Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 2348 articles
Browse latest View live

Buah Laici Juga Boleh Dijadikan Masakan Utama Yang Unik

$
0
0
Buah Laici Juga Boleh Dijadikan Masakan Utama Yang Unik - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Buah Laici adalah antara buah yang cukup popular di Malaysia dan juga kalau air jus laici tu memang lakulah kat restoran tu selalu dapat permintaan ramai.
Khasiat juga tinggi untuk buah laici ini seperti vitamin C, vitamin B dan mineral seperti kalium, potassium dan banyak lagi.


Jadi sebab tu ramai orang mula melihat bahawa buah ini boleh dijadikan sebagai menu makanan yang menarik dan pelbagai. Maha pun belum cuba lagi cuma tahu buat air jer dengan buah laici ni tak terfikir lak boleh buat menu makanan. Jadi ada beberapa menu yang Maha pernah cuba di Restoran MEI by Fat Spoon semasa pelancaran produk minuman OISHI Green Tea Lychee.

1) Torched Hokkaido Scallops & Lychee Tartare


Hidangan ni adalah makanan laut iaitu scallops atau orang kita panggil kekapis. Dipanggang dengan api dan dimasak denagn laici dan tomato dan bijan di dalamnya. Dapat rasa kesegaran kekapis tu bersama kemanisan laici yang asli menarik.

2) Fried Lychee Poppers



Hidangan ini lagi kita tak sangka boleh buatkan. Kalau selalu kita dengar pisang goreng atau cempedak gorengkan. Tapi kali ni laici goreng dengan tepung special yang rangup dan sedap. Maha sangat2 suka sebab bila gigit dapat rasa kerangupan dan juga kemanisan laici tu.

3) Smoked Duck & Lychee Croissant



Special hidangan ini seperti sandwich yang mana di dalam roti Croissant tu dimasukan dengan daging itik panggang dan juga laici untuk memberi kemanisan yang asli. 

4) Unagi & Shiso Onigiri Balls


Yang ni memang pure masakan Jepun yang special di mana nasi di kepal menjadi ketulan bebola tapi hidangan ni ditambah dengan laici untuk memberi kemanisanya. 

5) Torched Salmon Rice Bowl


Hidangan sesuai untuk makan tenghari yang disediakan ini cukup lengkap ada nasi ada sayur ada ikan salmon dan juga seaweed. Dalam satu mangkuk yang kecil dan menarik. 

6) Passionfruit, Lychee & Kaffir Lime Pavlova


Ini pula special pencuci mulut menggunakan buah laici di atasnya. Kalau korang tengok ada Pavlova yang rangup dan juga di atasnya ada biji buah delima dan juga di perahkan asid limau purut memang membangkitkan kesegaran. 


Tengokkan special 6 hidangan daripada buah laici berkonsepkan makanan Jepun. Menarik dan unik sangat tak sangka banyak boleh buat dengan buah laici ni. Maha dah jadi suka lak terutama yang laici goreng tu memang menarik dan sedap. Korang nak cuba Maha tak sure restoran ni ada sediakan menu ni ker atau tidak sebab hari tu special untuk pelancaran produk minuman tu.







Selain Meminum Air 10 Jenis Buah Dan Sayur Yang Boleh Diambil Ketika Cuaca Panas

$
0
0
Selain Meminum Air 10 Jenis Buah Dan Sayur Yang Boleh Diambil Ketika Cuaca Panas - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kini sekolah di negeri Kedah dan Perlis telah diarahkan tutup untuk dua hari ini kerana suhu panas yang melampau. Cukup bahaya kesan cuaca panas ini boleh mengakibatkan Stroke Haba yang juga boleh membawa kematian.

1) Timun


Jadi semua rakyat Malaysia disarankan untuk mengelakkan aktiviti luar yang berterusan dan juga mengambil banyak air untuk mengurangkan dihidirat. Tapi selian daripada minum air ada juga beberapa buah-buahan segardan sayu-sayuran yang boleh digantikan untuk mendapat sumber air yang tinggi. Sini Maha senaraikan 10 jenis buah dan sayur yang tinggi dengan kandungan airnya untuk diambil semasa musin panas ini.

2) Sayur Salad


3) Tomato


4) Apel


5) Zucchini




7) Lada Bengala


8) Buah Pir


9) Nanas 


10) Lobak Merah




*Sumber maklumat dan gambar dari msn.com




Sanggup Berebut Nak Tonton Batman VS Superman Kerana Perfecto Popcorn

$
0
0
Sanggup Berebut Nak Tonton Batman VS Superman Kerana Perfecto Popcorn - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sapa yang korang rasa akan menang antara Batman Vs Superman ni. Adakah Superman yang menggunakan kuasa laser di matanya atau juga Batman yang banyak gadget yang canggih2 dan modern. Korang leh tahu bila dan tonton movie ni di pawagam.




Sebenarnya Maha nak cite yang Maha dah tonton movie "Batman Vs Superman : Dawn of Justice" ni kat pawagam. Memang terbaiklah movie ni satu gabungan dua adiwira yang difitnah dan masing2 mempertahankan kekuatan masing. Tapi yang paling Maha suka adalah bila mereka bergabung tenaga untuk mengalahkan musuh paling kuat iaitu Doomsday


So tak baik gaduh2 ni kita kena bersatu dalam mengalahkan musuh. Tapi yang sedihnya last sekali bila hero kalah teruk dan tewas juga akhirnya. Sapa yang korang rasa tewas dan kalah tu nak tahu kena tonton sendiri movie ni kat TGV. Maha pergi hari tu kat LUXE TGV 1Utama siap makan Perfecto Popcorn perisa Ultimate Caramel ok. Tak lengkap tengok movie ni kalau tak ada popcorn ini disisi.


Keunikan popcorn ni dengan popcorn yang lain adalah ia bersalut sepenuhnya pada setiap bahagian popcornnya. Tak sama dengan popcorn lain dan korang dapat rasa perisa yang disaluti setiap biji popcorn tu dengan penuh dan lazat.
Lagi menarik ia datang dengan 3 perisa utama iaitu Ultimate Caramel, Chocolate in Love, dan The French Vanilla. Paling Maha suka adalah perisa chocolate sebab dapat terasa kepekatan coklatnya dalam setiap biji popcorn. Korang lak suka yang mana makan sambil tonton movie? 




Jadi lepas ni jangan jadikan suasana bersama insan tersayang menonton movie begitu sunyi dan tidak mengasyikkan. Dapakanlah Perfecto Popcorn kerana ia adalah makanan ringan yang memberikan pengalaman menonton filem sempurna buat korang. Popcorn ni boleh beli pada harga runcit RM 4.50 untuk kantung kecil (85g) dan RM 7.50 untuk beg yang besar (160g). Korang boleh bawa popcorn ni untuk masuk pawagam dan nikmati masa indah korang semua. 

Maklumat lanjut tentang Perfecto Popcorn :-







Bangkit Daripada Kegagalan The KopiShop By YummyLicious Bukan Sekadar Kedai Kopi Biasa

$
0
0
Bangkit Daripada Kegagalan The KopiShop By YummyLicious Bukan Sekadar Kedai Kopi Biasa - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekali kita gagal dalam apa sahaja usaha kita jangan mudah putus asa kerana kegagalan itu yang menjadi ilmu berguna kepada kejayaan akan datang. Wahhh dan macam ahli falsafah dah hehehe tapi itu yang Maha sempat belajar daripada seorang pemilik restoran hebat ini.



The KopiShop By YummyLicious milik bersama seorang yang pernah diistiharkan muflis satu masa dulu kini bangun dengan restoran yang luar biasa. Maha tak pandai bercerita panjang tentang kisah kebangkitan Mr Jimmy Lee tapi korang boleh baca catatan beliau di sini. Maha cuma nak cerita kesedapan makanan yang ada di restoran ini.




Memang sekali datang ke The KopiShop By YummyLicious korang akan tahu kenapa Maha cakap ia bukan sekadar kedai kopi biasa. Selalu kalau kita lepak kedai kopi mesti nak minum kopi jer tapi kat sini korang boleh dapat pelbagai hidangan makanan tempatan Malaysia yang mengkagumkan. Jom kita tengok jenis2 makanan yang ada di sini untuk rujukan korang jika nak datang sini ok.

