cawangan TTDI

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa masih tak kenal lagi Haqqi ni. Mai sini Maha nak citekan yang butik ini adalah satu hub untuk kelengkapan dan keperluan Haji & Umrah. Tapi sekarang ni kat Haqqi pun korang dah boleh dapatkan beberapa lagi perkara yang Maha senaraikan kat sini mesti korang teruja. 



1) Keperluan Haji dan Umrah


Kelengkapan ini adalah keutamaan utama butik ini ditubuhkan. Kalau korang nak tahu antara kelengkapan Haji dan Umrah yang ada kat sini adalah seperti kain Ihram dewasa dan kanak-kanak, Telekung, seluar Haji, Jubah, selipar, beg sisi atau beg leher, uncang, Niqab, botol spray, tali pinggang, kompas, kupiah, tasbih, sejadah, cawat haji dan umrah, sarung tangan dan kaki.





2) Kosmetik 


Selain dari pakaian dan aksesori ada juga beberapa bahan kosmetik yang halal untuk keperluan Haji dan Umrah. Diantara barang tersebut adalah wangian fabrik, set pelembap, debu Tayammum, kayu Sugi/Miswak, sabun mandi, krim, deodoran, losyen, syampu, facial moisturiser, Balm dan perfume.




3) Produk Kesihatan


Bukan sahaja keperluan luaran tapi juga ada jual produk kesihatan dalaman. Diantara produk yang ada iaitu penapis hidung, tisu basah dan susu kambing. Walaupun tak banyak tapi akan ditambah dari semasa ke semasa. 




4) Bahan Bacaan


Kat sini juga ada menjual keperluan untuk bacaan terutama bagi persediaan untuk mengerjakan Haji dan Umrah. Bahan bacaan seperti nota kursus asas Haji dan Umrah, tasbih digital, Al-Quran Tajwid dan terjemah, buku himpunan doa dan hadis.


5) Fesyen Wanita


Ini adalah paling banyak juga dijual dibutik Haqqi. Pakaian khas untuk wanita ini mempunyai pelbagai jenama popular dan juga design yang terbaru serta terkini. Diantara pakaian wanita yang ada seperti tudung, baju kurung, Jubah, Blouse, Palazzo, shawl, seluar, khimar, abaya, sarung lengan, kasut, kebaya, peplum, cardigan, kerongsang, jarum tudung dan sut.





6) Fesyen Lelaki


Tak kurang juga keperluan pakaian untuk orang lelaki, mungkin pilihan untuk lelaki tak banyak seperti mana wanita. Tapi kat sini juga masih menjual pakaian yang berjenama dan juga berkualiti. Diantara pakaian lelaki yang ada adalah baju Melayu, Jubah, kurta, kemeja, seluar, t-shirt, kasut, butang baju Melayu, Ketayap, sampin dan kasut.





7) Fesyen Kanak-kanak


Kanak-kanak juga ada jual kat sini tapi tak sebanyak orang dewasa. Kalau nak cari seperti jubah, baju Melayu, kasut dan sejadah untuk kanak-kanak sini memang tempatnya. 




Jadi korang rasa ini semua cukup ker ada lagi yang mungkin Maha tak senaraikan kat sini. Korang boleh beli semua keperluan ini kat butik mereka di cawangan TTDI atau juga boleh beli secara dalam talian www.haqqi.com.my. Mudah sekarang bawah satu bumbung jer boleh dapat semua keperluan ini.

Alamat : Haqqi TTDI
               No 14 Jalan Wan Kadir 4
               Taman Tun Dr Ismail 
               60000 Kuala Lumpur
Tel : 03-7732 2247







Viewing all articles
Browse latest Browse all 2341

Trending Articles