Summertime Salad (RM 18.90)

Malaysian Salad (RM 17.90)

Pani Puri (RM 7.00)

Bagi mereka yang nak diet atau amal makanan segar seperti sayur2an boleh cuba di sini ada pelbagai jenis salad. Paling menarik adalah Summertime Salad, Malaysian Salad dan Pani Puri. Menggunakan bahan2 segar di dalamnya dan masih mengekalkan kesedapannya. Maha makan pun boleh habis dua salad ni hehehe.

Nasi Kerabu With Grilled Beef (RM 16.90)

Kemudia nak rasa makanan utama menu Malaysia ni korang boleh cuba Nasi Kerabu With Grilled Beef. Lengkap dalam ni ada set Nasi Biru yang dihasilkan daripada bunga asli. Dalam satu pinggan tu juga ada Solok Lada, Telur Masin, Serunding Kelapa, Budu Keropok, Ulam-ulaman dan juga pastinya Daging Bakar. Memang membuka seleras sangat2.

Herb and Toasted Coconut Rice Served with Vegetarian Mutton and Cold Cucumber Salsa (RM 22.90)

Satu lagi ni pun nasi juga tapi ia adalah idea dan ilham pemilik restoran ini sendiri yang telah menghasilkan satu hidangan makanan sesuai untuk vegetarian. Nama pun panjang nak sebut tapi kalau korang nak order boleh panggil 'Herb and Toasted Coconut Rice Served with Vegetarian Mutton and Cold Cucumber Salsa'. Tak tahu apa korang nak panggil tapi memang rasa keseimbangan gabungan semua herb dalam nasi ni.

Hailam Roast Chicken Rice (RM 16.90)

Kalau nak nasi ayam pun ada kat sini special iaitu Hailam Roast Chicken Rice. Dapat rasa ayam yang penuh dengan rempah dan juga nasi yang lembut serta sambal yang pedas dan menarik. Jadi korang boleh pilih mana satu hidangan nasi daripada 3 yang Maha citekan ni semua ok.

Spicy Noodles Beef (RM 11.90), Spicy Noodles Chicken (RM 9.90) and Spicy Noodles Prawn (RM 11.90)

Tapi kalau tak nak makan nasi korang boleh cuba pula Spicy Noodles. Yang ini memang tak ada kat tempat lain korang mesti kena datang sini. Dapat rasa mee yang pedas bersama rempah kemudian ada telur dadar dalam tu dan sayur2 segar. Mee ni datang dalam 3 jenis yang korang boleh pilih iaitu Chicken, Beef dan Prawn. Tengok saiz satu mangkuk ni mesti korang kenyang punya hehehe. Maha suka Spicy Noodle Beef ok.

Juicy Lucy (RM 27.00)

Jumbo Roti John (RM 26.00)

Last tapi juga penting dalam hidangan di restoran ini adalah semua yang berasaskan roti. Kalau nak makan simple tapi kenyang korang boleh pilih antara Juicy Lucy, Jumbo Roti John dan Peanut Butter Rendang Sandwich. Semua ini sesuai untuk makan malam yang tidak terlalu berat dan juga minum petang bersama kopi.

Peanut Butter Rendang Sandwich (RM 14.90)

Tapi antara 3 tu yang korang wajib cuba adalah Peanut Butter Rendang Sandwich memang rare dan pelik. Mana tidaknya rendang bersama dengan peanut butter adakah logik. Tapi memang logik sebab Maha pernah cubaNasi Lemak Rendang Ayam Peanut Butterkat satu restoran ni memang menarik. Jadi korang boleh datang sini cuba semua menu2 yang hebat2 ini ok.



Maha nak ucapkan terima kasih kepad Zomato Malaysia kerana membawa Maha ke restoran ini dan bersama dengan rakan2 lain untuk menikmati semua hidangan yang sedap2 dan membuatkan perut kita kenyang sangat2. Bagi korang yang nak datang ker The KopiShop by YummyLicious ini ia terletak di Bukit Damansara dalam bulding Wisma E&C. Ia agak tersorok sikit tapi exclusive dalamnya menarik dan tenang. Maha dah cuba korang bila lagi mai lah.

The KopiShop by YummyLicious Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

THE KOPISHOP BY YUMMYLICIOUS
Alamat : Ground Floor Retail Space, Wisma E&C,
               No. 2, Lorong Dungun Kiri, Bukit Damansara,
               50490 Kuala Lumpur, Malaysia
Facebook : www.facebook.com/thekopishop.GLSB
Instagram : www.instagram.com/thekopishop

Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat 8.30pagi - 5.30petang







Mari Belajar Resepi Mahamahu Cotton Cheese Cake Yang Murah Dan Mudah

$
0
0
Mari Belajar Resepi Mahamahu Cotton Cheese Cake Yang Murah Dan Mudah - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Maha ni tak pandai kalau bab2 nak buat pastri atau kek ini. Cuma belajar dalam youtube atau dari blog kawan2. Tapi ini adalah kenyataan yer, Maha sebenarnya baru dua kali buat kek sepanjang seumur hidup ni.


Jangan gelak ok, kek pertama yang Maha buat adalah Kek Sponge sempena dengan sambutan hari jadi sepupu Maha bulan 1 yang lalu. Kek tu siap buat ising sendiri lagi tak cantik lah korang tengok pic kat bawah ni itulah rupanya hehehe. Apa pun cubaan kali kedua dan kawan2 yang makan kata ok tapi Maha tak tahulah. Korang nak juga cuba jom kita buat sama2 yer.


Bahan2 untuk membuat Mahamahu Cotton Cheese Cake :-

6 keping Cheddar Cheese
6 biji Telur
50 gram Butter
100 ml Susu Segar Penuh Krim
1 sudu kecil Tatar Cream
1 sudu kecil Baking Powder
100 gram Tepung Gandum
120 gram Gula Castor
1/2 sudu kecil Asen Vanilla

Cara2 untuk membuat Mahamahu Cotton Cheese Cake :-


Rasa mudah tak nak buat Cotton Cheese Cake ni ada setengah orang panggil Japanese Cheese Cake. Maha yang firstime buat ni pun boleh jadi hehehe. Korang kalau dah cuba nanti share lah ok. Ni pun Maha belajar sempena dengan satu proram tv. Nak tahu kena tunggu dan nantikan Maha di sana. Apa pun tak salah belajar nak buat kek nanti boleh buat business sendirikan. Nak cuba resepi2 lain yang mudah dan murah boleh tengok kat blog Maha ni banyak lagi resepi yang sempat dikongsikan untuk korang semua. Selamat mencuba semua.







Felda D'Saji Katerer Mempunyai Venue Perkahwinan Terbanyak di Lembah Kelang Terbaru Dewan D'Mahligai

$
0
0
Felda D'Saji Mempunyai Venue Perkahwinan Terbanyak di Lembah KelangTerbaru Dewan D'Mahligai - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Pada 31 Mac yang lepas adalah majlis perjanjian kolaborasi di antara Felda D'Saji Sdn Bhd dan Yayasan Jabal Nur. Bertempat di Dewan D'Mahligai Kompleks YJN Bukit Jalil adalah venue ke 12 milik di bawah Felda D'Saji.



Maha sempat hadir ke majlis memperkenalkan dewan ini dan juga memberi pakej kemudahan perkahwinan kepada penduduk di sekitar Bukit Jalil, Sri Petaling, Kinrara dan yang sekawasan dengannya. Pakej untuk dewan ini sangat berpatutan dengan harga serendah RM28.00 seorang pasti buat majlis korang lebih meriah.



Dewan ini mampu memuatkan sehingga 400 orang pada satu masa dengan kemudahan lain seperti hawa dingin, tempat letak kereta percuma dengan pengawal keselamatan lagi. Kemudian 2 lif dan akses tangga hadapan berbumbung, bilik2 persalinan dan bilik menunggu VIP serta kemudahan wajib iaitu tandas yang selesa dan juga ruang solat untuk tetamu.




Paling best kat sini ada kemudahan hotel dengan 80 bilik yang di sediakan untuk tetamu yang datang dari jauh bagi mengadakan majlis di sini. Selain tu untuk korang dari sekitar KL nak akses ke dewan ni menaiki LRT sahaja dengan turun di stesen Awan Besar dekat sangat. Apa lagi yang mereka sediakan kalau korang ambil pakej lengkap kat sini juga tersedia pelamin, meja makan pengantin, meja tetamu VIP, hidangan makanan pengantin dan basic PA System. Lengkap semua ada apa tunggu lagi booking cepat.






Masa Maha datang hari tu dewan ni sangat cantik dan luas. Masuk dalam selesa dan juga pasti diyakini bahawa makan memang sedap2 belaka. Sapa tak kenal Felda D'Saji yang telah ada banyak dewan termasuklah Dewan Perdana Felda dan D'Saji KL Titiwangsa di Tasik Titiwangsa. Korang tengok sendiri makan2 yang di sediakan untuk tetamu pada hari pelancaran tu best tau.





Maha pula rasa nak kahwin bila tengok dewan yang dihias cantik dan juga pelamin yang gah tu. Bila lah masanya yer hehehe tunggu jodoh itu milik Allah sabar jer lah. Kalau korang nak buat tempahan atau sebarang pertanyaan bolehlah hubungi mereka atau email kepada mereka seperti di bawah. 

Tempahan dan pertanyaan
Alamat : Dewan D'Mahligai, Komplek YJN,
               No 1, Jalan Jalil Perwira 2, 
               Off Jalan 3/155 Bukit Jalil 
               58200 Kuala Lumpur
Encik Muhammad Muinuddin 
Tel : 03-2698 8302
        019-2111 601
Email : muinuddin.dz@felda.net.my







Mutiara Kata | Rumah Cinta

22 Tahun Makanan Sihat Dan Lazat Bersama Kenny Rogers Roasters Di Malaysia

$
0
0
22 Tahun Makanan Sihat Dan Lazat Bersama Kenny Rogers Roasters Di Malaysia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalain. Sapa sini peminat makanan ayam panggang yang enak dan berjus? Maha juga adalah peminat ayam panggang yang panas2 dan rasa rempah ratus yang sedap. Membuatkan nafsu makan ni makin bertambah-tambah. 


Tapi jangan risau kalau makan di Kenny Rogers Roasters ini kerana ayam panggang yang di sediakan dengan cara sihat dan menjaga kualitinya. Sebab tu kalau hujung minggu Maha akan pilih untuk makan lunch atau dinner di mana2 cawangan KRR yang ada. Hidangan yang paling Maha suka adalah Teriyaki Chicken Meal. Set ini korang boleh rasa ayam dengan sos Teriyaki di atasnya memang menarik.

Teriyaki Chicken Meal

Kemudian yang lain menarik kat Kenny Rogers Roasters ini adalah Kenny's Chicken & Pasta Meal dan juga Kenny's Chicken & Soup Meal. Semua ni ada set ayam2 yang korang juga boleh makan dengan sihatnya. Banyak lagi lah korang boleh menikmati makanan yang enak2 di sini bersama keluarga dan rakan sekalian.

Kenny's Chicken & Pasta Meal

Kenny's Chicken & Soup Meal

Kenny’s Quarter Meal

Kenny’s Quarter Meal

Bila korang datang sini jangan risau kalau order hidangan yang Maha cite tu semua tak perlu nak order minuman dan sup.
Ini kerana sempena dengan sambutan 22 ulang tahun KRR Malaysia korang berpeluang untuk dapatkan voucher percuma ini untuk setiap hidangan yang korang order. Macam mana nak dapatkan tawaran percuma ini boleh ikut step mudah ini.

Promosi Percuma Iced Lemon Tea dan Chicken Soup

Dapatkan voucher ini dengan Facebook post share, vouchers, e-vouchers, potongan surat khabar atau muat turun di blog Mahamahu di sini. Memang mudah bawa sahaja eVoucher ini semasa korang buat order tu kat semua caawangan KRR di seluruh Malaysia sahaja. Promosi ini sehingga 29 May ni sahaja tau jadi tunggu apa lagi jom tebus sekarang. Banyak kali tebus pun boleh jangan risau.



Maha pun ada sesuatu untuk semua pembaca blog makan ni. Maha akan adakan contest sempena dengan ulang tahun Kenny Rogers Roasters ini. Ada hadiah istimewa untuk korang boleh makan banyak lagi kat sini. Tunggu ok kat semua laman social media Mahamahu. Selamat menjamu selera semua.

Jom Like dan Folllow KRR Malaysia di sini :-






Tempat-tempat Menarik Yang Korang Kena Pergi Di Krabi Thailand Dari Pengalaman Maha Sendiri

$
0
0
Tempat-tempat Menarik Yang Korang Kena Pergi Di Krabi Thailand Dari Pengalaman Maha Sendiri - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Alhamdulillah dah lama sebenarnya tak jalan luar negara ni last 2 tahun lepas masa tu pergi Guilin China. Kalau korang nak baca pengalaman Maha kat China boleh tengok entry2 yang lepas di sini.

Anda boleh baca artikel penuh percutian Maha di Guilin China di sini.
Tapi kali ni Maha nak cite pengalaman 2 minggu lepas di mana Maha dan kawan2 office seramai 13 orang pergi ke Krabi Thailand. Sebenar kami dah plan sejak last year lagi kumpul duit sikit2. Tips bagaimana nak simpan duit kena lantik seorang akauntan kutip duit setiap bulan bila time gaji. In Shaa Allah akan dapat simpan duit untuk preparation korang jalan2 tak adalah rasa beban sangat. Maha dan kawan2 office pergi time tu menaiki penerbangan tambang murah AirAsia sajo.


Sebelum pergi tu dah servay beberapa perkara iaitu mana lokasi nak tinggal yang murah? Mana pakej2 murah untuk jelajah pulau2 kerana Krabi terkenal dengan pulau2 dan laut yang cantik sangat. Bila kami sampai hari Ahad kat sana agak awal iaitu around 9.00pagi jadi dari airport untuk ker Ao Nang kami ambil van besar. Kami ramai jadi sesuai untuk satu van dan ambil kat area aiport jer tak mahal pun.


Korang kalau nak tinggal paling best dan meriah baik pilih pantai Ao Nang kerana kat sana semua ada tak bosan. Penginapan kami sepanjang 3 hari kat Krabi ini adalah White Sand Krabi Hotel tempat yang selesa dan juga tak jauh nak jalan2 tepi pantainya. Korang tengok sendiri bilik selesa luas dan juga tidak begitu sesak. Turun bawah jer ada kedai makan, urut dan macam2 lagi lah area tu. Tapi kat area tu banyak hotel yang juga cantik dan murah korang boleh pilih kalau semalam around RM120-RM150 semalam jer. 



Bila sampai hotel kami simpan barang kejap tak boleh check in lagi sebab pukul 9.00pagi baru awal sangat. Jadi pagi tu kami terus plan untuk pergi mandi air kolam yang biru gila. Jadi kami sewa van juga untuk ke Emerald Pool. Tapi memang perjalanan jauh mengambil masa lebih kurang 1jam setengah juga nak sampai ingat dekat sampai tertido2 dalam van. Bila sampai sana dengan keadaan cuaca panas memang tak sabar nak berendam kata orang air cantik. 



Masuk kawasan kolam ni di cas 200bath atau RM20 sajo. Memang mereka menjaga kawasan ni dari sebarang sampah kerana semua makanan tidak dibenarkan masuk kena gantung kat luar ni ok. Sebab tu kawasan ni susah nak jumpa sampah.
Nak masuk mandi air kolam ni bukan dekat kena jalan lagi 800meter ke dalam yer hehehe. Tu baru sampai ke Emerald Pool tempat yang boleh mandi tapi ramai orang nak datang tengok kolam air biru iaitu Blue Pool tapi kena panjat bukit lagi sejauh 866meter ke atas waaaaa.



Tak apa lah Maha mandi kat bawah je lah tak pergi ke atas tu tak daya dah penat. Kawan2 lain pergi lah naik. Tapi memang ramai gila orang kat pool tu kalau korang tengok tak ada tempat nak mandi. Mula ingat airnya sejuk tapi sebab dah ramai jadi air keruh dan juga agak suam2. Tapi tetap juga mandi walaupun panas juga masa tu hehehe. Puaslah dapat mandi selema lebih kurang sejam juga kami kat situ. 




Lepas tu ingat nak pergi mandi Hot Spring yang ada dekat2 juga area tu tapi sebab dah panas kena cancel kan tak daya tengahari panas nak mandi kan hehehe. Kat situ banyak tempat makan yang korang boleh pilih juga ada cenderamata. Jangan risau nak makan kat Krabi ni kalau korang nampak orang Islam masak memang boleh makan jangan was-was ok.


 


Habis kat pool kami balik area pantai Ao Nang saja nak jalan2 tepi pantai waktu petang. Nak tengok suasana di kawasan yang agak meriah penuh dengan kedai2 dah juga pelbagai aktiviti. Lepas tu baru balik hotel rehat kejap untuk tunggu malam sebab penat sehari bejalan2. Maha tak cite lagi pasal makan kat sini sebab banyak tempat makan yang best. Tu kena tunggu entry khas untuk makan nanti ok nantikan. Kemudia sampai belah malam pula masa untuk jalan2 dan beli belah sikit. Hari pertama dah beli belah kat Night Market. Yang kami pergi ni kat area Ao Nang dekat depan masjid besar area tu. 


Market malam ni tak banyak gerai pun hanya ada beberapa baris jer. Kebanyakannya jual pakaian dan juga cenderamata. Jadi memang tu je lah untuk kita beli kat pasar malam ni. Yang penting korang kena pandai tawar menwar kat peniaga tu meraka ada yang bole faham ada yang buat2 tak faham. Tapi mereka akan letak harga semahalnya sehingga kita tawar menawar ok. Kalau dari hotel kami tu boleh jalan kaki jer dalam 10minit sampai dan tak letih sebab sepanjang tepi jalan tu macam2 kedai ada termasuk kedai urut hehehe.


Lepas tu esok harinya kami nak pergi pulau2 untuk snorkeling nak tengok ikan dan air yang jernih di sini. Kami dah pilih pakej dengan agensi ni kedainya warna merah jambu ini kerana ramai kawan2 rekmen sebab harga murah dan pakej juga lengkap. Ramai orang ambil dengan agensi ni namanya  Tourist Information. Kami ambil pakej 6 pulau iaitu Phi Phi Island. Kami akan snorkeling di dua pula manakala 4 lagi hanya singgah ambil gambar dari atas boat jer.

 



Perjalanan dari pantai Ao Nang tu nak sampai ke tempat snorkeling pertama ambil masa sejam juga ok kalau naik speed boat. Kami sampai ke Maya Bay dulu tempat lokasi pengembaraan filem lakonan Leornado satu masa dulu. Tapi situ kalau nak turun kena bayar lain kalau tak hanya ambil gambar dari atas boat jer. Bila sampai tempat pertam untuk snorkeling memang air jenir dan boleh nampak karang2 didasarnya memang banyak. Ikan pun ada juga tapi tak banyak sangat lah.






Kemudian kami berhenti untuk makan tengahari di Phi Phi Island. Jangan risau pakej ni dah lengkap dengan makan tengahari serta untuk rehat2 dan mandi manda di persisir pantai yang pasirnya putih. Best kat sana kena cuba aiskrim kelapanya sedap dan segar sangat sambil rehat2 tepi pantai ok. Kemudiah perjalanan di teruskan lagi ke lokasi kedua untuk snorkeling. Tak tahu apa namanya tempat ni tapi snorkeling jer sebab pengalaman pertama Maha buat aktiviti ini. 




 


Habis semua aktiviti mengembara ni lebih kurang pukuol 5.00petang tapi biasalah dah penat sangat sampai jer kat tepi pantai tu turun terus nak balik hotel untuk tido tak daya dah. Malam last tu kami bercadang nak naik Tut Tut untuk ker Krabi Town. Harga hanya 700bath untuk pergi balik satu kenderaan. Saja nak jalan2 malam hari nak tengok angin malam kat sana. Bandar Krabi tak terlalu besar sangat dan kalau dah lewat malam sikit agak sunyi. Best juga kat tepi pantai Ao Nang tu banyak boleh buat.



Biasalah malam2 lepas penat seharian mandi manda masa untuk massage. Memang ada kat sini kena cuba massage mereka. Korang kena pandai pilih tempat massage kerana ada banyak dan boleh tawar menawar. Lepas tu balik tido dan esok nak dah nak balik KL tak puas lagi nak jalan2 Krabi. Tapi pengalaman 3 hari 2 malam di sana memang satu pekara yang baru dan menarik dalam hidup. In Shaa Allah ada masa dan rezeki akan datang lagi ke Krabi.







Perhatian Peminat Kek Hati-hati Membeli Kek Lemon Poppy Seed Atau Kek Biji Popi

$
0
0
Perhatian Peminat Kek Hati-hati Membeli Kek Lemon Poppy Seed Atau Kek Biji Popi -  Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Maha adalah salah seorang peminat kek dan kadang2 rajin juga masak kek sendiri macam resepi Cotton Cheese Cake yang Maha buat sebelum ini. Tapi hari ni terpaksa stop pembelian kek kat kedai setelah keluar kenyataan akhbar tentang kek Biji Popi. Mula tak tahu apa itu kek Biji Popi tapi bila baca dan buat research sedikit kat internet baru tahu apa tu.

Gambar sumber internet sekadar hiasan sahaja

Hari ni dikebanyakan akhbar telah keluarkan bahawa hati2 kepada semua pengguna untuk membeli kek Biji Popi yang dijual berleluasa di sekitar Kuala Lumpur. Ini kerana sekiranya korang makan kek tersebut dalam kuantiti yang banyak akan boleh menyebabkan air kencing anda dikesan positif dadah. Itu yang dikeluarkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini. Katanya lagi kalau ditahan anda boleh didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya kerana memasukkan dadah di dalam badan.


Wow tak sangka minat untuk makan kek boleh bahayakan diri sendiri. Jadi bila Maha search apa itu biji Popi ia adalah sejenis rempah yang kita kenali sebagai Kas-Kas. Sebelum ini Malaysia juga telah melarang penggunaan rempah kas-kas yang berlebihan dalam masakan terutama restoran mamak. Tapi kini kas-kas ini dikesan digunakan dalam kek yang disediakan di beberapa buah kedai sekitar KL.

Pihak penguasa mendapati sepotong kek dijual dengan harga RM13 dan mereka secara terang-terangan menamakan kek itu dengan pelbagai rasa termasuk 'Lemon Poppy Seed'. Pembeli yang memakan kek berkenaan dalam kuantiti yang banyak akan menjadi khayal. Itu dilakukan bertujuan untuk melariskan jualan kek mereka. 

Jadi kepada pengguna semua dan juga untuk diri sendiri lepas ini lebih berhati-hati dalam membeli kek di kedai2 kek yang rasa ada unsur2 seperti itu. Tapi Maha tak cakap semua kedai yang salah gunakan bahan2 terlarang ni. Pihak berkuasa juga masih membuat siasatan lanjut tentang bahan yang digunakan dan tindakan akan diambil sekiranya ia terbukti adalah bahan berunsur dadah. Lebih senang masak kek sendiri jer kat rumah huhuhuhu.







Raikan Saya Sayang Ibu Bersama Hotel Puri Pujangga @ UKM Bangi

$
0
0
Raikan Saya Sayang Ibu Bersama Hotel Puri Pujangga @ UKM Bangi - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Semua orang sayang ibu kita bukan. Tiap2 hari kita akan pandang wajah ibu kalau bukan secara depan2 tatap gambar pun sudah memadai untuk hilang rasa rindu dan cinta kita pada ibu kita. Macam Maha yang berjauhan dengan keluarga ini kadang2 rasa juga kerinduan yang teramat sangat. Jadi macam mana nak luahkan rasa rindu ini.


Kalau sesetengah orang akan bagi hadiah special untuk ibu mereka tapi apa kata kali ini pula kita raikan ibu kita dengan satu majlis meraikan hari ibu yang surprise. Hotel Puri Pujangga menawarkan kepada korang semua diluar sana untuk meraikan ibu2 tercinta dengan majlis yang sangat2 istimewa. Menyediakan pelbagai aktiviti dan juga makanan yang sedap2.


Promosi sambutan hari ibu di Hotel Puri Pujangga @ UKM Bangi ini hanya serendah RM55.00 nett seorang. Manakala bagi kanak2 di bawah umur 6-12 tahun pula dapat potongan harga sehingga 50%. Apa yang korang akan dapat dengan promosi hebat dan harga yang ditawaekan oleh hotel ini. Banyak sangat aktiviti yang disediakan buat anda dan juga ibu anda seperti di bawah:-




1) Welcome Drink
2) Door gift untuk ibu
3) Lucky Draws
4) Games
5) Kids buffet dan aktiviti
6) Peraduan best dress Moms
7) Sesi fotografi bersama keluarga
8) Pertandingan ibu dan anak

Banyak lagi sebenarnya aktiviti yang di sediakan seharian di sini untuk meraikan ibu2 yang istimewa ini.
Lagi bertuah para ibu ini akan dimanjakan dengan urutan tangan dan sesi makeover oleh La Facia Beuty Queen SPA & Hair Salon. Mereka juga akan mengadakan jualan bazar yang menjual pelbagai barangan penjagaan diri dan keperluan wanita. 





Tapi paling best adalah hidangan makanan istimewa yang disajikan oleh chef profesional di hotel ini. Maha datang sini mencuba semua hidangan memang terpesona dengan kesedapan dan keistimewaannya. Di sediakan di sini adalah hidangan seperti appertizer, sandwiches station, soup, main dish, kid corner, noodel counter dan juga dessert.






Jadi tunggu apa lagi jadikan sambutan hari ibu korang kali ini lebih istimewa dan lain daripada lain untuk memberi kejutan kepada ibu korang. Mesti si ibu akan berasa dihargai dan kasih sayang makin erat antara anak dan ibu. Sambutan ini akan di adakan pada 8 Mei 2016 dari jam 12.00 tengahari hingga jam 4.00 petang di Begonia Coffee House dalam Hotel Puri Pujangga @ UKM Bangi. Selamat hari ibu pada semua ibu2 di luar sana dan raikan mereka untuk memberi kegembiraan kepada ibu kita setahun sekali jer.

HOTEL PURI PUJANGGA
Tempahan hubungi : Khaila Khalid
Tel : 03 - 8922 2891
        03 - 8927 4128
        03 - 8926 2443
Mobile : 017 - 699 2437 
Fax : 03 - 8922 2890
Email : khaila@puripujangga.com.my
 





Taman Orkid Dalam Hotel Keunikan Di Palace Of The Golden Horses

$
0
0
Taman Orkid Dalam Hotel Keunikan Di Palace Of The Golden Horses - Salam sejahtera kepada semua pemabac blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Selalu kita tengok hotel dalam taman kan tapi kali ni lain sikit yang di tampilkan oleh Palace Of The Golden Horses apabila dalam hotel meraka ada taman. Bukan calang2 taman tau tapi taman bunga Orkid yang berwarna-warni dan sangat2 cantik.


Maha bila firstime masuk ke kawasan pekarangan dalam hotel ni kat lobi dan juga ruang makan mereka penuh dengan hiasa pokok bunga Orkid. Jangan tak percaya Orkid kat sini semuanya adalah original dan betul2 punya buan palsu ok. Seronok sangat dapat tengok bunga Orkid yang terang dan cantik. Kata pengurusan hotel kebanyakan Orkid ini di bawa dari luar negara dan ada juga yang datang dari pengusaha tempatan.




Walaupun Maha tak tahu sangat tentang Orkid ni tapi ada jugalah beberapa nama yang Maha biasa tengok seperti Orkid Rama-rama, Orkid Morkara Pink dan juga Orkid Dendrobium. Kat sini ada macam2 warna dalam hotel ni memeriahkan lagi ruang makan bila tetamu datang. Pihak pengurusan hotel ada pelbagai perancangan untuk semua Orkid2 yang ada di sini. Kalau sapa2 nak pun boleh juga dapatkan Orkid2 ini ok.


Maha datang sini pun sebab nak makan jer tapi bila tengok Orkid yang menarik memang rasa berselera. Hari tu Maha makan semua makanan yang simple2 jer sempena dengan majlis memperkenalkan pengurusan baru hotel ini dan juga promosi baru bilik hotel yang ada di sini kepada agent pelancongan dan juga media. Buat korang yang nak menginap di hotel ini ada banyak promosi dari segi bilik dan pakej2 yang ada.





Terutama bulan puasa yang akan datang nanti lagi hebat promosi Ramadhan mereka sediakan buat semua tetamu yang nak makan di sana. Maha hari tu pun tak sempat datang promosi Ramadhan mereka tapi ada kawan2 yang dah pergi dan korang boleh baca di blog Shakiddo.com dan juga Cik Lily Putih tentang semua hidangan sempena Ramadhan yang akan datang nanti ok. 

Kalau korang nak lebih detail dan maklumat lanjut boleh rujuk media sosial mereka dan laman sesawang mereka. 







Tempat Makanan Halal Di Sekitar Krabi Yang Boleh Korang Cuba

$
0
0
Tempat Makanan Halal Di Sekitar Krabi Yang Boleh Korang Cuba - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebelum ni Maha dah cite tempat bercuti yang menarik di sekitara Krabi terutama area pantai Ao Nang. Kali ni Maha nak cite sikit pasal tempat makan yang Halal korang boleh cuba bila datang bercuti di sini.


Bagi kita orang Islam ni tak perlu nak risau atau gusar bila bercuti ker Krabi ni kerana ramai komuniti Islam yang ada menetap di sana. Maha mula2 pun takut juga kat sana susah nak cari makanan halal siap bawa Maggi lagi takut2 lapar tengah malam. Tapi bila dah sampai sana rupanya begitu banyak kedai makanan halal yang boleh di makan.


Tapi jangan lah kita was-was walaupun mereka tulis halal kat luar restoran tu. Yang penting kita kena yakin untuk makan. Kalau dah was-was jangan makan tak boleh. Maha tengok kedai ada tulis halal dan juga pekerjanya pakai tudung In Shaa Allah boleh makan. Tapi makanan kat Krabi ni tak banyak yang menarik macam mana makanan kita.


Paling popular kat sana korang kena cuba Pancake yang pelbagai perisa yang enak2. Sebenarnya Pancake ini adalah roti canai kalau kita kat Malaysia ni lah. Tapi kat sana di panggil Pancake dengan pelbagai bahan di dalamnya. Yang paling popular adalah Pisang, Coklat, Nutella, Penut, Butter dan macam2 lagi lah. Maha suka juga sebab makanan ni manis sangat.




Kemudian makanan lain yang popular kat sini macam biasalah Tomyam tapi tak semua kedai jual kuah Tomyam sedap ok. Kena pandai pilih macam kedai yang Maha pergi ini. Memang rekemended sangat kepada korang iaitu Restoran Jamri. Restoran warna pink ni ada kat tingkat atas tepi jalan ni korang kena naik tangga sikit. Tapi makanan kat sini sedap2 termasuklah Tomyamnya terbaik.




Kemudian kalau korang nak pergi ke Emarald Pool dalam perjalanan tu minta drive bawa korang makan kat restoran Halal ni. Maha tak pasti apa nama restoran ini tapi kedai ini tepi jalan jer dan disediakan oleh orang Islam. Nasi dia tu macam nasi minyak bersama ayam goreng memang menarik sangat. Makan bersama dengan sos pedas dan sos masam menarik sangat. 




Kemudian untuk makan malam korang boleh cari Restoran Arnijj. Restoran ni menyediakan makan malam yang macam kat Malaysia juga boleh lah dengan selera kita. Harga boleh tahan tapi ramai orang kata makanan kat kawasan tepi pantai ni memang agak mahal sikit. Tapi nak buat macam mana dah tak ada tempat makan. 





Apa pun satu hal jer kat Krabi ni nak cari sarapan pagi agak susah. Ini kerana mereka tak banyak bukan kedai makan di waktu pagi. Kalau ada pun akak2 yang meniaga tepi jalan tapi makanan sarapan mereka seperti nasi berlauk dan juga nasi goreng jer. Jangan salah pilih yer nanti korang termakan nasi goreng pedas sangat sampai sakit perut huhuhuhu. Apa pun tak perlu risau nak cari makan kat Krabi semua ada. Cuma jangan makan fast food kat sana tidak di jamin halal dan juga makan roti kat sana ok.






Pengalaman Di Sebalik Tabir Shooting Bersama Dato' Chef Ismail Dan Marsha

$
0
0
Pengalaman Di Sebalik Tabir Shooting Bersama Dato' Chef Ismail Dan Marsha - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Pengalaman baru buat Maha untuk tahun ini apabila dapat shooting lagi. Tapi kali ni lebih hebat dengan Dato' Chef Ismail yang lucu bangat orangnya hehehe. Sebelum ni Maha ada cite yang Maha terlibat dalam program makan Walla di TV1bersama dengan Chef Abang Brian


Tu pengalaman pergi restoran untuk cari tempat makan yang menarik dan sedap, tapi kali ni Maha terlibat dalam program masakan pula. Kena jadi chef masak pulak dengan Dato' Chef Ismail yang dah popular dan pemilik Restoran Rebung. Segan juga mulanya sebab rumah tak berapa kemas almaklumlah orang bujang. Tapi bila chef dah sampai memang tak kering gusi kami gelak.



Shooting ni susah jugakan almaklumlah tak pro tapi atas tunjuk ajar dan juga telatah chef juga artis jemputan Marsha memang hilang rasa gugup. Marsha walaupun dah kahwin tetap cantik orangnya siap bagi Maha single lagu terbaru beliau iaitu "Sudah Ku Temui". Terima kasih Marsha nanti Maha akan dengar lagu tu hari2 kat dalam kereta ok.


Seronok juga lah bila dapat pengalaman shooting memasak bersama dengan seorang chef profesional. Banyak tips yang dikongsikan kepada Maha juga pada penonton. Nak tahu apa yang Maha dan chef masa korang kena tonton sendiri program ini kat TV nanti ok. Maha yang tak pandai masak ni pun dapat belajar dengan chef untuk masak yang sedap dan baik.


Ramai yang tanya macam mana Maha boleh shooting bersama dengan chef ini. Sebenarnya Maha menyertai pertandingan yang dianjurkan di Facebook Pensonic. Pertandingan Cook With Celebrity & Chef DCH Ismail yang diadakan pada bulan Januari yang lepas lagi. Dimana pertandingan tu peserta kena post resepi penuh bersama gambar kat facebook dan mereka akan pilih pemenang.



Tak sangka Maha adalah salah seorang permenang dan paling best Maha adalah satu2nya peserta lelaki yang menang hehehe. Masa shooting tu pun crew macam tak percaya Maha peserta yang menang. Nak tahu apa lagi hadiah yang Maha menang selain daripada shooting bersama chef korang kena tonton program ni yang akan disiarkan bulan puasa nanti.


Mereka juga sekarang tengah menganjurkan satu lagi pertandingan di laman Facebook Pensonic yang dipanggil Raya-Merdeka Cook With Chef. Dimana pemenang kali ini juga bertuah dapat masak bersama-sama dengan chef secara live. Cara penyertaan boleh pergi ke laman Facebook Pensonic dan baca dengan teliti ok. 


Apa pun ini adalah pengalaman yang sangat2 berharga buat Maha untuk langkah menjadi tukang masak walau tak profesional tapi kira pandai jugalah. Korang juga boleh cuba resepi2 yang Maha ada pernah buat dan post kat blog ni atau kat Facebook Fanpage Mahamahuok. Selamat mencuba semua dan jangan lupa tonton program tv Maha tu nanti ok hehehe.








Sepetang Bersama Blogger Platform Erat Silatulrahim Antara Blogger Dan Penggiat Media Sosial

$
0
0
Sepetang Bersama Blogger Platform Erat Silatulrahim Antara Blogger Dan Penggiat Media Sosial - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Alhamdulillah dah berlangsung dengan jayanya satu lagi program tahunan untuk blogger dan rakan2 sosial media yang lain. Sebut jer Sepetang Bersama Blogger atau SBB ramai orang menantikan acara ini.



Maha juga antara orang yang paling teruja nak join SBB ni kerana ini adalah tahun ke 5 penganjuran acara yang besar sebegini. Maha start mula join SBB ni tahun 2014 masa tu buat kat Saloma Bistro. Kemudian tahun lepas 2015 buat kat Putrajaya siap ada aktiviti tresure hunt lagi panjat2 bukit. Tahun ini kembali semula dalam dewan di tengah2 KL iaitu Dewan Campbell Kuala Lumpur




Dianggarkan lebih kurang 300 orang blogger dan sosial media dapat dikumpulkan tahun ini memang meriah penuh dewan tu. Muka baru dan juga muka yang selalu jumpa itu yang membuatkan SBB ini begitu unik dan menarik setiap tahun. Paling bermakna adalah perkongsian dengan panel2 yang arif dan profesional dalam bidang masing2.


Paling Maha nantikan adalah ucapan daripada barisan panel2 yang otai dalam dunia blogger seperti Hasrul Hassan.
Sapa tak kenal otai yang dah cukup lama dalam dunia blog dan juga seorang blogger sepenuh masa. Maha kadang2 rujuk blog HH ni juga nak cari ilmu berblog ni ehehehe. Kemudian panel paling hensem sapa lagi kalau bukan Aqif Azizan. Antara yang dikongsikan adalah jadikan blog begitu bernilai sehingga orang sanggup nak bayar untuk dapatkan blog kita itu. 




Baguskan perkongsian mereka Maha suka dengar dan ada apply juga dalam dunia blog ini. Satu lagi adalah macam mana nak buat iklan dengan Facebook yang berkesan disampaikan oleh saudara Ali Hanafiah. Tu baru talk sesi pagi makala untuk sesi petang pula ada 3 lagi panel yang dijemput untuk memberi ilmu pada semua blogger. Semua orang kenal kalau sebut Abang Ensem seorang blogger dan juga agent hartanah popular. 


Kemudian ada juga artis yang hadir memberi perkongsian bagaimana beliau berjaya dalam dunia artis dan dunia business. Sapa lagi kalau bukan Tuan Haji Adi Putra yang ramai sangat fan nya. Last sekali kami dapat berkongsi pengalaman dengan jutawan Asia Herbal Biotech iaitu saudara Ismail Che Ani. Beliau konsgi bagaimana kita tiada produk dan tiada business tapi boleh jadi jutawan dengan produk orang lain.





Apa pun SBB satu platform yang berguna untuk kita sebagai penggiat alam maya ini menyedari segala peluang yang ada. Mungkin tahun depan ada bakal jutawan lagi sapa tahu kan. Terima kasih kepada Denaihati Network kerana menganjurkan SBB ini dan juga barisan penaja yang merialitikan SBB ini dengan hadiah2 yang istimewa terutama penaja utama Malaysia Digital Economy Corporation atau MDeC






Gila ini adalah program yang paling banyak sekali hadiah daripada hadiah cabutan bertuah sehinggalah hadiah untuk peraduan. Semua orang menantikan acara itu hehehehe termasuk lah Maha. Tapi kata orang rezeki milik Allah dan semua telah ditentukan oleh-Nya. Tahniah kepada saudara Penaberkala kerana menang hadiah utama peraduan Istagram bersama dengan penaja Amna Home. Alhamdulillah Maha pun tak balik tangan kosong ada juga rezeki yang sangkut tapi semua orang dah tahu kan hehehe terima kasih kepada Simply Umrah untuk hadiah yang paling win.



Tahniah kepada semua blogger yang melapangkan diri untuk hadir Maha pun tak sempat nak tegur semua orang maaf lah bukan sombong ok. Apa pun korang memang sporting dan meriah sangat SBB ni. Banyak lagi gambar nak upload tapi ni jer yang sempat edit. Apa pun harap ada lagi SBB untuk tahun depan. Selamat membaca semua.

Senarai penaja MDeC SBB 2016 











Resepi Tradisional Yang Di Fusionkan Kuih Cara Berlauk Tuna Dengan Cili Padi TC Boy

$
0
0
Resepi Tradisional Yang Di Fusionkan Kuih Cara Berlauk Tuna Dengan Cili Padi TC Boy - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ini resepi yang ke 50 kot Maha nak kongsikan dengan korang semua. Tapi resepi ini adalah dari masakan kuih tradisional yang telah Maha perbaharui mengikut kesesuaian selera modern kita.


Nama resepi ini adalah Kuih Cara Berlauk Tuna Dengan Cili Padi TC Boy. Knp ada nama TC Boy? Ini kerana Maha menggantikan inti lauk yang selalu kita gunakan dalam kuih ni dengan produk Tuna daripada TC Boy.


Selain itu Maha ada baca bahawa produk ini mempunyai sijil Halal yang terjamin. Ia juga mudah untuk digunakan tidak perlu masak dan juga boleh terus dimakan.

Paling penting produk TC Boy ini mengandungi khasiat yang baik untuk badan dan juga menggunakan bahan2 yang segar. Korang boleh tengok sendiri setiap tin yang dihasilkan membuktikan kualiti yang terjaga. Produk TC Boy terdiri daripada Tuna & Salmon, Sardine & mackerel juga Baked Beans. Tapi untuk resepi kali ini Maha menggunakan Tuna Dengan Cili Padi untuk mengekalkan rasa kepedasan yang disukai oleh orang kita.


Jom tengok bahan2 yang digunakan untuk membuat Kuih Cara Berlauk Tuna Dengan Cili Padi :

Adunan tepung
1 cawan Tepung Gandum
1 biji Telur
1 sudu Mentega
1 cawan Santan Cair
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning

Inti lauk
2 batang Daun Bawang (potong kecil)
2 biji Cili Merah (potong kecil)
1 tin Tuna Dengan Cili Padi TC Boy (asing airnya)



Sekarang cara2 untuk membuat Kuih Cara Berlauk Tuna Dengan Cili Padi tonton di bawah ni : 


Sangat cepat bukan cara nak menyediakan resepi tradisional ini. Sapa yang nak mengekalkan masakan tradisional kita ini kalau bukan kita sendirikan. Walaupun menggunakan bahan yang terbaru tapi tetap cara yang sama dan mengekalkan keasliannya. Lepas ni semua boleh cuba kuih Cara Berlauk ini. Bolehlah buat makan sarapan pagi atau untuk minum petang. Selamat mencuba semua ok.






Kenapa Abang Sado Ni Masih Mengambil MAX 7 Ini Jawapan Yang Diberikan

$
0
0
Kenapa Abang Sado Ni Masih Mengambil MAX 7 Ini Jawapan Yang Diberikan - Salam sejahtera kepada semua pembaca bog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekarang macam jadi trand untuk lelaki kelihatan sasa atau orang kita panggil 'Sado'. Tak kira yang muda atau yang berusia semau mencari altenatif untuk tampil bukan saja berketak tapi sihat luar dan dalam.


Begitu juga abang Sado sekarang mencari jalan cepat untuk nampak bergaya dari fizikal. Tapi tak semua orang begitu seperti mana abang Sado ini. Beliau mengamalkan makanan kesihatan yang diformulasikan daripada pelbagai bahan yang terbaik menjadi satu adunan seimbang untuk tubuh badan lelaki. Dah macam iklan tv pulak hehehe sebenarnya Maha pun ambil makan kesihatan ini.


Jangan terkejut lak nanti Maha jadi Sado wakakaka. Gurau jer sebenarnya Maha ambil MAX 7 ini adalah untuk menlegakan kepenatan. Ye lah Maha kerja di pejabat kemudian balik kerja pergi event untuk berblog dan juga hari minggu masih bekerja. Jadi menggunakan tenaga yang lebih, jadi dengan produk ini ia akan kembalikan tenaga dan kecergasan. Sebab tu masa pergi SBB hari tu nampak ceria dan masih kuatkan hehehe.



Maha baru jer ambil produk MAX 7 keluaran tempatan ini.
Maha yakin dengan produk ini kerana ia  dihasilkan mengikut piawaian Amalan Perkilangan yang baik (GMP- Good Manufacturing Practice) yang mendapat perakuan Halal dan diperakui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Itu penting mendapakan produk yang diakui selamat oleh pihak yang berwajib.



Produk ini adalah serbuk yang boleh terus makan dari paketnya tak perlu bancuh pun. Kalau makan akan rasa Epal Hijau dan juga sampuran beberapa herba yang terbaik seperti Maca, Tribulus Terrestris, Cordyceps, Epimedium, Ashwaganda, Pumpkin Seed, Saw Palmetto dan Ginseng. Mula2 masuk mulut tu ada rasa sedikit pahit kemudian ia sedap dan hadam dalam perut jangan risau.


Apa lagi nak kekal sihat macam abang Sado dalam gambar tu kena ambil MAX 7 ini. Harga pun tak mahal satu kotak yang Maha ambi ni hanya RM80.00 sahaja dan ada 7 bungkus paket dalamnya. Ambi sebelum tido nanti bangun esok rasa segar dan lebih bertenaga. Bagi suami yang dah berumah tangga sesuai juga kerana ia menambah tenaga jadi lebih bahagia rumah tangga hehehehe.


Melalut dah Maha ni ok lah kalau korang nak order boleh contact seperti info di bawah ni :-

Alamat : RNVHerbs of RN Ventures Block A09, 4th Floor,
               Pusat Perdagangan Taman Dagang 
               Jalan Dagang Besar Taman Dagang,
               68000 Ampang Selangor
Email : rnv.inbox@gmail.com
Tel : 010 202 9080 / 016 202 8275






Susah Senang Nak Jadi Juri Program Cabaran Raja Kuah Knorr Pengalaman Berharga Buat Mahamahu

$
0
0
Susah Senang Nak Jadi Juri Program Cabaran Raja Kuah Knorr Pengalaman Berharga Buat Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tak pernah menyangka untuk sampai ke tahap ini paling terkejut bila dapat undangan untuk menjadi juri program masakan. Maha bukan lah orang yang otai dalam dunia masakan seperti chef cuma masak di rumah sendiri jer. 


Melangkah satu lagi bahagian dalam dunia blog ini Maha dapat jemputan untuk menjadi juri program Cabaran Raja Kuah Knorr. Program ni Maha baru tahu dan study lah sikit2 tentang program ini kerana tak adalah nampak kita ni tak tahu sangatkan. Program cabaran memasak ini adalah dibuka untuk semua pengusahan dalam industri makanan seperti tokei2 gerai makanan, pengusaha restoran atau katering dan pengendali makan di mana2 sahaja.




Maha rasa teruja sebab ini pengalaman pertama nak menjurikan orang lain memasak hehehe. Apa pun bila Maha dimaklumkan bahawa Maha akan bersama dengan barisan chef profesional untuk jadi juri pada hari tu lagilah terujanya. Cuba teka sapa juri tu? Kalau Maha sebut mesti ramai kenal Chef Celebriti Chef Jo atau nama penuhnya Chef Mohd Johari Edris. Kemudian chef kedua yang bersama Maha pada hari tu adalah seorang Chef Profesional UFS Mohd Hadrin Mohd Din.




Wow semua nama2 besar dalam dunia masakan ni rasa macam diri ini kerdil sangat. Program pertandingan ini berlangsung di Checkers Hypermarket Shah Alam pada 17 April 2016 lepas. Bila sampai kat sana sangat rasa gementar dan terujalah juga sebab dapat jumpa ramai orang. Maha cite sikit pasal program Cabaran Raja Kuah Knorr ini untuk pengetahuan korang atau ada sapa2 nak join boleh juga. 





Cabaran ini dibuka kepada semua pengendali makanan di seluruh Malaysia.
Pertandingan ini ada 4 peringkat zon dimana yang pertama bertempat di Shah Alam untuk Zon Tengah. Kemudian akan pergi ke Zon Selatan iaitu di Johor Baharu yang telah tutup penyertaannya. Manakala bagi Zon Timur di Kota Baharu masih dibuka sehingga 13 July ini. Last destinasi iaitu Zon Utara di Alor Setar akan tutup sehingga 3 Ogos 2016 ini. 


Pertandingan ini anjuran Unilever Food Solutions mengendalikan produk Knorr di Malaysia maka semua penyertaan mesti menggunakan produk Knorr iaitu Chicken Stock sebagai hero. Sapa nak join yang masih buka lagi boleh hantar resepi korang bersama dengan bukti pembelian produk Knorr. Kalau nak lebih detail syarat dan terma pertandingan boleh layari laman sesawang ini www.ufs.com/rkk2016


Ok tu pada yang nak menyertai pertandingan ini di dua zon yang masih dibuka. Tapi pengalaman Maha menjadi juri untuk 10 orang peserta dan juga 10 jenis hidangan berasaskan  Kari, Masak Kicap dan juga Masak Lemak untuk Zon Tengah ini mencabar sangat. Mana tidak mereka ini kebanyakannya ada kedai makan sendiri dah lebih bertahun2 memasak. Tapi berkat tunjuk ajar dari Chef Jo yang sangat2 beperngalaman menjadi juri untuk program Masterchef Malaysia ia sangat2 membantu dalam penilaian peserta.

 



Korang leh tengok sendiri masakan yang disediakan oleh peserta pada hari tu cukup2 hebat. 10 menu yang disediakan iaitu Kari Kepada Ikan Knorr, Ayam Ceria Masak Lemak Cili Padi, Masak Lemak Cili Padi Ayam, Ayam Masak Lomak Noneh, Kari Ayam Cik Knorr, Kari Kasih Sayang, Bebola Ayam Masak Kicap Bunga Rampai, Tempe Jengkol Warisan Berkuah Kari Berperisa Ayam Knorr, Ayam Kicap Cahaya Bonda dan Kari Ayam Pantai Timur Knorr



Maha dan juga barisan chef profesional kena rasa semua masakan dan kena bagi markah mengikut apa yang kita dapat dari penelitian dan juga rasa. Tu semua Maha belajar dengan chef otai ok. Berkat tunjuk ajar juri berpengalaman terutama ketua juri Chef Jo,kami telah membuat keputusan pada hari tu. Pemenang untuk Zon Tengah Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 adalah resepi Bebola Ayam Masak Kicap Bunga Rampai. Tahniah kepada abang Raiei Mahidin yang diumumkan sebagai Juara Zon Tengah, hidangan abang memang menarik. 



Menang peringkat zon pun hadiah dah cukup lumayan dapat wang tunai RM5,000 bersama dengan barangan daripada penaja lain iaitu produk Butterfly bernilai RM1,000 dan juga produk Harmuni bernilai RM500. Juara setiap zon akan bertanding peringkat akhir 30 Oktober nanti untuk merebut gelaran Raja Kuah Knorr 2016. Hadiah juara keseluruhan lagi hebat iaitu pakej Umrah bernilai RM20,000 dan juga hadiah wang tunai RM15,000 bersama produk dari penajalah.




Apa pun ini adalah satu pengalaman yang baru bagi Maha menjadi juri. In Shaa Allah nanti peringkat akhir pun Maha dijemput lagi untuk jadi juri tunggu ok. Memang best dapat jadi juri ini dan juga dapat berkenalan rapat dengan barisan chef yang profesional. Lepas ni Maha akan lebih lagilah memasak di rumah dan buat video memasak yang korang boleh tengok resepi2 memasak dari Dapur Mahamahu disini. Ini semua nak memantapkan lagi skill memasak dan menambah pengetahuan dalam dunia masakan ini. Apa pun terima kasih kepada Unilever Food Solutions kerana percaya pada Maha untuk jadi juri. Nanti ada pertandingan jemput lagi ok hehehehe. Selamat membaca semua.






Ibu Adalah Ratu Hati Raikan Di Armada Hotel Petaling Jaya

$
0
0
Ibu Adalah Ratu Hati Raikan Di Armada Hotel Petaling Jaya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bagaimana kita nak bagi penghormatan kepada ibu insan paling berharga dalam hidup kita. Raikan ibu anda di Armada Hotel Petaling Jaya dengan masakan dan muzik pada ahad Mei 8, 2016 yang melihat hidangan hi-tea persembahan untuk hari istimewa ini.


Jangan pening untuk membuat pilihan dengan promosi Hari Ibu Hi-Tea di sini.
Bertemakan "Home Is Where Mommy Is", hi-tea yang besar di Utara Coffee House berharga RM75 + setiap orang dewasa, RM55 + untuk warga emas dan RM38 + setiap kanak-kanak pada usia 7-12 tahun. Jangan risau Maha selalu makan kat sini dan semua makanan di sini dijamin Halal kerana mereka pemegang sijil Halal JAKIM.


Seluruh keluarga boleh menjamu selera dengan semua masakan kegemaran tempatan seperti Gado-Gado, Roti Durian, Tossed Wantan Noodle With Bbq Chicken, Loh Bah, Beancurd Chicken Roll, Teo Chew Braised Duck, Fish Head Curry, Sotong Kangkung, dan pelbagai jenis Kuih Tradisional Malaysia. Bagi memberi ibu anda lebih rasa antarabangsa, mesti cuba Seafood Pie, Pan-seared Pollo with Garlic Sauce, Cream yang amat berkrim dan lazat Sepanyol Chicken Soup dan banyak lagi!.



Menambah kepada keseronokan and bersama ibu tercinta, menghiburkan ibu untuk hari itu Alfred Ho, yang digelar "Stevie Wonder of Malaysia" yang boleh melakukan tiruan yang hampir sempurna daripada pelbagai penyanyi, termasuk Elvis Presley, Cliff Richard, Engelbert Humperdink, dan Pat Boone. Jadi tunggu apa lagi boleh buat tempahan anda sekarang kerana tempat adalah terhad. Selamat hari ibu buat semua ibu2 di seluruh dunia.

Tempah tempat duduk anda sekarang :-
ARMADA HOTEL PETALING JAYA
Tel : 03 - 7954 6888 ext. 455






Masih Mencari-cari Makan Tengah Hari! Fish & Co. Menyediakan Pelbagai Pilihan Dengan Set Lunch Gusto

$
0
0
Masih Mencari-cari Makan Tengah Hari! Fish & Co. Menyediakan Pelbagai Pilihan Dengan Set Lunch Gusto - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Satu lagi tempat untuk orang2 yang kerja di tengah kotaraya mencari kelainan dalam pilihan makan tengah hari. Fish & Co. kembali dengan set Lunch Gusto yang terbaru dan pelbagai pilihan makanan laut.


Sebut Fish & Co. mestilah makanan lautkan jadi untuk set lunch ini diilhamkan kepada peminat makanan laut.
Terdapat dua set meal yang di sediakan untuk korang cuba iaitu Value Meal dan Premium Meal. Bila sebut set lunch ini mestilah waktu makan tengah hari sahaja iaitu bermula dari pukul 11.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja. Ia tawaran untuk hari bekerja dari Isnin sampai Jumaat dan tidak available pada hari cuti dan cuti umum.



Jom kita tengok beberapa menu yang disediakan bagi set makan tengah hari di Fish & Co. ini. Paling Maha suka semestinya Salmon lah sebab itu makanan laut kegemaran. Dalam set ini pun ada juga iaitu Grilled Salmon Mediterranean. Dalam satu hidangan seperti di bawah ini mengandungi Nasi Mediterranean dan juga sayur2 salad yang sedap. Di atasnya pula ada sos lemon dan cream yang menarik. 

Grilled Salmon Mediterranean (RM 28.95)

Satu lagi hidangan yang mengandungi semua jenis makanan laut yang korang boleh pilih iaitu Seafood Luch Platter. Dalam set ini makanan laut seperti udang, ikan, kepah dan sotong. Semua di masak berlainan dan disediakan dalam satu pan. Siap ada sekali Mash Potato dan juga Salad segar dalam set ini lengkap ok.

Seafood Lunch Platter (RM 28.95)
  

The Best Fish & Chips In Town (RM 16.95)

Bagi yang nak makan tengh hari yang lain seperti spaghetti kat sini pun ada korang boleh cuba iaitu Spaghetti Pomodoro dan juga Vongole Aglio Olio. Semuanya mengandungi makanan laut yang sedap dan menarik dapat rasa kebezaan dengan makanan lain. Korang tahukan kat sini semua makanan laut yang segar dan terbaik.

Spaghetti Pomodoro (RM 10.95)

Vongole Aglio Olio (RM 14.95)

Mereka yang berdiet pula boleh cuba Caeser Salad With Grilled Chicken memang rangup dan lazat. Korang juga boleh dapatkan Soup Of The Day secara percuma kat sini. Macam mana caranya korang kena upload gambar bersama makanan Fish & Co. kemudian letak caption "Hello From Fish & Co. Malaysia" hastag #GlobalFishCo. Nanti korang boleh dapat soup secara percuma.

Caeser Salad With Grilled Chicken (RM 11.95)

Soup Of The Day

Tapi betul lah untung orang yang keje di tengah2 KL kerana dapat cuba set Lunch Gusto ini. Untuk set ini hanya boleh didapati di cawangan2 seperti Pavilion KL, IOI City Mall, Main Place, USJ 21, Paradigm Mall dan The Mines Shopping Mall sahaja. Claim lah korang nyer makan tengah hari dengan minuman pilihan iaitu Coke, Sprite, Iced Tea atau Passion Fruit. Apa pun Maha rasa puas dapat cuba sendiri set lunch ini dan menarik untuk datang. Boleh pergi setiap hari dan cuba set2 yang berbeza setiap hari. Selamat mencuba semua.

Kalau korang nak update terkini boleh layari laman facebook Fish & Co. 
Laman web : www.fish-co.com.my







Viewing all 2348 articles
Browse latest View live